Followers

Khamis, 30 Jun 2011

Kamus Melayu Yang Kamu Buat-Buat Tak Tahu.


Penguasaan English memang penting ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kita tak boleh deny benda tu sebab bahasa tu dah jadi bahasa perantaran. Kalau pegi mana-mana bengkel anti menganggur, mesti dia pesan, kalau nak cemerlang, nak senang kerja, haruslah fasih berbahasa english. Tak fasih ni nanti menganggur. Susah nak lepas masuk ke company global. Benda ni aku dengan dari aku sekolah rendah sampai dah nak habis degree.Kiranya aku lagi hafal fakta ni dari kenapa wujudnya syntax dalam coding -.-'.

Jadi demi menyahut seruan kerajaan yang nak rakyatnya mengubah cara hidup tu, makanya gigihla segenap pelosok warga malaysia menghafal lagu Justin Bieber demi memastikan English perfectly perfect dengan accent-accent mat saleh. Macam contoh nak sebut State bukan nya S-T-E-T, tapi sebutannya seharusnya bunyi macam ni:

 S-T-E-T-e-h . 

Huruf kecik tu maksudnya punya sembunyik and slow sikit. Pandai buat tak? Ok kalau pandai bagus, lepas ni boleh kawen dengan awek mata biru...yang ori bukan anak cik Kiah yang pakai contact lense tu .

Sebenarnya bukan perkara aneh bila kita jumpa anak melayu pakai baju kurung , selendang pink berborak dengan lelaki di sebelah pakai baju melayu guna bahasa English. Come on, we need practice anyway. Nak tunggu mat saleh datang kat kita tu memang kira random la unless kita tinggal kan negara bermata biru tu. I am telling you this cuma nak gambarkan penerimaan masyarakat kita terhadap bahasa bekas penjajah tu.

But anyway, aku perasan satu benda kat orang kita, kita lagi orang puteh dari orang puteh. Aku malas nak cerita pasal awek rambut perang, mamat mata contact lense biru, tapi yang aku rasa kelakar nya kita ni, kenapa perlu tukarkan nama jadi mat saleh. Seriyes pelik doh. Macam kan kalau kita baca surat khabar, Tiger Wood ada skandal, belom lagi la aku jumpa Hairan Metrol, berita hairan mahupun utusan meloya tu buat statement macam ni;

" Harimau Kayu ada scandal"
 
atau pun mungkin cerita "Tom Cruise berlakon dalam filem Bukan Kisah Cinderella arahan Irah Hajerah" jadi

"Tom Belayar berlakon dalam filem Bukan Kisah Cinderella arahan Irah Hajerah." Aku rasa kita ni masyarakat yang polite tak sesuka hati nak alih bahasakan nama orang ke bahasa kita. Malangnya, aku tak faham beberapa benda:

Why must people sebut Lembah Klang as Klang Valley? =_=" 

or Melaka as Malacca?

Adam jadi A-dem?

Zaki jadi Zack-ky?

puffffffff. Kenapa tak nak panggil Tiger Wood as Harimau kayu?

Nota bulu kaki macam meggie: Orang kita ni kecelaruan bahasa sangat hebat lah -.-' Mentaliti kita ke kerajaan yang bersalah? Ke salah ibu mengandung?  

7 komen indah:

Zulfikar Hazri berkata...

bijak bijak.. ni semua sebab individu yg perasan beranak kat beverly hills nih....

lian berkata...

Betul betul... kalau dah nama makan belacan, budu, tempoyak dan seangkatan, tak payah nak eksen omputeh sgt... yg penting angkat budaya diri sendiri dulu dan if pandai ckp omputeh itu satu kelebihan... tak gitu cik irah?? suke post ni...^^

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

hahaha. tau x pe. sat gi kan weh tgh speaking cakap "I'm craving belacan" jadi "I'm craving belachain " sebutan mat saleh. ah sudah.hahahahaha. walhal mane beverly hills dalam peta dunia pon depa tak tau!

Luke berkata...

hye, my name is luqman. u can call me luke. xD

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

hahahaha. mcm tu la ceritanya !

aNdi.Hanin::حنين نظوره berkata...

aloh, si PM tu pernah twit

"hari ini ke Johore"

pandai PM kite XP

mr_abs berkata...

rimooo kayu. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...