Followers

Khamis, 30 Jun 2011

Kamus Melayu Yang Kamu Buat-Buat Tak Tahu.


Penguasaan English memang penting ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kita tak boleh deny benda tu sebab bahasa tu dah jadi bahasa perantaran. Kalau pegi mana-mana bengkel anti menganggur, mesti dia pesan, kalau nak cemerlang, nak senang kerja, haruslah fasih berbahasa english. Tak fasih ni nanti menganggur. Susah nak lepas masuk ke company global. Benda ni aku dengan dari aku sekolah rendah sampai dah nak habis degree.Kiranya aku lagi hafal fakta ni dari kenapa wujudnya syntax dalam coding -.-'.

Jadi demi menyahut seruan kerajaan yang nak rakyatnya mengubah cara hidup tu, makanya gigihla segenap pelosok warga malaysia menghafal lagu Justin Bieber demi memastikan English perfectly perfect dengan accent-accent mat saleh. Macam contoh nak sebut State bukan nya S-T-E-T, tapi sebutannya seharusnya bunyi macam ni:

 S-T-E-T-e-h . 

Huruf kecik tu maksudnya punya sembunyik and slow sikit. Pandai buat tak? Ok kalau pandai bagus, lepas ni boleh kawen dengan awek mata biru...yang ori bukan anak cik Kiah yang pakai contact lense tu .

Sebenarnya bukan perkara aneh bila kita jumpa anak melayu pakai baju kurung , selendang pink berborak dengan lelaki di sebelah pakai baju melayu guna bahasa English. Come on, we need practice anyway. Nak tunggu mat saleh datang kat kita tu memang kira random la unless kita tinggal kan negara bermata biru tu. I am telling you this cuma nak gambarkan penerimaan masyarakat kita terhadap bahasa bekas penjajah tu.

But anyway, aku perasan satu benda kat orang kita, kita lagi orang puteh dari orang puteh. Aku malas nak cerita pasal awek rambut perang, mamat mata contact lense biru, tapi yang aku rasa kelakar nya kita ni, kenapa perlu tukarkan nama jadi mat saleh. Seriyes pelik doh. Macam kan kalau kita baca surat khabar, Tiger Wood ada skandal, belom lagi la aku jumpa Hairan Metrol, berita hairan mahupun utusan meloya tu buat statement macam ni;

" Harimau Kayu ada scandal"
 
atau pun mungkin cerita "Tom Cruise berlakon dalam filem Bukan Kisah Cinderella arahan Irah Hajerah" jadi

"Tom Belayar berlakon dalam filem Bukan Kisah Cinderella arahan Irah Hajerah." Aku rasa kita ni masyarakat yang polite tak sesuka hati nak alih bahasakan nama orang ke bahasa kita. Malangnya, aku tak faham beberapa benda:

Why must people sebut Lembah Klang as Klang Valley? =_=" 

or Melaka as Malacca?

Adam jadi A-dem?

Zaki jadi Zack-ky?

puffffffff. Kenapa tak nak panggil Tiger Wood as Harimau kayu?

Nota bulu kaki macam meggie: Orang kita ni kecelaruan bahasa sangat hebat lah -.-' Mentaliti kita ke kerajaan yang bersalah? Ke salah ibu mengandung?  

Rabu, 29 Jun 2011

Wordless Wednesday: Back to Tadika Moment :)


Until 3.00 am. Stay up until 6 am for  
 tutorial and wake up at 8.30 am so now i' am so 

  Since   again plus 
so cannot. =_="

Nota bulu kaki macam Meggie: Aku siapkan Unity 3D lepas tu aku update blog lagi ek. I need to cakap2 lah! =_="

Jumaat, 24 Jun 2011

"Scandal" as A Relationship?

Scandal?
shhhhhh.....




Relationship Status dalam bahasa facebook cuma ada yang macam ni :



Tapi hari ni aku nak cakap pasal istilah scandal which is relationship yang tiada pada istilah muka buku untuk kau show off di sana sini -_-". Scandal ni lebeh kurang kau dengan pasangan tak declare apa-apa not even in a relationship ikot terma facebook. Each other perhaps dah ada pasangan tapi ada simpan pasangan lain secara gelap atau dua dua single tapi tak nak declare apa-apa. But then each other macam pasangan tengah bercinta like text or call each other every day, lepas tu keep sayang2 bla bla bla eh bila orang tanya korang ni bercintakah? Maka jawapannya "BIG NOOOOO" ha macam tu. Well issue nya kenapa orang perlukan "scandal" Sebagai relationship?

1. To kill the time.
Saja bosan. Nak declare apa-apa relationship susah. Nanti kena control woh. Memang sumpah tak ready la nak ada apa-apa relationship pun but then kau bosan kesunyian rasa ingin di sayangai dikasihi tu ada. So yessss. Scandal or hanging relationship ada sebagai penyelamat bagi masalah bangang macam ni.



2.Mencari Keseronokkan dunia dengan banyak pasangan
Ok ni dah ada tunang/bf/gf/laki/bini tapi sentiasa rasa macam pasangan tu ada je yang tak kena. Mengongkong la itu la ini la tapi nak mintak putus/cerai tak sampai hati. Kalau dah kahwin siap set anak-anak tu bila tengok muka anak-anak lagi la rasa tak sampai hati. But then hati terasa macam hell yeahhh, i need other person yang boleh memahami diri ini and yes kau jumpa sorang mangsa maka tercetuslah edisi scandal menyendel *eh ayat menyendel macam pelik kan?*

3. Nak explore kelompok kaum bertentangan ni sebenarnya macam mana?
Ni plak sama macam yang number 1 tu la. Tak nak terikat tapi keriyes lelaki or perempuan ni sebenarnya macam mana ? Mari lah try layan jer mana-mana yang sangkut walaupun hati sebenarnya haish... sangatlah tidak berkenan di jiwa.

4. Saja nak tunjuk hebat
Bila scandal A bizi, keluarla dengan scandal B dan seterusnya. Nanti member-member mesti rasa macam "Wow Bedah, you  ni hot tau! Hari ni dengan di Samad, semalam jumpa kau dengan si Leman. Wow hebat!"
=____= Motip kan mereka-mereka ni?

Gembira ada banyak scandal.heh Y_Y


5. Suka menyeksa diri
Mereka yang terlibat dalam kes ni sangat kebal ok terutama bila masing-masing or salah seorang ada pasangan. Memang tau sangat dah relationship tu tak de masa depan. Cam contoh Leman single couple dengan Bedah bini si Seman. Bedah dah ada anak-anak dengan si Seman. Bedah tak kan nak mintak cerai dengan si Seman tapi hati gigih melayan kerenah manja-manja si Bedah dan hati sendiri tersiksa menanti dan terus menanti oh stupidnye kan? kan?

Ok cukup aku bagi 5 sebab. Anyway last aku declare "in relationship" waktu aku setel SPM lepas tu aku lagi suka hubungan yang hanging perhaps aku tak suka terikat. Yes kes number 1 tu aku lah Y____Y.  Kes number 3 pun aku jugak. Yang lain aku tak terlibat. Tapi bila fikirkan balik sebenarnya hubungan macam ni lagi menyakitkan hati. Imagine if suatu masa nanti kau betol betol jatuh sayang tapi pihak yang satu tu sebenarnya saja suka suka to kill the time. Yes yes. Aku pernah rasa duka tu sakit macam mana yang sesungguhnya bangang gila kau relakan dirikan dengan relationship macam ni =_=". Time tu kau nak marah orang awam pun tak guna sebab diri sendiri sengaja membiarkan hati di sakiti.


Erk anyway can we declare scandal as love? Y_Y


Nasihat aku sapa yang berada di situasi hubungan tak pasti tu banyak-banyakkan istikarah and pull your self dari situasi tu. Seriyesly tak ada masa depan! Kalau rasa nak bersungguh-sungguh, make sure hubungan tu terjamin dan ada masa depan. Come on we are getting older setiap hari, sangat rugi woh masa terbazir macam tu jer dengan benda yang sia - sia macam ni.   Kalau rasa hubungan tu tak ada masa depan, abaikan dan tinggalkan je. Setel. Hati tak sakit, masa tak terbazir.

nota bulu kaki macam meggie: Dulu bleh la nak scandal sana sini. Tapi bila fikir balek dosa pahala akhirat syurga neraka rasa macam tettttt. Tak payah lerrr. Nak kawen nanti pon rasanya mak yang aturkan *keh keh keh tak habis habis ayat ni walhal mak aku cakap "kau nak kawen kau carik sendiri, apedehal aku nak sebok2 carikkan laki?  Y_Y"*

Rabu, 22 Jun 2011

Ayat untuk Mengayat

Aku tahu masa di lab sepatutnya di gunakan sebaiknya tapi sebab bengang dengan satu error occur dalam coding eh malas nya nak pkey walhal tau kena buat apa *bangangkan?* jadi aku Decide nak cerita tentang mengayat. U know mengayat? Kalau lelaki mengayat adalah kemestiaan untuk survive dalam percintaan *cewahh* dan kepada perempuan pulak di ayat tu la yang dia suka. Tapi aku tak suka, aku rasa lelaki kuat mengayat tu celaka.Well said lelaki kuat mengayat ni banyak berjanji tak tentu hal. Lame ok lame? Eh ke bukan perempuan aku ni? *Cek kejap!* =_="


Anyway this entry bukan nak kondem lelaki yang mengayat well kalau tak di ayat pun bosan jugak *eh memang perempuan ni complicated*. You know mengayat awek ni bukannya susah sangat pun well aku awek aku tahu la. Mula-mula memang jual mahal semuanya tanak ewwwwwww. Tapi lama-lama bila lelaki tu tunjuk give up sikit mula la dia carik berlari-lari macam gaya “ hye abang dah lupa ke ayat-ayat mu nak sehidup semati tu? Jom la kawen i cinta u jugak eh betol sungguh ni!” Ok aku rasa tu scene favourite cerita korea sebab tu aku malas nak tengok cerita korea sebab terasa sendiri  *tsk*. Tapi tak pernah lagi gamaknye berlari ajak kawen miahahaha. Tercair jua akhirnya tu standart la. Tapi once terluka rasa macam waaaaa perit woh *sambil menyanyikan lagu separuh jiwaku pegi dari anang*.


By the way mengayat ni bukan kisah uda dara, duda janda, laki orang kepada bini orang lain, suami curang pujuk balek si isteri je tau! Mengayat ni sangat efective di lakukan dalam bisnes. Macam contoh la kan...


“Mari mari, beli satu dapat satu, beli dua dapat dua”


Bunyi dia macam “wow Senah murah murah murah mari shopping di situ”
Walhal secara logiknya kau beli satu saheh la kau dapat satu je *simple math please ladies* Jadi kalau jenis gopoh memang terpedaya dengan ayat-ayat macam ni.


Macam hari tu aku pergi kat pasar malam di Putrajaya ada orang ni jual rumah. Aku duduk la kat tepi tengok orang mengayat customer. 


Salesman: Rumah Banglo kak, ala rumah sebijik-sebijik tu .


Jadi aku yang dekat situ terasa macam “what the heck kau saheh la banglo memang rumah sebijik-sebijik =_=” Ayat macam lagu Rabecca Black today is Friday, tomorrow is Saturday yesterday was Thursday la kan?” 


Tapi yang super annoying mengayat so far celcom la..


“Tahniah anda mendapat hadiah percuma dari kami”


Makan dalam. Hadiah bukan memang percuma ke? Anyone please explain =_=”




Nota bulu kaki macam meggie:  Aku dah bleh buat system detect device *bahagia*. Rasa macam FYP aku dah siap.Over kan?kan? kan?

Rabu, 15 Jun 2011

Fakta Tragedi Clash


Clash atau break up adalah end up yang paling di geruni dalam hubungan "In Relationship " ikot skema facebook. Fasa ini adalah fasa yang paling seksa bagi dua pihak, which is tukang mintak clash dengan mangsa di clash. Waktu clash ni memang kisah sekeping hati ni entry paling relevant la. Rasa macam makan tak lena, tido tak basah mandi tak kenyang. Ada yang parah siap melalukan aktiviti membunuh diri sendiri. Awwww. That bad kan?

Lepas clash nanti mula la masing-masing saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Siap ada yang buat poll kat facebook, antara perempuan dan lelaki mana satu tak boleh di harap dalam relationship. Nanti bila duduk di pihak lelaki, mula la dorang kata ah perempuan ni semua sama sahaja. Sat gi duduk di pihak perempuan keluar pulak fatwa "Ah, semua jantan tak boleh guna". Walhal kalau di ikutkan statistik penceraian, lelaki perempuan tu equal. Maksudnya, in relationship should be equal jugak.

Awwww Meon, ni zaman orang main sms ler. Tak pun break up guna twitter. Kelas kau! 

Sebelum clash kan, pergh, bukan main la "Couple tak sah ku kau la segalanya untuk ku." Time tu kawan baik depan mata buat aci tak nampak. Pakwe/makwe lagi memahami diri ini dari kawan baik yang kenal dari umur tiga tahun walhal si kapel tu hek eleh, baru kenal 3 minggu weh lepas tu dah kecoh kata memahami. Dah tu nak call mak bapak bukan main berkira. Call pun aci miss call je. Bila mak bapak call balik cuma cakap nak duit, bukannya nak ambil tau susah senang sakit sihat orang tua di rumah. Tapi kalau dengan pasangan perghhh, gayut 3 jam no hal lah.Tak cukup credit kita skype tau yang ucuk ucuk. Dengan couple bukan main kau tanya itu ini sampai coli/ spender /boxer kaler apa pakai hari ni pun nak tahu. Waktu ni memang kalau kentut pun wangi lagilah katanya...

Bila dah clash hamek kau! Sim card tukar baru. Handset pun kalau kaya dah digantikan semata-mata tak nak ada memori bersama lagi. Dah tu Facebook Twitter semua removekan. Yang ni awek-awek la yang selalu buat. Lepas clash tu baru nampak kawan baik tu paling memahami. Time tu baru terhegeh-hegeh nak peluk mak. Time tu jua teringat dosa - dosa kat Allah. Oh people!

Bagi aku it's ok untuk kau menangis sekejap, but never too long. Kalau rasa macam nak remove di facebook , twitter dan buang segala benda, just go on kalau itu the only way yang boleh buat kau lupa. Cuma to blame pihak di sana, aku rasa benda tu tak perlu. Come on, kita semua buat salah. Just take it as "Tak ada jodoh di antara kita perhaps?" Kalau tak dia yang buat hal semalam, lusa, Allah akan gerakkan hati kau pula untuk buat hal. Cuma anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran kepada diri sendiri. Mana salah silap diri sendiri yang perlu di baiki.


Anyway personally aku tak rasa dengan "In Relationship" ni the right way untuk carik pasangan sehidup semati. Berjanji macam-macam sebelum ada ikatan ni bila tak jadi, sakit dia lagi pedih dari kalau dah sah sebagai suami isteri. Kalau dah sah, kehendak agama ada kuat untuk bagi semangat tabah. Kalau belom kawen ni sakit dia sangat parah. Orang kata bercinta sebelum kahwin ni kononnya nak berkenal-kenalan, nanti dah kahwin senang, sebab dah kenal. Tapi bagi aku bila kita dengan "couple" kita tend untuk berlakon walaupun kita percaya kita dah habis jujur dah -.-'. Nanti dah kahwin rasa keciwa sebab pasangan tu kononnya dah berubah berbanding yang skip fasa couple-couple ni, aci redha jer. Allah dah janji kalau baik kita, baik jugak pasangan kita. Kalau dah kau tu tak baik, jangan berangan nak yang lebih-lebih ek!

Nota bulu kaki macam meggie: Semalam lepak dengan jiran sebelah. Lepas tu beranganlah nanti lepas kahwin nak hold dulu sebelum dapat anak sebab teringin nak rasa bercinta berdua-duaan dengan lelaki ni cam mana. Dah kahwin tak apa, hukum dah halal xD keh keh keh =_=" entah ape ape.

Isnin, 13 Jun 2011

Surat Kepada Sahabat Kaum Wanita Yang Di Sayangi.

Kepada Sahabat Wanita yang saya sayangi,


Surat yang di karang hari ini bukannya warkah benci mahupun iri hati kepada sahabat-sahabat sekalian. Surat saya hari ini adalah rasa tanggungjawap saya sebagai seorang sahabat perempuan yang sesungguhnya memahami isi naluri sahabat-sahabat yang sejantina dengan saya.


Sahabat wanita saya,


Tak kira di ceruk bumi mana kita dilahirkan dan di besarkan, saya yakin seyakinnya pasti kita di lahirkan dengan sifat yang mencintai kecantikan. Walau se rock axes mana anda sekalipun, walaupun anda cover maskulin macam mana pun, sesungguhnya sifat untuk nampak cantik itu adalah naluri anugerah Allah s.w.t yang terulung kepada kita dan saya selaku salah seorang ciptaan Allah berjantina gegirl merasa bangga dan bersyukur dengan nikmat naluri ini. 


Namun demikian sahabat-sahabat sekalian, saya sangat risau dengan segelintir di kalangan kita yang terlalu taksub dengan anugerah naluri teristimewa kita. Bertata rias berlebihan dengan make up yang lebih 3 tan setiap kali keluar dari rumah mahupun hostel sehinggakan menimbulkan syakwasangka di kalangan umat manusia adakah anda berjantina palsu ataupun original bila di pandang sekali imbas. Sesungguhnya, bila tertimbulnya persoalan seperti itu, saya selaku gigirl yang tak ada kena mengena dengan sahabat sekalian tetap terasa hati -.-'. Please Dont Over Do kawan perempuan sekalian.


Sahabat-sahabat perempuan sekalian,


Sesungguhnya, apakah keperluan kalian bermake up berlebihan? Adakah kalian berniat kononnya  ini jalan terbaik untuk mencari pasangan yang di idamkan? Oh sayang-sayang semua, jikalau sang teruna mempujanggakan dewi kerana paras sekali pandang, nescaya bila mana aset-aset kalian sudah tiada, kalian akan di tinggalkan tanpa di pandang-pandang dah. Kalau sudah bersuami tak apa lah, itu memang tanggungjawap yang di lakukan akan mendapat pahala. Tapi bagi gigirl yang tiada suami, single trang tang tang macam diri ni, khuatir nanti lelaki lain terpandang terasa nak terjerumus dalam lembah dosa. Haish nauzubillah!


Gigirl-gigirl ku di serata dunia *eceh -.-'*


Kepada gigirl-gigirl yang berhias kononnya untuk teman lelaki tu, mari sini gigirl ni nak bagi nasihat. Saya faham rasa sayang chenta yang membuak-buak, kononnya tak nak chenta sejati tu pergi meninggalkan diri ini katanya. Seharusnya bila kita sayang kat orang tu,kita bawak dia ke arah kebaikan. Katanya lepas couple nanti kan nak kahwen. Lepas tu nak bahagia bersama ride speed boat ke syurga. Kalau dah sayang dengan pakwe, gigirl jangan la berias sampai boboy tu terasa tergoda. Dia bukan suami lagi tau tau tau *siap gema lagi ni* untuk di goda. Lagipun kita perempuan kan pemalu. Malu la orang tergila-gilakan kita sebab cantik palsu tu! Biarlah kita tak famous, tak berbaldi lelaki nak puja, tapi bila datang cinta, cinta itu cinta sejati tanpa rasa sakit hati. Ha macam tu kan hidup rasa shuwiiit. Tak ada risiko gigirl meracau-racau di twitter lepas clash dengan harsh tag #lepasclash yang top treading tu.


Nasihat ni bukan nak cakap saya baik. Haip! Surat ni surat sayang. Saya sayang diri saya sebagai seorang perempuan. Lagipun maruah wanita tu macam nyawa . Jadi surat ini saya tulis untuk saya sendiri dan semua sayang sayang sahabat perempuan di luar sana. Sahabat yang baik kan kena saling mengingati? Jadi mari kita fikir semula tujuan asal kenapa kita berhias? :)


Yang Benar,
Wakil Gigirl yang Tak Perfect , tapi in learning process :)


Nota Bulu Kaki Macam Meggie: Sayang awek perempuan? Mari main utus surat ni :)

Khamis, 9 Jun 2011

Cerita Hantu: Misteri Perniagaan Hantu Berbisnes Minded

Kalau duduk hostel, cerita yang paling sinonim adalah cerita hantu. Yes, a lot of versi cerita hantu yang di sampaikan turun menurun, dari senior kepada junior umpama fairy's Tales kau tau. Lepas tu cerita dia lebih kurang "Jiran sebelah bilik aku yang cerita" tak pun jiran kepada jiran kepada housemate kepada roomate ahhhh.panjangnya tatasusila. Rarely kita dengar cerita (or perhaps tak pernah langsung) dari orang tu sendiri yang dia pernah beli karipap dari tingkap tingkat 3 tu.

Anyway Karipap dan Nasik lemak adalah perniagaan mak cik hantu yang berbisnes minded yang paling famous entire world. Ok entire world tu mungkin tak betol, tapi kalau kau pernah duduk hostel, this kind of workaholic hantu macam haunted dalam hidup pelajar yang versinya sama je. Mak cik jual nasik lemak mahupun karipap yang lalu di tepi tingkap tingkat atas dari tingkat 1 which is mak cik tu macam hanging la kat luar tu. Kira cerita tu ala-ala misteri sangat macam mana dia leh ada di kawasan tanpa koridor tuh.

Cerita mak cik ni famous. Hantu beliau bukan sekadar berkeliaran di kawasan semenanjung, tapi hantu ni juga menjadi ceritera bukan cinta rakyat Malaysia yang tinggal di kepulauan Borneo. Heck yeah,  cerita tu spread sejak zaman Air Asia masih belom wujud yakni zaman kegemilangan MAS yang maha mahal dolu-dolu. 

Hari ni bebudak ni sakat aku dengan kisah hantu mak cik bisnes minded. Mentang-mentang aku ni kurang berani lepas tu suka tidor bukak tingkap besaq-besaq. Cais!!!! So entah macam mana aku wonder a few perkara pasal mak cik tuh. Macam contoh :

1] Kenapa hantu mak cik tu terlalu berleluasa. Macam every hostel should have that story? Adakah mereka memiliki perniagaan Francaise yang mempunyai cawangan yang meliputi seluruh semenanjung, sabah dan sarawak?

2] Why must nasik lemak and karipap? Very old school la hantu tu. Now people eat spegeti and macaron. Tak pun cup cakes. Muffin pun layan jugak. Ini adalah trend pasaran sekarang. Come on mak cik, please la up to date sedikit dengan pemasaran lidah Americano Malaysian now a day =_=" Nak nampak open minded mesti tiru style mat saleh kan? Katanya .....

3] Hell yeah aku rasa mak cik ni cool sebab dia tau psychology perut  para pelajar yang selalu stay up buat kerja last minutes tu. Kajian mendapati stay up boleh buat perut jadi lapar dan di kaitkan dengan kegemukan. Tapi sapa kisah gemuk tak gemok, the most important thing is perut dah kebulur separuh mati, dan hantu mak cik lemak adalah makhluk Allah yang paling coolio sebab memahami =_=".

4] Mak cik hantu nasik lemak tu tak baca  surat khabar sebab sekarang kerajaan membanteras nasik lemak di canteen yang kononnya punca overweight di kalangan pelajar. Eh, bisnes dia mana ada canteen =_="

Anyway once in a while, waktu duduk di tingkat bawah zaman Third year first sem dulu, aku selalu wonder time perut kebulur, agak-agak mak cik tu lalu lalang tak kat tingkap aku jual nasik lemak ke, karipap ke? Lapar kot stay up. Nak keluar bilek sah sah  malas =_="

Nota bulu kaki macam meggie: Time aku type cerita ni, jam dah tunjukkan almost 3 pagi dengan posisi aku yang menaip di atas katil membelakangi tingkap yang terbukak luas. Tiba-tiba terfikir, kot-kot la kan ada orang lalu kat tingkap tingkat 3 tu jual Macaron =_=" Ok buang masker cepat-cepat, tutup mata dengan mask timun. Sumpah sampai 6.30 pagi aku tak leh tidor. Mampuih penakut =_________=".

Isnin, 6 Jun 2011

Sekeping Kertas di Muka Belog

Hai semua orang *Ada gaya diva tak macam ni? XD*


Sekarang I nak confess oullsss, I dah kembali ke UTM Skudai. Gila happy you know!Happy macam balik ke Kuching dah rasanya.Siap nyanyi-nyanyi lagu hohoho balik kampung walhal campus aku di pembandaran =_=". Mujur aku tak nyanyi lagu Salam Lebaran dalam hati. Kalau tak naya! Puasa lepas tak habis ganti lagi  walhal baju raya aku dah siap sepasang *Kaler putih pink oulss.Kelas gitu!*


Anyway, I sampai hari Selasa. Time i pindahkan 1 luggage besar, 1 beg saiz sederhana yang sparohnya dihuni make up,sparuh lagi selendang (Dah bertimbon selendang kau,kalo tak reti-reti lagi nak bertudung tu  tatau la gelap mane hati ko tuh.sob sob .sob),beg skolah yang jenis sling jenama Parkson Alamanda, Beg laptop kaler pink jenama Sarawak Plaza mak yang belanjer, last but not least, slimut tebal,cadar,bantal-bantal dan extension 1.
Amacam ada gaya pelarian tak macam ni? =_="


Bila aku hangkut barang ke tingkat bawah rumah flat tu, tros orang ramai tuduh aku lari dari rumah. Orang kat Larkin pun sama. Oh yeah, sekarang bus sangat puaka, nasib doh kalo dorang nak stop di Sri Putri. Bus aku naik hari  tu mati-mati nak berentikan diri sendiri di Larkin JER. Terpaksa berpusing ouls. Hangus 12 ringgit setengah sorang aku dengan Sarah. Buat ayat sedap hati, saje je pak cik bus tu nak bawak aku tengok Jaybee. Kalo tak, memang tak kan jejak sampai Luqman or Apis yang bawakkan =_=". Memang gayanya aku ni pecinta Skudai. Segalanya lengkap di sini.


Teruja first class hari rabu tu even  actually aku agak stress dengan project FYP 2 aku. Aku cuak and lake of confident. Aku selalu terbayangkan aku tak boleh buat. Haru gila illusi aku. Lepas tu department aku kinda caring jugak sebab korentin kitorang dari jam 9 pagi ke 4 petang setiap hari. Tapi dah dua hari aku dengan Sarah blah lewat. Semalam siap kene halau dari lab baru kitorang blah walhal kerjanya aku buat slide untuk Game Development. Kelas kan kos aku? Siap blaja buat game. Walhal aku jadah apa Angry Bird pun baru tau hari rabu tu *menangis*. Saya tau saya agak kuno kadang kala *menangis lagi*. Dan semalam first time saya tengok orang main angry bird kat I-phone. Pegang I phone 4 pun first time jugak semalam .


Ok cukup setakat ni carutan aku yang dah lebih seminggu tak bleh access account sendiri. Jenayah betol blogspot ni. Nasib baik aku guna akaun free.Kalau guna yang berbayar aku bom kompeni dorang *bajet ganas la macam tuh!*


Anyway minggu ni aku dah tengok dua movie di MBO UMall. Kelas tak aku? =_=" Mat salleh ni pun jadah jugak, semua cerita best best dia nak keluarkan time summer tahun ni. Takut 12.12.12 lettew! Peram lama2 kang tak sempat tengok. heh


Nota bulu kaki macam meggie: Aku dalam proses baca balik first FYP aku.Tajuk FYP pun aku dah lupa, apatah lagik isik sanubari system aku kene buat. Ni la jadinya kalau aku tinggal buku lama-lama. Muka buku je aku tak leh nak tinggalkan sangat. Ish merana perangai =_="

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...