Followers

Rabu, 30 Mac 2011

Mari kita Membudayakan Cantik yang OH! Jangan Cepat di Perdaya :P


Video ni sangat menjadi kegilaan. Ok. MatLuthfi90 memang menjadi kegilaan. Now a day,segala macam AF ke, Mentor ke dah tak relevan ok? Puppet! You have to ikut telunjuk penganjur. Kurang creativity kalau ikot hemah aku. Kau upload lagu / talent kau dalam Youtube, lepas tu untung-untung macam cikgu Shida, orang offer dia belakon. Orang yang kutuk-kutuk dia dapat dosa jerk. Dia dapat $_$ instead of talent dia di asah.


Anyway, hey hey hey, im not going to talk about talent , youtube and wateverrrr. Aku nak cakap-cakap la kan, video ni bagi aku lebih kepada mind setting yang dah di serap kepada kita sejak dari kecik. Yang menyerapkan budaya dan dakyah-dakyah tu pulak media. Media kerap menyerapkan di kepala kita sesungguhnya perempuan cantik harus ada ciri-ciri seperti


1] Anak kacukkan. Melayu celop yang haruslah ada darah mat salleh.
2] Puteh mulussssss. Yang kurang puteh tak cukup la der.
3] Muka harus licin. licin selicin licinnya dari segala jenis noda jerawat jeragat. Kulit muka dinosaur macam aku boleh blah.
4]Kurus. Seboleh bolehnya haruslah lagi kurus dari lidi. Kalau gemok gedempol pulak cuma boleh jadi model Osimo.
5]Mesti pandey spiking mat salleh. 
6]Trendy bergaya rambut mesti blond.
7]Mestilah perempuan yang punya daya keyakinan. Enaf said kalau dengar suara kau boleh bayangkan fizikal dia macam mana hotttt.
8] Mestilah anak orang kaya . Kalau bukan anak orang kaya pon mesti ending dia kawen dengan anak orang kaya tak pun kawen dengan orang kaya itself.
9]Multi talented.Dia harus pandai main guitar ataupun piano. 
10] Semestinya bukan Irah Hajerah Azman sebab Irah Hajerah Azman suka buat ayat perasan cantik -waaaaaaaa- -_-"


Anyway semua senarai terbabit aku amek dari kajian media yang di serap kat minda kita ok? Senang cerita kita memang membesar dengan istilah cantik yang di senaraikan di atas lah. BMI dekat nak underweight dah diet separoh mati sebab takut gemok. Hari-hari merungut kat member yang gemok kononnya dia gemok gila padahal member yang gemok tu mesti feeling dia dah boleh jadi super hero gemok dah -_-". Yang puteh melepak plak feeling hitam yenna. Walhal yenna gelap tu feeling ape ntah kita pun tatau la kan? Yang ada baru sekeping jerawat omaigod risau resah gelisah kecoh dan mengadu kat yang penuh jerawat


 "Nok... mak buruk nok. jerawat mak bergenggam genggam. Mak layak mati je nok dari idop di dunia berjerawat ni."


Walhal member tu ya ampun muka dah tak macam manusia dek kerana jerawat kau tak tau pulak feeling dia bila kau cakap macam tuh? Well, kadang-kadang kita ni suka besar-besarkan issue kecik kat tempat yang tak kena. Konon nak ngadu-ngadu manja,walhal kawan tuh nak muntah meluat mengadu tak tentu tempat dan masa. End up nya masing-masing tension. Si super gemok makan pin kurus bergenggam-genggam sehari. Makan nasik cuma setahun sekali. Nak kurus punya pasal. Yang si jerawat baru pulak turun naik segala jenis saloon, well, dah 1 jerawat orang dah feeling tak nak idop, yang penuh jerawat lagi ye dak? Ngeh, aku rasa stupid mind setting kat kepala kita buat kita jadi paranoid dan hilang keyakinan diri. Yang  untung dalam cerita ni pengusaha bisnes keshantekkan dan media yang buat iklan keshantikan. Yang ruginya kita ni, kaum-kaum perempuan bermati-mati berabis duit sebab nak cantik punya hal.


Bercakap pasal cantik dan mind setting aku ada satu cerita agak menarik happen kat aku dengan Sarah. Well, macam aku cakap dalam senarai tadi, kalau perempuan cantik mesti ada senarai dalam ciri-ciri yang aku cakap tu. Alkisah sem lepas waktu menggagau carik tempat internship, aku hantarlah resume aku dengan Sarah kat one company ni. Company ni agak well known jugak la dalam dunia electronik dan ICT. Jadi tak lama kemudian Human Resource company tu call aku. Suara dia lembut bernada tegas, english dia perghhhhh. Berasap doe henset aku!Nama dia nama melayu. Jadi aku imagine la rupa dia macam ni:


-Kurus, cantik dan bergaya, Kuku dia mesti kaler merah, rambut dia mesti blond.Dia mesti dressing sangat modern. And hell yeah aku mengimaginekan beliau seorang yang freehair. Keh keh. Suka ati aku je kan?


End up cerita, aku dengan Sarah pileh ke Panasonic instead of that company. Jadi secara logiknya kitorang tak kan jumpa wanita terbabit. Tapi nak dijadikan cerita dunia ni tak la besar sangat. Minggu lepas aku dengan Sarah ke MMU Cyberjaya, for Career Fair. So bila tengok company tu, aku dengan Sarah teruja habis. Then ada dua orang yang jaga booth tu. Sorang lelaki. Oh tak menarik la nak cerita. Sorang lagi perempuan.


-big size, berbaju kurung dan bertudung instand. Gaya ya ampun sederhana abes. baju kurung bukan jenis kain satin potongan modern ok? Baju kurung yang ala...biasa-biasa tuh. Memang nampak simple abis la!-


Dah tu aku tengok tag nama perempuan tu, nama dia sama dengan nama hamba Allah yang aku hantar resume, yang call aku dengan Sarah tuh.


Ketawa. 360 degree berbeza dengan perwatakan yang aku dengan Sarah imagine ok? =_=". Last last aku dengan Sarah simpulkan, kitorang ni mangsa mind setting. Keh keh keh.


Sila vote saya untuk anugerah model wanita berbadan badang yang berkeyakinan. lol -_-"


Nota bulu kaki macam meggie: Key word untuk cantik adalah confident. Sekian terima kasih -sila tepo tangan.yeyyyy-

Ahad, 27 Mac 2011

Kaki Kau Size Berapa Sayang?

Orang kata aku perempuan tipikal yang sangat menggilai kasut. 

Diam. terfikir sejenak.

Aku admit aku ada banyak koleksi kasut. Biasalah perempuan, asal lawa je nak beli. Asal nak beli je belom tentu sebab lawa. Dia tengok harga 70 percent diskaun lepas tu terus kata "Eh lawanya" padahal sebenarnya bukan lawa pon ~..~" Tengok design, ah boleh la. Tapi bila di pakai tak selesa mana pon. Lepas tu simpan dalam kotak. Esok hari beli kasut yang lain. Sila ulang lagi proses di atas.

Aku admit aku perempuan macam tu. Dulu. Gila membazir la. 

Waktu aku di zaman matrikulasi dulu, kitorang wajib guna kasut yang bertutup kat depan tu. Aku kurang obey hukum tu, almaklom. kata otai *Wak you.pointer tak sampai 3. otai konon!* One of the reason aku x suka rule tu sebab aku kena reducekan risiko kasut tu patah dua. Imagine sebulan atleast dua kali aku beli kasut baru. Gila tensi aku. Aku tak faham apa yang KMPh buat sampai kasud wedges CR aku patah dua. WEDGES ok. X selipar nipis tuh =_=" (Eleh, KMPh konon, padahal kau tu sebenarnya kasar -.-")  And yeah, the solution is mak kena bank in duit untuk kasut yang harga lebih 100, dan haruslah di beli di KLCC, barulah tak patah dua. Memang kaki aku ni diva weh. Nak yang mahal jerk.Yang murah dia buat penolakkan. Sadis.
Aku kalo nampak kasut lawa, Farid Kamil lalu pun aku tak layan da.


Anyway, cakap pasal kasut, aku ada bad story yang kinda bad la. Alkisah, di suatu hari yang indah di bulan ramadhan. Walaupun keesokan harinya aku ada satu paper yang bernama Network (yang aku flunk second year dulu tuh -..-") aku dengan penuh keyakinannya shopping dengan Zetty kat JB. Mengembaralah kami dua beradik dari Plaza Kotaraya ke City Square ke Angsana. Beli baju beli pin beli kasut. Yes beli kasut. Ahernya aku jumpa kasut yang aku bekenan kat Angsana you all! Semangat ni. Pilih punya pilih aku jumpa la yang berkenan. Jadi haruslah aku mintak kat salesgirl kat kedai tu,


Aku: Kak, nak yang ni eh, size 7
Zetty: Are you sure size 7 Irah? Bukak size kau 8 ke?
Aku:Cait. Gilla big foot. 7 Sudeyyyy....


Pegi la sale girl tu ke store dan ambil kasut size 7.Lepas tu kakak tu bagi kasut size 7 kat aku. Aku try. Sendat. Seriyes sendat. Dem. Adakah jenama ini cuttingnya tidak standard? Aku pandang Zetty.


Aku: Zet.. Tak muat. Betol la kata kau size aku 8.
Zetty: Tu yang aku pelik. Bukan size kau 8 ker? Cuba ko tengok kasut yang kau pakai tu.


Aku pandang kasut yang aku pakai sepanjang perjalanan yang penuh kegembiraan itu. Dem. label size 8 -.-'. Kakak salesgirl tu pandang aku dengan sinisnya. Gua malu. Berazam tak akan shopping ke Angsana lagi untuk 2-3 bulan tersebut =_=". Balik bilik aku selongkar kotak kasut, semua size 8 .


Erk. Sebenarnya size 7 tu size kaki sapa? =_=". Kompiussssssssss


Nota bulu kaki macam meggie:  Gua rasa menaip blog lagi senang dari study. Tahniah la yerk -..-"

Rabu, 23 Mac 2011

Saya Tak Mahu Baca Berita Seks Hari - Hari. Dia Bukan lagi Pak menteri so Aku tak Nak Amek Kesah. Pelislah!

Balik rumah bukak tivi terus aku maki. Kepala aku punyalah berselirat nak hantar resume dan cover letter, nak sambung projek yang stuck malam tadi. Pikey bila nak abis bayar study loan. Pikey pasal sewa rumah bill api, air, internet. Pikey mana aku nak mintak sedekah bayar yuran sem pendek. Seriyes tegang kepala otak aku sampai aku hampir lupa result SPM keluar hari ni. Nak tanya  khabar keputusan cik sepupu pulak. Aleh-aleh time aku bukak tivi...


Kesah SEKS Anuar dorang dok kecoh kecoh kan. H1N1. Mana aku tak maki. Gila tak gila. Dari umor aku 9 tahun dok cakap pasal seks Anuar. Dulu betol la aku tak kesah. Malas nak amek tau pasal kes tu. Dia bukan bekas laki aku pon! Tapi bila beberapa hari di saat-saat pilihan raya yang kononnya semakin dekat ni semakin galak plak media bercakap pasal seks si Anuar tu. Surat khabar here and there. Berita pun sama. I'm telling you, di zaman sekolah dulu aku manusia pertama duduk depan tivi hari SPM keluar, nak tengok orang berjaya dapat berbakul bakul A.  Benda tu inspirasi okey. Tapi hari ni bukak bukak berita je seks anuar dulu dia dok cerita. Semakin bengkek rasa hati.


Aku terpikey jugak, issue tu betol ke tak? Imagine dari umor aku 9 tahun dok sok sek sok sek cakap pasal kes seks anuar tuh. Aku rasa baca Berita Hairan sama Utusan Membiol tu sama je lucah macam baca Harian Metrol. Bak kata Fiffy, now a day news paper kena letak cop 18 SX. Berita kat tv pun sama.  Rakyat punyalah sakit menderita dengan hutang yang macam macam jenis, dia lagi risaukan issue seks Anuar. Oi, Anuar tu bukan menteri dah weh! Yang kau risaukan sangat pasal seks dia sampai hari hari nak cerita kat paper dari aku yang very inesen sampai ke aku yang berada di tahap umur yang mengenal erti lucah tu apa, apekehal? Anuar kacau kau ke?Ke dia goda ko? Dem. Kalo ko tak gay ko tak kan tergoda. So issue ni tak kan timbol la weh!


Dalam hati baran ni aku terfikir, baek jugak gay memerintah. Almaklom sekarang ni zaman saya gay saya ok. Sekurang kurangnya gay melancap sesama sendiri tak boleh menghasilkan baby. Tak ada issue baby di buang di buang merata-rata macam sampah! Nak buat macam mana, kerajaan yang memerintah kerajaan yang menentang gay tapi tak menentang hubungan zina lain jantina yang mampu mengorbankan nyawa bayi yang tak berdosa. Siap bagi pendidikkan seks lagi ajar rakyat cam ner cover berzina dari mata masyarakat. See, aku dah guna bahasa paling celaka sejak sejak aku active berblog. Seriyesly hari ni aku anger di tahap tertinggi.


Hari-hari rakyat tension di bebani hutang. Masuk universiti terpaksa berhutang. Mujor aku belajar di IPTA, yuran tak mahal. Nasib baik la jugak UTM tu sah sah di iktiraf. Syukur jugak aku ni kena bayar 25 peratus je dari seluruh biasiswa berbalik aku tu. Now the question is, what about pelajar yang ambil full loan PTPTN kat IPTS yang ada tak di iktiraf tu? Belom lama, beberapa bulan yang lepas sebuah kolej swasta kat Perak tutup walhal yuran students dah bayar. Yuran tu pulak loan yang ada charge faedah yang di alih bahasa menjadi bahasa Islamic menyahut seruan kenangan zaman Islam Hadhari (which is mean sebelum ni Islam ni kuno ke weh?Oh lame u Irah, now zaman 1 Malaysia yang memperjuangkan HAK ORANG MELAYU, MENJAGA ISLAM KONONNYA SO NO BIBLE DALAM BAHASA MALAYU EVER SINCE PEMIMPIN PAS BANGKANG ISSUE TU SO DORANG CEPAT-CEPAT REALEASEKAN tuntutan TU and hell yeah di Negara Islam yang sepatutnya kita sebarkan indahnya Islam dia bincangkan Issue penggunaan Allah oleh non muslim bila non muslim dah kecik ati makanya Islam itu yang kejam .hahahahaha. lawak lawak).Sijil tak ada, kolej pun tutup, apa nasib dorang weh? Punya la mengharap masuk IPT nak ubah nasib keluarga, aleh aleh dorang dapat nasib macam tuh.


Orang kata nasib aku baik. Bapak aku Engineer. Bapak aku gaji besar bla bla bla. Tapi orang tak tahu, gaji besar, kena potong income Tax LAGIIIIII la besar. Orang gaji besar ni ye kawan -kawan, banyak kelemahannya. Anak-anak kalo kurang cerdik saheh saheh tak dapat biasiswa yerk. Bila anak-anak tak dapat biasiswa, maka terpaksalah load dengan PTPTN yerk. Bila mintak loan pulak, gaji mak bapak banyak jadi dorang bagi cukup cukup bayar yuran yerk. Kawan-kawan, orang gaji besar tak dapat beli rumah perumahan murah. Nak tak nak dorang kena beli rumah yang serba mahal yer. Dah potong income tax besar, potong rumah pun mahal. Kerja beliau berisiko tinggi, terpaksa beli skim insuran terbaik untuk memberi jaminan kepada keluarga yang anak masih kecik-kecik. Kalau skim terbaik harganya pun harus paling kurang baik. Oh, jangan lupa, gaji di potong untuk EPF ye kawan kawan, penting untuk masa depan. Kereta pun kena bayar jugak. Sekarang kereta biasa cuma boleh sumbat 5 orang. Sumbat lebeh kene saman. Jadi sebab anak ada 5, campur beliau laki bini jadi 7 orang, jadi terpaksa beli kereta baru, size yang lagi besar untuk kegunaan keluarga. Minyak pulak semakin naik harga. Living cost semakin tinggi. See, kau faham tak sekarang every one in dilemma! Sila ubah perspeksi orang gaji besar tu kaya. Indeed i bet dorang ni lagi layak mintak derma dari bersamamu. Ok itu ayat hyperbulak yang last tu.


Sekarang ni issue living cost dan hutang adalah agenda harian semua orang. Even tak kerja lagi orang dah fikir macam mana nak survive. Tengok MLM, teros nak join. Nak buat macam mana, ayat dia cantek. Nak bayar hutang PTPTN. Sapa tahan berutang pak cik oi? Lepas join  MLM entah apa-apa, kena tipu, masing masing buat memek muka sedih.


Aku cakap terus terang, rakyat malaysia ni baek. Seriyesly sangat baik. Kita tak ada nak buat rusuhan macam di mesir sana hah. Kita masih waras fikir, effect insident macam tu kepada ekonomi dan keselamatan diri. Kita tak mintak pun kerajaan bayarkan segala hutang piutang kita. Paling lebeh pun kita mintak kurangkan beban living cost kita. Nasib kita, hidup susah kita yang pura-pura mewah ni patut di bela. Masalahnya dalam tension-tension kita dengan beban-beban ni, boleh pulak cerita issue seks anuar jadi cover page berita.Puffffffffffffffff =_=". Gila. Anuar bukan menteri lagi so apekokesah? Even pembangkang menang pilihan raya sekalipun anuar tak boleh jadi PM. Sila la faham. Aku bosan ok?


Nota bulu kaki macam meggie:Seriyesly hari ni aku annoyed sana sini. Kalo typo di mana-mana sila faham. Aku stress hari hari terpaksa terbaca berita 18 SX even umo aku dah 22 tahun :|. Terpikey plak, harian metrol, utusan membiol dengan berita Hairan tak nak plak komen pape pasal statement Rosmah pasal insident di Jepun yang masuk di CNN tu? Oh issue seks Anuar lagi penting dari menjaga nama baik negara. Eh tak apalah.Issue moral rakyat harus di utamakan. Corruption MB Sarawak yang di laporkan di internet tu kita diam diam ok? Nak bincang pun bisik-bisik. Malu. Aib =_=". Cakap pasal seks tak apa. Sekian aku yang emo =_="

Misi Mencari Harta Karun: Dimanakah emas anda?

Orang kata masa itu emas. Tapi selalunya kita terleka. Emas pada kita cuma yang macam di kedai Emas Poh Kong. Nampak berkoyan koyan emas putih dan kuning yang menjadi kegilaan wanita yang gila. Emas kegilaan itu macam racun. Membeli emas kira-kira nak berlagak dengan anak cik Peah sebelah rumah. Zakat emas berkira nak bayar. Bila Allah tarik balik nikmat, macam kena rompak dan sewaktu dengannya baru nak sedar. Waktu tu baru nak memaki diri sendiri. Ni la padahnya tak bayar zakat. Ni la akibatnya beli emas untuk berlagak. Patut dulu melabur dalam akaun emas Maybank. Atleast risiko bukan seratus peratus di tangan sendiri. 




Manusia tak pernah lekang dari sifat khilaf. Bagi aku, manusia tak pernah serik, cuma memerlukan masa untuk sentiasa belajar. Masa untuk seseorang matang berbeza. Masa untuk seseorang sedar akan kesilapannya pun tak sama. Kadang kala akal kita tergerak, sangat banyak masa di bazirkan dengan perkara yang sia-sia. Tapi gerak hati kita kata tak apa.Maklum umur masih muda. Hidup katanya sentiasa ada target. Kononnya habis degree umur 23 tahun. By 25 dah kawen. Umur 27 tahun mesti ada rumah sendiri. Umur 30 tahun ekonomi mesti sudah stabil. Umur 50-an nanti bila anak - anak sudah besar baru mau bertaubat. Gaya cakap macam Allah SWT tuh bestfriend dia. Boleh counting and nego bila kita nak dia cabutkan nyawa kita. 


Bila sebut life start by 40, lelaki-lelaki banyak semakin miang. Katanya umur tu la umur joli sakan. Para isteri di rumah semakin resah gelisah. Tengah malam suami tiada di rumah. Kalau di surau atau masjid hujung simpang rumah, boleh lah hati berbunga riang. Nanti di dunia yang kekal abadi boleh berpegangan tangan meniti Syurga. Tapi yang tak faham bahasa maksud life start by 40, suraunya di kelab malam. Matanya di jamu gadis comel yang kulitnya masih tegang.Kepalanya di serbankan rambut palsu . Kalau masih lebat di salutkan dengan pewarna hitam.


Kalau di bukak cerita kaum wanita, bila usia 40 an, memang gelisah paling di puncak. Kedut semakin jelas kelihatan. Kepala risaukan suami yang semakin kerap balik lewat malam. Rambut pula semakin banyak bertukar warna. Badan pulak semakin tidak menawan. Anak dara harus di tewaskan, suami harus di tawan semula. 


Teringat suatu ceramah, life start 40 bermaksud, bila sudah berumur 40 tahun, manusia itu di peringkat buluh yang sangat keras. Kiranya , kalau di umur 40 tahun masih enggan bertudung, masih liat nak solat, masih lalai dengan dunia semata-mata, sangat susah untuk mengubah perangai sebab umur tu buluh dah keras sangat ~..~. Ego pun semakin up. Kuat sangat berpegang dengan istilah aku dulu makan garam dari kau sampai kena sakit kencing manis darah tinggi sakit jantung dan masalah buah pinggang.Kalau di tegur nanti di katakan memandai. Payah. Liat.


Kita manusia kadang kala leka. Semakin meningkat usia, semakin banyak nikmat rezeki, semakin jauh kita lupa pada yang sepatutnya di sujud. Masa itu emas cuma nampak pada emas Poh Kong mahupun Habib Jewel. Emas di akhirat tercicir dalam kiraan.


Aku juga manusia itu. Yang matanya cuma nampak emas yang berkilauan. Mengejar dan mengira dunia semata - mata. Enggan cuba faham maksud Demi masa.


Demi Masa, sesungguhnya manusia kerugian.
Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh.


Dimanakah emas anda? :)


Nota bulu kaki macam meggie: Sangat banyak benda untuk di study. Balik malam masa digunakan sebaik baiknya di dalam bilik. =_=".

Selasa, 15 Mac 2011

Kalau sudah hati membenci, walau sejuta kebaikan di taburkan, hati tetap penuh dengan daki benci dan kurang senang.

Seseorang menyapa si gadis di laman sosialnya. Mengadu nasib akan pedih hatinya, bila sahabat yang di anggap saudara menikam luka di jiwa. Parah. Si pengadu menangis hiba dalam hati mencari di mana silapnya diri. Bila di tanya kepada dunia, tiada suara pun mahu memberi jawapan. Yang ada cuma tomahan demi tomahan. Hukuman demi hukuman, umpama si pesalah di hukum tanpa perbicaraan. 



Si gadis terdiam. Gagal memberi respon. Sekilas terpandang cermin di sisi tingkap. Ingatan nya berterbangan, teringatkan kembali kisah luka yang masih berparut di jiwa. Ya, gadis itu memahami jiwa si pengadu. Di hukum tanpa perbicaraan adalah hukuman dunia yang paling kejam. Namun, si gadis faham hukum dunia...


"Kalau sudah hati membenci, walau sejuta kebaikan di taburkan, hati tetap penuh dengan daki benci dan kurang senang."


Itu adalah manusia. Sukar untuk memberi ruang dan peluang kepada orang lain.


Menitis air mata...




Ingat lagi di waktu duka dahulu, si gadis memohon maaf kepada si penghukum. Pada telahan si gadis, mungkin dirinya banyak kesilapan, banyak dosa sampaikan mereka tega menghukumnya tanpa bicara. Namun, seorang kenalan benar-benar marah akan tindakannya..


" Jangan sekali-kali kau mintak maaf kepada orang kalau kau tak tahu apa kesilapan kau. Kau gadis baik yang pernah aku jumpa. Buta mata orang gagal menilai kau...."


Si gadis terkedu. Jujur. Air mata mengalir. Seluruh hayatnya hanya mengenali diri sekadar gadis yang sentiasa melukakan hati. Jelik dan tak patut untuk kau terus di dekati. Tapi tidak pada mata insan ini...


" Mana mungkin aku si gadis yang baik. Aku cuma manusia yang khilaf. Kalau aku sebaik itu, mana mungkin hati aku dipenuhi dengan luka.." balas si gadis.




" Gadis, dunia ini bukan untuk kau menyalak, memohon ruang kepada orang yang enggan memberi ruang kepada kau. Jangan di rayu orang yang buta menilai kau. Orang buta,walau di nyalakan sejuta warna lampu sekalipun, dunianya tetap gelap. Mana mungkin manusia ini sempurna? Kalau betul ada manusia yang sempurna, manusia itu tidak akan menghukum kau. Malah, ruang sentiasa di beri untuk kau celikkan mereka. Kau tak bersalah. Kau tak pernah bersalah. Kau memohon ampun umpama sampah di mata mereka. Jijik! Kau bukan mengakui kesilapan diri, tapi kau cuma memalukan diri kau sendiri. Menunjukkan kepada mereka, betapa kau ini si rapuh yang sememangnya layak untuk di lakukan sedemikian."


"Jadi harus bagaimana lagi? Putuskan persahabatan? Tuhanku Murka manusia memutuskan silaturrahim!" 

"Gadis, aku yakin Tuhan mu itu tidak sekejam itu. Walaupun kita berlainan pegangan, aku tetap yakin Tuhan kita yang sama. Itu adalah pegangan masing-masing. Tapi gadis, yang memutuskan persaudaraan itu bukan engkau. Aku yakin kau tidak bersalah."


Si gadis terdiam sebentar. Enggan kalah berbicara.


" Bagaimana kau terlalu yakin? Aku terlalu baru untuk kau. Kau tak layak menilai siapa aku!"

" Ah.Bagaimana aku mahu fahamkan kau? Aku tidak menilai keburukkan kau. Aku takkan menilai keburukkan kau dan itu adalah pegangan aku. Aku terima kau. Setiap apa yang ada pada kau. Bagi aku kau unique. Gadis sebaik kau tak layak mengalirkan air mata untuk orang yang lukakan hati kau. Gadis, bahagia itu bukan di cari, tapi untuk di hargai. Sama seperti persahabatan. Sahabat itu untuk kau hargai, dan jika sahabat itu enggan membalas penghargaan kau, percayalah itu bukan sahabat untuk kau. Tuhan kita dirikan sebuah kehidupan yang bukan bersendirian. Celikkan mata mu gadis. Ada banyak lagi insan lain yang sentiasa memberi ruang kepada kau. Cuma terpulang untuk kau terima atau kau berlalu pergi, merayu dan menyalak akan ruang yang entah di mana, kau sendiri tak pernah ketahui."



Kembali ke dunia yang nyata, banyak yang gadis itu faham maksud hidup yang bukan sendirian. Ya, si gadis sememangnya buta untuk menghargai ruang yang ada dan sentiasa mengcari ruang yang sempurna baginya. Itu kesilapan terbesar dalam kehidupan baginya. 


Ruang yang diberikan di gunakan sebaik mungkin. Sahabat itu bukan sekadar kawan ketawa, tapi sahabat itu saudara yang akan menangis bersama, yang akan merasa sakit peritnya bila dilukakan. Bersahabat baginya umpama mencari cinta. Jangan dikejar, kerana semakin di kejar semakin jauh ianya menghilang.


Usah di rayu pada yang tak sudi. Teruskan hidupmu, bersama insan-insan yang benar-benar menghargai dirimu. Bangkit dari mimpimu, buang segala ilusi jahat itu. Hidup ini bukan untuk bersendirian, itu ketetapan Tuhan. Hanya bila maut menyapa, sepi itu bermula di semadi bersama jasad yang bersendiri.


Nota bulu kaki macam meggie: Berhenti sudah tangisan luka. Namun parut di hati tetap berbekas.Keampunan dan kemaafan tanpa bicara itu perkara yang mudah. Namun tidak untuk melupakan selagi masih ada ingatan. Ampunkan aku si hati rapuh, namun selagi terdaya senyuman ini terus mekar, di sebalik parut luka.

Jumaat, 11 Mac 2011

Yang Kita Rindu Tentang Kolej Matrikulasi Pahang (2007/2008)

Aku dulu bila dapat offer kat Kolej Matrikulasi Pahang aku menangis okey. Member-member aku yang lain semua dapat di Kolej Matrikulasi Labuan. Tak pergi ke KML bukan perkara yang paling sedeh ever since memang aku tak nak ke KML sebab double flight. Tapi bila dapat ke KMPh pon sama double flight. Kuching-KL.KL-Kuantan *_____*. Jadi sangat patut lah untuk aku menangis kan? Tapi orang kata tak kenal maka tak cinta ye dok? Even aku rasa system kat matrikulasi agak *mencarut* tapi bila masa berlalu, tempat tu antara kawasan yang aku rindu.


Mari bukak balik memori apa yang di rindu tentang Kolej Matrikulasi Pahang (2007/2008)!




1] Karipap "Starbucks."
Satu-satunya "Starbucks" yang menjual karipap dan karipap beliau memang lagenda di KMPh batch aku. Kalau bukak cerita "Aku budak KMPh batch 07/08" memang lagenda pertama yang menjadi kenangan adalah karipap Starbucks . Aku rasa karipap tu the best in this world. Tak de tolak banding nye *chewah*. Orang tua dulu-dulu kata kalau nak pikat suami, kita pikat perut dia dulu. Aku rasa kalau nak pikat students pun sama, kau kena pikat selera dia dulu. Kakak Starbucks memang hebat pikat kitorang sebab sampai sekarang kitorang rindu sangat-sangat dengan karipap dia =_="


Ini adalah random karipap yang aku amek dari google image =_="


2] Nasi Ayam Cafe B2.
Yes, theory memikat perut memang hebat. Nasik ayam cafe B2 Antara yang terhebat yang pernah wujud di muka bumi ni *oi boleh tak jangan buat ayat hyperbola?* Rasa dia yang pekat sedap kuah kicap dia semua memang superb la. Memang menjadi lagenda dan kegilaan sepanjang masa la weh! Ever since aku tinggalkan KMPh, aku pernah jumpa sekali je nasik ayam macam di KMPh which is dekat Food Court P9, Putrajaya. Tu pun aku tetap bagi anugerah kat Cafe B2.


3] Poco-poco sebulan sekali
Ok aku admit most of the student rasa part ni paling fuck. Aku pon. Dah la lepas poco-poco tu kena pergi kelas teros. Kalau dia batalkan kelas lepas tu tak pe jugak =_=" . Ni tros masok kelas dengan busuk masyam peluh. Ciss. Tapi kan, kupon 3 ringgit redeem food kat cafe tuh la yang menjadi kegilaan. Keh keh. Kalau tak jangan harap budak teruja nak pegi. 


4]Rahmat Alam
Yessza, serahmat namanya, Rahmat Alam sememangnya membawa rahmat kat kita beramai-ramai nak ke Kuantan every weekend. Memang Sabtu Ahad bus Rahmat Alam di Gambang tu penuh dengan budak-budak KMPh la. Imagine 1 kolej semua keluar berebut-rebut nak naik Rahmat Alam tuh. Pergh. Its happen once, one or two weeks grounded dalam KMPh sebab ada aktiviti and ever since kita tak ada mesen ATM jadi itulah alasan paling munasabah kenape kita kena ke Kuantan kan?kan?


5] Encik Adam dan Puan Ainul (For sure kuliah 1 Fizikal dengan Akaun ade jumpa dorang time batch 07/08)
Beb beb beb. Kalau kau pernah masuk kelas dorang kau tau macam mana rasa rindu kepada mereka yang OHHHHHH LASERRRRRR tetapi menjadi kegilaan. Lecturer yang hangat membawa gossip dan bercerita macam-macam benda. Bak kata Encik Adam, "Aku ni mengajar setengah jam je, lagi setengah jam aku nak borak!" Tapi benda benda yang dorang bawak borak tu tak ade lah bodo bodo sangat, macam cerita life zaman campus dorang. Almaklum budak matrix, semua teruja teruji nak masuk U cepat-cepat. Cess. Eh tapi kan, laser-laser dorang aku masih gak berani nak ponteng. Yang aku tak pernah ponteng kelas Encik Nizam. Ayat dia sangat scary oh " Aku malas nak check attendant.Tapi kalau korang ponteng kelas aku doakan ko gagal". :| Sumpah demam pun aku sanggup mengensot ke kelas die weh! ngeh =_=". 


6] Kes Tak Ada Air
Pernah happen once je sepanjang dok kat KMPh tu. Tu pon kecoh gile. Almaklum, tak pernah kena kan? Time tak ada air ni manusia paling kaya raya cafe dengan Mini Mart yang jual air mineral sebab semua budak beli air mineral kat situ banyak-banyak buat basuh berak *lol*. Aku dengar air mineral sold out that day. Anyway, time ni baru aku sedar bakat terpendam sesungguhnya aku mampu mandi dengan sebaldi air dan feeling fresh giller ke kelas. Dah la kelas hari tu aku pergi lewat setengah jam. Aku masuk lecture pun sebab nak tunjuk "Aku dah mandi, kau ader? " Chaish! Time tu baru aku faham riak tu macam mana rasanya -eleh kau!-


7] Gossip
Ala KMPh tu besar siket je dari Kolej DPAH Abdillah kot.2 kali ganda besar je yang membawa maksud, memang tak besar. Ala budak banyak mane je kan? Oleh yang demikian, gossip very the cepat merebak. I remember 1 kes yang menjadi lagenda dan sebutan ramai terutamanya kat student perempuan, yang cerita perempuan psycho tu. macam-macam versi cerita keluar. Keluar dari mulut sorang, lepas tu sorang-sorang dan lagi sorang. Until once aku tanya kepada si pencerita "Act kau pernah jumpa ke perempuan tu?" and si pencerita cakap "NO". Lol. Aku pun tatau perempuan tu sapa weh! 


Lagenda "indah" kat budak lelaki bila gambar bogel perempuan tersebar. Macam-macam versi cerita keluar datang dari mana asal usul gambar tu. Dah tu dari sorang Bluetooth kepada sorang lagi gambar. Eleh jangan mengaku tak pernah tgk ek! :| Eh anyway, aku tak rasa gambar tu gambar batch kite. sekian tak habis lagi xD.


8]Staff KMPh Yang SUPERRRRRRRRRRR =_=".
Yang menjadi "kesayangan" adalah:


i-Yang pertama dan Utama pak guard yang kekwat. :| Students perempuan rasa annoyed pasal pakaian puffffff. Kalau budak lelaki paling tak best barang dorang kene check sebab  takut seludup rokok.lol. Tapi paling aku tak boleh terima pak guard halau aku dari library sebab pakai selipar. Nak je aku cakap kat die "Selipar mahal ni pak cik. lek luuu" Tapi sebelum kene lempang baik aku keluar dengan mata yang berair sedih sadisssssss.


ii-Mak cik pak cik library
Pok pek pok pek gaji tak cukup.pok pek pok pek banyak kerja.pok pek pok pek student kurang ajar..
"Kak, print dua salinan" kata aku dengan suara yang boleh di dengari.
Amek, print dengan pok pek pok pek.
"Nah dek" katanya.
"saya nak dua salinan kak!" balasku setelah mendapat cuma satu salinan.
"Tadi kenapa tak cakap?" Bentak berbaur amarah. Member ku di sebelah mula mengerutkan kening. Mata aku mula terkebil kebil menahan diri dari memaki di hari Jumaat yang mulia :|. Arghhhh. Emosi guweeee.


iii] Encik Amran.
KESAYANGANG! Ye lah, beliaukan pembawa berita cuti cuti cuti kat student yang sangat mengilai cuti lebih dari menggilai karipap mahupun nasik ayam mahupun Rahmat Alam! Kan? Kan? Kan?


9] Tempat dating dan mak we mak we, pakwe pak we dan bekas-bekas mak we mak we dan pak wek pak wek.
Di sinilah cinta kita pernah terukir. Keh keh. Anyway aku tak terlibat dalam edisi nie.Aku tak famous amos. Never dating di sana. XD.


10] Bila Result Final Nak keluar.
Bad memori bagi aku yang jawap final fizik tak sampai separuh :| Jadi result final nak keluar tu rasa macam.... TAK EXCITED. keh keh. Tahniah.


Nota bulu kaki macam meggie: Tapi banyak-banyak memori, yang paling berharga adalah friendship kan? Even sekejap, tak sampai setahun, tapi alhamdulillah, mana-mana yang terjalin tu tetap utuh sampai sekarang :) 

Rabu, 9 Mac 2011

Sebuah Kisah Kehidupan.

Kita ni kan, konon nak jaga hati orang, tanpa sedar kita jadi orang lain. I mean pretending. Cuba berlagak "perfect". Pura-pura flexible dan bla bla bla. Somewhere and somehow, tanpa sedar, actually kita tetap  dan lukakan hati lain even pada pandangan kita, kita dah try the best untuk jadi perfect. I think, better untuk kita jadi diri sendiri even orang lain sakit hati compared to 'berlakon', kau sakit hati dan orang lain pun sakit hati.


Kalau ikot kehendak kita, semua benda kita nak jadikan mudah. Tak nak ada musuh, tak nak orang sakit hati. Tapi sedar tak sedar, liku-liku tu actually yang membuatkan hidup kita ada kisah dan cerita. Memberi lebih banyak plot pada jalan cerita.Dan si saat kita rasa berada di peringkat yang paling fuck habis, kita ada sedar sesedar sedarnya siapa kawan yang selayaknya di panggil kawan di muka bumi ni.


Bukan senang nak puaskan hati orang weh. Apetah lagi nak betulkan tanggapan orang kat kita. Macam contoh la kan, orang kalau tak kenal aku memang yippy yuppy cop aku gedik, berlagak dan macam-macam lagi. Kalau pattern manusia yang suka judge orang memang saheh tak boleh berkawan dengan aku. Dengan patheticnya aku akhirnya jarang giller guna nama Hajerah instead of Irah. Hajerah nama yang unfamiliar. Nanti mengumpat senang-senang orang nak sambung cerita. Dunia ni sangat kecik even untuk aku yang very unfamous. History kadang kala buat aku jadi paranoid.


Bila berada di satu tahap yang aku rasa sangat fuck habis, untuk menangis pun aku tak mampu. Waktu tu baru aku sedar apa makna orang sekeliling pada aku. Hidup ni tak perlu untuk aku menyalak dan merayu untuk semua orang bagi ruang untuk aku. Cukup cuma ruang itu untuk insan yang dengan sendirinya memberi ruang untuk aku. Yang boleh terima aku seadanya. Yang kebal giller dengan perangai aku yang entah apa-apa. Untuk insan-insan itu, terima kasih tak cukup bakul aku ucapkan.


Hidup ni bukan semudah yang kita sangka. Selalu merungut itu dan ini tak kena. Tak cukup lagi tidak memadai. Kadang kala kita lupa sujud syukur kepada Illahi. Lupa akan hidden secret Allah bagi di sebalik perit air mata. Jadi, belajarlah terima setiap takdir yang mendatang dengan rasa syukur. Sekurang-kurangnya masih ada udara untuk kita bernafas. Sekurangnya masih ada roh di badan untuk terus berdoa dan berusaha. Sekurang - kurang nya, masih ada yang tenang dengan segaris senyuman di wajah. :)


Nota bulu kaki macam meggie: Sangat mudah nak maafkan orang, tapi sangat sukar nak lupakan benda jahat orang buat kat kita. Jangan kerana satu kesilapan, 1001 kebaikkan di lupakan. Sekurang-kurangnya, walau hati rasa serik sekalipun, jangan sesekali simpan rasa benci dan dendam. Jangan cuba-cuba untuk putuskan silaturahim dan tali persaudaraan. 

Isnin, 7 Mac 2011

Perjalanan ke I City Shah Alam Yang Penuh Pancaroba

Di hari Ahad yang cerah dan harmoni, aku telah memandukan (Sebenarnya nak cakap aku jadi Mak Supirnya -.-'') ke Shah Alam. Pinjam kereta abang housemate. Jadi kami beramai-ramai yang memegang status housemate di unit flat yang sumpah aku tak hafal alamatnya ni menuju ke Wetworld Seksyen 2. Mula-mula, kitorang plan nak pergi sungai Congkak. Namun bertuahnya suara ramai di facebook dan di YM aku menentang kerana kontroversi isu air kencing tikus. Dalam tekanan aku yang tak nak pergi ke kawasan yang mungkin mengancam nyawa housemate-housemate yang belum bersuami dan tekanan dari kawan baik aku yang beriye-iye nak sangat pergi picnic, maka akhirnya aku memutuskan untuk call Apis ( Dengan bersusah payah termaki sebab masuk mailbox again and again dan akhirnya Fauzan buat pengakuan ikhlas Apis dah tukar number lepas tu the rest is history or else jadilah entry bertajuk " Perjalanan Mencari Number Apis episod ke 2.") Maka setelah beberapa minet membebel bebel dengan Apis akhirnya aku buat keputusan mandatory "Jom ke Wetland Seksyen 2."

Dengan kebolehan aku yang malas menggoogle mapkan jalan di samping kebingaian aku yang tak reti guna GPS pada henset, aku seterusnya bertawakal kepada Allah SWT dan meneruskan perjalanan dengan berpandukan Sign board dan sorang housemate yang merupakan penghuni tetap di seksyen 17. Maka tanpa sesat dan tersalah masuk lorong, aku yang pertama kali drive di highway kat semenanjung ni dengan riaknya sampai ke destinasi tanpa sesat. Setelah mengembangkan badan dengan berendam selama beberapa jam, maka dalam jam 4 petang kitorang bersiap ke rumah housemate di Seksyen 17. Sebelum sampai ke rumah housemate, kitorang singgah makan ABC yang member aku cakap sedap sangat hari tuh kat Seksyen 2. Alah, yang tak jauh dari CIMB. Anyway not bad kot ABC situ.

Setelah meratah makanan yang penuh kasih sayang di rumah housemate, kitorang pun berangkat ke I-City pulak. Sekarang macam trademark dah . Asal pergi ke Shah Alam ke nak ke I-City. Even tak pernah teringin nak ke I-City pun, once kau sampai ke Shah Alam, memang dengan sendirinya tergerak hempedu untuk sampai ke sana. Maka dengan bantuan Luqman (akibat Apis tak angkat call =_=" dan housemate yang tak berapa nak pass jalan di Shah Alam) setelah lebih sejam membazir minyak dengan tersesat di sekitar Shah Alam. Akhirnya kitorang sampai jugak ke I-City dalam jam 10 malam plus plus.

Nothing much. Ada Snow Walk, ada rumah reptilia entah apa namanya tuh kat sana. But ever since kami sedar diri yang sesungguhnya kami bukan intern di kompeni mak bapak kami, makanya kitorang terpaksa akur dengan kekangan masa. kitorang cuma jalan jalan di sekitar I-City dan amek gambar cepat-cepat. Atleast kalau orang cakap "I teringin lah nak ke I City. " Kau dengan riaknya boleh jawab " Halah, I-City tu bukannya ada  apa pun. Ada lampu je kot." Cuba kau tak pernah sampai sana lepas tu ucap macam tu, aku jamin kau akan di pandang dengan pandangan slek lepas tuh.

Baeklah, nikmati pemandangan di I-City dari henset aku. Kat wetland segala semua kat handphone housemate. malas nak tunggu. Daaaaa.
Seriyes rasa looser bila di kelilingi oleh belia muda ber DSLR sedangkan kau amek gambar guna henset cikai yang cuma 5 mp jerk *menangis* Oh lupa. Ini adalah antara pemandangan di I City.
Saya mencari jalan kebahagiaan. Langsung tiada tertera di sini *oi, berenti merepek boleh?*

Bersama housemate baru dorang. Dorang jerk. Aku tak. Hehe.
Aku dengan Ask menjerit tengok Dinasour ni sebab zaman di Kolej DPAH Abdillah dulu kitorang ada pelihara sekor yang dah berkurap. Sekarang tak sure dah di rawat ke tidak Kurap tu.

Anyway cukup lah 4 gambar. Aku sememey giler semalam sebab malas nak selongkar almari. Pakai baju pendek-pendek. Perasan cantik walhal lemak T_____T. Hoh. Sila abaikan. Ok dah. Aku nak rehat. Semalam tak cukup tido. byeeee

Nota bulu kaki macam Meggie: Dah sebulan tak makan di McD. Macam tak percaya daku.

Rabu, 2 Mac 2011

Apabila Melempang Itu Di lakukan Dengan Penuh Keikhlasan dan di sirami Kasih Sayang

Aku ingat bila tinggal di tingkat 4, nyamuk tak kan sampai ke rumah aku. Berjimba-jimba hati berbunga-bunga. Kulit aku alah dengan nyamuk. Bila kene gigit mesti jadi kudis lepas tu. Mak kata padan muka, takut sangat makan sayur. Tapi bile getting older *eh macam tua sangat* bila dah growing up ni, aku boleh je menelankan sayur, tapi end up tetap sama. Kena gigit nyamuk masih menghasilkan kudis. Aku tuduh mak aku tipu aku, tapi lepas tu dia kata "Tu lah kau, takut sangat makan bawang." =_=". Mak mak zaman sekarang pandai menjawap kan? Ke sebenarnya aku yang kuat menjawap? 

Bencik-bencik aku kat nyamuk ni, aku kira akulah spesis manusia yang paling penyayang  dengan nyamuk ni. Seriyesly aku anti spray nyamuk, ubat nyamuk jenis lingkar mahupun yang guna electric tu. Aku tatau kenapa aku benci benda benda-benda tu. Even bilek bernyamuk, aku tetap tak nak spray dan sewaktu dengannya. Berbekalkan ilmu sains alam sekitar yang telah di atasi dengan artikel politik yang melebihi bacaan artikel system mahupun hukum graphics, aku sedar penggunaan racun serangga amat tidak mesra kepada alam sekitar kerana akan mengakibatkan kebocoran ozon semakin tebal (Eleh, konon!Padahal sebenarnya aku malas weh! Malas.Wakakakaka.Selagi orang tak tolong spray,aku rela tido dengan nyamuk. Ciss!) . Namun demikian, kebaikkan dan kemuliaan hati aku telah di ambil kesempatan oleh sang nyamuk di Putrajaya. Habis kulit tak mulus aku di ratahnya. Dasar nyamuk tak kenang budi! 

Walaupun aku kurang gemar dengan penggunaan racun-racun akibat kemalasan yang kononnya mesra alam, aku agak gemar melempang nyamuk. Seriyes sangat seronok "mengepek" nyamuk yang sedang menghisap darah. Kepuasan dia sama macam orang 3 hari sembelit dan di hari ke 4 nya berjaya berak. Tak kira lah nyamuk tu di tubuh diri sendiri mahupun di tubuh orang lain, keghairahan aku untuk melempang nyamuk adalah sangat setinggi Menara KL. 

Alkisah, waktu tu di tingkatan 4, 1 Syawal. Macam biasa, family aku akan menziarahi rumah sanak saudara di sebelah atuk aku dari area Siar, Lundu sampai patah balik ke kampung Stunggang. Waktu tu hari dah senja. Perut pun senjakala jugak sebu dengan air gas dengan kek lapis. Bersama mata yang mula melayu pada kadar sepet tertinggi, bapak aku memutuskan rumah Tok Usu aku sebagai rumah terakhir untuk sesi petang di 1 syawal. Gembiranya hati kerana badan sudah penat makan. *ceh!*.

 Mata kembali segar dengan janji Tuan bapak. Mata mula melilau ke kiri dan ke kanan. Waktu senja, nyamuk mula berkeliaran. Mata aku menjadi bertambah aktif melilau apatah lagi bila mendengar bunyi nyamuk lalu lalang mengeluarkan bunyi annoying di cuping telinga.

"Pang...... "

Ish tak kena..

"Pang....." kali ini dengan sekuat hati, semangat dan keazaman aku melempang nyamuk.

Bapak aku tergamam. Semua mata memandang aku. Tok Usu aku menggeleng kepala. Mem beliau di sisi tiba-tiba ketawa....

" Dapat pun melempang nyamuk kat pipi abah. Nah nyamuk..." sambil menghulurkan nyamuk tanpa setitis rasa bersalah di hati yang sesuci lebaran itu.

Tok Usu: Aku ingat kenapa ntah ko tiba-tiba melempang bapak ko. Ada nyamuk rupanya kat pipi.
Tuan Bapak (dengan nada kurang puas hati): Ko sebenarnya nak lempang nyamok ke sengaja nak amek kesempatan melempang free ni?
Aku: Pagi raya tahun depan la mintak ampun lagi. Fowed ke tahun depan dosa tu ek bah.
Mak: Lol. Macam-macam hal....

Ok. Abis dah cerita aku. Boleh sambung melempang nyamuk ye kalian!

Nota bulu kaki macam meggie: Minggu depan aku start kerja jam 7 pagi sampai 4.30 petang. Aku feeling kembali ke zaman sekolah.waaaaaaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...