“Apa yang akan ko buat KALAU tiba-tiba Malaysia buat peraturan di larang bertudung ? Time tu ko di semester terakhir lepas tu kalau kau bertudung ko tak boleh sambung study even tinggal beberapa minggu je lagi nak habiskan degree? Ko sanggup tak korbankan rambut ko untuk sekeping kertas degree atau... Demi maruah dengan agama, kau akan berenti belajar?”
Berat. Aku ternganga. Terbaik punya soalan. Aku tudung pun macam chipsmore!
“Beratkan nak buat keputusan? Sedara aku di semester terakhir pengajian perubatan. Tinggal beberapa minggu lagi nak habiskan pengajian. Beliau ambil keputusan untuk berhenti belajar. Kau tahu kan betapa susahnya nak hadam dengan perubatan? Dah la tempoh study beliau tu 6 tahun!”
Kali ini aku putus rahang. Sentap sendiri. Cakap jujur kalau ikot kepala aku, bukak je la .Sayang kot.Tinggal beberapa minggu je lagi nak abes.Ok,aku kan pakai tudung macam chipsmore!
“Kau tahu Malaysian ni sangat beruntung. Boleh je bertudung pergi sekolah bagai. Aku dulu lepas primary school aku cuti setahun sebab di secondary school tak boleh bertudung.Lepas tu time nak ambil exam untuk masuk universiti aku di larang masuk sebab bertudung. Aku lari ke Malaysia untuk sambung study sebab untuk pertahankan faith aku kat Allah. Tapi yang kelakarnya kawan Malaysian aku bukak tudung time main basketball walhal kami bermati-matian bertahankan maruah dan Islam”
Untuk dialog di atas aku super berdesing. Taik telinga keras pun jadi cair.Aku pattern member Malaysian dia tu. Sila jangan baling telur busuk kat saya. Saya baru lepas mandi.Pagi tadi -.-'
Alasan tak nak bertudung:
Aku ni tak la baik mana. Tudung macam chipsmore derr! Aku cakap jujur aku malas. Macam bila nak jogging tu nanti berpeloh lagi banyak pakaian aku kena cuci. Itu alasan aku. Alasan lain yang biasa perempuan cakap "Tak nak hipokrit dengan diri sendiri". Tak pun "Alah, kau ingat perempuan bertudung tu baik? Dia nak sembunyikan love bite tu." Paling best dia tak bertudung tu mula bukak cerita pasal tudung sebenar dalam Islam tu tak macam yang perempuan zaman sekarang pakai sebab tu dia tak nak bertudung =_=" Seriyesli semua alasan di atas tu tak boleh nak di integrate langsung.Alasan Alasan Alasan!
Hakikatnya takut hipokrit nak ikut perintah Allah tu sebenarnya ayat ego kita kepada Allah secara tidak langsung. Kalau nak cerita ikhlas tak ikhlas kita beribadah, even diri sendiri pun tak boleh nak nilai macam mana. Bak kata ustazah aku biarlah orang tu belajar beribadah sebab teman lelaki dia ke kan, lama-lama ikhlas tu datang dengan sendiri sebab tu adalah kebiasaan serta rasa segan dan takut kat Allah akan datang sendiri sikit demi sedikit.
Bab nak banding beza akhlak orang bertudung yang tak baik dengan orang free hair tapi baik tu aku rasa better kau buat bertudung dan baik. Kita bukan sapa-sapa nak nilai amal ibadah semua orang. Sapa kau nak judge orang bertudung tu tak sebaik kau? Dan sapa kami nak judge kau free hair, solat lima waktu complete tapi tak menutup aurat? Kalau di letak sebelah sebelah memang dua-dua salah. Lebih kurang macam makan kari babi. Kari tu halal, tapi bila dah letak babi hukumnya jadi haram di makan. Dua -dua tak boleh pakai sudahnya.
Oh pasal tudung orang zaman sekarang? Aku rasa kira ok masih cuba nak pakai even ehem ehem ehem. Aku tak leh kata "Oi,pakai tudung tapi nampak bontot.pegi bukak tudung kau tu syial!" Dia lebeh kurang macam kalau kau jahat kau kene jadi sejahat-jahatnya. Meaning, kau pakai tudung nampak dada, lepas tu kau mesti minum arak, menyundal, mencuri dan sewaktu dengannya.Gila tak idealogi macam tu? Alasan tu tak make sense seriyes shit! Kalau kau rasa kau tak nak bertudung sebab tak suka style perempuan zaman sekarang pakai tudung please please please kau sendiri mulakan guna tudung macam yang di syariatkan Islam. Benda yang kau cakap tu cuma alasan je weh.
Macam aku ni ha, malas nak cuci tudung setiap hari walhal selendang aku bergantung macam gudang.Dah la yang cuci tu mesen basuh. Alasan je semua tu.
Lepas borak dengan budak Turki tu aku terfikir, sebenarnya kita ni buat-buat lupa tujuan untuk hidup. Ok sila put away word kita kepada aku sebab malas nak layan ego kita yang selain dari aku tu. Tapi yeah, aku lupa tujuan utama aku hidup, mana end point dia.Perhaps aku selalu fikir aku masih muda, walhal, my childhood friend meninggal sebelum sempat ambil paper PMR. Namanya ajal, bukan boleh counting dengan Allah pun bila kita rasa kita nak mati. Fikir, kalau mati esok, mana tempat yang selayaknya untuk aku?
Come on my self, come on girlfriend, jangan ego dengan Allah, sebab nanti time hari counting mulut kita tutup zip ketat ketat. Kita tak boleh bagi apa-apa alasan kat Allah such as malas nak cuci tudung tu waktu tu nanti.Mulai hari ini belajar improve diri dan kita sebat sepak terajang kat setan tu jauh-jauh okey? Tamo dah bagi macam-macam alasan sebab benda tu cuma alasan. ALASAN. Nak aku large kan tulisan tak?ok!
ALASAN!
Nota bulu kaki macam meggie: Hidup ni banyak sangat tempat persinggahan, sampai kadang kala terlupa tujuan untuk hidup -Hlovate-
2 komen indah:
okey, penulisan yang bagus... analogi yang diberikan oleh kawan turki awak tu tepat sangat...
pendapat aku dalam hal ni boleh search dlm blog aku...search salah faham dalam hidup beragama..
Irah
this is awesome
tanx
(^_^)
Catat Ulasan