Followers

Isnin, 3 Oktober 2011

Pesanan Puan Cikgu

Aku rasa mungkin sindrom anak sulung nak-nak aku tak ada abang saudara yang duduk di sebelah rumah untuk ajar aku itu dan ini, makanya aku adalah kanak-kanak yang agak lambat nak pick up beberapa perkara walaupun otak cerdik la jugak sikit sebab terang ilmu nak blaja membaca menulis walaupun selalu tulis huruf "S" dengan "R" secara terbalik =___=" lepas tu masuk tadika pun i never know nama aku sebenarnya Siti Hajerah. Nama bapak pun aku tak tahu eh sedeh kan anak macam ni? Tapi bukan salah aku jugak sebab di rumah tak ada orang panggil aku Hajerah. Lagi pun kat rumah kitorang panggil bapak as "Abah" bukannya Azman. Jadi kalau orang tanya nama bapak aku cakaplah "Abah". puffff.


Alkisah bila waktu tadika dengan riang ria nya kitorang dapat buku. Eh seronok la dapat buku baru kita boleh tulis A B C lepas tu ada warna-warna. Up until now aku suka part mewarna ni.Buku kembar selalu menjadi mangsa.Ok sambung cerita.Bila dah bagi buku cikgu aku pesan macam ni :


"Anak murid semua, buku ni nanti balut dengan plastik ek kalau tak nanti buku akan rosak".


Jadi bila sampai ke rumah aku dengan comelnya *eheh* menunjuk-nunjuk buku baru kat adik aku yang time tu aku cuma ada sorang adik.Lepas edisi tunjuk menunjuk, aku sibok carik pelastik kat rumah. Mak dengan pengasuh aku sangat pelik.


" Ko nak buat apa dengan plastik?" soal mereka dengan wajah konfius.


Dengan wajah yang penuh keyakinan,


" Cikgu suruh letak dalam plastik " .


Ye, macam yang korang imagine kan dengan ayat tersebut, aku dengan penuh yakinnya memasukkan buku di dalam plastik warna biru transparent lepas tu rasa macam wah bagusnya esok tak payah bawak beg ke sekolah. -.-'  Seriyes esoknya aku tak bawak beg skolah ke skolah. Aku masukkan pensel dengan kotak warna dalam beg plastik tu sekali. Dalam hati cakap sendiri "eh bagusnya sekolah ni kita tak payah membazir beli beg mahal-mahal. recycle je plastik yang mak dapat waktu membeli belah, bukankah itu penjimatan global yang di seru kerajaan ?"


Lalu keesokkan harinya aku ke sekolah dengan menimbulkan kepelikan pada orang ramai sebab berjalan kaki berlenggang tanpa bersalah bawak buku di dalam plastik biru. lepas tu im arguing semua orang "eh kenapa korang tak letak buku dalam plastik macam yang cikgu pesan?" =_=" ceh ada hati!!!  Ending cerita ni aku tak pernah tahu pon apa yang aku buat tu salah sampai aku darjah 3 bila aku pikey-pikeykan balik. eheh! 


Nota bulu kaki maca meggie: At least seminggu sekali mak dengan mak su akan call cikgu tadika si kembar and the sepupu tanya dengan cikgu betul ke tak info yang dorang tiga orang bagi. well 3 orang budak ko akan dengar 3 info berbeza and lepas tu arguing "eh salah yaaa!"


Waktu aku sekolah rendah aku sekolah tempat mak aku mengajar. Senang mak aku nak monitor lepas tu kalau ada apa-apa pesanan cikgu akan bagi tahu mak aku terus. kalau bagi tahu kat aku memang macam hareeem lah aku nak faham Y_Y. Waktu rehat pon aku makan di meja cikgu dengan mak sebab tak reti nak guna duit dekat kantin. Tukarkan duit syiling seringgit lepas tu dapat baki 9 keping duit 10 sen pon aku leh happily bagi tahu kat semua orang duit kitorg berganda .tsk tsk. Kiddo!

2 komen indah:

aNdi.Hanin::حنين نظوره berkata...

" Cikgu suruh letak dalam plastik "

bahahahahahaha XD
wui, aku tengah pakai mask ni, rabak masker.. aku ketawa. hadoi.

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

aku sangat konfident kan?kan? aku tak faham kenapa aku tergamak buat macam tu Y_Y

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...