Ini adalah gambar glamour yang menjadi kegemaran di mukabuku. Nampak moden dan bergaya.Bukti bergaya adalah dengan berselendang gaya hanatajima serta bercermin mata hitam bingkai pink ala-ala lady gagap.Baju juga harus di pakai berlapis-lapis supaya nampak macam kek lapis. But man ,wait! Sebenarnya ianya tidak seperti yang di bayangkan sebab sebenarnya originalitinya adalah seperti gambar di bawah:
Ini adalah situasinya yang sebenar. Double chin, mata sepet dan sedikit juling serta bertudung seperti mak cik. Yes i love to dress like that sebab saya tiada masa pun nak bergaya di muka bumi ni. Kau tahu life sebagai student macam aku sangat busy bermain twitter sampai tiada masa nak update blog? Sedikit masa di peruntukkan untuk esaimen, psm dan tiada masa untuk bergaya? Bukankah reality tentang diri ini sebenarnya sangat mengecewakan?
Jadi lelaki, jangan mudah terpedaya dengan mengharap wanita yang kamu add itu sejelita yang telah di edit dan di photogenik kan. Juga sila jangan pura-pura mengutuk gadis yang guna profile picture cantik yang buat muka comel muncung-muncung , edit gambar cantik-cantik dengan mencerahkan kulit yang gelap dan menggunakan tona yang riang lalu hati lelaki kamu terpegun dan kamu ejek, buruk berok ewww ataupun bila perempuan tersebut guna gaya hanatajima lalu kamu memerli "hey, so many hanatajima dalam my friendlist!" Oh itu sangat annoying tahu sebab aku tahu hati kamu melonjak-lonjak bila terlihat gambar perempuan cantik di muka buku lalu tangan kamu gatal untuk menekan butang add mahupun memuji-muji di mukabuku =_=". Buktinya bila aku pakai profile picture gambar sebenar tak ada sorang pun lelaki yang tidak di kenali add di muka buku tapi bila guna gambar yang pura-pura glamour hamboi, terpaksa aku berharap supaya facebook buat button "Fuck, who the hell are you" instead of "Not Now" button.
Oleh yang demikian girlfriend, kalau rasa rimas dengan lelaki yang tidak di kenali tibe-tibe add mahupun menghantar message di inbox facebook kamu, aku cadangkan engkau untuk cuci muka dan snap gambar lalu menguploadnya di mukubuku. Kalau tak pun, sila uninstall photoshop , photoscape dan sewaktu dengannya.
Oh yeah, sebab tajuk pesanan nota untuk kaum adam, jika kamu terasa seperti cinta muka buku dengan gadis yang nampak hot di muka buku, aku cadangkan kau untuk membuat seperti kartun di bawah untuk date yang pertama sebelom kamu fall deeply with fake beauty :
[image from GempakStartz Facebook]
Bukannya apa, takut nanti bila sudah kahwin kamu menyesal rupanya isteri yang jelita cuma palsu. Di rumah kena hadam muka scary yang macam hantu =_=".
itupun kalau cinta kamu cuma cinta palsu. Cinta yang hanya bila matanya boleh berubah menjadi bulat dan berwarna biru. Kalau kamu cinta hati itu, tak kisahlah muka macam hantu pun kamu kata i love you. theeeheee.
nota bulu kaki macam meggie: Kau tahu kenapa perempuan suka untuk nampak cantik? Well sebab die perempuan itu memang normal.Tapi kalau lelaki suka bercantik-cantik? Sila risaukan jantina itu! hahahahaa



2 komen indah:
hehhe...owh tau xpe...skunx ramai cewek2 manis yg telah memphotogedix n memphotoshopkan wajah mereka..edit sana edit sini..mana si cowowk...lelaki gnatang lah konon..tgk gegurl berdahi licin mula lah mengatal n add fb....ssh kan zaman skg..yg mana x diminat dimata mereka..jgn kata like di post komen, tp add gb kta pon xusah adelah...nyeh2....hehe
haha. kenaknya sik betol. nang jak menar koh irah. boh ktk eran, laki nang cemyaaa
Catat Ulasan