Followers

Jumaat, 25 November 2011

Nota Untuk Kaum Adam


Ini adalah gambar glamour yang menjadi kegemaran di mukabuku. Nampak moden dan bergaya.Bukti bergaya adalah dengan berselendang gaya hanatajima serta bercermin mata hitam bingkai pink ala-ala lady gagap.Baju juga harus di pakai berlapis-lapis supaya nampak macam kek lapis. But man ,wait! Sebenarnya ianya tidak seperti yang di bayangkan sebab sebenarnya originalitinya adalah seperti gambar di bawah:


Ini adalah situasinya yang sebenar. Double chin, mata sepet dan sedikit juling serta bertudung seperti mak cik. Yes i love to dress like that sebab saya tiada masa pun nak bergaya di muka bumi ni. Kau tahu life sebagai student macam aku sangat busy bermain twitter sampai tiada masa nak update blog? Sedikit masa di peruntukkan untuk esaimen, psm dan tiada masa untuk bergaya? Bukankah reality tentang diri ini sebenarnya sangat mengecewakan?

Jadi lelaki, jangan mudah terpedaya dengan mengharap wanita yang kamu add itu sejelita yang telah di edit dan di photogenik kan. Juga sila jangan pura-pura mengutuk gadis yang guna profile picture cantik yang buat muka comel muncung-muncung , edit gambar cantik-cantik dengan mencerahkan kulit yang gelap dan menggunakan tona yang riang lalu hati lelaki kamu terpegun dan kamu ejek, buruk berok ewww ataupun bila perempuan tersebut guna gaya hanatajima lalu kamu memerli "hey, so many hanatajima dalam my friendlist!" Oh itu sangat annoying tahu sebab aku tahu hati kamu melonjak-lonjak bila terlihat gambar perempuan cantik di muka buku lalu tangan kamu gatal untuk menekan butang add mahupun memuji-muji di mukabuku =_=". Buktinya bila aku pakai profile picture gambar sebenar tak ada sorang pun lelaki yang tidak di kenali add di muka buku tapi bila guna gambar yang pura-pura glamour hamboi, terpaksa aku berharap supaya facebook buat button "Fuck, who the hell are you" instead of "Not Now" button.

Oleh yang demikian girlfriend, kalau rasa rimas dengan lelaki yang tidak di kenali tibe-tibe add mahupun menghantar message di inbox facebook kamu, aku cadangkan engkau untuk cuci muka dan snap gambar lalu menguploadnya di mukubuku. Kalau tak pun, sila uninstall photoshop , photoscape dan sewaktu dengannya. 

Oh yeah, sebab tajuk pesanan nota untuk kaum adam, jika kamu terasa seperti cinta muka buku dengan gadis yang nampak hot di muka buku, aku cadangkan kau untuk membuat seperti  kartun di bawah untuk date yang pertama sebelom kamu fall deeply with fake beauty :

[image from GempakStartz Facebook]

Bukannya apa, takut nanti bila sudah kahwin kamu menyesal rupanya isteri yang jelita cuma palsu. Di rumah kena hadam muka scary yang macam hantu =_=".

itupun kalau cinta kamu cuma cinta palsu. Cinta yang hanya bila matanya boleh berubah menjadi bulat dan berwarna biru. Kalau kamu cinta hati itu, tak kisahlah muka macam hantu pun kamu kata i love you. theeeheee.

nota bulu kaki macam meggie: Kau tahu kenapa perempuan suka untuk nampak cantik? Well sebab die perempuan itu memang normal.Tapi kalau lelaki suka bercantik-cantik? Sila risaukan jantina itu! hahahahaa

Sabtu, 19 November 2011

Bakat Terpendam

Manusia ni cuma akan terserlah bakat yang terpendam bila berada dalam keadaan terdesak. Some how i do agree dengan pandangan tu.


Teringat beberapa tahun yang lampau, waktu di masih di zaman matrikulasi di semester ke 2. Tak ada angin bertiup, tetibe je pokok bergoyang *eceh pepatah!*. Entah camana ntah suatu hari yang stress yang tiada hujan tu tetibe je kitorang satu kolej tak ada air. Pergh. Aku ingat lagi time tu di antara Asar dan Maghrib. Jadi dengan wuduk Asar tu aku dah plan nak forwardkan ke maghrib dan Isyak. Jadi nafsu nak kentut haruslah di abaikan. Senak tahu !Tapi bila di fikirkan balik, baru aku sedar, aku ni terrer menahan kentut rupanya. *Muka Kagum*


Namun malang tak de bau, wuduk aku kantoi bila tersentuh tangan laki fellow aku time beli makanan kat rumah dorang. Sia-sia aku tahan kentut =_=".


Jadi masa pun berlalu. Keesokkan hari nya kitorang masih tiada bekalan air, namun subuh tetap kena solat , kelas tetap kena pergi. Jadi dengan berbekalkan sebotol air mineral 1.5 liter, aku berjaya mandi dengan fresh nye + berwuduk dan solat subuh jam 8 pagi waktu Kuantan *_____*.Waktu tu aku sedar dengan bakat aku yang mampu mandi dengan 1.5 liter air skali cover wuduk dan tetap aku solat subuh even jam dah pukol 8 pagi. *Tepok tangan kagum*. Lepas berkemas siap-siap, aku masok lecture hall jam 8.30 pagi semata-mata nak show off kat semua orang aku dah wangi sebab dah mandi. 5 minutes kemudian lecture pon dismiss . 
=___________________=" Pufffffff



Rakan study, rakan makan, rakan ponteng,rakan meniru, rakan rosakkan kasut I miss u tsk tsk


Nota Bulu Kaki Macam Meggie : System untuk fyp sikit lagi. huhu.part paling payah rasanya *berdebar-debar*

Isnin, 14 November 2011

Perbezaan Permintaan Lelaki Versus Permintaan Perempuan

Permintaan Lelaki kepada Perempuan


Lelaki : I nak bila kahwin nanti you mesti pandai memasak. Jenuh aih tekak hari-hari makan di luar nanti cam ni!


Perempuan : Baik  (Lalu berusaha menuntut ilmu memasak bagi menghiburkan hati sultan di hati)


Lelaki : You tahu kan menutup aurat tu wajib? Setakat tutup - tutup rambut ni tak cukup tau. Tudung tu kena di labuhkan, pakaian kena di longgarkan. Islam tu jaga maruah wanita. Lagipun I tak nak lelaki lain tengok body you selain i.


Perempuan: (Slowly berubah cara pemakaiannya......)


Lelaki : Ok sayang dah kahwin ni you are mine. I nak you duduk di rumah jaga anak, jaga i, jaga rumah tangga kita. I tak suka orang gaji di rumah.


Perempuan : *Akur dan menurut perintah*.






Permintaan Perempuan kepada lelaki


Perempuan: Awak tahu hukum merokok tu haram? Setiap makanan yang memudaratkan kesihatan tu haram tau awak. Lagipun tak baik untuk kesihatan awak dan kepada orang sekeliling terutamanya. Saya nak awak berenti merokok! *Nada tegas*


Lelaki : Ah kau tahu hukum tu sebenarnya *menggoogle hukum fatwa menghalalkan rokok* Lagipun datok aku merokok idop sampai umor 90 tahun , Leman depan rumah tu umor 40 tahun yang mati dulu even tak merokok.


Perempuan : (Berdoa dalam hati ) Ya Allah kau bukak kan pintu hati lelaki ini untuk bertaubat (sambil menyeka air mata) 


Nota bulu kaki Macam Meggie: Lelaki tetap lelaki. Ego mau tinggi. Tapi apa mau heran, perempuan penuh dengan emosi.... E versus E! oklah kite seri xD

Jumaat, 4 November 2011

What If I Fall in Love with My Best friend?

Sapa boleh paksa hati kita di gerak-gerak jatuh cinta? Kadang-kadang kita tak mintak pun kita jatuh cinta kat orang tu. Sedar - sedar hati rasa ngilu sendiri, kadang-kadang berbunga tak tentu hal. Kadang- kadang rasa macam luruh, rindu. Eh aku faham rasa itu. Single aku tak bermaksud aku tak punya perasaan. Dulu hati ni pun pernah juga simpan perasaan dan harapan. Hati pernah ada bunga tapi sekarang sudah musim kemarau agak nya. kering hati di merata tempat. Sama macam gurun Sahara. Bila ntah nak jumpa Oasis. Ah sudah!


By the way, jatuh cinta tu bukan jenayah tahu? Jatuh cinta tu cuma sejenis kemalangan yang tragis dan pedih. Tiba-tiba je melanggar hati. Kalau pihak satu lagi single trang tang tang memang feeling insurance cover semua lah. Tapi kena yang pihak satu lagi dah berpunya , pergi karok kat jamban lagu "Ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu". Memang perit tak terkata perasaan tu. Sama macam bila tengok gambar Ashraf Muslim di atas pelamin. Ha seee. Aku faham rasa tu Y_Y tsk tsk.




But what if kalau berada dalam situasi ni? Kau dengan dia berkawan baik je. Keluar malam tengok wayang, lepak mid makan cream puff depan my forex tu. Lepak Shisha kat Assalam cerita pasal semalam, hari ini dan esok. Ketawa bermain bersama. Dalam diam rasa serasi bertukar menjadi rasa cinta. Kita berkawan kita jadi diri kita, dia jadi diri dia. Kite kentot bau teloq busuk, dia memaki tapi lepas tu tetap nak duduk sebelah kita. Kita hangin moody tanak cakap dengan orang sebab emosi tengok cerita korea tadi, dia tahan dengan panahan emosi tu. Orang kata kita gedik mengada-ngada, tapi dia kata kita manja. Orang cakap kita panas baran, dia kata "dah memang dia macam tu". Bila angin hujan petir beliung kita datang, dia dah siap seribu satu perisai nak tahan.


Tapi hati ni kadang kala tak kuat. Lama-lama terjatuh cinta dengan kawan baik sendiri. Serabut. Serba salah. Nak cerita kat orang terdekat takut jadi parah. Takut nanti orang salah sangka kata kita kawan tak ikhlas. Kita tolong dia sebab sebenarnya nak ngorat dia walhal hati ni sebelom jatuh cinta pun sentiasa ready nak tolong dia  secara ikhlas. Time mula-mula jumpa dulu pun tak pernah berniat nak jatuh cinta dengan dia. Kita kawan dengan dia bukan antara kita dengan dia je. Tapi kita kawan rapat dengan dia dan kawan-kawan dia. Dia pun berkawan rapat dengan kawan - kawan kita gaya adik beradik. Gaya macam kalau ada orang ngumpat dia depan geng kita, memang sparoh mampus orang tu kena blasah. ha acane rasa macam tu?


Situasi tu some how, even the other side tu single lagi, kita tetap rasa serba salah tahu. What if kena reject? Kalau tak kena reject pun, tapi cinta tu berhenti di pertengahan jalan. Fuh, macam mana nak face it? Kau dengan dia bukan cuma kau dengan dia. Kalau jadi something, memang sampai mati tak boleh nak lari. Kawan kau tu kawan baek dia. Kawan baik dia pun best buddies kau. Serba salah dengan kemungkinan tu. Nak buat biasa? Nak buat-buat tak tahu? Menangis sorang diri dalam hati tapi bila hang out together tu buat bodoh je walhal ribut salju rancak je kan?


Sebenarnya aku tak ada right answer for you for this situation. Tapi jujur cakap aku ada sedikit fobia bermain perasaan dengan orang yang rapat dengan aku. Sebab bila dia kata sebenarnya hati dia keliru, hati ni menangis tak ada irama. Walaupun sorang duduk di utara, sorang lagi di selatan, aku kena admit, sampai bila-bila dia tetap wujud dalam komuniti aku. Kawan dia kawan aku. Kawan aku tu la kawan dia. Tipu la kalau tak pernah teringat apa pernah berlaku. Sakit tahu? Nak cakap memaafkan tu senang,tapi nak melupakan tu bukan perkara yang mudah. Mulut ni boleh la cakap "ala benda kecik je. kitorang professional kan? kan? " Tapi hati tu kau boleh tipu tak? aku bet tak weh. tak akan.


Tak ada orang pun kat muka bumi ni berhak keji kau jatuh cinta dengan kawan baik sendiri. Cuma persoalan nya sekarang how you can face it. Advice aku, jangan mengorat orang yang trust kau sebagai kawan baik, sebagai adik atau pun abang kalau kau tak yakin dengan perasaan kau. Don't you ever. Sebab nanti bila kau berubah hati, parah luka dia teruk sangat-sangat tahu?Tapi kalau kau dah betol-betol yakin dengan hati kau, kau tawakal, berdoa dengan Allah banyak-banyak lepas tu jumpa orang tua cakap elok - elok apa yang kau nak. Both of you tak perlukan masa untuk bercinta gaya muda mudi nak kenal each other better sebab memang korang dah kenal pun =_="


What if kalau the girl yang fall in love dengan kawan baik lelaki sendiri? haaaaaaa.


Payah tu. Aku pun tak ada jawapan sebab aku tak pernah rasa lagi jatuh cinta dengan dorang yang so call "my brothers" tu =_=". And remember girl, jangan syok sendiri tak tentu hal. Lelaki baik dengan kita, bleh share rokok and lepak je dengar kau maki dia celaka sort of tu bukan bermaksud dorang dah jatuh cinta kat kau. Tu maksudnya dia terima kau macam kawan baik je. Kau gila apa nak amek bini kaki memaki tak tentu hal. Amek logik diri sendiri. Cane rasa korang dengar mak ko maki bapak ko celaka ke, babi ke depan korang? =____=" 


Nota bulu kaki macam meggie: Busy nak mampus dengan macam-macam benda. Next month 3 minggu lurus ada interview kat KL. Nangis la duit flow bulan depan .tsk tsk. Doa-doa weh ada nak hire aku yang comel ni.waaah xD 
         

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...