Followers

Ahad, 18 Disember 2011

Keserabutan yang Tak di Rancang

Currently serabut nak susun hidup sebab degil dan ego nak stay di semenanjung instead of kembali ke Kuching, lepas tu dapat interview semualah kat area PJ yang ko tahu orang so kampung minded macam aku kurang nak suka dengan jammed and living cost yang ya ampun, semput aku tengok. Sebab fresh graduate tak de pengalaman sebenarnya susah nak carik kerja yang boleh demand gaji lebeh RM 2 ribu sebulan ,lepas tu sebab ego tak nak mintak tolong bapak bekap tolong supply me line nak masok big company jadi jadi jadi serabut tu haruslah berganda-ganda =_=".

Tengok aku menaip pun macam semput nafas. You know how semput feel like? Ha macam tu la yang aku rasa sekarang. Kejar interview dengan thesis Final Year Project aku yang tak siap lagi. Dengan final project subjek-subjek lain, lepas tu aku dah setahun tak ada exam lepas internship + subjek short sem yang tak ada exam+ cuti summer di Malaysia yang sentiasa Summer ni. So how are you expecting me untuk menelaah for my final paper? 

Next step nak carik rumah sewa, perhaps kena realistic aku kene sewa bilik instead. So the sewa is around 3-4 hundred per month. Ko imagine la gaji less than 2 k, tu tak potong EPF lagi acane la nak survive? Kena pulak rumah jauh dari tempat public transport, kena pulak aku ni zaman intern dulu suka balek lewat nak siapkan kerja. Well dah kerja nanti aku rasa life aku memang akan jadi lagi dasyat dari zaman intern, adakah kemungkinan kene membeli kereta? Y___Y berbintang kepala aku.

Some how aku terfikir nak kembali ke Kuching je tapi entah, senior aku cakap susah nak carik kerja, unless pointer power, tak pun aku sambung study lepas tu mintak jadi tutor or lecturer kat mana-mana IPTA-IPTS kat Kuching. Tapikan weh, seriyes untuk masa terdekat ni aku tak nak sambung belajar. Cuti hari tu nak balek UTM memang menangis separuh mati sampai rasa nak tangguhkan sem final ni. Aku tak tahu la weh lepas balik intern aku rasa macam study ni gila babi berat punya job. Jadi aku kembali ke UTM dengan tak sampai separuh hati pun bersisa nak habiskan degree. Bila belajar Multimedia Data Processing dengan Multimedia Networking lagi lah aku pening, aku rasa macam aku tak boleh faham apa-apa pun. Lagi lah aku patah semangat nak teruskan study.
sampai sekarang aku redha sendiri if happen aku cuma grad dengan pointer less than 3. 

At the end of the day the only thing aku boleh buat cuma dengan yakinkan diri sendiri, everything should be ok jadi aku bolehlah bertenang sekarang dan siapkan semua final projek. Tapi sebenarnya menipu diri sendiri tu adalah payah Y_____Y


Nota bulu kaki macam meggie: kurang sebulan aku berumur 23 tahun Y_Y Tak boleh cakap makin muda.tsk tsk

2 komen indah:

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

Keserabutan kadangkala membantu diri untuk lebih enjoy...hehe..so, just enjoy the moment of 'keserabutan' itu:)

get peace too by doing something we like!

selamat umur 23 tahun sebulan akan datang!:)

amirah berkata...

aku pun pernah serabut bagai pasal FYP...skrg dh berakhir..tggu final jer..alhamdulilah. Pasni pasti ada keserabutan yg lebih umphh =.=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...