Hanya jika hati ini boleh di baca dan jejari ini mampu meluahkan apa yang tersirat di dalam hati.
Umpama kiranya melupakan itu semudah ungkapan memaafkan di bibir mulut.
Dan apabila keyakinan dalam hati terhadap diri sendiri itu wujud.
Saat ini rasa rapuh dan kurang kuat itu ada dalam hati.
Seribu satu kemungkinan menanti bila menjelang mentari pagi keesokan hari.
Gentar, adakah tangisan ini akan menemani hari-hari atau cuma senyuman palsu menghiasi bibir menyusuri mentari?
Ahad, 30 Oktober 2011
Sabtu, 15 Oktober 2011
Nota Cinta: Definisi Cinta Itu.
note definisi cinta yang biasa:
Menerima pasangan itu seadanya, gemuk,pendek ,rendah,tak kaya, pakai perfume bau yang paling kau tak suka,pelik, annoying, menyakitkan hati tapi masih boleh terima seadanya apa-apa yang buruk sekalipun.
Tapi kalau di tanya kepada aku definisi cinta tu apa, jawapan aku:
Berubah menjadi sesorang yang lebih baik untuk each other. Berubah untuk kebaikkan bersama dari si malas menjadi si rajin. Dari jahil menjadi sedar maksud tujuan sebenarnya hidup ni untuk apa. Dari yang merokok meninggalkan rokok untuk kebaikkan. Dari yang boros jadi yang tahu nilai harta. Dari yang kedekut faham maksud zakat,tanggungjawap dan pemurah. Dari seorang yang pemarah menjadi seorang yang tenang. Dari seorang yang penakut jadi berani menempuhi dugaan. Daripada yang lemah, lembik menjadi stronger. Daripada tak kenal garam menjadi pakar memasak. Daripada obesiti menjadi seorang yang menjaga kesihatan for good :) Daripada seorang yang sangat ego menjadi seorang yang mampu menerima pandangan orang lain.
Nota bulu kaki macam meggie: Cinta tu bukannya jatuh dari langit, bukan juga jatuh dari mata, tapi cinta itu lahir atas kehendakNya. Cinta yang membawa kepada kebahagiaan adalah cinta yang faham maksud sebenar tujuan hidup, membimbing each other ke Syurga dan mengajar zuriat-zuriat apa maksud cinta yang sebenarnya.
Jangan pernah risau kenapa hati masih mencari-cari namun masih belum menemui seseorang yang pasti, percayalah Allah itu sayang akan kamu. Enggan kamu bersama orang yang salah dan akhirnya hati kamu akan terluka :)
Jangan pernah menerima cinta kerana takut akan kesunyian dan keseorangan. Takut nanti akan ada hati yang terluka tanpa di pinta. Cinta itu cuma perlu di hulur dan di sambut bila hati itu benar-benar pasti akan rasa yang ada dalam diri. Nak cari pembimbing jawapan? minta kepada Allah ketika bersujud
Labels:
Relationship
| Reactions: |
Isnin, 3 Oktober 2011
Pesanan Puan Cikgu
Aku rasa mungkin sindrom anak sulung nak-nak aku tak ada abang saudara yang duduk di sebelah rumah untuk ajar aku itu dan ini, makanya aku adalah kanak-kanak yang agak lambat nak pick up beberapa perkara walaupun otak cerdik la jugak sikit sebab terang ilmu nak blaja membaca menulis walaupun selalu tulis huruf "S" dengan "R" secara terbalik =___=" lepas tu masuk tadika pun i never know nama aku sebenarnya Siti Hajerah. Nama bapak pun aku tak tahu eh sedeh kan anak macam ni? Tapi bukan salah aku jugak sebab di rumah tak ada orang panggil aku Hajerah. Lagi pun kat rumah kitorang panggil bapak as "Abah" bukannya Azman. Jadi kalau orang tanya nama bapak aku cakaplah "Abah". puffff.
Alkisah bila waktu tadika dengan riang ria nya kitorang dapat buku. Eh seronok la dapat buku baru kita boleh tulis A B C lepas tu ada warna-warna. Up until now aku suka part mewarna ni.Buku kembar selalu menjadi mangsa.Ok sambung cerita.Bila dah bagi buku cikgu aku pesan macam ni :
"Anak murid semua, buku ni nanti balut dengan plastik ek kalau tak nanti buku akan rosak".
Jadi bila sampai ke rumah aku dengan comelnya *eheh* menunjuk-nunjuk buku baru kat adik aku yang time tu aku cuma ada sorang adik.Lepas edisi tunjuk menunjuk, aku sibok carik pelastik kat rumah. Mak dengan pengasuh aku sangat pelik.
" Ko nak buat apa dengan plastik?" soal mereka dengan wajah konfius.
Dengan wajah yang penuh keyakinan,
" Cikgu suruh letak dalam plastik " .
Ye, macam yang korang imagine kan dengan ayat tersebut, aku dengan penuh yakinnya memasukkan buku di dalam plastik warna biru transparent lepas tu rasa macam wah bagusnya esok tak payah bawak beg ke sekolah. -.-' Seriyes esoknya aku tak bawak beg skolah ke skolah. Aku masukkan pensel dengan kotak warna dalam beg plastik tu sekali. Dalam hati cakap sendiri "eh bagusnya sekolah ni kita tak payah membazir beli beg mahal-mahal. recycle je plastik yang mak dapat waktu membeli belah, bukankah itu penjimatan global yang di seru kerajaan ?"
Lalu keesokkan harinya aku ke sekolah dengan menimbulkan kepelikan pada orang ramai sebab berjalan kaki berlenggang tanpa bersalah bawak buku di dalam plastik biru. lepas tu im arguing semua orang "eh kenapa korang tak letak buku dalam plastik macam yang cikgu pesan?" =_=" ceh ada hati!!! Ending cerita ni aku tak pernah tahu pon apa yang aku buat tu salah sampai aku darjah 3 bila aku pikey-pikeykan balik. eheh!
Nota bulu kaki maca meggie: At least seminggu sekali mak dengan mak su akan call cikgu tadika si kembar and the sepupu tanya dengan cikgu betul ke tak info yang dorang tiga orang bagi. well 3 orang budak ko akan dengar 3 info berbeza and lepas tu arguing "eh salah yaaa!"
Waktu aku sekolah rendah aku sekolah tempat mak aku mengajar. Senang mak aku nak monitor lepas tu kalau ada apa-apa pesanan cikgu akan bagi tahu mak aku terus. kalau bagi tahu kat aku memang macam hareeem lah aku nak faham Y_Y. Waktu rehat pon aku makan di meja cikgu dengan mak sebab tak reti nak guna duit dekat kantin. Tukarkan duit syiling seringgit lepas tu dapat baki 9 keping duit 10 sen pon aku leh happily bagi tahu kat semua orang duit kitorg berganda .tsk tsk. Kiddo!

History
| Reactions: |
Ahad, 2 Oktober 2011
Rasa Itu Buat Aku Keliru
Pernah tak korang rasa rindu tapi tak tahu untuk siapa?
Tak tak, bukan sebab tak tahu untuk siapa tapi hati kamu deny rindu itu untuk insan itu.
Pernah tak korang rasa bodoh nya hati bila sayang itu jatuh pada orang yang tak sudi?
Berjanji itu ini dan melukakan hati? Rasa dendam yang tak terluah, hati terluka berdarah hebat.
Rasa itu buat hati menangis.
Memandang rintik - rintik hujan seakan faham rasa peritnya hati ini.
Masa terus berlalu, memori tetap sebuah memori.
Terpahat kuat di benak hati di sebalik senyum palsu yang sangat plastik.
Hati harus di didik. dendam itu bukan ajaran Rasullulah.
Memaafkan itu suatu seruan Illahi.
Demi masa yang kian berlalu, terlalu hebat rasanya hikmah luka itu.
Luka itu memberi sebuah bahagia yang begitu nikmat.
Senyum ketawa di bibir terhias ikhlas.
Memori itu tetap terpahat di minda.
Hati ini cuba menipu akan lukanya sudak tiada
Tapi aturan Illahi dan takdir mengejar diri
Kini luka itu kembali menghantui diri
Mungkinkah maaf itu tiada nilai ikhlas di hati?
Mungkinkan dendam itu masih terpahat hebat?
Berdoa kepada Allah supaya hati ini menjadi kuat.
Akhirnya hati ini harus akur menerima semua kemungkinan yang di atur - Nya.
Redha dengan ketentuan mendidik hati untuk terus tabah.
Nota bulu kaki macam meggie: Sejenis entry merapu apekah yang di karang ini ? Y_Y

Langgan:
Catatan (Atom)