Why i come out with this issue? Lately Malaysian, especially muslim are too concern about halal and harom. Alhamdulillah! Tapi yang bestnya ramai orang yang take advantage dengan kadar concern yang sememangnya wajib di concernkan. Aku notice sejak zaman mula ada streamyx dan aku mula pandai bermain email, akan sentiasalah datang email yang kata product M ni harom, sebab kunonnya depa buat benda tu dari air mani babi,daging babi,usus babi.Serba serbi dari babi. Bila baca artikel tu dia cerita "SAUDARA SAYA YANG KERJA DI SYARIKAT TU bagi tau...". WTFFFFFF? Awat bukan saudara kau sendiri yang tulis artikel? Kenapa kena kau jadi alwakil?Lepas tu cerita bulat bulat macam tu je. Tak de langsung bahan bukti digital bergambar dorang masukkan babi dalam tu =_=".
Mintak ampun la kan, aku ni apa-apa email berupa harom ni aku malas nak layan. Aku tau sangat style orang kita ni weh. Kalau kedai A maju, mula la bukak cerita, dorang pakai tangkal pelaris. Sedara jiran mak mertua punya menantu punya anak tiri yang bagi tau. Mata dia lut, boleh kalis 6 alam!Dia nampak ha ulat bergelimpangan atas periuk nasik tuh.Lepas tu tambah tambah cerita lagi kan, ayat dia macam ni "ko tak perasan ke time makan benda tu rasa macam lain macam? " Yang tukang dengar cerita sebenarnya tak de rasa pape pon, tapi sebab suka sangat baca harian metrol dan tak nak kalah dengan orang ramai yang ada feeling kuasa mistik tu, dia cakap la "Ha ah Temah, aku tiap kali lepas makan, mesti rasa pelik. Sedap tu sedap. Bila balek je aku jadi pelik!" =_________=" . Pelik betol kan sikap macam ni?
Bak kata pepatah orang kampung aku, thing happen for a reason. Motif dorang buat macam ni selalunya nak lariskan produk tempatan. Produk orang muslim, produk orang melayu. Ayat-ayat slalunya macam "Daripada makan KFC, baeklah makan *tuuut* Fried Chicken, milik usahawan melayu kita."
Waktu aku kat matrikulasi dulu, aku rapat dengan sorang awek ni. She is none muslim. Time tu rasanya baru keluar campus pack yang celcom tu. Alkisah, Celcom datang la buat promotion, aku tak pegi sebab aku malas nak pegi =_=". Habis ceramah tu, my best friend came to my room lepas tu cerita macam ni:
"Actually kan Irah, the price tu sangat sangat murah, tapi promoter tu buat i feel awkward. Dorang boleh kondem Maxis dengan Digi milik non muslim. Nanti duit dari Maxis dengan Digi di sumbang ke Gereja dan Kuil. Kalau betul pun apa masalahnya? Sapa bagi service terbaik, dia lah yang kita pilih."
Seriyes aku malu sendiri dengan statement kawan aku tu. Orang non muslim pandang kita macam agama Paranoid dah! Weh entah lah. Aku rasa kita masing-masing dah besar, dah ada akal. Berita fitnah tu korang sendiri kena pandai menilai. Macam kes Ikea minggu lepas, tu kira ok sumber berserta dengan gambar. Tapi yang kes lain macam "Di sini senarai yang ada adalah harooom sebab tak ada pengesahan dari JAKIM". Aku advice korang pi check status halal tu kat JAKIM dulu, baru kita nak link-link kan ke facebook,spam ke email or twitter instead. Tak pasal-pasal jadi fitnah. Fitnah tu..HAROOOOOOOM =_="
Nota bulu kaki macam meggie: Sebelom makan tu baca bismillah,lepas tu doa sebelum makan. Habis makan tu pulak,kau baca lagi doa selepas makan. Cikgu agama aku cakap, orang makan tak baca doa ni je yang senang-senang nak makan benda kotor tu. =_=" Insya Allah, kalau kita baca doa makan, benda tak elok tu Allah tunjukkan weh, tak payah korang susah-susah bertapa 7 hari 7 malam kat Gua Niah nun nak dapatkan elmu nak tengok kedai tu ada tanam benda ke tak T_____T. Lagi pun Rasul tak ajar kita memfitnah dan sebarkan fitnah.
2 komen indah:
kita sependapat, aku cukup jengkel betul dengan org yg suke percaya fitnah ngan sebar2kan lagi...
dia taktau ke,dosa fitnah tu lagi besar alam dri dosa makan ayam tak semblih?
ini seriusli ayat membebel weh! XD
Catat Ulasan