Followers

Jumaat, 28 Januari 2011

Ini adalah Definisi Gayat Dan Tak Berani.

Dalam hidup aku, ada beberapa fear factor yang aku takut nak buat. Pertama, makan bawang. Paling aku pantang, bila makanan tu bawang dia tak di blander. Kalo potong buat hiasan, aku paling x suka di potong halus halus. Susah aku nak buang dari pinggan. Pernah sekali aku pergi kat restoran buffet ni. Then aku amek lah sejenis makanan ni. macam sedap. jadi aku melantak sampai habis sepinggan. Nak di jadikan cerita adik aku gatal tangan selidik di sebalik makanan yang sedap tu. Maka dengan gembiranya beliau tunjuk tu bawang besar.


Terus aku muntahkan makanan tuh. Ish.


Aku gayat tinggi. Waktu zaman matrix dulu, bila kelas di tingkat 4, dan blok tutorial tak ada lif buat aku jadi manusia paling tension. Seriyes sampai je tingkat 3 kaki aku dah menggigil-gigil. Naik kapal terbang aku ok je sebab aku jarang nak tengok ke bawah. Kalau tengok bawah sekalipun aku rasa selamat sebab kapal terbang tu  tertutup kiri dan kanan. Tak macam tangga kat matrix tu, ada besi penahan kiri dan kanan jerk. Pergh, kalah gayat aku!


Penakut aku boleh tahan jugak. Aku jarang nak tengok cerita hantu. Kalau tengok sekalipun, aku akan tengok di tengah hari dengan tingkap yang terbukak *lepas tu aku kutuk cerita hantu melayu macam F**k ~..~" * Pernah sekali di fakulti, member-member aku pasanglah cerita congkak sementara tunggu next lecture. Aku duduk diam diam je kat blakang dorang, tumpang tengok sekali. Entah macam mana aku terlebeh feeling lepas tu aku termenjerit. Ish ! Tengah hari buta pulak time tuh =_=".


Once kan, waktu tu zaman first year, aku tension sangat sangat. Jadi aku paksa Sarah dengan Zetty temankan aku bersedekah di Danga Bay. Lepas tu aku poyo poyo berani nak naik roller coster yang pusing tak tinggi tu. Lepas tu roller coster tu melalui rumah hantu yang sah sah tak ade hantu memandangkan di bulan Ramadhan kan. Aku yakin aku sangat berani. Dengan hati yang maha excited aku sangat tak sabar nak tunggu roller coster tuh bergerak.


Ok,roller coaster tu bergerak masuk. Aku jerit, ada hantu gantung gantung. Ok aku tau tu hantu palsu but then aku tetap takut. Pufffff. Jadi aku terpaksa buat keputusan untuk tutup mata sepanjang 3 kali benda alah tu berpusing. Ngeh. Sampai sekarang cerita tu masih jadi koleksi terlawak sepanjang aku study kat Skudai tu ha...


Aku pernah baca buku motivasi, kalau nak jadi creative, kita kena buat sesuatu dari kebiasaan kita, macam contoh tak makan bawang jadi kena try makan bawang. Minggu lepas aku keluar dengan kawan aku, si Izmil dan Zafirah ke Time Square.Sampai je kat TS tu aku terus ajak makan. Zaf ajak makan di Subway. Tengok gambar aku macam gerun. Bawang tuh!. Oh tak apa. Nak jadi creative kena buat sesuatu luar dari kebiasaan. Makanya aku order dengan gembira. 




Walaupun sedih tengok gambar bawang! Jadi aku terpaksa keluarkan arahan:
"Tak nak bawang"
Seriyes tak boleh masuk. Lepas tu tak jauh dari bawang aku tengok ada tomato. E, tu lagi satu benda yang aku takkan makan. So aku kata tak nak tomato. Oh jangan lupa, timun pun ada. Ish, jeruk pulak tu. So aku tak nak timun jugak. Ntah macam mana staff die bengang lepas tu dengan kasar nya cakap macam ni


" Bagi tau apa yang awak tak nak!" pergh sentap! Teros feeling nak nangis. 

Lepas makan kitorang decide nak bermain manda di Berjaya Theme Park. Almaklum, Zafirah baru habis finalkan. Aku iyakan jerk. Nak creative kena buat luar dari kebiasaan kan? Tempat first yang kitorang pergi hari tu adalah kat roller coaster. Semangat ok! Siap berangan nanti nak tunjuk gambar kat Sarah dengan Zetty aku berani naik roller coaster dan tak tutup mata.


Tapi end up dengan aku cuma berani tengok roller coaster. Naik nye haram aku berani ~..~" . Aku cuma mampu memberi lambaian iklas tapi jauh kepada Izmil dan zafirah *menangis*.

Kat situ aku main semua mainan yang tak banyak tu kecuali DNA Mixer dengan roller Coaster. Benda first aku naik, Space Attack. Pusing 360 darjah. Sumpah lepas tu aku mengigil-gigil dah. Oh ye, sepanjang benda tu berpusing haram aku berani bukak mata. Rasanya Ooort Express je aku berani bukak mata sebab benda tu laju bodo bodo je. Yang lain heh ~..~" Ok, aku memang looser. Anyway sangat best cuma aku tak kan triy lag, even nak ke Genting pun tak hakan :D. Sekian terima kasih . Terimalah koleksi terbaik dari DSLR Sony dan Henset Sony mahal si Izmil tu :D 


Aku dah mabuk hokey! ~..~" Sangat tak power rangers

Benda ni laju je. Seronok gila  xD
Lepas main amik gambar dan pose Gedik. Teros aku ilang pening. ngeh xD
Mereka single lagi. Kalau berminat aku boleh tolong adjustkan 
Di kiri tu single tapi tak available. lol!

Nota bulu kaki macam meggie: Berangan nak naik KLCC .ngeh. Katanya!


Khamis, 27 Januari 2011

Orang Kata budi bahasa itu budaya kitakan? :|

Aku ni budaknya tak adalah budi bahasa sangat. Tak paham bahasa pun ya jugak. Kurang bahasa pun angguk jugak. Aku ni spesimen yang biasa jerk. Tak ada santun ala-ala menantu idaman. Tapi benda tu dulu-dulu. Sekarang aku dah besar sikit, banyak blaja benda baik dari orang sekeliling. Belajar jadi perempuan manis. Bila dengan orang tua cakap manis manis. Tengok rumah bersepah tolong kemas. Bukan sebab nak lelong diri supaya menjadi rebutan ibu mertua di luar sana, cuma kita berjalan di muka bumi ni bawak nama mak bapak, jadi kalau tak manis, tak santun, nanti orang tuduh mak bapak kita tak ajar kita beradab, ajar kita jadi biadab.


Aku belajar ucap terima kasih dari anak pak su aku. waktu tu umor anak sulung dia dalam 3-4 tahun. Anak sulung dia mulut lagi bertih dari aku yang pot pet pot pet ni. aku bet kalau dah besar nanti dia type belog jugak, mesti belog die lagi mengarut dari belog aku.Lol. Then, budak ni kan, setiap kali bapak dia bayar tol, mesti dia pesan,


"Abah, ucaplah terima kasih."


Jadi bila zaman dah ada smart tag, bapak dia tanya ,


" Perlu ucap terima kasih tak ni?" =p.


Kiranya lepas tu, ucap terima kasih kat orang tu macam habit. Cam contoh bila turun dari bus, turun dari taxi, kluar dari kapal terbang pun sama jugak. Kalau beli tiket train pun aku ucap thank you kat machine tu. Erk, bukan aku cakap open open "Terima kasih". Cuma dalam hati je cakap macam tu sebab sudah menjadi satu habit.


Katanyalah! lol.


Alkisah rumah aku di tingkat 4. Haram la aku rajin nak turun naik tangga memandangkan lif di sediakan. Pagi tadi aku kelam kabut, lewat bangun pagi sebab semalam aku stay up baca blog orang.Jadi aku kluar rumah cepat-cepat, lepas tu cepat cepat jalan sampai ke lif. Tekan butang turun. Masuk lif. Sampai ke tingkat 1. Kluar.


"Terima Kasih"


Dem. Camana ntah aku boleh terucap terima kasih kat lif tu. Puffff. Di takdirkan ada kanak-kanak dengan bapak dia tunggu pintu lif terbukak dan aku sorang-sorang je keluar dari lif.Budak kecik tu garu garu kepala tengok aku dan pandang aku dari atas sampai ke bawah. 


Sumpah aku rasa macam nak buat - buat hilang ingatan sekejap. Ish.


Nota bulu kaki macam meggie: Minggu ni aku tanak keluar dari Putrajaya. Sila doakan kejayaan aku xD

Rabu, 26 Januari 2011

Perjalanan Menjadi Orang Dewasa *Aiseh!*

Penat rupanya kerja ni sampai aku tak ada masa nak update belog walaupun hakikatnya rutin aku makan makan makan sepanjang 9 jam setengah di office tu. Aku buat kerja 8 jam setengah(Termasuk mengular xD) sebab sejam tuh waktu lunch. Bak kata budak engineering yang intern kat tempat tu, 


"Over tu time rehat kau nak buat kerja!" 


Makanya aku terpaksa mengharamkan diri dari buat kerja. Fokus pada makan. Tengah hari kena makan makanan berat. Sebelum tengah hari sarapan, lepas tu makan benda untuk di kudap untuk mengelakkan mata dari mengantuk. Petang pun sama. Aku bet time balik di UTM nanti mesti member-member aku meraung-raung kata


 " Omaigod Irah, kau makin berisi. semakin comel. Semakin tembam. Rasa nak picit picit pipi kau."  Blushing sendiri *Dem, bajet masih bayi orang nak buat macam tu. Muahahaha.*


Kira ok la internship ni. Ada dua orang lagi team dari UTM. Actually 3, sorang tu awek Turkish. Tapi sebab aku Speak Manglish dan sangat tak fasih dengan TurkLish, jadi aku gitu-gitu je lah dengan dia. Stakat hye hye bye bye.Lagipun dia budak engineering, makanya di tempatkan di department lain walaupun hakikatnya kubikel dia berhadapan dengan kubikel aku. Lagi dua orang tu budak Security dan Networking. Chinese. Dorang sangat selalu kata "Irah hen Mei". Ok tipu. sangat tipu fakta tu. Haha. Actually dorang sangat semangat nak didik aku dengan Sarah supaya kitorang boleh berbahasa mandarin. Siap emailkan a few word kat kitorang. Aku dengan Sarah jadi sangat teruja lepas tu kitorang beli buku darjah satu bahasa mandarin kat MPH One Utama memandangkan MPH kat Alamanda tak cukup besar untuk kitorang duduk bersila mencarik buku. Lol.


Rutin aku hari-hari lebih kurang jerk. Pagi-pagi tepat pukul 6 pagi jam henset aku berbunyi. Maka menjadi kewajipan untuk aku bangun lepas tu off alarm and roll some more. Dalam dekat-dekat nak 6.30 pagi atau selalunya lebih, aku bangkit ke jamban dan kemudiannya gosok gigi, cuci muka dan amik wuduk. Kalau lepas solat subuh before 6.45 pagi, aku jogging dulu. kalau tak aku jogging ke bilik mandi dan mula fikir nak pakai baju apa ke office . Ngeh, tipikal ladies. 


Lepas bersiap, atleast tepat 8 pagi aku dah ready nak ke office memandangkan aku kena naik dua bus untuk sampai ke destinasi. Bila naik bus pergi balik Cyberjaya, aku kadang-kadang feeling macam kerja di afrika, kadang-kadang feeling ada kat Bangladesh, kadang-kadang feeling kat Tanah Arab, kadang-kadang rasa macam di Indon, tapi most of the time aku rasa cuak sebab banyak orang asing dalam bus. Nak nak bila balik dari office time petang-petang. Tiba-tiba aku je aku feeling putih sebab di keliling dengan orang malam. Ngeh.


Bus tak berenti depan Panasonic. Aku kene turun kat belakang bangunan DHL. Actually kalau nak dekat, better rentas guna DHL. Tapi pak guard dia kekwatttttt sangat. Dengan muka  ala-ala berkuasa aku kene halau dan di suruh patah balik sebab tak boleh lalu lalang di situ. Mesti pak guard tu terlebih tengok CSI or baca komik Conan. Kononnya aku cuma pura-pura lalu lalang di situ. Tapi hakikatnya aku nak musnahkan syarikat tu dengan memecah masuk kompani bla bla bla. T________T Malas nak buat novel di sini. Makanya aku kene guna LONG cut untuk ke office. *nangis*.


Selalu nya aku sampai before jam 9 pagi. Jadi aku akan sarapan dulu. Lepas sarapan aku tengok jam, bila nak lunch. Lepas lunch aku kira plak jam, bila nak abis office hours. Tiap-tiap malam pulak aku kira, bila nak weekend. Tiap kali cuti weekend plak aku kira -  kira nak buat lawatan kat mana. Senang cerita sekarang aku feeling career women lah. Balek kerja lepas mandi dan buat apa yang patut, aku tengok tv. Tak pun tidur.  Kepala aman. Even banyak kerja di office, aku tak ada esaimen. hoyey. Pura-pura terlupa sebentar yang aku ada hutang se sem dengan UTM. Lol.


Ok lah, tu je report aku minggu ni. tak larat eh nak merapu meraban. Balik rumah selalunya aku terkulai layu. Nak makan pun tak larat.Tiba-tiba aku terfikir, mesti dah kerja nanti aku lagi kurus dari zaman belajar sebab tak lalu nak makan malam akibat terlalu penat ~..~".puffffff.


Nota bulu kaki macam meggie:Minggu lepas lurus dua hari aku ke TS. Tak sempat nak rehat weekend. Minggu ni aku nak rehat ever since Aina nak datang sini minggu depan xD.

Sabtu, 15 Januari 2011

Memang Ini Penyakit Aku

Aku ada 1 penyakit. Aku sukar nak hafal number telefon orang. Seriyes. Even number handphone aku pun aku tak hafal. Out of two, aku cuma hafal number celcom aku. Tu pun sebab kawan baek aku, Zetty yang hafal number aku sedangkan aku sendiri tak hafal number aku.


Seminggu aku menghafal number sendiri sebelum tido. Seriyes aku tak tipu.


Tapi number maxis aku tak hafal lagi sampai sekarang. Looser habis. Number telefon mak bapak lagilah aku tak hafal, apetah lagi orang lain. Jadi nasihat aku kepada sapa-sapa nak colek aku untuk blackmail mak bapak aku, sila pastikan handphone aku tak tercicir waktu korang menculik. Unless korang sendiri dah siap ada number dorang. Kalo tak, aku jamin perbuatan korang menculik aku tu sangat sia-sia. *Pitam je nasihat aku ni -_-"*


Nak di jadikan cerita, pada hari Jumaat, 14 January 2011, aku dengan Sarah ke Sunway. Ayat lebih tepatnya, aku dan Sarah ikut Umi dia pergi dinner di Sunway. Kitorang tak pergi dinner, kitorang lepak di Shopping Complex ,Sunway Pyramid untuk window shopping memandangkan 99 peratus kedai dah tutup dan kitorang boleh memandang dari "window" tu je kan. *Eleh,padahal tu dinding kaca.*  Betol betol di hadapan Sunway Pyramid tu, handset celcom aku habis bateri. Lepas tu aku lupa bawak handset Maxis aku.


Mula-mula aku cam, lek lu. Orang single tak perlukan handset di sisi. Tapi bila difikirkan balek, housemate aku suka kunci pintu dari dalam, aku jadi gelabah. Mati akal nak fikir macam mana nak masuk ke dalam rumah nanti. Number pulak aku tak save kan kat sim card. 


Diam. Mati akal. Tiba-tiba terfikirkan sesuatu.


Aku: Eh Sarah, kau ada number Fizie tak?
Sarah: Hahaha, apa ke jadah aku nak simpan number Fizie?
Aku: Ish, kalau ko ada number Fizie setel dowh. Nanti mintak number member dia. Member dia ada number Azizah. Nanti bleh aku soh zizah call As, pesan jangan kunci pintu dari dalam.
Sarah: Hahaha. Punyalah banyak rangkaian. Eh, member-member kau yang boleh di rangkaikan dengan As tak de yang rajin berfacebook ke?
Aku: Arrrr.Entah, tapi eh, kalo tak silap aku facebook Fizie ada number telefon kat facebook dia. Tapi tak sure page dia private ke tak.
Sarah: Soh Aina Check lah.


Lepas tu Sarah call Aina. Ternyata page Fizie private. Fauzan dengan Luqman pun. Menangis... Mati akal. Tak lama lepas tu aku dengan Sarah ke hotel, Umi dia ajak tengok Awie perform. Ah awie itu sejarah crush lama. Tengok dan diam. Berfikir, macam mana nak carik number As.


Aku: Eh, bukan sedara kau member Fizie ke?
Sarah: Malangnya number tu hilang. Tapi ada budak kelab yang kenal sedara aku tu. Sat ey...


*Panjang tak rangkaian ni? ~..~"* Nak dijadikan cerita, kawan Sarah tak reply sms Sarah. Aku cuma redha dengan nasib aku. Habis majlis, aku dengan Sarah lepak syok sendiri amek gambar di bawah. Lepas tu Umi dia mintak dia amek gambar kat lobby hotel. Ntah macam mana tiba -tiba ada orang call Sarah. Sarah jawap dan cakap macam ni.


"Ha bagus bagus bagus. Irah, As call"


*menangis terharu jawap phone call* Lepas tu aku jawap call dan pesan kat As jangan kunci pintu dari dalam.As dapat number Sarah dari handphone yang tertinggal kat dalam bilek tu...Waaaa. Tragis tak cerita ni? XD


Nota bulu kaki macam meggie : Selsema, batuk, sakit kepala,semua nya ada. Remix menjadi weekend yang hebat.

Khamis, 13 Januari 2011

Cinta? Macam lagi Banyak Auta dari faktanya =_="

Setiap kali tengok budak sekolah dating dengan uniform, aku mesti ketawa dalam hati. Aku tak nak labelkan dorang gatal dan merenyam.Well, tak kira berapa tahun umur kau, kalau ko manusia, itu adalah sangat normal kalau kau minat kat seseorang. Ni kisah benar la kan, first crush aku time aku umur 5 tahun. Ko kenal Awie. ha. Dia la first crush aku *Dem*  He WAS (Sila tekan kan perkataan was ini dalam dalam dan fahami maksudnya secara mendalam hokey? -_-") freaking hot *Kipas muka sebab panas sangat*. Minat aku kat Awie tak ader la sampai tampal poster bagai. Lite-lite macam tu je, laju je ajak mak tengok cerita Sembilu dulu-dulu. 


Aku siap bercita-cita nak jadi pelakon hot macam Erra Fazira. Nanti boleh dating dengan mamat bawak moto besar dengan baju jacket. Daaaaa. Ni mesti kerja pengasuh aku time kecik-kecik dulu. Dia yang slalu brainwash aku kata lelaki macam Awie tu hot. *uhuk*. Tapi bila dah besar ni aku sker yang macam watak Ashraf Muslim yang sentiasa bawak watak orang beragama, macam watak Farid Kamil yang sweet dalam cerita I'm not single, macam Sean yang lovely dalam cerita Adamaya. Ok, perfect =p.


Tapi Sapa kisah aku taste macam mana kan? Perempuan macam-macam macam aku ni sapa yang nak taste. Abaikan.


Anyway, hari ni aku nak bercakap what is call Cinta pada aku. Zaman sekolah dulu, aku sangat tak percaya pada cinta monyet even aku sendiri drag dalam kisah cinta monyet tu. Time aku kapel pun aku memang target aku akan clash. Come on, muda lagi, baru belasan tahun. So why so seriyes kan? Jadi aku target, sampai aku masuk universiti baru aku nak cuba seriyes sikit pasal hati dan perasaan. Ah cewah gitu.


Bila masuk di universiti, aku ada jugak cuba-cuba. Tapi bila fikir balek, macam hampeh je. Its not about aku trauma or bla bla bla. Heh, aku ni reti pulak serik kan? Cuma pada aku benda tu sangat entah apa-apa. I mean being "In Relationship" ikut tema facebook tu bukan cara yang sesuai untuk kenal seseorang tu. Macam lagi banyak auta dari fakta. Macam ada member aku ni, depan awek, foyooooh...


"Rokok tu haram, sama haram macam i makan babi dengan minum arak".
Almaklum, awek spesis alim.Belakang awek?


"Ah, bullshit je, sedangkan ada je ulama yang mempertikai fatwa tu ." Sambil tangan sibuk Google fatwa yang menghalalkan rokok.  Padahalkan, setahu aku, time form one dulu Ustazah dah cakap, benda yang memudaratkan tu haram di makan. Oh mungkin sebab perkataan tu makan, bukannya menghisapkan? 


Kalau boifren cakap :


"Yang, you nampak cantik dengan baju kurung dan tudung."
Pergh, terus esok dan hari seterusnya buat pakai baju ala-ala Nur Kasih. Padahal, sejam lepas clash, keluar rumah bogel balik. Heh.


Tu tak kira lagi depan awek bukan main punctual dengan solat, almaklum, kononnya another half to anak pak Imam. Padahalkan di rumah dengar azan subuh selubung balek dengan selimut. ngaaaa.


Satu lagi yang aku kurang gemar. Bila bercinta, we tend untuk berjanji. Kononnya,


"You my everything" Padahal bila mak kenalkan dengan anak Kak Tipah selang 3 lorong yang super cun kau cepat-cepat angguk kepala kan?


Kononnya "I tak gila la nak mainkan perasaan anak orang. Bagi harapan tak tentu hal."


Padahal hati dia tu milik Allah, sekali petik je Allah dah ubah hati tu. Ayat yang konon-kononnya tak nak mainkan perasaan tu dah di cop palsu.Bullshit. Macam tu.


Bila clash, banyak benda terkenang balik. Tempat dating di seluruh pelusuk Putrajaya ni? Oh semua kau dah pergi. Gambar bahagia di muka buku? Oh semua member kau dah tahu. Hah, jangan lupa, di tepi blog siap letak "My another half." Padahal bawak jumpa mak bapak pun tidak lagi. Hadei. Tak kira lagi duit topup call tiap-tiap malam dengan main sms tuh.Tiap-tiap minggu dating tuh malas lah aku nak kira kos dia =_=".


Aku tak paranoid tentang cinta. Aku lahir di bumi pun sebab cinta. Tapi untuk cinta tanpa ikatan, ah. Orang kata aku belum jumpa lagi. Tapi doa aku kat Allah, jangan bukakan hati aku kat sesiapa selain dari Tuan suami. 


Cinta tanpa ikatan itu penat. semuanya samar-samar. Kau kata kau setia. Kau yakin janji kedua-dua pihak. Tapi kau lupa Allah paling berkuasa dalam segala hal. Hati manusia ni, sekali twist je boleh berubah. Macam yang aku dengar semalam, bercinta bertahun-tahun, bila nak bertunang, tiba-tiba terubah hati tanpa sebab, padahal si teman tu punya lah baik orang nya. 


Aku tak kata untuk kau jatuh cinta itu salah, untuk kau bercinta itu salah. Ini cuma pada pandangan akal logik aku. Cuma nasihat aku, berpada-pada lah. Mungkin hari ni kau rasa sayang dan cinta sangat pada si dia tu, tapi esok? Lusa? Ehem :). 


Kalau dah kahwin macam mana?

Well, kalau kahwin kau dah janji dengan bapak dia, di hadapan Allah. Kalau bercinta, kau cuma berjanji dengan dia sorang di hadapan member-member korang, tu pon kalau kau bajet romantik. Maksudnya kalau dah kahwin, agama dan tanggungjawap kuat melekat di situ.


Kalau cuma in relationship??? A....... ade sapa-sapa nak debat tak? XD


Nota bulu kaki macam meggie: Sapa komen "lek, nanti-nanti terbuka lah hati kau tu" Aku pukul dengan rotan. Seriyes aku Geli ayat tuh ~..~"

Selasa, 11 Januari 2011

Bila Hati Mula Rindu-Rinduan

Minggu ni dah masuk minggu ke 2 aku intern di Panasonic tu. Kerja belom nak berapa banyak. Ke sebenarnya aku nampak sikit sebab tak sentuh coding? At first, i mean, waktu first week, aku teruja gila buat testing jerk. Almaklum, coding itu musuh aku kan. Tapi betol la kata orang tua-tua, jangan terlalu membenci, sebab takut nanti dalam hati tertanam sayang, cinta dan rindu. Baik la, aku admit aku sekarang berada di fasa rindu-rinduan. Jadi tadi time dah siapkan kerja testing system tu aku tido eh baca note-note coding.


Somehow aku agak worried jugak, sebab majoring aku programming, takut nanti skill tumpul. Programming ni macam math, kena selalu buat, baru benda tu lekat dalam kepala. Tapi kalau se sem buat testing semata-mata, aila, kembang otak aku masok sem depan nanti. Tapi minggu lepas ada kakak-kakak malays ni pesan kat aku dengan Sarah, nanti mintak tukar ke unit development. Hurm, tengok la 2-3 minggu lagi macam mana.


Semalam aku penat gila, sampai tertidur depan pc kat office. Balek rumah, mandi, dekat nak pukul 10 malam gitu, aku dah tidur. Pagi haruslah bangun awal, tapi malangnya perut aku meragam. Sebab dah lewat, aku malas nak iron baju, so aku pakai jeans + T-shirt. Pukol 8 pagi aku dah sampai depan bus stop tak jauh dari rumah. Alkisah mata ku rabun, cermin mata entah ke mana.Haruslah aku tak nampak label haluan bus tu.  Aku plak confident melampau, sebab setahu aku bus yang lalu depan bus stop tu semua ke Putrajaya Central. Jadi aku naik je la. Punya la kan, bus tu tour 1 Putrajaya, baru sampai ke Putra Central. Haish. Rasa nak nangis ok. Memang tak dan la kalau nak naek bus. Last-last aku amek teksi. Melayang RM 10.50. Sampai ke office tepat-tepat 9.00 pagi =_=".


Eh ok lah, malas nak merapu panjang-panjang. Penat . Penat. Otak aku pun penat mengenangkan masa depan yang kelam. 


Nota bulu kaki macam meggie: Mengidam nak makan tauhu bakar.aaaaaaaaa ~..~'

Ahad, 9 Januari 2011

Erk. Kau tau tak Period tu ape?

Bila tengok gambar Majlis Berkhatan customer kawan aku, Fauzan di Batu Pahat yang berlangsung tak lama dulu mengingatkan aku kepada sesuatu. Kanak-kanak selalu mempersoalkan sesuatu kau tau. Soalan dia direct, tapi kadang kadang kita tak tahu nak jawap apa sebab tak tahu macam mana nak terangkan, macam contoh, persoalan kewujudan bayi dalam perut. Ingat lagi si kembar berborak dalam kereta time aku tengah driving pasal baby yang ada dalam perut mak cik aku. Ayat si kakak macam ni...

"Macam mana ada baby dalam perut mak cik?"
 
Maka si adik pun jawap

"Entah, tanya kak long".

Dem, aku buat-buat syok layan radio dan tak dengar dorang tanya apa. Ish. Camana ntah nak terangkan!

Ah, berbalik kepada persoalan bersunat. Aku tak tahu bersunat tu macam mana. Tapi aku tahu potong lelaki punya anu. Aku bet potong habis . Dem. Aku bayangkan macam atok aku sembelih ayam. Mati! Hahaha. Tapi aku tak rasa aku sorang pikey macam tu, sebab sekali, aku mandikan adik sepupu aku dengan adik-adik aku. Sebab dorang kecik lagi, masing-masing umor 3-5 tahun, jadi aku taram je kan. Malas nak mandikan satu satu. Entah macam mana, time aku mandikan si kembar tu, tiba-tiba abang saudara dorang yang umur 5 tahun tu cakap macam ni....

"He eh, kembar dah sunat." Ah sudah. Aku malas nak komen apa-apa. Nanti aku terangkan pun dorang bukannya faham. Ke sebenarnya aku yang tak reti nak terangkan? aaaaaaaa....

Ini pulak cerita pasal aku dan perempuan akil baligh. Aku tak tahu haid tu apa. Aku tahu haid tu membawa maksud perempuan dah baligh. Aku tanya kat ustazah haid tu apa, dia jawap maksudnya perempuan tu dah baligh. Aku tanya dengan mak aku pun dia jawap benda yang sama. Mungkin soalan aku salah, sepatutnya aku tanya haid tu macam mana. Mungkin jawapannya nanti jawapan yang di harapkan kan?

Jadi sampai cukup masa aku masuk baligh aku tak tahu haid tu macam mana. Ciss, gila sadis kan? Historynya, aku ni memang dari kecik-kecik dulu cepat sangat dapat penyakit. Antibodi tak kuat. Sekejap-sekejap sakit. Sampai sekarang lah macam tu. Alkisah suatu hari ni aku ke toilet,lepas tu aku tengok ada darah pada panties. Sumpah aku cuak. Nak tanya mak,tapi takut. Jadi aku nangis sorang-sorang, amik wuduk, solat, ngaji dan mintak ampun kat Allah. Wakakaka. Gile player perangai kan? Konon dah dapat tanda ajal dah dekat baru sibuk nak mintak ampun kat Tuhan la ek? Dem la perangai. Macam Allah tak tahu. Keh keh. 

Mungkin sebab baru hari pertama, jadi darah tak banyak keluar. So mak tak perasan, sebab aku cepat-cepat cuci pakaian yang kena darah. Kononnya tak nak mak risau aku ada penyakit seriyes. Sedangkan cepat demam, selsema, gastrik, sakit kepala,sakit itu,sakit ini pun mak aku selalu merungut. Apetah lagi sakit "kronik" macam ni kan? Jadi kononnya macam novel melayu la, dah nak mati baru orang tau. Lol. lame. haha

Esoknya aku pergi sekolah macam biasa. Jadi macam biasa jugak aku suka mengular dan berborak dengan lelaki yang duduk di sebelah aku*time ni skolah rendah,dah terjerumus dengan activity mengularkan?*. Dia cerita pasal hantu yang hisap pad. jadi mula la dialog noob,

aku: Pad tuh apa?
Dia: Pampers yang serap haid.
aku: Haid tu apa?
Dia: Ala, darah yang keluar kat "ehem" perempuan setiap bulan tuh....
Aku: Oh... maksudnya aku dah baligh la ek?
Dia: Kau dah keluar darah tu ek?
Aku: Arrrrrrr *malu dah*

Balek rumah.

Aku: Umi, nak pad, dah period.
Mak: hahahahaha

Puffffff.Boleh dia gelak. Aku bet aku dah nak mati tadi sebab ada penyakit kronik. Duh ~..~". Tu la, lain kali tanya betol betol ok?

Nota bulu kaki macam meggie: Yes.Yes.Yes. Bila nak jumpa specialist Tulang neyh? Berair je mata hari-hari sakit.aaaaaaaaaaaa ~..~"

Sabtu, 8 Januari 2011

Hari Ini Umur sudah Genap 18 tahun Untuk kali yang ke 5. Hah, kira sendiri =p

Alhamdulillah, hari ni genap 22 tahun aku bernafas di Bumi Tuhan ini. Sudah dua puluhan. Tengok surat beranak, time macam ni bapak aku dah ada aku. Maksudnya sekarang umur aku ni boleh ada anak lah kan? Eleh, aku sendiri perangai macam budak - budak, ada hati kunonnya nak jadi mak budak!


Hurm, wish aku umur 22 ni? Actually aku wish nak habeskan study di umur 22, tapi apakan daya, Malaysia yang summer sepanjang masa ni dah turun salji dan kerajaan standartkan cuti jadi 4 bulan (cuti summer katanya ~..~). Jadi haruslah impian tu tak terlaksana. Only and only if aku kena kick dari UTM, oh itu mungkin. Tapi mintak simpanglah benda tu happen kat aku kan. 


Benda lain aku wish? hurm, selamatkan pointer jadi second class upper supaya dapat medal. Sarah strong weh 2nd class upper.Nanti kalau aku 2nd class lower aku susah nak bergossip dengan dia time nak amek sijel tu. Haha.Motip kan? Benda lain aku tak aims lagi. Eh entah la. Aku cuma fikir pasal study. study.study. Ada baki 1 sem lagi di UTM. Kadang kala aku rasa rindu kat JB. Ok tipu. Aku rindu dengan orang - orang yang aku tinggalkan di JB . Wuuut... Boleh tak orang orang tu datang ke sini bawak tauhu bakar dengan otak-otak? Ngeh.


Anyway, thanks kepada semua yang wish dan semua yang hadir dalam hidup aku. Korang semua kesayangan even korang tak sayang dengan aku :) Semoga umur 22 tahun ni aku akan lagi gembira. Amin :)


Nota bulu kaki macam meggie : Kawan baik merangkap housemate aku belanjer cake.  Lepas tu jumpa kawan baik, Khairina yang study kat UIA tu kat TS. I'm soooo happy to know that kawan baek aku tu dah ada taman di hati. Giliran aku? Biarkan dulu. Habiskan study, stabil kan career dan belajar agama sampai confident dulu kot. Even orang kata dah habis study nanti dah tak ada masa nak carik pasangan, tapi aku lagi percaya kepada kuasa dan jodoh Allah :). Lillah, umur 22 tahun aku masih tak gelabah dan rasa sangat selesa  dengan hati kosong dan kering aku. Allah know the best :)

Selasa, 4 Januari 2011

Ini Cerita Hari Pertama, Bukan Malam Pertama.

Hari ni hari pertama internship. Macam biasa kalau gadis itu Irah Hajerah Azman, setiap kali hari pertama beliau akan kelam kabut. Kalau hari pertama pergi sekolah umur 3 tahun lebih aku menangis sambil hentak-hentak kaki yang freaking annoying, hari pertama internship pulak rasa macam nak hentak-hentak kaki dalam RapidKL sebab tatau mana satu bangunan Panasonic RnD tuh. Boleh pulak aku lupa nak google lagi kawasan sekeliling area tempat internship. Ingatkan semalam aku nak buat lawatan ke sana, tapi sebab hujan dan sangat lazat untuk tidor di kala itu, maka tahniahlah kerana berjaya meng mess up kan hari pertama diri sendiri =_=".


Waktu nak naik bus aku tanya pak cik driver, mana Panasonic, maka dengan bangganya pak cik driver tu cakap "Berenti kat Cyberjaya Central nanti." Syukor aku ni penumpang yang degil. Sebab rasa tak puas hati aku paksa Sarah teropong bangunan terdekat untuk aku jadikan mark. Selamat aku sampai ke office on time.


Bila kitorang sampai, kitorang di bawak ke bilek mesyuarat untuk sesi suai kenal bla bla bla. Mata aku tangkap imej 2 lelaki cina yang macam selalu tengok. Budak batch aku, majoring Networking and Security. Pernah sama lecture zaman second year dulu. Budak intern ada 6 orang, 5 dari UTM, sorang dari UTHM. Yang sama supervisor dengan aku dan Sarah budak networking tuh. Ces, layan jugak kot budak cina dua orang tu. Boleh dorang persoalkan pesen tudung aku yang lain dari yang lain. Nak je aku ketawa golek-golek kat situ. Yang tak tahan, boleh dorang cerita pasal awek yang suka beli kasut. Lol!


Waktu lunch cuma sejam. Aku dah dua hari tak sentuh nasik, maka sangat excited untuk lunch. Unfortunately,  sebab tak berkenalan lagi dengan tempat ni, maka kitorang cuma nampak tempat makan yang berdekatan yang omaigodddddd, super mahal! Seriyes rasa nak tercekik aku dengan harga makanan tu. Dah tu, tunggu lebih setengah jam, kena makan cepat-cepat . Spoil. Hilang nikmat bermadu kasih dengan nasik. :(


Kerja hari ni tak ada apa-apa pun. Tapi tadi scope kerja macam berasap jugak sebab kena kejar date dari pihak Jepun. Bulan 3 kena siapkan. Jadi memang get ready untuk OT without claim la kan? Aku tak brani komen sangat work environment kat sini, tapi as i concern, majority Chinese. Oh, sangat tak pasti apa nasib internship aku, tapi rasanya should be great sebab berada dalam bidang RnD. :)


Nota bulu kaki macam meggie : Aku rasa ada harapan aku makan tapau je lepas ni. Rehat sejam je weh. Nak Makan kena cepat-cepat.  ~..~"  

Isnin, 3 Januari 2011

10 Fakta Lagenda Tipikal Novel Melayu :p

Dulu aku sker sangat baca novel melayu. Dulu tuh zaman aku tak baligh lagi. Lama-lama aku macam muak pulak dengan tipikal jalan cerita yang lebeh kurang actually. Watak-watak yang ada mesti lebih kurang macam ni :


1] Ketua Pengawas
Yes yes yes.This is truly creepy legend dalam hidup aku. Waktu sekolah rendah dulu, aku selalu baca novel novel melayu ketua pengawas mestilah seorang lelaki yang hot. Hot yakni menjadi kegilaan. Harus satu sekolah kenal dengan ketua pengawas terbabit. Ketua pengawas pulak mesti top students yang sangat handsome. Lepas tu pandai main netball basketball. Jangan lupa, watak ketua pengawas haruslah anak orang kaya yang dimewahkan. Senang cerita, he almost perfect lah dude..Aku brani jamin lah, budak skolah rendah teruja nak masok sekolah menengah sebab bakal abang ketua pengawas tu hot sangat.


Padahal bila aku masuk sekolah menengah, aku tak kenal pun siapa ketua pengawas. Maksudnya di sini, ketua pengawas tu tak hot la kan? T_______T


2]Super sempurna
Kalau watak anak orang kaya, ya ampun, mesti super sempurna kacak dan cantiknya watak terbabit. Si gadis mesti kulit puteh melepak, si jejaka mesti rambut terpacak. Padahal ada je member aku anak orang kaya tapi muka macam tak selera nak pandang. Kalau tak sebab pakaian berjenama yang dia pakai tu, jangan harap ler ada yang nak pandang hokey.


3]Tulis surat letak bawah meja.
Gila kuno. Facebook sudah. Ok tak pe lah, orang dulu-dulu tak main facebook.


4]Cinta ini Penuh Pancaroba
Nak tekel bukan main payah. Bila dah dapat plak mak bapak tak suka. Bila mak bapak dah suka, dan dan seminggu sebelom kawen tu kekasih lama datang menagih janji lama. Tak lama lepas tu hero kena langgar dengan kereta, lumpuh, lepas lumpuh tu dia bawak diri, lepas tu jumpa balik selepas 10 tahun. Masing-masing menaruh harapan dan akhirnya happily ever and after. Lol.


Aku tengok sekarang bercerai tu trend, padahal kan, bercinta bukan main lama lagi nok!


5]Budak Sekolah Bercinta
Haruslah salah satu wataknya adalah ketua pelajar kan? Lepas tu nak pergi oversea untuk exchange student , tak mahu bagi tahu teman lelaki, kononnya sebab takut teman lelaki sedih, lama tu, 3 bulan pergi ke Aussie. Beb, seriyes part ni aku rasa nak buang buku tu dari Menara Kuala Lumpur ~..~"


6] Masuk Universiti Untuk Carik Laki.
Mestilah dimulakan dengan incident terlanggar di hadapan library. Konon nak tunjuk gigih belajar la kan? Lepas tu hari-hari dating kat Arked Meranti, kononnya makan bersama. Nak disedapkan cerita, si kawan baek pulak menaruh harapan kepada si teman lelaki. Di taburinya fitnah maka mereka pun clash. Menangis- nangislah si wanita terbabit sebab kononnya kehilangan dua orang insan yang paling di sayanginya. Tak lama lepas tu jumpa kekasih baru yang lebih baik dari kekasih lama. Eh jangan lupa, kekasih baru tu sebenarnya kawan baik yang dah lama menaruh harapan. keh keh keh


Asek asek cerita pasal cinta. Eh memang tujuan masuk U ni carik laki ke? 


7] Awek / Jejaka Idaman Campus
Yea, gadis yang bernama Peah itulah gadis pertama yang berjaya mencairkan hati macho ku. Pabila pertama kali aku terpandang matanya, aku kaku dan terpegun. Dan pabila melihat senyumannya, ahh... hati aku cair. Peah, gadis kacukkan melayu mat salai salleh itu merupakan gadis idaman di campus....


eh cop cop. Gila kecik campus kau? ke sebenarnya campus kau kekurangan awek hot? Aku rasa UTM ni cuma untuk awek awek hot makanya tak hader istilah paling hot.


8]Cinta Tak Halal
Keh keh. Yang ni aku geli, some novel tu, penulis dia nama melayu tau. Tapi, ada je dalam novel dia tulis pasangan tu berpegangan tangan di tepi pantai dan itu adalah sangat bahagia. Kalau pasangan dah kawen tak haper lagi. Ni pasangan baru  3 jam declare. lol. Sorry, aku memang tak open dengan edisi ni.


9]Cinta Cuma Untuk Si Sempurna.
Hero misti handsome, anak orang kaya,kerja engineer, businessman bla bla bla. Perempuan plak mesti jenis cantik inesen homaigod mereka bagaikan pinang di belah dua. Maksud aku, enggang sama enggang lah. Padahal kan weh, reality nye kan, mostly yang handsome tuh dapat awek tak brapa nak lawa pun. keh keh


10] Malas dah nak type, nanti korang soh aku type cerita melayu sendiri ~..~" Bila tegur kang kata aku nak hentam kaum sendiri ye dak? =p


I'm telling you what, aku suka novel macam Hlovate. Kalau ada lagi yang macam tu bagi tau aku ok? 


Nota bulu kaki macam meggie: Esok aku dah start intern. nak tido before pukol 10 malam la weh :p ;)

Ahad, 2 Januari 2011

Kawan-Kawan Sekalian,Mari Kembali Ke Sekolah :)

Hari ni yang tinggal di Kedah, Kelantan dan Terengganu dah start bersekolah. Esok plak budak-budak UTM dah balek ke fakulti. Keh keh keh. Budak-budak course aku plak start intern esok. Aku dengan Sarah di kecualikan dalam cerita ni, sebab Panasonic bagi cuti extra sehari. Makanya esok hari aku maseh boleh bangun tengah hari *ceh, padahal aku tak tengok lagi lokasi Panasonic RnD, Cyberjaya tu. Shopping complex di ceruk-ceruk KL dulu aku ziarah. Mungkin sebenarnya aku intern di Shopping complex. Dem.Tak abes abes mengarut.*


[image from google]: Selamat Kembali Ke Sekolah Anak anak semua.Jangan Menangis Dalam Kelas OK?


Teringatkan, zaman dolu-dolu, kali pertama masuk ke tadika. Pergh, punya la excited nak pergi sekolah! Kalau tak silap aku time tu umur aku belom 5 tahun pon. Dalam umur 3-4 tahun kot. Mak kata datuk dan nenek aku terover excited sebab takut tak sempat hantar cucu pergi ke sekolah.lol. Dah tu, hari pertama di sekolah, aku tak pakai uniform, sebab uniform nenek aku baru je tempah dari cikgu kat tadika tu. Aku ingat lagi, aku pakai baby T dengan skirt kaler hijau, Skirt tu pulak ada tali ikat ribbon kat belakang. Rambut aku plak sikat tepi. Memang bajet cute abes lah.


Bila aku masuk ke kelas je semua orang pandang aku. Sentap. Ada orang pegang rambut aku, ada orang cubit cubit pipi. Ada orang pegang tangan. Yang pasti semua orang pandang aku even cikgu tengah ajar ABC. Aku plak kanak-kanak yang sangat pemalu. Jadi aku diam je lah. Sampai 1 saat ni, ada sorang kat belakang aku tarik ribbon skirt aku. Ok, itu memang melampau. Sebab aku masih kecik lagi, harus la aku menangis. Seriyes aku siap hentak hentak kaki. Kebetolah cikgu tu plak sedara aku jugak. Jadi dia terus hantar aku balek ke rumah yang 5 minit dari tadika. Time mak cik aku hantar balek tu, aku nangis nangis bercucuran air mata sambil usap usap dengan tangan. Omaigod, seriyesly freeking annoying. *Tibe-tiba aku feeling nak lempang diri sendiri.* Kat rumah nenek aku sambut aku dengan wajah yang tenang. Dia cakap,


Aku syak aku menangis time tu secomel gambar neyh. xD Pufffff


"Tak apa la, nak buat macam mana. Dia kecik lagi.Tak apa la,nanti  umi dia hantar dia sekolah kat Kuching". 


Lepas tu aku tak pergi sekolah dah. Sampai cukup umur mak aku bawak aku balik ke Kuching lepas tu baru aku masuk tadika properly. Dah dah dah. Aku tak menangis dah lepas tu. Tapi aku akan cerita kat mak aku, budak ni budak ni yang menangis. Eleh, padahal dulu aku siap hentak-hentak kaki lagi.  =_____________=".


Nota bulu kaki macam meggie: Waktu darjah 1, aku tak reti baca jadual waktu. Jadual waktu tu pelik, dia gunakan warna untuk menggantikan subjek. Macam contoh warna kuning untuk subjek pendidikan seni. Waktu tadika dulu, cikgu aku bagi jadual yang senang di baca. Macam kalau isnin 2 petang - 3 petang Bahasa Arab, so dia isik la Bahasa Arab. ~..~". Jadi waktu darjah satu aku bawak almost semua buku hari-hari, sampai aku hafal jadual waktu lepas 2 minggu. Sadis kan? Lagi sadis bila aku tingkatan 5 baru aku faham jadual waktu darjah 1 dulu sebab aku tanya adek sepupu aku apa maksudnya warna-warna tu. Adeh T_________T. Lampi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...