Followers

Ahad, 31 Julai 2011

Bulan Ramadan Di Sambut sebagai Budaya Bukan Dengan Penuh Keinsafan?


Alhamdulillah esok puasa. Insya Allah kita sempat sambut ramadhan dengan terawih malam ni . Jadi Sebelum ramadhan start mari ulangkaji kejap solat tarawih dengan witir kat sini. Nak ulangkaji niat puasa dan doa berbuka boleh rujuk di sini.

Tapikan ada beberapa perkara yang gerenti happen di bulan ramadhan yang aku kurang gemar :

1] Bebudak main mercun dekat masjid / surau. Aku tak paham kenapa mercun tu sinonim dengan ramadhan di tempat kita ni. Orang kat negara perang ketaq bila dengar mercun, dorang ni suka aihhh bila dengar dam dam dum bunyi mercun. Aku ni even tinggal di negara yang berperang berita politik berat sebelah ni pun rasa seksa oh bila dengar bunyi mercun. Ok sebenarnya ada tragedy happen yang aku malas nak cerita jadi aku fobia nak dengar bunyi mercun Y_Y.  Rumah aku dengan masjid dekat je tapi sebab fobia punya pasal aku terpaksa drive ke masjid dekat rumah tu. tsk tsk. 

2] Tak puasa lagi dah shopping complex mainkan lagu raya. Apetah lagi di saat bulan ramadhan ni ya ampun aku memang kurang gemar ler nak dengar. Bulan puasa tu puasa lah. Beribadah bersungguh-sungguh almaklum setan dah kena ikat. Kurang sikit beban hati kurang cerah ni nak beribadah. Kalau boleh weh, nak biarkan ramadan ni panjang je, lambat-lambatlah raya please please tp *adeh* gaya kita berpuasa ni macam puasa ni seksa je. Bukak lagu raya awal ni macam nak kira bila raya ni copek la raya cheq tatahan naaaa nak puasa cheq lapaq Y_Y. tsk tsk aku dok pikey apa matlamat kita ni berpuasa sebenarnya? Sampai ke tak maklamat untuk membawa bekal di akhirat Y_Y.

3] Bazar ramadan adalah benda yang aku kurang gemar. Kalau di campus memang terpaksa la jejak bazar pasal kitorang tak boleh memasak.Tapi bila balik kat Kuching ni aku paling malas la bila mak ajak pergi bazar. Aku kalau fighting lawan nafsu shopping kat The Spring tu aku masih bleh menang tapi when it is come about food.... Aku kalah besar melawan nafsu makan sebab gelora hati rasa nak try semua. Tu kueh celorot, tu kueh beg, sane bubur pedas, sini umai obor-obor. tu baru empat senarai, tak sebut lagi jumpa ayam panggang, ikan terubuk panggang yang marbelessssss yummy lepas tu nasik tomato, nasik ayam , nasik lemak, mee kolok, laksa sarawak. Kueh mueh lagi weh. Lepas berbuka makan seciput je. Jadi membazir lepas tu terasa malu sendiri eh patutnya ramadan ni bulan paling jimat tapi kita dah buat jadi bulan paling membazir. tu tak kira lagi makan banyak-banyak time puasa sampai kenyang nak mampus tahap nak magrib pun malas apetah lagi teraweh. 

Anyway semua tu bukan salah Allah turunkan ramadan kepada kita. Cuma budaya kita yang buat ramadan tu sebagai budaya. Di sambut dengan bersuka ria dan berpura-pura insaf. Aku ni pun bukannya mulia sangat. Well aku mana pernah keluar dari Malaysia dan terbiasa dengan budaya ramadan cuma kali ni aku terfikir sendiri how to fight with "Budaya Ramadan" instead of "Beribadah dengan penuh keinsafan".Bukan senang okeh 22 tahun hidup dah terbiasa dengan budaya "Alamak tak cukup baju raya lagi ni. Kek lapis tak siap lagi. Biskut tak start buat" instead of berazam nak khatam Al- Quran dan buat solat terawih maximum banyak instead of mencari masjid dan surau mane yang paling cepat habis.

Nota bulu kaki macam meggie : Apa kata puasa kali ni kita cuba fight sehabis boleh budaya puasa kita dan kembali kepada tujuan asal berpuasa macam yang di perintahkan Allah dan macam yang di pesan Rasulullah? Boleh ke tak nak buat? Anyway, Selamat Berpuasa dan selamat menginsafi diri dan mencerahkan hati yang kurang nak puteh tuh =)

Ahad, 24 Julai 2011

Girl Best Friend Versus Special Girl Friend?

Sehari dua yang lepas aku dah bincangkan issue Lelaki dan Perempuan sebagai kawan baik. Entry kali ni aku nak bincangkan issue Girl Best Friend Versus Special Girl Friend? Perhaps kau perempuan kau tukarlah Girl tu jadi boy la aih. 




First of all, kau kena faham perasaan kau. Kalau kau dalam diam sebenarnya nakkan kawan baik kau, aku nasihatkan kau clash je dengan awek kau. Betul. Tak baik seksa hati sendiri dan hati orang lain. Macam mana nak confess dengan kawan baik kau nanti aku cerita kat entry yang lain. Entry ni aku nak focus dengan tajuk di atas ye sila rujuk semula. *ehem*.


Next, pihak kawan lagi satu pihak kena faham sendiri yang kau antara orang yang kena tonjolkan diri di awal cerita supaya tak timbul salah faham. Let say la kan, ko tak pernah jumpa awek kawan baik kau face to face, jadi why not ko add di facebook or follow di twitter. Then, kau kena greet awek member kau macam member-member or mungkin macam another sister kau ke. Nak tegur tu tak payah la gedik - gedik macam kau inbox "Hye Kiah, nama ku Tipah. Aku kawan baik je dengan BF kau si Leman tu" .Puff. Kalau awal-awal lagi dapat nota macam ni memang gusar lah hati weh. So macam mana caranya nak bertegur sapa di laman sosial? Mungkin kau boleh comment status die or bergurau senda di twitter macam biasa. Macam kawan-kawan.  Oh anyway kawan baik perempuan, please don't be too gedik dengan kawan baik kau boleh? Kalau kau sendiri perempuan, kau mesti menyampah bila orang lebih-lebih dengan so called bakal suami kau kan?


Si boyfriend pun kalau nak bercerita dengan si awek, tak payah la cerita macam mana intimnya hubungan ko dengan kawan baik perempuan kau tu. Haip. Carik nahas la namanya tu. Cerita tu stakat cerita macam ko dengan member sejantina. Kalau si awek tu tanya pasal si kawan baik tu just jawap je la.Tak payah la nak selindung-selindung gaya cuak macam kau selindung perasaan sebenar kau kat si kawan baik tu -_______-". Sila la faham manusia ni sangat berpegang dengan pepatah "Action speak louder than word" walhal action without word adalah punca salah faham yang terhebat yer. Kalau bleh kau ketemukan je kawan baik kau dengan si awek tu. Biar dia faham korang ni sebenarnya macam mana. Lagi bagus kalau kawan baik perempuan kau tu antara geng-geng kau. Jadi bila lepak bersama-sama semuanya sangat natural dan tak rasa kekok. Kalau dari zaman mengorat lagi si awek tu dah kenal korang satu geng tu kira bonus kat kau la kan?


Si girlfriend pun jangan lah terlalu mengongkong dan nak jealous tak tentu hal. Kalau kau kenal geng-geng bf kau dari sebelum couple lagi, you should prepared and understand the situation antara dorang macam mana. Kalau kau hesitate tetap nak tuduh dorang tu bercinta sila jangan terima encik BF at the first place sebab insya allah korang tak ada masa depan kalau asek nak berperang dengan issue tu je Y_Y. And please please please girl jangan nak kontrol bf kau setiap masa, check segala laman social dia dan argue bila ada perempuan comment and tweet dia. Lelaki ni semakin kau control semakin tu la buat onar di belakang kau. Ni aku cakap jujur eh. 


Nota bulu kaki macam meggie: Relationship need _________________ SPACE! Please understand it.

Khamis, 21 Julai 2011

Lelaki dan Perempuan as Bestfriend? How you can make it possible?


Kawan baik berlainan jantina bukan perkara asing dalam kamus hidup now a day. Chemistry yang wujud tu kadang kala kita sendiri rasa macam tu cuma sibling bonding. Tapi orang kata benda tu impossible. Nanti end upnya mesti ada satu pihak atleast rasa syok sendiri. Heh. 


Personally, bagi aku rasa syok sendiri will happen bila kedua dua pihak tu berkawan gaya orang bercinta. Gaya bercinta ni macam text daily cuma nak kata "Hye, i dah bangun pagi!" After 5 minutes text lagi "hye I nak pakai baju pink hari ni" . Then bila keluar tu sentiasa nak berdua-duaan. Gaya plak nak bermesra-mesraan. Macam ni baek kau end upkan friendship kalau kau sendiri tak de rasa lebih dari kawan. Seriyesli. Nanti akan ada satu pihak yang menangis sendiri dalam hati.


Jadi macam mana boleh wujudnya girl and boy bestfriend?




Macam mana korang berkawan dengan member sejantina? Macam contoh sekarang aku di Kuching, Sarah di  Bangi, kitorang tak pernah text semata-mata nak kata "hye noks, i pakai baju pink today. Lepas ni i nak kluar jalan-jalan." Lepas 5 minutes sms lagi kata "Hey,i nak driving ni, dekat traffic light depan rumah i'll text you".  Y__Y ye, we never do that. So sama je kes bila berkawan dengan member berlainan jantina. Tak ada maknanya aku nak sms dorang setiap masa nak gedik gedik report itu ini benda yang aku buat weh. Chatting pun bukannya setiap hari. Bila keluar, aku kurang gemar nak berdua-duaan. Nak lepak pun dengan geng beramai-ramai. Jadi none of us rasa kitorang ni ada rasa special oulls. Rasa syok sendiri memang tak akan lah. Layan pon gaya kawan-kawan. Bebel macam kakak-adik-abang. 


Sebenarnya seronok jugak ada kawan baek berlainan jantina. Kalau korang ada boyfriend or girl friend, korang akan sembunyikan perangai tu kalau tak banyak, sedikit pun ada dari pasangan korang tu. Depan awek ayat nak sweet je, cakap bahasa straight, kalau tengok awek hot lalu lalang jeling pun ketaq weh Y_Y. Kang kalau kluar semua perangai memang slamat jalan romeo la kau. Cuba kalau di depan kawan, keluarlah perangai "gay" dan menggatal dengan awek hot. Keh keh keh. Senang cerita i learn much la pasal lelaki bila berkawan dengan lelaki. 



Kalau ko rasa korang tu cuma kawan, dan berniat untuk menjadi kawan dan tak nak lebih dari kawan, please jangan gatal bagi hope weh. Ayat macam-macam, tapi lepas tu main tarik tali weh seksa woh pihak satu lagi. End up nanti, bila kau sedar satu lagi pihak dah syok sendiri, kau plak bosan nak layan, kononnya jumpa seseorang yang kau rasa memenuhi taste kau tu, kau larikan diri. Bila orang yang kau bagi hope tu tanya, ko kata ko cuma keliru or maybe kau kata "kita ni kawan je kan? Kita tak pernah declare." puff. Macam tu gaya daripada elok elok kau ada kawan, end up nya kau sendiri runtuhkan friendship tu =_=" 


Anyway, macam mana nak face it to have girl bestfriend versus special girlfriend? Next entry kita bincangkan :)


Nota bulu kaki macam meggie: I keep all my best friend like my own family. Dengan family dorang pun aku kenal. Nak nak bila belajar jauh dari mak bapak ni, kawan baik ni la family yang paling dekat dengan aku. Yang akan jaga sihat sakit aku. Yang akan bersusah payah tolong aku simpankan barang-barang yang banyak-banyak tu. Yang akan bising bila nak buat assignment, yang sudi dengar aku mengumpat *eh*!Yang temankan aku beraya di perantauan. Yang tak berkira duit masa dan tenaga dengan aku. Tak kisahlah dorang tu perempuan or lelaki, aku rasa having all of them rahmat yang besar Allah bagi kat aku. Sahabat tu saudara. Ingat tu :)

Selasa, 19 Julai 2011

Ini Tipikal Atau Mentaliti?

Beberapa situasi yang selalu berlaku yang boleh menjadi rujukan ramai.


Situasi #1: Memandu
Bila member or anak baru dapat lesen, biasalah nak nak perempuan, memang kereta akan bersifat melompat-lompat. Majoriti people akan kondem kata "Pergh gila scary kau driving, lain kali kau tak payah driving." or perhaps akan kata macam ni "sebab tu aku tak nak bagi dia memandu". Yeah situasi tipikal yang sangat annoying. Secara logiknya ko memang sayangkan nyawa, tapi bila ingat balik memori ko zaman mula-mula dapat lesen dulu tak hadernye kereta jalan flowwwww macam sekarang weh. Mati-mati jugak kreta kau di tengah highway. Practice make perfect anyway. Let your siblings,relative or your friend cuba berlatih dan kau yang kunon terrer yang duduk di sebelah silalah bagi tunjuk ajar bukannya jerit jerit jerit jerit jerit kondem .pufff. 


Situasi #2: Kerjaya dalam hidup
Anak haruslah belajar rajin rajin. SPM mesti score straight A1. Nanti senang nak jadi doktor. Jadi doktor ni senang nak oi, abes belajar kau teros keje dengan gomen. Cerah masa depan kau nak. Ape nak? Takut darah eh? Tak ape lah nak, kau jadi cikgu je, lagi kau senang nak dapat kerja. Kalau jadi cikgu sah sah kau kerja dengan gomen nak oi!!! Kerja setengah hari, cuti pun banyak, gaji beribu sebulan.


Masa pun berlalu... si anak pun kata "mak, saya dapat pengajian Sains Komputer majoring Grafik dan Multimedia kat UTM Skudai je mak." Pilulah hati si ibu, terasa masa depan anaknya tersangatlah malap.


"Ya Allah nak, apa jadah punya course yang kau ambik ni nak? Kau memang memalukan mak. Tak ada dalam sejarah keturunan mak yang belajar sains komputer tu nak oi!. Kos tu tak laku. Habis belajar nanti kau menganggur nak. Macam mana ni nak? Tak ape la nak, belajar rajin-rajin, habiskan teros sampai PhD lepas tu kau mintak jadi lecturer kat UTM. Tak pun habis degree nanti isik borang SPA. Senang nak oi kerja dengan gomen" =_="


Situasi #3: Agama
"Apa nak jadilah dengan kerajaan ni. Macam mana dorang boleh luluskan bible dalam bahasa melayu? Lepas tu luluskan pulak pembinaan gereja yang maha besar kat Bukit Jalil tu. Lepas ni korang jangan terkejut lah oi semakin banyak anak melayu murtad. Dah la dorang yang bukan Islam ni memandai je panggil Tuhan dorang tu Allah. Eh tu nama tuhan Islam la. Kalau kau bukak kamus omputeh pun dorang dah statekan Allah tu nama tuhan orang Islam. Memang ni semua konspirasi dorang nak memurtadkan melayu Islam ni. Aku dah lama tahu dah. Korang ni belajar kat sekolah methodis ni elok elok sikit, nanti dorang bagi korang holly water, teros korang tak boleh mengucap!" Ujar si Leman di warung makanan berhadapan masjid ketika tok imam membacakan khutbah Jumaat.


People, this 3 situasi adalah penyakit orang kita. Sila fikir fikirkan.


Nota Bulu Kaki Macam Meggie: Yang pasti kita sangat suka menyalahkan orang lain instead of ambil initiatif sendiri. Terlalu gembira berhadapan dengan situasi comfort zone. Penakut tak bertempat tu ye jugak.3 situasi diatas tu sangat minor sebab banyak lagi cerita lain yang sangat tipikal. Kang aku taip banyak-banyak kecik ati plak.puffffffffff 

Ahad, 17 Julai 2011

Pernah Ambil Tahu Tak Pasal Game Development?

Cover Folio. Sangat kekok main color bukannya pink *nangis*

Entry hari ini dimulakan dengan beberapa fakta:


1:Aku anak skema yang tak teruja main game. Antara video game dengan buku, aku lagi chentakan buku =_=" Yet buku sejarah yang orang tuduh bosan tu adalah sangat menjadi kegilaan aku *_*.
2: Course aku Computer Science majoring Graphics and Multimedia.Game Development adalah antara elective yang di tawarkan yang aku tak berniat nak amek pun.
3: Pointer aku macam *ehem ehem* akibat jatuh mendadak di tahun ke dua jadi i have to work hard kalau tak nanti berputih mata tengok orang lain dapat medal waktu konvo. Jadi waktu internship aku buat keputusan tarik satu subjek sem depan waktu semester pendek supaya boleh lebih focus nanti.
4: Game development adalah the only subjek yang di offer oleh department aku untuk sem pendek ni. Sila bayangkan rasa resah gelisah aku yang tak main game ni macam mana rasanya?
5: Aku tak pernah main angry bird pun ok now you can call me skema.*nangis looser*


Mula-mula aku gundah jugak dengan semester pendek ni. Nak nak sem sem lepas buat game segala movement di buat dalam bentuk seratus peratus coding kecuali when you design the model. Memang menangis woh buat kerja tu. Tapi for this subjek, kitorang di ajar tentang the real environment untuk game development which is we are divided into 3 part;


1) Technical : Bertanggungjawap bermain coding untuk menggerakkan character game ke kiri, kanan, atas, bawah, ke langit, kebumi, mata ganjaran, jumlah nyawa untuk game bla bla bla. Game engine yang digunakan adalah Unity 3D. Jadi beban programmer nak menaip coding tu ringan sedikit walaupun hakikatnya masih payah lah jugak.


2) Sound: Manusia yang bertanggungjawap bagi bunyi kat game. Part ni payah jugak kalau bunyi tak kena, rasa excited tu kurang. Cuba macam korang  main angry bird, babi tu gelak bunyi arnab ke, katak ke, tak ke rasa celaka kau nak main lagi? 


3) Art: Mereka character yang wujud dan hadir dalam sesebuah game. Aku berada dalam part ni almaklum darah seni tu kuat walaupun sebenarnya langsung tak reti melukis *nangis*. Sebab aku budak teater jadi aku agak teliti dalam art ni macam contoh symbolic untuk machine dan computer tu mesti tepat dan rasa terperli kalau tak orang tak kan faham dan rasa tak logik.


Benda pertama yang perlu di lakukan adalah dengan berbincang tentang story board. Task given, kitorang kena buat game menggunakan environment UTM. Jadi kitorang decide nak buat real life story dalam game. Untuk game kitorang, player perlu mengumpul 5 tips clue untuk ambil exam di Dewan Sultan Iskandar (DSI). Dewan ni adalah musuh budak UTM time exam week Y___Y. Jadi dalam pencarian tips exam terbabit, player berhadapan dengan beberapa robot iaitu facebook, twitter, shopping complex, karaoke dan computer game. 5 musuh terbabit di simbolikkan dengan robot sebab pada hemah aku *pergh* student macam dah di set untuk di interrupt dengan 5 element ni. Pemilihan robot adalah disebabkan robot tu di setkan programmer untuk sesuatu perkara sama macam setting kepala student macam kita ni yang asyik tergoda dengan 5 benda tu.






Ini adalah model saye. Eh biarlah macam ni. robot tidak seharusnya perfect. keh keh keh.



Nak develop game bukan perkara yang mudah dan memerlukan banyak masa. Tapi dengan bahagianya aku confess than we were given only 2 weeks to finish the task. Beberapa issue yang timbul menjadi dilema kitorang di sini iaitu:

1) Kitorang belajar coding untuk graphics bukannya buat graphics jadi tool graphics adalah anasir asing walaupun coding tu sendiri masih menjadi warga asing dalam hidup.Untuk develop a model, kitorang kena guna Autodesk 3D Max dan aku guna version latest 2011. Dalam masa yang sangat busy develop game with macam-macam document yang kena di siapkan, datanglah bebudak teater inform aku kata tak cukup crew untuk pementasan. Sebab sesem tidak berteater jadi badan rasa kurang glukosa, makanya aku pun ambil tanggungjawap sebagai stage manager uit, bukan senang hokey. Lepas pementasan pulak aku ke Seremban kenduri kawen pasangan ex Teater. A day after kenduri aku terlibat dengan koir untuk Majlis Pertabalan Suksis which is UTM sebagai tuan rumah. Nasib baik group mate aku faham aku akan mengigil without pentas. Jadi dorang sangat-sangat bagi kerja sama mendidik aku buat animation menggunakan Autodesk 3D Max.

2) Game engine unity 3D tu adalah benda asing dalam hidup. Jadi di minggu ke 3 terakhir lecturer aku paksa kami buat tutorial untuk game engine tu. Jadi nak tak nak kena jugak buat sebaik mungkin supaya kelak mudah untuk programmer siapkan task di bahagian teknikal.Tapi since aku tidak terlibat dalam teknikal aku malas nak komen banyak.

3) Dalam kesibukkan aku dengan macam-macam benda, i manage to siapkan 5 model robot macam aku cakap kat story board tu. Setiap model tu aku kene buat 3 animation. Idle, fighting and no animation. Jadi semuanya aku buat 5 x 3= 15 animation tak termasuk texturing. Namun malang tak berbau wangi, animation aku tak leh gerak dalam 3D Unity. Lepas tu sorang pun tak boleh bukak animation aku sampailah a day before presentation baru perasan group mate aku guna version 2010 while aku guna version 2011. Even aku dah tambah step untuk animation, programmer tetap kata model tak bergerak. Jadi kitorang guna back up plan, robot untuk tutorial kitorang ditexturekan balik. Sedih sebenarnya sebab sebab aku sangat bersusah payah tak tido malam buat animation tapi tak di gunakan. Cakap pujuk diri 2 weeks tu bukan jangka masa yang singkat untuk semua tu tapi rasa macam nak hempuk kepala ke dinding jugak bila tengok model character orang lain *sambil menangis*.

Anyway, aku rasa course mate semuanya dah buat yang terbaik even tak leh la kau bayangkan macam kau main game Dota, R.O, Jin, angry bird bagai. Y___Y 2 minggu je kot.pufff. Tapi seriyes lah ni la subjek paling excited tengok orang bentang walaupun aku tak main game.Wiiii.  Sekian saja report saya untuk subjek ni. Enjoy lah gambar di bawah. game group aku malas plak aku nak print screen. Berat ah Unity 3D tu. Slow lappy aku =_="

Tekun menyiapkan game di Lab =p
During presentation

Nota bulu kaki macam meggie: Kalau korang yang tak habis sekolah rasa buat game tu cool, meh la jadi junior aku. Kitorang siap ada bilik game woh. Tapi aku tak pernah main pun Y__Y masuk tengok orang main jerk. Heh. Bosan!

Isnin, 11 Julai 2011

Lepas tu keluarlah statement ala-ala melayu terkandas



Dalam aku tension buat kerja, tweet deck aku bising dengan cerita bersih. Ada umat manusia kata “Bersih for Rakyat”, ada pulak umat manusia cakap “Dasar rakyat Durhaka menyusahkan manusia je join Bersih”. Tak kurang pulak kelompok manusia yang kata “biaq p la dorang tu, layan Rainforest festival jom kat SCV” kaedahnya! Tapi yang kelakarnya mostly yang bising-bising lebih-lebih pasal bersih tu member yang tak tinggal di KL =_=”.


Lepas tu keluarlah statement ala-ala melayu terkandas. Demi Datok kaum india, orang melayu yang tersepit di tengah-tengah berpecah belah. Yes the best sweet talk ever. Paling aku kurang gemar bila orang mula cakap pasal keagungan kaum dan membela bangsa kaum *ketawa*. Darah aku darah Iban, India, Cina dan Melayu mix togather, how dare aku nak memperjuangkan hak melayu? How dare aku nak hina kaum india? How dare aku nak kata Cina tindas aku sedangkan darah tu adalam dalam tubuh? Nak membanggakan sangat dengan melayu, aku kene tear my body a part lah! Senang cerita aku rasa prinsip perkauman adalah sangat unrealivan sekarang. Darah jenis aku kat Malaysia ni bukan aku sorang yang ada. Perhaps, korang sendiri ada mix semua darah yang ada di Malaysia. 


Kita ni katanya satu malaysia, bersatu padu, tapi sekolah asing-asing. Melayu ke sekolah majority Melayu, cina pulak pergi ke Jenis Kebangsaan Cina, and so India ke Jenis kebangsaan India. Then sekolah hot famous , dengan IPTA memang bagi priority kat bumiputera je lah! Lepas tu bila dah masuk university kita pecah-pecah ikot kaum dalam sedar yang kita deny.Lepas tu, kalau melayu ni memang dah pesan siap siap kat anak-anak “ nak nanti kau kerja dengan kerajaan nak oi. Cerah masa depan kau!” abes sekolah bermati-matian nak kerja dengan kerajaan. Anak tu kalau tak amek medic, memang wajibul ghunnal amek pendidikan.tu je yang cerah masa depan. Al maklum senang nak kerja dengan kerajaan! Badan swasta, yang dari international sat g banyak kaum selain dari melayu yang berkhidmat. Lepas tu mulalah mencacai cerita kata kompeni international ni tak suka amek melayu bekerja kerja *ketawa* . Korang tak rasa ni big desease ke? Semangat nasionalisme kita ni cuma ada dalam karangan BM zaman SPM je der!  Tulisan palsu mengapu checker nak dapat A semata-mata.




Then now the media speak. Since ada internet ni kan, jadi keluarlah macam-macam wadah berbau hasutan. Yang pro kerajaan dengan cerita Utusan Meloya dia, yang pro pembangkang plak dengan MalaysiaTypo dia. Ni satu lagi penyakit. Penyakit berat sebelah. Yang pro kerajaan memang la Najib nampak mulia, seks Anuar Ibrahim memang merbahaya. Bila bukak MalaysiaTypo plak semua yang Najib buat tak pernah tak salah. Tak ada yang mulia. Kita as a reader jadi bertelagah. Lepak depan twitter mengutuk la masing-masing kerja pulak tak siap. Cakap berasap-asap lepas tu mengundi tak daftar *ketawa lagi*.


Personal opinion aku, media adalah benda utama kena di bersihkan. Penat sebenarnya hidup dengan cerita berat sebelah dua dua pihak. Bukak cerita BN asik nak cerita pasal seks anuar semedang. Bukak cerita pembangkang plak asek nak memaki kerajaan memanjang. Sama macam situasi sekarang. Kalau tengok media perdana kata yang datang 6k orang je, tp warga bersih kata 50k orang. Nak kata pembangkang melebih cerita tak boleh jugak. Ingat balik cerita Sejuta Belia tu, bukan main gah ratusan ribu orang dengar najib berucap, walhal depan tu eh sampai ke tak 10 k orang ek? Aku ada di tempat kejadian time Najib berucap and what i can say is aku ketawa bila tengok berita. Aku admit pembangkang tu perlu, kalau tak ada pembangkang memang memaharaja lela orang seleweng kuasa. Ada pembangkang pun orang seleweng, tapi jiwa takut-takut tu masih ada even sedikit *heh*. The thing is, kita sebagai rakyat jelata yang super inesen ni berhak tau the truth story, bukannya cerita berat sebelah. Cerita berat sebelah ni la penyakit buat negara terbelah-belah. 


Anyway to show respek dan tak nak berpecah belah dengan kaum keluarga sahabat handai, aku memang forbit mulut dari cakap hal politik face to face dengan member. Paling lebeh pun aku memaki di facebook and twitter. Aku tetap dengan pendirian aku, vote untuk pemimpin, bukan party pemimpin. Party bagus belom tentu pemimpinnya tak ada yang tak korup. Aku benci nak provoke-provoke orang ni. Macam nak mengutuk orang yang join bersih versus mengutuk orang yang bangkang bersih. Nak kata orang ni minda kelas bawahan ke apa. Heh aku tak rasa benda tu perlu. Masing-masing ada pandangan sendiri. Suka tak suka, kita bincang di Pilihan raya. Pangkah mana yang kau berkenan. Setel.


Nota bulu kaki macam Meggie: Anyway, untuk berubah dan mencuba sesuatu yang baru, hukum dunianya adalah dengan berkorban. Sanggup?Keputusan sila fikir sendiri. Before aku mengadap esaimen aku yang tinggi melangit tu mari layan video u tube ni. Conclusion dia terpulang kat korang sendiri. For you to like it or to against it is none of my business. Kita counting time PRU nanti.


Khamis, 7 Julai 2011

Ironinya Kisah Cinta itu



Lokasi : Alamanda Putrajaya, Depan McD.


" Mak, kenapa bapak tak pegang tangan mak? Kenapa Pak ngah pegang tangan mak ngah?"


Aku yang tengah berjalan menuju ke Carrefour terasa tertarik untuk menoleh ke belakang. Aku nampak seorang budak-budak umur 5 tahun kat belakang aku. Aku yakin budak tu yang tanya soalan tu sebab expresi muka dia yang keriyes gila babeng memandang mak dia dan bapak beliau yang berada sedikit berjarak di depan puan emak. Aku nampak muka si emak dengan si bapak beriak blur. Aku tersengih sendiri. Maju budak zaman sekarang. Faham maksud pegang tangan tu apa. 



Malas nak masuk campur urusan rumah tangga orang wilayah, jadi aku teruskan langkah ke destinasi. Sekilas pandang kelihatan sepasang pasangan umur anggaran belasan tahun berjalan happily berpegangan tangan. Ketawa sendiri. Awal anak muda sekarang "kahwin". Mintak-mintak kalau dah nikah nanti mampu lagi berjalan holding hand bila keluar bersama anak-anak pulak. Paling cikai pun, sama-sama holding anak-anak. Macam tu barulah sweet hidup.




Balik dari Alamanda, bus yang aku naik berselisih dengan sebuah kereta MPV jenama tak ingat. Yang ada dalam kereta tu cuma sepasang pasangan yang pada mata aku, mungkin berusia hujung 40 an. Sekilas pandang aku nampak si suami genggam erat-erat tangan si isteri.Kali ni aku tersenyum lebar sorang diri. Eh darling, nanti kalau dah kahwin kita jadi macam pasangan tu ok? Kita bercinta sampai hujung hayat dan drive jet ke syurga. Oh lupa, aku single trang tang tang. Calon darling pun tak ada lagi =____="


Nota bulu kaki macam meggie: Lepas gian aku nak berteater akhirnya. Merasa jugak aku buat kerja stage manager. Sakit rupanya tugasan tu. tsk tsk tsk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...