Followers

Jumaat, 23 September 2011

Saya Bertudung, Tapi Saya Tak Solat

"Walaupun saya tak bertudung,tapi saya solat cukup 5 waktu jadi saya lagi bagus dari dia yang pakai tudung tapi tinggalkan kewajipan untuk solat 5 waktu." 
"Walaupun saya tak solat, tapi saya menutup aurat dan menjaga batas pergaulan, tak macam dia yang solat tapi aurat dia sengaja tunjuk-tunjuk. nak goda lelaki lettew!"
"Saya ni solat pun tak, aurat pun aci tayang je. Tapi tak de hal. Saya baik hati. Saya tak suka menabur fitnah dan bergossip macam si menutup aurat dan yang menjaga solat kononnya tu!" 
"Walaupun orang kata aku ni macam celaka, tak solat, tak menutup aurat, mengumpat, kaki zina dan asik meneguk arak, tapi bab-bab zakat,bersedekah ni aku jaga oh! Mata ni sakit kalau tengok orang susah mintak sedekah. Tengok  rancangan Bersama Mu memang aku meleleh-leleh air mata. Aku la manusia yang paling laju hantar check kat TV3 tu. Tak macam yang menjaga solat, si menutup aurat dan so called baik hati tak suka menabur fitnah tu. Hak tui! Tengok orang buta mintak sedekah pun dia boleh buat bahan hujah!"


Kawan-kawan semua. Senang untuk kita mencari kesalahan di sebalik kebaikkan orang lain. Memang sikap manusia, kalau ada 5 kebaikkan,tapi bila melihat 1 keburukan orang lain, yang buruk tu la selalu di ungkit dan di bangkitkan. Bertudung tapi tak solat itu tidak cukup. Solat tapi tak cukup menutup aurat dan menjaga amal yang lain pun tak cukup. Islam bukan sekadar pick and take what you want lepas tu lebel "Walaupun aku ________ Tapi aku ni _______. Aku lagi bagus dari kamu dia dan engkau yang ________". 


Islam bukan sekadar solat 5 waktu . Turut di sertakan lagi garis panduan untuk kita ikut, supaya kehidupan kita lebih teratur dan tenteram. Untuk seseorang menegur engkau, memberi nasihat supaya engkau menuju kebaikan itu bukan bermaksud orang mahu memperkecil-kecilkan diri kamu. Orang tegur sebab sayang. Misal kata, saya sayang sahabat-sahabat saya yang baik, menutup aurat, jaga batas, tapi bila sebut pasal solat dia berdalih dan enggan . Saya takut nanti Allah hukum kawan saya. Saya tahu saya bukan Tuhan untuk tentukan di mana tempat kamu di akhirat sebab tak ikut perintah Allah. Tapi saya yakin kamu tahu apa itu hukum Allah walau hati kamu ego dan enggan mengikut garis panduan bukan? Saya faham perasaan kamu. Saya juga antara manusia yang tegar dengan ego itu. Suka bidas ikut otak bukannya ikut hati halus saya yang rasa bersalah ni. Ikut otak guna logik. guna kajian twist sana sini nak kata "solat tak jaga aurat tu halal". "Jaga aurat tapi tak solat tu betol". Tapi hati kecil saya pedih sendiri sebab saya tahu apa yang saya buat sebenarnya bukannya betul pun. Sudahnya buat banding beza saya ni lagi baik dari orang lain walaupun er.. sebenarnya tak betol pun . adeh. 


Jadi kawan-kawan, mari mula berubah. Sikit-sikit walaupun payah. Mari terima nasihat yang baik, walaupun hati dan jiwa rasa perit nak terima sebab ego sangat besar. Dan mari kita belajar untuk tidak membuat hukum sendiri nak tunjuk diri kita baik walaupun hati kecil sedar kita buat salah.


Nota Bulu Kaki Macam Meggie: Move on to be a better person walaupun sikit demi sedikit walaupun sakit sebab itu adalah wajip.

Ahad, 11 September 2011

Ya Saya Cantik Pasti -.-''

Oh dah minggu ke dua raya masing-masing dah kembali ke office dan aku cantik pasti ramai dah balik ke campus memasing. Aku macam biasalah, selagi aku tak menghabiskan 2 weekend di Kepulauan Borneo time bulan syawal ni jangan harap ler aku rela balik ke Tanah Semenanjung. Jadi sebab kazen aku budak UTHM tu balek semenanjung 13/9 which is hari selasa terpaksa la aku follow sebab kononnya nak tumpang kargo walhal kalau kazen aku balek ontime aku cantik pasti akan ejek die skema sebab balik campus awal. Bagus kan ada kakak sedara macam aku? -.-''


Sebab dah nak abis cuti aku nak confess kat korang 3 benda. First of all I.C aku hilang tercicir kat Kuching International Airport time aku balek ke Kuching.Nak masok airport kena tunjuk IC kat kastam lepas aku tunjuk tu langsung tak ada memori celah mana aku buang IC aku. Second thing aku nak cakap handset maxis aku yang jenama sony yang ada gps yang tak ada wifi tapi ada camera 5 megapixel yang kaler hitam yang jenama Sony tu hilang dalam bilek aku. Mungkin si kembar buang dalam tong sampah lepas dorang bermain-main bersama si henset kesayangan. Kalau aku tanya dorang gongcang2 baling ke dinding bukan dorang nak jawap pun mana dorang letak. Ape nak heran, henset bapak pun dorang penah buang dari tingkap kreta time bapak driving, handset mak aku dia pernah selam dalam air, handset HTC abang dorang baling ke dinding. Adalah tak mustahil handset aku jadi mangsa seterusnya untuk melengkapkan gaya tangan gatal mereka berdua. Haila nasib baik tak ada gambar lucah dalam tu kalau  tak mesti jadi edisi pelajar UTM terlampau lepas ni -..-''. Aku redha je la handset ilang ni.Tengok la bila aku mampu nak beli handphone baru. Im not like others ordinary kids now a day yang memasing guna I phone dengan BB.Aku nak beli Apple sebijik kat Jusco pun berkira. tsk tsk miskin :(


And the last confession aku... Laptop aku hilang sebab rumah kena pecah masok. Sepatutnya aku happy laptop hilang sebab ada alasan nak mintak laptop baru. Tapi yang buat aku nak hempok kepala ke dinding sebenarnya Final Year Project 1 and 2 aku dalam tu aku tak back up. Jadi aku tros sambung tidor sebab tekanan jiwa dan perasaan. tsk tsk. Dah la zaman final sem ni zaman paling banyak guna duit. Aku baru nak berangan simpan duit tu untuk bayar minyak dengan tol. Jadi sem ni tak payah kerja tapi sebab dah jadi kes macam ni mungkin aku kena buat part time kalau tak aku tak aku tak der saving dah habis belajar nanti. Bukan senang nak survive tinggal di tempat orang sorang-sorang tahu?


Tapi biarlah, aku anggap semua berlaku ada reason walaupun ayat tu celaka cliche -.-''  Semoga aku abes degree ontime amin.


Nota bulu kaki macam meggie: Kalau bijik mata boleh di tanggal2 mesti aku dah lama buta Y_Y

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...