Followers

Khamis, 28 April 2011

Kehidupan Yang Mendatar. Tolong!

Lama tak update blog. Ada berlambak draft tapi tak nak publish sebab hidup rasa datar. Bangun pagi pergi kerja, balik kerja paling awal 6.30 petang. Sekarang mula busy.Paling awal blah pukol 8 malam. Kalau tak melarat sampai ke jam 9 malam. Weekend kalau tak menghabiskan duit di mid, aku kemas rumah, basuh baju, masak bla bla bla. End up nya aku rasa hidup ni datar sangat. Benda sama buat hari-hari.


Now please tell me what else i can do now? Aku nak buat something untuk tengok kehidupan. Other than lepak dengan movie kat alamanda or makan cream puff kat midvalley. Paling gila aku pernah buat,travel alone to Singapore. Singapore tu kira sebelah JB je. Aku pergi jalan-jalan ikot kaki. Aku pernah post dulu. Aku rasa macam nak buat something yang boleh buat aku teruja tapi tak tahu ape T____T.


Tolong bagi idea bernas please?


Nota bulu kaki macam meggie : Aku seriyes ni desperate ni :|

Jumaat, 15 April 2011

Kalau Kau Yakin Kacak Dan Anggun, mesti Kau Teruja dan Yakin Baca Entry Yang Sangat Yakin Ini

Kalau pergi ke kem motivasi ke, or tips nak carik kerja mahupun tips mencari bini, aku yakin seyakin nya pasti keyakinan tu sangat penting. Pentingnya keyakinan ni sampai ada pujangga menobatkan kecantikkan itu bergantung kepada keyakinan. Kalau kamu tak percaya, sila pergi carik page Pencarian Lelaki Sweet dan Gadis bertudung kat facebook.Walaupun perut boroi, sungguhpun muka macam dot dot dot, mereka tetap yakin mengatakan mereka cantik lalu kononnya malu-malu pos kat page: 


"Hik.Hik. I malu la.... Tapi tak pe la, dah upload!" (kata malu, tapi upload jugak. Pang kang!)

Tak pun ayat lebeh kurang


"Ala, tak shantek pun! No body perfect! kalau suka like la. " (Ni sebenarnya ayat mintak puji kau tahu?)


Anyway kite lupakan keyakinan dengan rasa sweet dan rasa cantik. Biarlah dorang rasa cantik pun, dorang hargai pemberian Tuhan walaupun kite senak perut gelakkan badan gemuk dorang walhal lagi kurus dari aku. Eh aku tak gemok, aku cuma berisi. BMI aku normal, tapi sipi-sipi lagi nak jatuh ke overweight -.-" Ok abaikan!


Oleh kerana kita bercerita pasal yakin, jadi hari ni aku nak repost catatan kes berkaitan dengan keyakinan diri yang sangat tinggi sampai gayat yang sebati dalam diri aku -.-"


Kes 1:Kes pertama ni berlaku waktu aku di tahun 1 dahulu.Waktu tu hari yang sangat indah, dengan burung yang berkicauan, angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa walaupun sebenarnya waktu tu aku di Jusco Taman U, tengah belek-belek tuala.Entah macam mana tiba-tiba ada unknown number call aku. Jadi dengan penuh yakinnya aku bajet kawan baik aku zaman sekolah yang call.
Irah: salam..ha Aizat..pe cer?bila balek Mukah?
unknown: Sape Aizat?
Irah:erk ni sape?
unknown:wan.
Irah:oh wan...ape crite miri?
unknown: sape tinggal di miri?
irah:Erk....Uitm Melaka ok?
unknown:ko ni klakar la..bila pulak aku belajar di situ?hahahaha
irah:....

Kes 2: Zaman aku kelas hayat di minggu pertama zaman matrikulasi dulu, most of the time aku duduk kat sebelah sorang awek ni, nama dia Atika. Jadi suatu malam ni aku pergi perpustakaan *Kan gigih!First week ni oullsss!Walhal lepas tu puaka kan!*.Then aku kononnya terserempak dengan si Atika.Aku yakin tu si Atika.

Irah:Hye girl.What are u doing here?(kene tanya soklan ni sebab banya budak dating x study di libry yer)
Die: Study....(kelihatan seperti blur..huh...)
Irah:weh..da bace Bio pasal sel untuk esok?
Die: Kite ni kenal ke?saya amik fizikal sc...
Irah:.......... *macam mana na cover malu? Aku malu ni seriyesss!*

Kes 3:
Pufff.Ni plak kisah zaman aku ada roomate first year dulu.Ok.Aku cuma pernah ada sarah as ex roomate aku.Tahniah!

Rumate:aku bace buku kepong yang tebal tuh time form one.
Irah:aku abeskan buku tuh time dajah 5.buku salina lak aku dah bace 3 kali.Karya sm salim.eh??
rumate:kah3....
Irah:ye.A.samad said..adeh....

Kes 4:
Paling bangang cerita first year dulu, time tu balik dari JB bersama Sarah dengan Zetty!

Irah:malas la nak crossroad.kite tunggu die pusing ke sebelah la
Sarah:OK
Zetty:Are u sure irah?

irah:(tak menjawap....skadar cukup memberi anggukkan)
Diam...membisu..lama..

Irah: ikot logik slalunya kite gi JB dorg amek sebelah sanekan? so dat mean dorg akan ke seberang.malas la nak panjat tangga lalu lalang kat jejantas.
Sarah dan Zetty hanya menggangguk.

Irah: Kite kat mane?
Sarah:Entah...ko yang bawak kami..
Zetty: Tak tau..weh Irah..mane ko bawak ni
Irah:Entah...hehe..

ahernya kami berhenti di tempat yang kami tak tau walaupun penah terpergi sekali sebab x tau nak wat ape dgn Tmn U.Bus berhenti..Tak bergerak.Semua penumpang Turun.dan kami pun turun.Tahan bus lain.Ke Jaya Jusco yang cuma selang 1 lorong dari stesen bus itu dan berhenti di tangga JEJANTAS.Akhirnya kami TERPAKSA CROSS jugak =_=".

kes 5:Minggu Pertama Di Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2007/2008.
Aku mula-mula masuk matrikulasi dulu memang pemalu.Eh sampai ke sudah memang aku agak pemalu..Seriyes ni tak tipu.Paling kronik time minggu pertama di matrikulasi. Mulut bukannya nak bukak sangat.Nak cakap dengan orang pun payah weh!Kalo boleh angguk geleng memang aku angguk geleng. Dah tu ni cerita minggu pertama lecture. Aku gerak ke kelas dari bilek sorang-sorang. Aku tengok jadual waktu, sepatutnya aku ke kuliah 4. Jadi aku pergilah sendirian.Tapu yang pelik nya oulls,aku sorang je budak kelas aku. Haish! Suspen!

Irah:lepas ni kuliah apa?
Menjawap:Biologi...
Irah:betul la tuh(senyum yakin).
tapi masih tidak tenang....
Irah:Korang ni kumpulan kuliah berapa?
Menjawap:4.Kenapa?
irah:Saye Kuliah tiga.Bye...

=_=" Aku keluar dewan kuliah terus terjumpa lecturer biology aku.Kami jalan berpimpinan tangan ke dewan kuliah.Ok aku tipu! Aku cakap kat lecturer aku "Cikguu, saya salah salin jadual, mana kelas!!!!"  U know irah,kalut like always,tak kira kemaluan di mana *macam ada tak kena je ayat tu -.-".* Masuk lecture je aku mendapat tepukan,sebab minggu pertama dah masuk lecture sama lewat dengan lecturer.Well, kate otai! *Eleh!*

Kes 6: Di UTM.Semester Pertama.Gathering Aiesec.Di Bangunan C08.Waktu tu aku pergi meeting sorang-sorang,sebab zetty ada kelas.Dalam blur blur freshie yang tak kenal campus lagi,jadi aku dengan sepenuh jiwa kudusnya call member aku yang kebetulan senior setahun aku.

Irah:Hello senior.bangunan C08 tuh mane yer?
Senior: Fakulti biologi tuh.
Nak di jadikan cerita aku kat tangga yang menuju ke makmal Meteology. Cuba korang fikir ek,
biology... Meteology. Bunyi dekat-dekat kan? Hah.Sah la dah jumpa ni!Jadi dengan excitednya aku turun kebawah oulls, masuk kefakulti tu. Tapi pelik oullssss, fakulti bio banyak lelaki dari perempuan! Aku perasan 1 kelas ni, ada kurang sepuluh perempuan! Biar epallls. Tapi tak haper,kita teruskan perjalanan sampai ke tingkat 4, gigih hokey aku panjat tangga.
Irah:whre's room ****
Bukan Irah: Wut building?
Irah:c08 (senyum yakin)
Bukan Irah:This is FKM.building C27.. 


=..=" Tingkat 4! Aku panjat tangga. Sengaja aku nak ulang ayat tu .pufffff


Ok lah, nak kemas bilik. Babai. Malam ni aku tak ada ayat-ayat melankolik hokey. Make up pun tak buang lagi. Bye!!!


Nota bulu kaki macam meggie: Aku dakwa bercoding lagi best dari berblogging. Betol ni! Tak tipu. Mereng-mereng aku tengok berpuluh-puluh cpp sehari. huk huk

Rabu, 13 April 2011

Iklan untuk pekatkan air mani lagi banyak dari iklan meningkatkan IQ. Lol. =..="

Ini pengakuan Iklas, dekat nak sebulan aku tak ada kerja. Kalau ada pun tak sampai lunch aku dah siapkan.Bosan kau tahu? Tapi demi masa itu emas, dan setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi, jadi masa yang terluang tu aku gunakan untuk blaja sendiri. Aku bukak kitab C sharp.


Tak mampu tipu diri sendiri, aku memang malas study.


Di office aku tak leh main facebook. Bertambah-tambah bosan, jadi pura-pura suka buat latihan tutorial C#. Tapi sejak Sarah dah maju sebab ada henset baru,kami ada hobi baru yakni bertweeter. Jadi aku menghabiskan topup maxis yang jarang digunakan tu untuk bertweeter.


Semalam,aku bukak kitab ASP pulak.Sambil setadi, aku mengadap tweeter mengubat kebosanan. Jadi aku nampak 1 tweet ni bunyinya lebih kurang 


"Iklan untuk pekatkan air mani lagi banyak dari iklan meningkatkan IQ" 
(kalau tak silap aku Tweet dari obefiend)


Seriyes aku terbahak!


Alkisah, suatu hari di pagi raya ni, kitorang berkumpul kat dapur.Dapur rumah nenek aku sambung terus kat tempat lepak depan tivi. Time tu, adik sepupu aku si Nurul Syafiqah tu kecik lagi, dalam 3-4 tahun kot umor dia. Entah cam mana,time semua orang tengah mengadap tivi, tiba-tiba ada iklan besarkan buah dada. Jadi dengan jujurnya adik sepupu aku tu tanya adik aku


"Abang ngah,tu iklan apa?"


Semua diam tak tahu nak jawap apa. Tiba-tiba masing-masing buat sibuk. Tambah rendang, potong ketupat, tuang air, tak lupa jugak ada yang memulakan aksi mengira duit. Eh,ada jugak yang buat-buat timang anak walhal tadi die sengaja letakkan anak dia di bawah.


Adik sepupu aku pandang adik aku dengan mata yang mengharap. Akhirnya adik aku jawap:


"Dah besar nanti kau tahu lah! " *Waktu ni semua orang pandang adik aku.*


Lepas tu sorang pun tak nak bagi respon apa-apa.Masing-masing kembali tengok tivi.Anak yang di timang tadi di letakkan kembali. =.=" puffffffff.


Waktu tu di zaman second year. Member aku ajak aku keluar. Katanya mahu pergi karok di Sutera Mall. Dalam kereta time tu ada Fizi,Fauzan,Ameer dengan Matli. Kira aku single lady yang sememangnya single lah dalam kereta tu. Time kereta berenti kat traffic light simpang kat Taman Tun Amina tu, kalau tak silap aku bawah flyover tau. Then,ada banyak - banyak iklan.


"Menambahkan kepekatan air mani"


Satu persatu dorang baca iklan tu sambil ketawa. -.-" Eh seriyes aku malu. Tak tahu kenapa. Terpaksa aku buat-buat disable pendengaran.Sebab waktu tu aku masih ada malu-malu sikit dekat dorang,jadi aku diam je. Sekarang ni aku dah berani cakap "Eh behave,ada perempuan " sambil tunjuk gaya ayu wal hal lepas tu Fauzan akan cakap "Eh lupa nokkkkkk, kau perempuan rupanya!" -.-"


Tapi banyak-banyak iklan yang berkait rapat dengan seks ni, aku paling benci iklan malam Jumaat. Ala, yang dia tengok jam, he eh malam jumaat. Lepas tu balik rumah carik bini teros.Rumah gelap, bilik je ada lampu*Terhafal ni kenapa?DEM!*. Lagi rasa malu, bila iklan tu main time tengok tivi bersama ibu bapa. Nak tukar channel ke tak? Nak tukar channel ke tak?. =..=" Ada sapa-sapa nak tuduh aku tak open minded tak?


Anyway, iklan mana kegemaran anda?


Nota bulu kaki macam meggie: Hari ni aku tengok coding. Dah tukar department. Sekarang aku ada 3 kunci locker and aku guna dua locker. Kekwat kan? :|

Ahad, 10 April 2011

Memasak tu Memang Keyword untuk Ko Nampak Sweet even Kau Lelaki

Aku rasa dunia ni sangat unfair, lelaki sangat demand nak carik bini kau tau. Nak yang pandai masak, nak yang rajin kemas rumah, nak yang reti jaga anak. Some how aku feeling jadi bini orang ni macam menyampaikan mandat " kau orang gaji suami sampai mati =.=' ". Bukan nak kata aku ni berkira nak buat kerja rumah pun.  Weekend aku dengan relanya kemas rumah, mop, balik dari office terus memasak. Bak kata lecturer lelaki aku zaman di matrikulasi dulu, daily routine mengemas, memasak tu actually survival skill. Tak semestinya perempuan je kena tahu. Lelaki pun wajib. Perempuan pun actually patut tahu macam mana nak pam tayar kereta, jangan terlalu bergantung dengan mat bangla di Petronas semata-mata =.=".


Tapi setiap kali aku try pam tayar kereta, mesti jadi semakin kempes. Dem. Ni semua salah pam yang rosak =.="


Kita abaikan cerita pam kereta, kita proceed ke cerita seterusnya. Waktu tu aku baru berjinak-jinak dengan blogging. Entah macam mana aku leh tersesat di page si Papanda Garang yang sudah Rajin ni. Walaupun beliau Garang *hahahaha* ,tapi nampak sangat sweet bila die tunjuk gambar memasak di dapur *among the first entry yang aku baca*. Kalau kau rasa awek kau nampak sweet bila hantar bubur pedas kat depan rumah, sebenarnya perempuan pun rasa lelaki tu sangat sweet kalau dia pandai memasak. Without kau mengayat hari-hari, kau boleh cairkan perempuan tu kalau kau pandai buat cream puff yang sedap *ok, cerita cream puff tu kalau kau cube nak tekel aku.lol -.-' *.


Bagi aku kebolehan memasak ni mampu menghantar impulse sweet kat seseorang tu. Aku rasa mak aku sangat sweet bila balik ke rumah dia hidangkan aku semua makanan yang aku suka. Paling best dia sangat bersusah payah potong sayur yang banyak-banyak untuk buat bubur pedas.


Aku anak sulung dalam adik beradik. Jadi haruslah sifat garang tu sebati dengan emosi aku *heh!* Walaupun aku agak garang, tapi most of the time aku adalah kakak yang sangat sweet.*Dem luuuu puji diri*. Eh betol, aku kakak yang sangat sweet. Almost setiap petang aku buat dessert untuk adek - adek aku. Adik aku yang tengah tu, kalau aku dah nak balik, mula lah dia tunjuk resipi apa yang dia nak aku buat.  Tapi most of the time mesti ada error. Senang cerita dari 9 resipi yang aku try, mesti 9 jugak aku ruin kan. Tapi tak kesah lah, "kek lapis rangup" *Sebab aku tak reti kukus.hehe* pun laku di makan, walaupun aku pernah buat tart telur tawar sebab lupa letak garam. -.-'


Untuk belajar memasak adalah sangat mudah, benda yang penting adalah internet dan komputer. Semalam aku teringin nak makan udang goreng tepung. Jadi dengan gembiranya aku menggoogle resipi. Jadi aku cuma baca sekali imbas :

Tepung
Telur
Udang.


The rest is aku bajet boleh pakai logik der. Masak itu easy (kekwat!). Jadi aku turun ke bawah beli udang. Balik rumah aku masak nasik dulu.Lepas tu aku bersihkan udang.Lepas tu buang kulit udang. Ketepikan. Pecahkan telur. Pukul dengan penuh kasih sayang.masukkan tepung di dalam telur.Lepas tu tak letak air. Dem. -.-'' Senang cerita udang goreng aku tak jadi macam apa yang aku nak. Walaupun aku makan sampai licin, not bad sedap oulls *sebenarnya aku kebulur nak mamp*, aku terpaksa mengaku aku sedih nak mamp jugak. Demi menunjukkan tanda protest, aku belasah sebungkus kerepek malam tadi. Lepas tu mengadu dengan member yang hati aku terluka gila atas kejadian udang terbabit. =.='


gambar dari google image. Yang aku buat semalam tak ada rupa ni ~..~"

Nota Bulu Kaki Macam Meggie: Sapa yang masok meminang aku nanti aku nak test, dia reti masak ke tak. Tak reti aku rijek. Tapi ade ke yg nak meminang aku? aaaaaaaa. Nak hantaran cream puff boleh? eh! -.-''

Jumaat, 8 April 2011

Carutan Roh yang Hopeless

Semalam aku terbaca suatu artikel dari ILUVISLAM.Artikel tu buat aku berfikir pasal hari ni dan mengimbau kisah sebelum hari ni, semuanya berkait rapat to each other, macam kalau kau baca novel, muka surat dua adalah dari muka surat 1. 


Selama ni aku sangat selalu berdendam dengan kehidupan di zaman sekolah. Sebuah carutan hidup hopeless soul seorang aku. Antara yang aku tak boleh maafkan adalah bila result PMR keluar. Aku dapat 5A3B1E. Bukan sebab aku mengharap dapat A yang lurus, or perhaps sebab Arab dapat E. Heh, kelas arab pun tak pergi sangat.Yang buat aku keciwa habis Geography dengan History aku dapat B, sedangkan yang aku target dapat A cuma dua subjek tu. Slek. kalau tak pasal tu aku dah dapat 7A. Merasa gak aku feeling pandai duduk di kelas depan *Form 2 dulu aku di kelas corot ok!* . But then bila semalam aku fikir balik, if happen aku tak masuk ke kelas 4 Sains 4, mesti aku tak rapat balik dengan Azizah. Ask cuma watak lalu lalang dalam hidup. Khai dengan Ain pun cuma bayang-bayang yang tak ada makna dalam hidup. And sekarang aku tak akan tinggal di rumah ni, sebumbung dengan Ask.


Kolej Matrikulasi Pahang. Aku tak pernah bermimpi pun untuk berada di situ. Carutan hidup hopeless soul seorang aku berada di kawasan yang aku tak pernah nak kenal. Sampai semalam aku baru faham, kenapa aku perlu berada di sana. Kalau tak sebab aku pernah berada di KMPh, aku tak kan pernah tergerak hati untuk memohon masuk ke Universiti Teknologi Malaysia. 


Sejarah itu bermula ketika cuti pertengahan semester. Sebab anak anak muda masih sakai berfrenster, jadi aku dan sorang budak lecture aku, Jasmadi Syah janji di laman sosial tu, nanti jumpa di KMPh do tegor each other. Tapi aku ni anak gadis yang sangat pemalu *waktu tu lah -.-'* Dia senyum nicely to me, aku tarik muka. Dia dah serba salah nak tegur aku ke tak. From that time aku rasa sedikit guilty, heh sangat mulianya akhlak aku -.-' Entah macam mana lepas matrikulasi kitorang selalu berym and text. Dia bagi tahu aku, dia tinggal di Skudai, rumah dia sekali kentut je dengan UTM. Bila nak pilih universiti, aku tanya abah aku 2 soalan :


1] UTM tu ok ke tak?
2]Perisian Grafik dan Multimedia tu apa?


Dan jawapan abah aku adalah "NO". Sedih, langsung tak menjawap soalan. Jadi sebab geram aku letak kursus yang aku amik sekarang sebagai first choice walaupun sebenarnya aku nak study di area KL .
 *waktu mula-mula dapat offer dulu memang tarik muka jugak la bapak aku -.-''.*


Carutan hidup hopeless soul aku paling dasyat waktu di tahun ke dua. Aku stress gila. Dari aku kecik, aku anak terlebih independent, tak reti nak cerita masalah dengan orang , ego kata aku anak kuat. Entah macam mana seorang lelaki so called "my other ears" perhaps datang dari celah mane ntah muncul dalam hidup aku. Hey, aku senang dengan anak itu. Aku sayang dia sangat-sangat. Tapi itu dulu.


Dia ajar aku to spill bila ada masalah. Bila dia buat keputusan tak nak dengar masalah aku, aku rasa time tu aku ni hopeless soul . Bukan bitter, tapi, entah. Aku tak tahu nak cakap apa. Mungkin luka paling dalam? Sebelum tu aku ada bertan tan personal problem, bila dia tarik diri dalam hidup aku, haish, tatau nak cakap macam mana sakit nya. Memang hopeless habis. Study pun flunk. Rasa macam dah tak ada nyawa. Hilang selera makan, turun berat badan, ketawa palsu. Hopeless, yet helpless.


Waktu tu cinta lama mula berputik. Cinta pada penulisan. Hobi lama yang di tinggalkan kononnya kekangan masa. Dan sekarang, aku hasilkan sebuah hikayat carutan hidup di lembaran Bukan Kisah Cinderella.


Waktu aku berada dalam fasa roh yang paling hopeless tu,sahabat tu ada bagi nyawa. Sarah,Zetty,Fiffy dengan Aina and friend back to Kuching tu macam minuman Isotonic lepas cirit birit. Dan kasih sayang mak yang ajar hati untuk terus hidup itu bagi aku semangat yang sangat kuat. Buat aku lagi kebal dan lagi kuat untuk teruskan merantau di sebuah kehidupan. 


Waktu di zaman hopeless paling dasyat tu la aku kenal watak lain yang aku tak pernah terfikir pun akan wujud dalam hidup aku. Keluar dengan orang yang kau tak kenal di luar campus actually perkara paling insane. Tapi entah macam mana, watak dorang yang terima aku tanpa banyak pertikaian, dan terima aku seadanya, without cakap ayat sentap dan sinis, tak macam lelaki lain, bagi aku semangat baru, sekurang-kurangnya aku bukan hopeless soul  di sebalik jasad rubbish. Soul hopeless aku sedikit sebanyak hilang dari minda. Sekurang-kurangnya aku bukan lagi si gadis yang rasa rendah diri yang sangat-sangat takut nak bergaul dengan orang. 


Mak kata, ubat walaupun pahit tapi itu adalah penawar. Tanpa sedar, bahagia itu macam gula glukosa, di ambil berlebihan jadi punca kencing manis dan darah tinggi. Hidup jangan berdendam. Hari ini tak akan wujud kalau semalam tiada.Walaupun kau menangis dan tak pernah faham kenapa jadi kisah itu, percayalah, Allah dah atur nicely aturan hidup ni. 


Nota bulu kaki macam meggie: Cuma dengan memaafkan setiap perkara di zaman silam kau akan rasa tenang dan bahagia mungkin?

Rabu, 6 April 2011

Kalau Kau Membesar zaman Hujung 90-an, Kau mesti pernah buat ini Kan?

Korang boleh tuduh aku kuno, kolot, hutan atau apa-apa yang korang nak. Bak kata pepatah status YM Fiffy, "Do judge me sesuka hati". Whatever.... Anyway, aku perasan ever since aku masok tahun pertama lagi orang dah kecoh kecoh pasal group awek-perasan-hot-dan-bajet-hensem dari Korea yang nama Su-Ju, lepas tu yang awek hot ntah apa nama, mintak ampun la nak, aku memang tak minat nak amek tau.

Dalam masyarakat tergila-gilakan dorang yang kononnya pandai menari sambil menyanyi yang pada mata aku -eleh... kau tunjuk muka jerk. takat goyang goyang sikit tu gua syak penari Unit Kebudayaan UTM lagi hebaq, tak payah pakai baju seksi seksa semua tu, dorang memang menari kelas hokey. -Ala irah, lu kutok kutok macam la lu pandai menari. Dah la body cutting kau tak shantek, kau dengki kan?kan?- Dem, do judge me sesuka hati lah!Aha..

Bila tengok group macam tu yang menjadi sebutan dan kegilaan, aku teringat zaman sekolah dulu. Kalau korang ingat, dalam zaman hujung 90-an dulu, group mat saleh yang ngetop oullss.Yang menjadi kegilaan, yang menjadi fujaan hati. Korang mesti ingatkan dulu kecik-kecik kita membesar dengan  menggilai jantan -jantan dari negara barat macam Westlife,Nsync,Backstreet Boys, Boyzone, Blue, erk... Ape lagi ek? Aku dah lupa. Tapi banyak-banyak group tu, yang paling terkesan dengan masyarakat sekeliling aku adalah Westlife. Shane menjadi kegilaan dan pujaan wanita hokey! Tapi aku suka Mark. Mata dia cantek even orang kata dia gay. Aku kan suka songsang-songsang ni.Lol -.-'.

Sapa Pilihan Hati Anda? Sila tunjuk dengan gigi copekkkk xD
Aku rasa dance Bye Bye Bye to Cool. Dem -.-"
Dulu zaman baru nak Up pesen rambut M tu sangat hot di kalangan classmate lelaki dowh!.

Aku ingat lagi time tu zaman sekolah rendah, zaman baru nak up. Aku tulis semua koleksi lagu Westlife dalam satu buku oullss. Jangan tak mengaku korang tak pernah buat kejadah simpan lirik lepas tu tukar-tukar kat kawan kau! -.-'.lol. Dah tu, ada 1 buku khas letak sticker Westlife dengan poster poster dorang. Nanti bila ada masa lapang kau tukar-tukar la dengan member kau. Lepas tu bermati matian pulak simpan duit nak beli keset dorang. Dulu-dulu mana main cetak rompak. Kalau ikot budak zaman sekarang, download kat mediafire sudey... Bayar RM 49 sebulan dengan wimax, lepas tu kau donload la banyak-banyak. Ha, aku la yang buat perangai semporna macam tu xD. 

Yang tak boleh blah, waktu sekolah rendah dulu, aku ada member yang tergila-gilakan Nicky sampai bergaduh tahap menangis nangis. Member si A tak puas hati yang si B minat kat Nicky. Dorang bertekak lepas tu ada seorang watak tumpas menangis. Omaigod, time tu kitorang ni dok sok sek sok sek buat spekulasi masing-masing. Kecik-kecik dah aura wartawan Mangga oulls. Ni sebab dolu-dolu mak suka beli Majalah Mangga, ala, yang ada gambar tepi kolam pakai bikini dengan boxer tu. Jadi haruslah kami kecik-kecik lagi sudah pandai gossip kan?Tapi standard la budak kecik, gadoh-gadoh manje je tu, lepas 15 minet dah boleh main kejar kejar balik, tak macam orang dewasa, kalau gadoh-gadoh menghasut geng sana sini, lepas tu luahkan perasaan di blog, kasik satu malaysia baca kan? Kalau laki bini bergadoh teros keluar talak tiga. Keh keh keh. Orang dewasa ego memang banyak. -oi, kau dah termelalut!-k,k,back to main point -.-'

Jujur kata la weh, actuallykan, aku tak do la minat sangat dengan group Westlife tu. Ntah apa la yang dorang gilakan dekat Shane yang macam tak cukup tinggi tu -.-'' Mana tang hot dorang tu aku pun tak pasti. But ever since orang lain minat, jadi kalau kau tak minat Westlife kau memang kuno. Nanti member-member tanak kawan. Lepas tu kau akan lost with word bila dorang bincangkan issue semasa pasal Westlife, jadi nak tak nak terpaksa jugak minat kat dorang walaupun hati tak rela. Dem. Kecik-kecik lagi dah pandai main politik -.-'. Malu haku -___-"

Nota bulu Kaki Macam Meggie: Aku cuma in dengan pattern music macam dari Incubus,Simple Plan, Bunk Face dan sewaktu dengannya. Time tu baru aku gila muzik. Haiseh.bila zaman nak ngafal Al Quran ntah? -.-' Dunia nak Kiamat Irah oiiiiiii. Ajal pon makin dekat dah. *sob sob sob*

Isnin, 4 April 2011

Apabila Kecanggihan itu Tidak di Ambil peduli, Maka Teknologi pun Kecik Hati

Aku cakap jujur, aku ni, jangan kata I phone, blackberry, Galaxy tab or apa-apa henset canggih harga beribu-ribu tuh, henset cikai Sony aku tu pun aku tak terpakai. Almaklum single tegar katanya. Aku kadangkala tak nampak what is ther purpose aku beli henset cepat rosak yang harga sampai 600. Lepas tu, function dia bukan aku reti sangat guna pun. I mean, i have no intension untuk guna semua tu. Mungkin sebab aku rasa laptop aku lebih besar dari skrin henset and bila di office yang bagi aku gaji buta lepas tu serba serbi website tak boleh di bukak, makanya aku lagi prefer tulis draft blog dalam buku pink (walau pon log book kau asek lupa update kan perempuan!) lepas tu di taip semula. Gigih kan? 


Ok, memang dari kecik aku gila menulis dan merapu di atas kertas kalau aku tak boleh pot pet pot pet, jadi apa nak heran?


Anyway, pasal henset latest aku tu, aku beli sem lepas, Jenama Sony Ericsson , C903.  Basically cerita tu kisah cinta pandang pertama. Di saat aku terpandang model itu di Sutera Mall di perkenalkan oleh Sarah dengan Zetty, aku terus jatuh cinta. Ingat lagi,  balek bilek aku terus google pasal dia. Berazam akan memilikinya dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Akhirnya bila berjodoh, aku semangat pakai untuk seminggu jerk, lepas tu aku rasa apa ke jadah aku beli henset ni -.-''. Paling lebih pun aku buat MP3 .heh.


Cinta pandang pertamaku [image dari Google Image]


Alkisah, suatu hari ni aku pergi Majlis kahwen kawan aku kat Sungai Pelek,Sepang, jadi sebelum pergi Sarah menggoogle map la dulu. Setelah menggoogle dan bertanyakan kepada yang pakar, akhirnya kami tersesat jua walaupun tak sampai setahun yang lepas aku pernah ke rumah pengantin lelaki. Punya la berchenta nak carik rumah pengantin, aku rasa mau 3 jam dalam kereta walhal Sungai Merab ke Sungai Pelek tu cuma sekali kentut jerk. Akhirnya berkat kesabaran Sarah memandu, kitorang sampai ke destinasi dengan selamat. 


3 hari kemudian...


"Henset aku ada GPS la derrrrrr. Baru ingat. Sia sia je amalan sesat tanpa peta. Dem -.-' " Kata aku kepada diri sendiri. Heh.


Nota bulu kaki macam meggie: Tadi aku dengan Sarah tersasar dari Cyberjaya ke Puchong gara-gara nak carik Lim Kok Wing lepas tu aku kerek-kerek kat Sarah "Aku ada GPS derrr " sambil tunjuk titik kereta bergerak ikut kereta. Lepas tu aku tatau dah macam mana nak carik jalan. Selamat sesat di kawasan yang kekurangan kasih sayang Sign board yang akhirnya di tuduh sebagai kampung bunian -.-' . 

Jumaat, 1 April 2011

Kenapa tidak Puteri Kemboja Bunga Sakti?

Life is hard, itu antara perkataan yang biasa di dengar. Tapi dalam gaya bahasa motivasi subuh selalu pesan, kehidupan ini akan jadi susah kalau kita rasa kehidupan ni susah.tapi bagi aku, jangan terlalu mengambil mudah, nanti kita akan jadi lalai.




Kadangkala kan, hidup ni sangat senang cakap tapi payah giler nak buat.Bila seorang bapak/emak tengok anak jiran sebelah jadi doktor, anak yang tinggal di rumah sehabis mungkin di paksa belajar untuk di jadikan doktor pakar pulak. Kadangkala kemahuan dan kehendak masing-masing berbeza. Senang gila mulut nak cakap,


"Kenapa si Peah boleh buat? Kenapa Puteri Kemboja Bunga Sakti tak boleh lakukan? ".


Aku zaman sekolah dulu paling pantang gaya bahasa macam tu. I used to tell my parents, science is not for me. Science is hard, especially physics. I can understand nothing -..-'' . Jadah apa turun dari langit hukum newton tu pun aku tak faham. But then my bapak slalu kata "kenapa orang lain boleh buat?". 


Dalam sesetengah cerita, bila seseorang tu tak nak buat, macam kes aku belajar bahasa Arab dulu, kelas pun aku liat nak mampus nak pergi, so the blame is under me la kan? Tapi sejak di zaman tingkatan 4, untuk aku faham fizik tu sesuatu yang agak zero. Aku study, tusyen bla bla bla end up fizik aku dapat C5 zaman SPM dulu dengan Matrikulasi aku tak jawap lebeh separuh soalan paper 2 untuk dua dua semester. Aku cuma mampu kata aku "bertuah" dapat masok ke UTM on time.


Bagi aku konsepnya macam ada orang berkebolehan mengarang kisah yang indah, tapi ada segelintir orang cuma mengarang fakta sekadar. Jadi sangat tak adil kan penggunaan "Orang lain boleh" in certain places?


Kalau cakap bahasa tertekan, semua orang di muka bumi ni terperangkap dalam tekanan. Seorang ibu dan bapa tertekan untuk berikan yang terbaik untuk keluarga, terutama kepada anak-anak mereka. Tanpa sedar, tekanan untuk memberikan yang terbaik kerap kali memberi tekanan kepada anak itu sendiri, terperangkap di antara kemahuan, kemampuan dan kehendak dari luar. Tanpa di duga, masing-masing saling tuduh menuduh, salah menyalahi. Si anak menyalahkan ibu bapa yang terlalu kerap memaksa dan enggan memahami kehendak, minat, dan kemampuan diri manakala bagi pihak lawannya pulak si anak umpama kacang lupakan kulit. Degil. Keras kepala. Tak dengar kata. Semua nya kerana definisi perkataan "terbaik."


Tapi kita tak boleh nak blame mak bapak dalam kisah ni. Masing masing hidup bersandarkan sejarah masa silam dan kekesalan di masa lampau. Orang dulu hidup susah. Banyak kehendak dan cita - cita terpaksa di lupakan. Sebab utama, kewangan. Tak payah jauh merantau mencari hikayat. Mak aku sendiri cuma mampu belajar sekadar diploma. Dia pernah kata kat aku, kalau zaman dia ada kemudahan dan bantuan macam apa yang ada di zaman kita ni, mesti dia boleh pergi jauh. Tak lama lepas habis diploma mak aku kawen dan dapat kami dua beradik, jadi niat untuk menyambung pengajian di lupakan. Sebaik mungkin, dia akan pastikan aku mendapat pendidikan terbaik dan setinggi mana aku termampu.


Tekanan demi tekanan untuk mencapai istilah "terbaik" akhirnya memberi dilemma kepada semua pihak. Kadang kala hati terdetik, akan tulahkah diri ini jika kita ingkar?


Atau akan lagi tulah kah kita jika cuma menuruti kerana takutkan tulah dan di takdirkan berlaku celaka di pertengahan cerita kita akan menyalahkan mereka kerana terlalu memaksa mungkin?


Tiada jawapan bagi persoalan ini. Bagi aku mana-mana pilihan yang kita pilih, "tulah" itu akan sentiasa ada. Restu dan redha itu penting, tapi cita-cita diri sendiri juga penting. Hidup ini cuma sekali dan masa yang pergi kita tak boleh nak dapatkan kembali.Akhirnya semuanya kembali kepada diri sendiri, sejauh mana kita mampu mengharungi setiap kemungkinan yang bakal berlaku.

Lambang keliru xD


Nota bulu kaki macam meggie: Keyword hidup adalah saling memahami, bukan di aplikasikan sekadar untuk mencari suami ataupun isteri.Terima pendapat orang lain pun penting, walaupun pada kau orang tu tarafnya cuma sekadar di tapak kaki kau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...