Jadi faham la kalian bahawa wujudnya masyarakat Islam di Malaysia yang sensitip ni sentap.Kononnya khatam tengok Survival je yang faham hujah ni. Maka mulalah yang menulis artikel " Suratan atau kebetulan? Fikir-fikirkan lah!" Akhirnya masyarakat yang sangat suka berfikir ni berpecah belah.
Kata mereka yang Prihatin:
"Ah Yahudi nak menyesatkan umat Islam dengan pelbagai cara. Cara ni pun boleh? Weh kerajaan ni buta ke apa tak faham jiwa sensitif kami yang cepat sentap ni. Dah la luluskan projek buat gereja besar-besar, lepas tu luluskan bible dalam bahasa melayu pulak tu. Ni plak nak ajar bebudak ni suka kat yahudi dia pi gula-gulakan dengan duit syilling? Allahhuakbar. Lepas ni korang jangan terkejutlah ramai umat melayu dah hilang entitle Islamnya."
Jadi mereka yang kononnya open minded pun membalas hujah:
" What is the matter with simbol-simbol ni? Mana ada simbol-simbol memberi kuasa! Kalau nak tuduh kerajaan tak baguih , kawan yahudi jadi Parti Keadilan yang lambang 1 mata tu korang tak nak tuduh menuduh pulak? Eh biaq pi la orang bukan Islam dengan agama meraka. Tak semestinya gereja besar-besar tu kita yang masjid/surau seluruh penjuru ni kalah. Sah -sah surau dengan masjid lagi banyak dari gereja. Setakat Bible dalam bahasa melayu apedehal issue nya? Al-Quran ada subtitle melayu tu ada apa nak buat panduan Iman kuat sentap ni. Lagi pun , alah macam aku tak tahu, baca Al-Quran pun malas, nak baca Yassin seminggu sekali pun berkira, nak baca Bible dalam bahasa melayu apetah lagi ye dak? Come on la bila fikir logik once kau baca kitab agama lain, lagi senang kau nak berdakwah. Itu pun kalau kau nak berdakwah. Ala orang yang betol-betol pendakwah dan berdakwah kerana Allah rasanya dont come up with this silly issue, yang come up nya mereka yang pura-pura berdakwah jer.Lagipun zaman Rasulullah memerintah dulu mana ada Baginda menyekat agama lain beribadah."
Lalu mereka yang sangat prihatin ni membalas bidasan:
"Sedarlah saudara seislamku, walaupun cuma sekeping syiling pada pandangan mata kau, namun kesan dan impaknya sangat besar. Sejarah telah membuktikannya.Lagipun kalaulah lambang ni mendatangkan fitnah, baek di gunakan simbol lain untuk memuaskan hati sekalian rakyat jelata yang prihati dengan Islam seperti kami ini".
Mereka yang open minded enggan mengalah:
"Sejarah apa kau cuba tegakkan ni? Mengarut mengarut. Pasal simbol je cepat plak ko prihatin. Soal berpakaian, soal rancangan hiburan yang kuat lagho ko diam plak? Anak solat tak solat belakang kira la ek? Weh kalau kita ni well educate about Islam, insya Allah apa lambang yahudi pun tak terkesan der di hati kita."
Akhirnya bertelagahlah mereka yang prihatin dan kelompok open minded terbabit. Berbalas-balas lah hujah mereka di laman muka buku, forum-forum online dan berbalas entry di blog masing-masing. Kerja harian di pejabat, campus, sekolah dan di rumah tertangguh. Nun di Eropah umat Islam sehabis mungkin nak khatamkan Al -Quran, membanyakkan Ibadah dan sibok memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan. Yahudi di seluruh dunia menggaru kepala dan ketawa besar. Agenda mereka berjaya. Kah kah kah.
Nota bulu kaki macam meggie: Macam aku pernah cakap dulu, Entah-entah teori konspirasi yahudi ni konspirasi yahudi nak lemahkan umat islam. Bertelagahlah umat yang prihatin dan open minded.la.la.la.


2 komen indah:
betul la sesangat apa yang dikabarkan kau itu~~~~
setuju
Catat Ulasan