Followers

Jumaat, 26 Ogos 2011

Pemandu Ortodok.



Orang kata aku ni pemandu Ortodok. Sekolah lama bak kata anak - anak kurang tua. Setiap kali sebelum memandu, perkara pertama aku akan pastikan adalah memastikan berada dalam kedudukan yang selesa. Lepas tu pakai tali pinggang keledar dan memastikan side mirror berada dalam kedudukan selesa. Ortodok tahu? Langsung tak coolio dan skema. Gaya macam bebudak baru nak blaja memandu dan pura-pura bersopan untuk ujian JPJ. Tapi aku tak kisah nampak macam sekolah lama pun. Tak coolio pun tak apa sebab aku yakin tak coolio tu la selamat untuk aku.


Bila memandu, selalunya telefon bimbit aku akan letak dalam handbeg. Kalau aku tak bawak handbeg, aku letak kat tempat yang senang di capai. Nanti kalau ada sms masuk ke, orang call ke aku buat bodoh je. Kalau jalan clear, aku akan berhentikan kereta di tepi dan jawap call or sms kalau perlu. Kalau tak aku biarkan je. Sumpah tak coolio dan tak nampak macam anak muda masa kini yang kononnya terrer reply sms dan jawap call waktu memandu walhal sebenarnya konon tu ayat terdekatnya adalah bajet tahu? Walhal fail abes memandu dalam keadaan mereply sms mahupun menjawap panggilan telifon. Memandu terhuyung hayang, bila green light nanti orang dah gerak kite terkial2 carik gear. Kat tengah jalan berlenggang. Kadang-kadang tak perasan pun ada motosikal kat depan main aci langgar. ha kan dah kemalangan? Jual ikan tahu memandu sambil menjawap call dan sms tu! Kalau kamu tengah memandu awek kamu call kamu tak jawap sebab fikirkan keselamatan orang ramai lepas tu awek kamu merajuk konon nak mintak clash, aku bagi kamu lampu hijau langgar je awek kamu tu. heh bebal sangat benda macam tu pun nak emo =_=".


Telefon berdarah kalau tengah memandu -.-''
Ikut nasihat ni no harm tahu?


Benda paling aku menyampahkan, orang tu kononnya sayang kat anak lepas tu tunjuk caring dia memandu sambil meriba anak dia. =_=" Tak pun wife duduk di sebelah memangku baby kat riba tu. Konon sweet dan bahagia lah tu walhal langsung tak selamat. Konon kata "I ni pemandu berhemah. Memandu dengan slow 20 km sejam" walhal dia buat-buat tak tahu careless driver is around. Memandu sebarangan lepas tu terpaksa emergency break baby pulak tercampak ke depan =_=" . Ye lah baby tak di pasangkan dengan tali pinggang. Dah jadi macam tu kamu rasa sebenarnya memangku baby di seat depan tu sweet ke bajet sweet je sebenarnya? =_=". Kalau kamu mampu beli baju kurung kaftan harga 200, baju melayu harga 300, aku rasa baik utamakan duit tu beli kerusi baby yang diletakkan kat seat belakang tu. Sumpah sampai mati korang rasa tak rugi. Boleh simpan kerusi tu nanti untuk anak cucu yang lain. Nanti kalau baby menangis nak duduk di riba tu buat-buat je tak dengar. Baby menangis bukannya mati pun =_=". Yang die tercampak nanti mak bapak baby menangis menyesal sampai mati.


Oh ye, sebelum terlupa, janganlah kamu feeling "sahaja aku masuk simpang kiri" bajet pemandu di belakang kiri kanan kamu tu terrer baca niat kamu walhal ada signal yang diciptakan bukan untuk menjadi hiasan pada kenderaan supaya pengeluar boleh charge kamu harga kereta lagi up =_=". Lagipun JPJ belum ada silibus nak ajar para pemandu ilmu psikik nak baca niat dan gerak hati pemandu-pemandu yang tak reti-reti nak guna signal tu -.-".


Jadi di musim orang ramai balik kampung ni, pandu cermat jiwa selamat. Semoga sampai di rumah bersama roh dan jasad bukan sekadar jasad tanpa roh. Faham kan?Ajal maut di tangan Allah tapi janganlah kita sebagai hamba Allah sengaja mencari ajal sebelum maut tu. Kat tol tu jangan jual ikan nak potong line =_=" tak nak berbaris bayar tol sediakan smart tac, tak pun kad touch n go je pun kira ok. Cepat sampai dengan selamat :). Sebelum memandu jauh tu pastikan kreta sudah well check dan service ok?




Akhir kata dari aku, selamat hari raya, maaf zahir dan batin kalau ada entry-entry aku yang buat korang sentap hati dan hempuk kepala ke dinding. :)


Nota bulu kaki macam meggie: Kalau ortodok tu untuk kebaikan, baik kita ambil kebaikkan tu walaupun tak nampak coolio tahu? 

Khamis, 11 Ogos 2011

lelaki: Isteri nak bertudung, awek nak yang freehair, yang seksi



Entry ni Reply kepada entry mrK ni. Well aku rasa tertarik dengan cerita ni sebab perempuan je boleh faham perasaan perempuan kot?
Kitorang belajar dekat US masa mula-mula kenal and became official and then he decided untuk quit medicine dekat US, and continue dekat Malaysia. He convinced me to go back with him, so I did. -.-" So, kitorang sambung dekat UM, took the same course, same class, same everything. First year and second year, semua okay, happy, fireworks, bahagia. Semua lah. *rolling eyes*
=_=" Adik adik sekalian. Kalau lelaki tu suami kita, adalah menjadi kewajipan untuk kita menurut kehendak suami kita tapi untuk cerita ini kita dan dia bukan suami isteri lagi. Tanggungjawap kita sebagai pelajar dan sebagai seorang anak adalah keutamaan sekarang.  Jangan terlalu mengagungkan cinta yang tak ada ikatan.Sedangkan yang sah suami isteri pun boleh bercerai, yang ada tanggungjawap agama dan anak-anak tu apatah lagi yang tak de declare ikatan apa-apa dalam Islam. Jangan buta dengan cinta tanpa ikatan yang kononnya sejati tu sampai cita-cita diri sendiri terkorban. Anyway aku tak nak blame this girl la, benda nak jadi. Cuma bagi yang baru bercinta tu ingat-ingat lah nasihat aku ni.
Kenapa ada sesetengah lelaki, yang taknak bagi tau girlfriend dia the truth yang dia dah bosan, fed up, muak dengan girlfriend dia and he wants to move on with someone else?


Yang aku notice, lama sangat bercinta ni tak semua perasaan dalam tu adalah cinta. Yang ada rasa tanggungjawap sebab dah berjanji macam-macam dan routine harian buat benda yang sama. Macam contoh dari mula kenal dah jadi routine kita makan sama-sama time tengah hari, petang plak study sama-sama.Benda tu dah jadi kebiasaan,bukannya benda yang kita teruja nak buat dah. Hari-hari jumpa sebenarnya bosan. Jangan kata lelaki, aku yang perempuan ni pun did face the same dilemma tahu? Jadi bila bosan try carik yang lain. Well this will happen bila bahagia tu di cari bukan untuk di hargai. But then bila jumpa yang baru, hati dah terubah, rasa kesian kat yang lama ada dalam hati tu. Tak kan nak tinggalkan si dia yang selama ni banyak menghabiskan masa di sisi? Dilema rasa tanggungjawap, kesian, serba salah tu berbuku di hati ketat-ketat. End up nya diamkan je la weh. Bukan lelaki je face this problem, perempuan pun ada masalah dilema yang macam ni.
What can i do to banish him completely from my mind?
Well said sissy, selagi kau tak gila atau tak hilang ingatan, sampai mati ko tak kan lupakan dia. Nak-nak kalau masih tinggal berdekatan. Kalau kau pergi jauh-jauh dari hidup dia pun kau tak boleh buang dia dari ingatan. Kau delete la facebook dengan twitter dia pun kau takkan boleh lupa. The only thing kau boleh buat cuma lupakan perasaan kau kepada dia je. Kalau bercakap pasal perasaan, kau je yang boleh buat keputusan macam mana nak survive sebab perasaan tu perasaan kau, bukan perasaan kitorg xD.




How is it possible that someone yang Solat penuh lima waktu, do such things as check in into hotel, ringan-ringan, geli-geli dan bermacam2 lagi?
Kes ni umpama pergi kelas ambil kedatangan tapi tak dengar and tak ambil tau lecture pasal apa dan menggunakan masa terbabet untuk main game dan berfacebook dalam kelas. Sama macam solat. Dia solat angkat rukuk dan sewaktu dengannya tapi tak de penghayatan. Cuma tu routine dia sejak umur 7 tahun sebab bapak rotan kalau tak solat bukannya sebab dia takut kat Allah s.w.t. It is good to know another half kita solat penuh 5 waktu tapi sekadar menjaga solat bukan the right answer untuk mencari pasangan. 


Why lelaki, suka suruh girlfriend dia tutup aurat, pakai sopan-sopan, tapi dia pergi menggatal dengan awek yang free hair, seksi?
Bhahaha.Tak semua lelaki macam ni. Lelaki yang baik tak kan buat macam ni weh. Cuma segelintir yang entah ape-ape tu bagi dorang bakal isteri tu aurat dia and everything about her is reserve for him. Bagi dorang awek yang free hair, yang seksi ni seronok buat tayangan je. Dorang tak nak ambil risiko in future, bila ambil awek yang suka tayang-tayang ni buat bini orang akan komen macam ni "Eh tu bini kau ek? Her size not bad doh " =_=". Yes this fact member lelaki aku yang cakap kat aku bukan aku suka-suka taip ek.


Anyway aku tak nak label lelaki ni jahat ke apa ke. Perempuan pun boleh buat benda yang lebih kurang kat lelaki. Well, hati kita ni milik Allah. Allah boleh menguji hati pasangan dengan macam-macam jenis ujian. Aku pernah tinggalkan lelaki tanpa sebab dan lelaki pun pernah buat perkara yang sama. Aku cuma anggap tak ada jodoh. Kalau dah kahwin tu lain hujah lah.


Nota bulu kaki macam meggie: I do not believe in Karma but i do believe that Allah is fair. Pegang kuat-kuat tu. :) Anyway, love need break sometime perhaps? erk entah! Aku single tegar xD.

Isnin, 8 Ogos 2011

Yahudi Laknatullah: Sebab Yahudi Memang Bersalah. Kita Wajib Mengambil Kisah.

Assalamualaikum pembaca ku yang kacak, cantik dan budiman sekalian.  Mari kita lihat gambar di bawah :


Jadi faham la kalian bahawa wujudnya masyarakat Islam di Malaysia yang sensitip ni sentap.Kononnya khatam tengok Survival je yang faham hujah ni. Maka mulalah yang menulis artikel " Suratan atau kebetulan? Fikir-fikirkan lah!" Akhirnya masyarakat yang sangat suka berfikir ni berpecah belah.


Kata mereka yang Prihatin:


"Ah Yahudi nak menyesatkan umat Islam dengan pelbagai cara. Cara ni pun boleh? Weh kerajaan ni buta ke apa tak faham jiwa sensitif kami yang cepat sentap ni. Dah la luluskan projek buat gereja besar-besar, lepas tu luluskan bible dalam bahasa melayu pulak tu. Ni plak nak ajar bebudak ni suka kat yahudi dia pi gula-gulakan dengan duit syilling? Allahhuakbar. Lepas ni korang jangan terkejutlah ramai umat melayu dah hilang entitle Islamnya."


Jadi mereka yang kononnya open minded pun membalas hujah: 


" What is the matter with simbol-simbol ni? Mana ada simbol-simbol memberi kuasa! Kalau nak tuduh kerajaan tak baguih , kawan yahudi jadi Parti Keadilan yang lambang 1 mata tu korang tak nak tuduh menuduh pulak? Eh biaq pi la orang bukan Islam dengan agama meraka. Tak semestinya gereja besar-besar tu kita yang masjid/surau seluruh penjuru ni kalah. Sah -sah surau dengan masjid lagi banyak dari gereja. Setakat Bible dalam bahasa melayu apedehal issue nya? Al-Quran ada subtitle melayu tu ada apa nak buat panduan Iman kuat sentap ni. Lagi pun , alah macam aku tak tahu, baca Al-Quran pun malas, nak baca Yassin seminggu sekali pun berkira, nak baca Bible dalam bahasa melayu apetah lagi ye dak? Come on la bila fikir logik once kau baca kitab agama lain, lagi senang kau nak berdakwah. Itu pun kalau kau nak berdakwah. Ala orang yang betol-betol pendakwah dan berdakwah kerana Allah rasanya dont come up with this silly issue, yang come up nya mereka yang pura-pura berdakwah jer.Lagipun zaman Rasulullah memerintah dulu mana ada Baginda menyekat agama lain beribadah."


Lalu mereka yang sangat prihatin ni membalas bidasan:


"Sedarlah saudara seislamku, walaupun cuma sekeping syiling pada pandangan mata kau, namun kesan dan impaknya sangat besar. Sejarah telah membuktikannya.Lagipun kalaulah lambang ni mendatangkan fitnah, baek di gunakan simbol lain untuk memuaskan hati sekalian rakyat jelata yang prihati dengan Islam seperti kami ini".


Mereka yang open minded enggan mengalah:


"Sejarah apa kau cuba tegakkan ni? Mengarut mengarut. Pasal simbol je cepat plak ko prihatin. Soal berpakaian, soal rancangan hiburan yang kuat lagho ko diam plak? Anak solat tak solat belakang kira la ek? Weh kalau kita ni well educate about Islam, insya Allah apa lambang yahudi pun tak terkesan der di hati kita."


Akhirnya bertelagahlah mereka yang prihatin dan kelompok open minded terbabit. Berbalas-balas lah hujah mereka di laman muka buku, forum-forum online dan berbalas entry di blog masing-masing. Kerja harian di pejabat, campus, sekolah dan di rumah tertangguh. Nun di Eropah umat Islam sehabis mungkin nak khatamkan Al -Quran, membanyakkan Ibadah dan sibok memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan. Yahudi di seluruh dunia menggaru kepala dan ketawa besar. Agenda mereka berjaya. Kah kah kah.


Nota bulu kaki macam meggie: Macam aku pernah cakap dulu Entah-entah teori konspirasi yahudi ni konspirasi yahudi nak lemahkan umat islam. Bertelagahlah umat yang prihatin dan open minded.la.la.la.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...