Followers

Jumaat, 4 November 2011

What If I Fall in Love with My Best friend?

Sapa boleh paksa hati kita di gerak-gerak jatuh cinta? Kadang-kadang kita tak mintak pun kita jatuh cinta kat orang tu. Sedar - sedar hati rasa ngilu sendiri, kadang-kadang berbunga tak tentu hal. Kadang- kadang rasa macam luruh, rindu. Eh aku faham rasa itu. Single aku tak bermaksud aku tak punya perasaan. Dulu hati ni pun pernah juga simpan perasaan dan harapan. Hati pernah ada bunga tapi sekarang sudah musim kemarau agak nya. kering hati di merata tempat. Sama macam gurun Sahara. Bila ntah nak jumpa Oasis. Ah sudah!


By the way, jatuh cinta tu bukan jenayah tahu? Jatuh cinta tu cuma sejenis kemalangan yang tragis dan pedih. Tiba-tiba je melanggar hati. Kalau pihak satu lagi single trang tang tang memang feeling insurance cover semua lah. Tapi kena yang pihak satu lagi dah berpunya , pergi karok kat jamban lagu "Ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu". Memang perit tak terkata perasaan tu. Sama macam bila tengok gambar Ashraf Muslim di atas pelamin. Ha seee. Aku faham rasa tu Y_Y tsk tsk.




But what if kalau berada dalam situasi ni? Kau dengan dia berkawan baik je. Keluar malam tengok wayang, lepak mid makan cream puff depan my forex tu. Lepak Shisha kat Assalam cerita pasal semalam, hari ini dan esok. Ketawa bermain bersama. Dalam diam rasa serasi bertukar menjadi rasa cinta. Kita berkawan kita jadi diri kita, dia jadi diri dia. Kite kentot bau teloq busuk, dia memaki tapi lepas tu tetap nak duduk sebelah kita. Kita hangin moody tanak cakap dengan orang sebab emosi tengok cerita korea tadi, dia tahan dengan panahan emosi tu. Orang kata kita gedik mengada-ngada, tapi dia kata kita manja. Orang cakap kita panas baran, dia kata "dah memang dia macam tu". Bila angin hujan petir beliung kita datang, dia dah siap seribu satu perisai nak tahan.


Tapi hati ni kadang kala tak kuat. Lama-lama terjatuh cinta dengan kawan baik sendiri. Serabut. Serba salah. Nak cerita kat orang terdekat takut jadi parah. Takut nanti orang salah sangka kata kita kawan tak ikhlas. Kita tolong dia sebab sebenarnya nak ngorat dia walhal hati ni sebelom jatuh cinta pun sentiasa ready nak tolong dia  secara ikhlas. Time mula-mula jumpa dulu pun tak pernah berniat nak jatuh cinta dengan dia. Kita kawan dengan dia bukan antara kita dengan dia je. Tapi kita kawan rapat dengan dia dan kawan-kawan dia. Dia pun berkawan rapat dengan kawan - kawan kita gaya adik beradik. Gaya macam kalau ada orang ngumpat dia depan geng kita, memang sparoh mampus orang tu kena blasah. ha acane rasa macam tu?


Situasi tu some how, even the other side tu single lagi, kita tetap rasa serba salah tahu. What if kena reject? Kalau tak kena reject pun, tapi cinta tu berhenti di pertengahan jalan. Fuh, macam mana nak face it? Kau dengan dia bukan cuma kau dengan dia. Kalau jadi something, memang sampai mati tak boleh nak lari. Kawan kau tu kawan baek dia. Kawan baik dia pun best buddies kau. Serba salah dengan kemungkinan tu. Nak buat biasa? Nak buat-buat tak tahu? Menangis sorang diri dalam hati tapi bila hang out together tu buat bodoh je walhal ribut salju rancak je kan?


Sebenarnya aku tak ada right answer for you for this situation. Tapi jujur cakap aku ada sedikit fobia bermain perasaan dengan orang yang rapat dengan aku. Sebab bila dia kata sebenarnya hati dia keliru, hati ni menangis tak ada irama. Walaupun sorang duduk di utara, sorang lagi di selatan, aku kena admit, sampai bila-bila dia tetap wujud dalam komuniti aku. Kawan dia kawan aku. Kawan aku tu la kawan dia. Tipu la kalau tak pernah teringat apa pernah berlaku. Sakit tahu? Nak cakap memaafkan tu senang,tapi nak melupakan tu bukan perkara yang mudah. Mulut ni boleh la cakap "ala benda kecik je. kitorang professional kan? kan? " Tapi hati tu kau boleh tipu tak? aku bet tak weh. tak akan.


Tak ada orang pun kat muka bumi ni berhak keji kau jatuh cinta dengan kawan baik sendiri. Cuma persoalan nya sekarang how you can face it. Advice aku, jangan mengorat orang yang trust kau sebagai kawan baik, sebagai adik atau pun abang kalau kau tak yakin dengan perasaan kau. Don't you ever. Sebab nanti bila kau berubah hati, parah luka dia teruk sangat-sangat tahu?Tapi kalau kau dah betol-betol yakin dengan hati kau, kau tawakal, berdoa dengan Allah banyak-banyak lepas tu jumpa orang tua cakap elok - elok apa yang kau nak. Both of you tak perlukan masa untuk bercinta gaya muda mudi nak kenal each other better sebab memang korang dah kenal pun =_="


What if kalau the girl yang fall in love dengan kawan baik lelaki sendiri? haaaaaaa.


Payah tu. Aku pun tak ada jawapan sebab aku tak pernah rasa lagi jatuh cinta dengan dorang yang so call "my brothers" tu =_=". And remember girl, jangan syok sendiri tak tentu hal. Lelaki baik dengan kita, bleh share rokok and lepak je dengar kau maki dia celaka sort of tu bukan bermaksud dorang dah jatuh cinta kat kau. Tu maksudnya dia terima kau macam kawan baik je. Kau gila apa nak amek bini kaki memaki tak tentu hal. Amek logik diri sendiri. Cane rasa korang dengar mak ko maki bapak ko celaka ke, babi ke depan korang? =____=" 


Nota bulu kaki macam meggie: Busy nak mampus dengan macam-macam benda. Next month 3 minggu lurus ada interview kat KL. Nangis la duit flow bulan depan .tsk tsk. Doa-doa weh ada nak hire aku yang comel ni.waaah xD 
         

0 komen indah:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...