Followers

Jumaat, 26 Ogos 2011

Pemandu Ortodok.



Orang kata aku ni pemandu Ortodok. Sekolah lama bak kata anak - anak kurang tua. Setiap kali sebelum memandu, perkara pertama aku akan pastikan adalah memastikan berada dalam kedudukan yang selesa. Lepas tu pakai tali pinggang keledar dan memastikan side mirror berada dalam kedudukan selesa. Ortodok tahu? Langsung tak coolio dan skema. Gaya macam bebudak baru nak blaja memandu dan pura-pura bersopan untuk ujian JPJ. Tapi aku tak kisah nampak macam sekolah lama pun. Tak coolio pun tak apa sebab aku yakin tak coolio tu la selamat untuk aku.


Bila memandu, selalunya telefon bimbit aku akan letak dalam handbeg. Kalau aku tak bawak handbeg, aku letak kat tempat yang senang di capai. Nanti kalau ada sms masuk ke, orang call ke aku buat bodoh je. Kalau jalan clear, aku akan berhentikan kereta di tepi dan jawap call or sms kalau perlu. Kalau tak aku biarkan je. Sumpah tak coolio dan tak nampak macam anak muda masa kini yang kononnya terrer reply sms dan jawap call waktu memandu walhal sebenarnya konon tu ayat terdekatnya adalah bajet tahu? Walhal fail abes memandu dalam keadaan mereply sms mahupun menjawap panggilan telifon. Memandu terhuyung hayang, bila green light nanti orang dah gerak kite terkial2 carik gear. Kat tengah jalan berlenggang. Kadang-kadang tak perasan pun ada motosikal kat depan main aci langgar. ha kan dah kemalangan? Jual ikan tahu memandu sambil menjawap call dan sms tu! Kalau kamu tengah memandu awek kamu call kamu tak jawap sebab fikirkan keselamatan orang ramai lepas tu awek kamu merajuk konon nak mintak clash, aku bagi kamu lampu hijau langgar je awek kamu tu. heh bebal sangat benda macam tu pun nak emo =_=".


Telefon berdarah kalau tengah memandu -.-''
Ikut nasihat ni no harm tahu?


Benda paling aku menyampahkan, orang tu kononnya sayang kat anak lepas tu tunjuk caring dia memandu sambil meriba anak dia. =_=" Tak pun wife duduk di sebelah memangku baby kat riba tu. Konon sweet dan bahagia lah tu walhal langsung tak selamat. Konon kata "I ni pemandu berhemah. Memandu dengan slow 20 km sejam" walhal dia buat-buat tak tahu careless driver is around. Memandu sebarangan lepas tu terpaksa emergency break baby pulak tercampak ke depan =_=" . Ye lah baby tak di pasangkan dengan tali pinggang. Dah jadi macam tu kamu rasa sebenarnya memangku baby di seat depan tu sweet ke bajet sweet je sebenarnya? =_=". Kalau kamu mampu beli baju kurung kaftan harga 200, baju melayu harga 300, aku rasa baik utamakan duit tu beli kerusi baby yang diletakkan kat seat belakang tu. Sumpah sampai mati korang rasa tak rugi. Boleh simpan kerusi tu nanti untuk anak cucu yang lain. Nanti kalau baby menangis nak duduk di riba tu buat-buat je tak dengar. Baby menangis bukannya mati pun =_=". Yang die tercampak nanti mak bapak baby menangis menyesal sampai mati.


Oh ye, sebelum terlupa, janganlah kamu feeling "sahaja aku masuk simpang kiri" bajet pemandu di belakang kiri kanan kamu tu terrer baca niat kamu walhal ada signal yang diciptakan bukan untuk menjadi hiasan pada kenderaan supaya pengeluar boleh charge kamu harga kereta lagi up =_=". Lagipun JPJ belum ada silibus nak ajar para pemandu ilmu psikik nak baca niat dan gerak hati pemandu-pemandu yang tak reti-reti nak guna signal tu -.-".


Jadi di musim orang ramai balik kampung ni, pandu cermat jiwa selamat. Semoga sampai di rumah bersama roh dan jasad bukan sekadar jasad tanpa roh. Faham kan?Ajal maut di tangan Allah tapi janganlah kita sebagai hamba Allah sengaja mencari ajal sebelum maut tu. Kat tol tu jangan jual ikan nak potong line =_=" tak nak berbaris bayar tol sediakan smart tac, tak pun kad touch n go je pun kira ok. Cepat sampai dengan selamat :). Sebelum memandu jauh tu pastikan kreta sudah well check dan service ok?




Akhir kata dari aku, selamat hari raya, maaf zahir dan batin kalau ada entry-entry aku yang buat korang sentap hati dan hempuk kepala ke dinding. :)


Nota bulu kaki macam meggie: Kalau ortodok tu untuk kebaikan, baik kita ambil kebaikkan tu walaupun tak nampak coolio tahu? 

0 komen indah:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...