Followers

Jumaat, 30 Disember 2011

Persoalan Saya Tentang Cerita Melayu

1] Kenapekah selalu di gambarkan lelaki yang merogol perempuan, lepas tu perempuan tu sanggup kahwin dengan lelaki tu. Ending dia akan jadi bahagia? Adakah dengan merogol gadis, kemudian kahwin dengan gadis terbabit lalu kau mendapat cinta sejatinya lalu happily ever and after? Kenape tak ada scene dalam cerita melayu, bila lelaki merogol perempuan, perempuan berkenaan akan mengerat anu lelaki terbabit? Mungkin kalau banyak cerita lelaki merogol kemudiannya anunya di potong maka akan gentarlah para perogol. Tapi cerita melayu tidak.Tidak sama sekali terutama untuk perogol yang kaya dan kacak sebab mereka akan menemui cinta yang sejati yang halus mulus tulus lepas tu perempuan di seluruh alam menjerit "Hamagad sweetnya lelaki terbabet. Aku nak carik suami macam tu." Ladies tell me celah mana kah scene yang kahwin dengan perogol tu so sweet sampai ko mengalir air mata? Adakah diri kamu rela di rogol terlebih dahulu lalu untuk mendapat kepastikan akan cinta sejati itu maksudnya apa? =_="


2] Kenapakah selalu di bayangkan perempuan yang tabah itu perempuan yang hanya menurut? Menurut bila di aniaya dan berdoa kepada Allah semoga dirinya tidak di seksa lagi? Kenapakah tidak di gambarkan perempuan sebenarnya ada akal? Bila di aniaya dia tahu mana untuk bertindak? Bukan sekadar menangis menunggu keajaiban supaya dirinya di selamatkan sang arjuna macam kisah Cinderella bla bla bla. Tahukah anda hidup ini Bukan Kisah Cinderella?

3] Kenapekah selalu penulis yang namanya muslim menggambarkan cinta itu indah dan bahagia bila berpelukkan dan berpegangan tangan walaupun dorang belum kahwin? =_=" Erk, rujuk kitab mana kak?

4] Kenapekah watak hot mesti bernama canggih dan modern? Tahukah anda Siti Saleha itu sangat hot walaupun nama dia bukan Nora Elena? Jadi kenapakah memberi harapan palsu yang nama canggih itu seharusnya hot walaupun realitinya *bunyi playlist rosak*.

Der,nama dia Siti Saleha dia hot der. Tak Payah dia jadi Sally derr *nak jugak der tu*

5] Kenapekah selalu di gambarkan cerita melayu projek berjuta-juta lepas tu akan ada org step back dari belakang? Kenapekah orang kaya selalu simpan cucu lepas tu bagi tahu semua orang yang cucu terbabit adalah anak mereka? Tak pun, kenapekah orang gaji terbabit sebenarnya anak kepada majikan yang kaya raya yang dia dah lupa kewujudan anak terbabet. Eh bukan scene-scene macam tu selalu happen dalam cerita Indon dengan cerita Filipina ke dolu-dolu? =___________=".

Aku pernah argue pasal cerita melayu once dalam belog aku,lepas tu ada reader cakap orang macam aku ni kaki kondem, penjahanam industry perfileman melayu, lepas tu orang macam aku ni cetek akal. Memang akal aku cetek, cetek nak terima merogol awek lepas tu kawen dengan awek tadi dan bahagia. Macam ni lah, let say ko ada anak perempuan, lepas tu anak bujang rumah sebelah rogol anak kau, lepas tu dorang kahwin, tak ape kau jangan risau dorang akan bahagia. Bukan aku cakap, cerita yang korang selalu tengok tu use to educate korang macam tu. =_="

Bagi aku, Allah bagi kita sesuatu bakat tu sebenarnya anugerah. Bakat menulis sepatutnya di gunakan sebaik-baiknya untuk mendidik pembaca menuju kebaikkan, bukannya pegang pelok anak dara orang,lepas tu baru masok meminang,pegang pelok lagi lepas tu putus tunang lepas tu jumpa balik baru nak nikah =_="

Dah la malas la aku nak taip panjang-panjang, lepas ni banyak orang kondem aku tak faham konsep "cerita". Boleh tak ko faham Irah tu cerita?

No! aku tak boleh terima cerita kawen dengan perogol tu bahagia. We should kerat anu perogol tu instead. sapa suruh dia merogol.

Nota bulu Kaki Macam Meggie: Daripada buat cerita kawen dengan perogol, tak pun project berjuta-juta, baek buat cerita yang canggeh-canggeh ala-ala MI4. Tunjuk siket kat penonton , Malaysia ni walaupun banyak perogol yang bahagia, walaupun banyak corruption project berjuta-juta, tapi sebenarnya Malaysia ni maju jugak ke depan. Ni tak, Tengok Mission Impossible 4 lepas tu kagum nak mampus dengan mat salleh ada gadget canggih. Bila aku cakap kat Malaysia orang dah start guna Retina Recognition untuk office security terkejut masing-masing. Mane tak nye terkejut, ingatkan Malaysia ni ada perogol yang bahagia dengan corruption berjuta-juta semata-mata. kah kah kah. 

10 komen indah:

aNdi.Hanin::حنين نظوره berkata...

heh.remove la gambar tu. annoyed .huhu.

plus you've got the 'saham' also :P

mUm_tAz berkata...

NAmpaknya anda telah tulis perasaan sy terhadap cerita melayu selama ini, awak org swak ke?

ain fathihah berkata...

haha. aku setuju! aku rasa filem ombak rindu tak best walaupun member2 aku nangis2 sampai kuar air hidung.

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

Hanin: ha ah kan. nanti internet laju aku remove.tukar gambar lain.

mum_taz: har har har penuh perasaan aku.yessza im swakian

ain: hahaha.seksa aku tgk cite ni. sebab dah donlod pas tu kira bandwidth sume2 tu bek aku tgk jugak. zzzz

SYAPA berkata...

wah,,, aq pon stuju sangat dgn ko,, filem mlayu kbnyakkannya bnyak bagi impact burok lah enn,

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

ridiculous to be frank! hahaha

ARC™ berkata...

mohon share hahahhaha

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

aummm.hahahaha....

Aslina berkata...

Bab ni aku mmg sokong... sbb aku bkn peminat citer melayu jenis mellow camni... hurghhh...

Aku nk gak tgk citer2 melayu jenis semenggah sket... zaman2 p.ramlee dulu mana ada citer melayu jenis rogol2 pastu kawen ngan perogol idup bahagia ( baca:citer anakku sazali- cousin bunuh diri sebab kne rogol dgn sazali... blom sempat nikah pon)

Sorry to say la kalo novel adaptation pegi filem aku cuma ternanti2 citer dari novel ramli awang mursyid je. Layan suspense thriller lagi best kot...

Yumida berkata...

haha...bgs idea ktk...sik terpikir pun...actually kmk peminat novel jiwang karat....tp bak kata laki mek "mun nya sik molah gia, alu pendek cerita, alu sik maok org nangga crita, sapa nak beli CD sidak"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...