Sebab aku melayu dan hidup membiak di kawasan yang menggunakan bahasa melayu, aku admit, adalah sangat susah nak terima budaya melayu speaking dengan melayu, terutama kalau kau bukan kelompok anak beranak V.I.P atau lahir kat negara mata colorful tuh. Kalau kau lahir di London, anak V.I.P orang tak heran derrrr. Tapi kalau kau cuma anak kuli macam aku, yang dilahirkan di daerah Lundu,Sarawak, orang akan rasa geli kat kau. Bak kata orang sarawak. "ingga!"
Bila kita fikir balik, kalau kita tak speak english sesama kita, bila masanya kita nak enhance penguasaan english? Kita pileh cuma untuk speaking dengan kaum lain selain melayu? Then bila kita speaking english dengan dorang, ada suara lain pulak cakap " HELLO, kau malaysian, kau kena cakap bahasa melayu. Itu deal kita sejak dulu!". Seee. Benda tu tetap jadi konflik kan?
Kita, kalau ikot bahasa ego, kenapa negara kita julang bahasa negara penjajah? Come on, Japan maju even tak reti speaking. Even cikgu dorang cuma tau yes no je. Kenapa Malaysia bacul sangat? Kalau ikut bahasa ego aku akan cakap "Betol tu." Tapi bila ikut bahasa kemampuan kita, agak-agaknya sejauh mana kita mampu survive?
Kenapa aku persoalkan survival tu? Ok, macam contoh, aku belajar di Universiti, mostly bahan rujukan aku berbahasa English. Cuba kalau aku nak belajar pasal c - sharp programming language, bila search di capaian google, muka surat pertama semua berbahasa English. Frankly said, kalau ada tutorial dalam bahasa melayu pun, mungkin sukar untuk aku proses. Macam contoh Run the system, bila di alih bahasakan jadi "Melarikan sistem. Or Sistem di larikan" Ayatnya macam kau nak bawak sistem tu lari ke mana? =__=".
Cakap ego lagi, "Alah kita buatlah kajian kita sendiri, buat buku dalam bahasa melayu." Once kawan aku cakap macam tu kat aku, then aku jawap balik,
"Sapa nak buat? Kau?"
Terus kawan aku terdiam. As i concern, nak cakap tu senang bhai, cuma macam mana kau nak buat tu. Berapa banyak je orang kita sanggup nak bermati-matian buat research bagai lepas tu nak banggakan bahasa melayu weh? Tengok AF dengan Mentor lagi syok katanya. Lepas tu cerita pasal politik dari pagi sampai ke malam, ngundi nye tak! Lagipun daripada buat research, adalah lagi mulia kita join MLM, copek kaya. Dah la living cost makin tinggi. Cukai jalan kene bayar, tol kene bayar, parking pun kene bayar. Takat nak buat research, bila masa nak kaye ye dak? oh itu bahasa sinis!
Kalau tak pandai bahasa omputeh nanti susah nak dapat kerja. Kalau dapat kerja pun nanti susah nak naik sebab tak reti bergaul nak nak kalau berada di kompeni global. Lepas tu mula la bicara racist, ala kau keje dengan cina memang tak akan naik la derrrr!Walhal sebenarnya diri sendiri tu tak reti nak bergaul, nak lebih productive dan malu sendiri sebab rasa inferior orang speaking kita tak faham sangat. T____T.
Bila fikir balik, tak rugi belajar memahirkan kedua-dua bahasa. Aku tak rasa dengan speaking sesama melayu tu boleh buat hilang bahasa melayu tu, sebab kalau nak mengamuk, guna bahasa melayu la best!Lagipun, di sekolah majoriti subjek di ajar dalam bahasa melayu, cuma untuk 1 mata pelajaran je guna english. Tu pon zaman adik aku si Azahan tu guna bahasa english untuk sains dengan math. Lepas tu dulu aku dengar dorang dah tukar balek ke bahasa melayu. Eh tu aku kurang pasti,aku rasa Malaysia ni negara keliru, dia tak tahu nak guna bahasa apa sebenarnya lepas tu nak tukar tukar tukar, sampai aku pun keliru nak menangkan bahasa apa dalam bicara entry ni! T___________T
nota bulu kaki macam meggie: Aku rasa solution untuk cerita ni, mungkin kita kena set kan minda kita, mahir guna lebih dari 1 bahasa tu adalah sangat cool dan hensem, sebab Jepon maju maju pon pandai cakap bahsa depa je, kita ni multi language. Memang genius la kan? XD
7 komen indah:
org slalu jadikan contoh, JAPANESE PEOPLE DONT SPEAK ENGLISH, TP MAJU.
But there are some problems when communicate to them. Masalah bahasa.
why not if kita bagus dalam english, but at the same time, kita maju macam jepun. senang.
cant imagine if buat thesis in malay. demmit. banyak ney jak la jurnal bahasa melayu. kita x sampei ke tahap macam japan, semua reference book translated in japanese.
sebenarnya ada yang already translated zaman dolok2, tp bila dah diubah sistem pembelajaran ke English, semua ya dah macam dilupuskan. or xda dipakei agik?
eh, ada x anony yang butthurt bcoz using 3 languages in this comment lol.
banda tok endlesssssss issue T___T
aku x paham tol nape orang still nak debate2 english vs malay ni. Bukan Allah dah ciptakan otak kita ni as an amazing thing that is capable of doing many things ke? Ape salahnye kita kuasai byk2 benda at one time? Bukannye otak kite ni bengap sgt, kalo cakap english sket, teros lupe gegile bhs melayu. tu namenye lupe daratan. haha. lgpon byk je bangla, and orang arab terer cakap BM. tak malu ke kite ngn diorang? and here we are debating about which language is most important, padahal kalo la kite nak btol2 kuasai dunia ni as Muslims, kte patotnye kuasai sume jenis bhs la kan? *tetibe merapu pjg2.hahak*
la. apa nak pelik. memang malaysia ni negara yg keliru. cuba bagi aku maksud melayu. sampai sekarang orang tak boleh define melayu tu macam mana. ni pulak bahasa. bagi aku, ko nak cakap malay ke, english ke, manglish ke, it's up to you. asal ko selesa. dulu timbul isu manglish. apasal nak kena campur cakap melayu dengan english. hey, that's just their mother tongue. dah hari2 dia cakap macam tu ngan family dia, ngan member dia. macam orang klntan ckp klntan, orang sarawak ckp sarawak. biar la. tak kan nak paksa dorang cakap bahasa baku. asal diorang tahu cara nak guna bahasa melayu dan english dgn betul, cukup la. tapi to be honest la kan, bagi aku, orang malaysia ni mmg masih keliru dengan identiti mereka.
malaysia negara keliru. i LOike~
sebut perkataan malaysia pun ..bukannya sebutan bahasa melayu malai-sia, tapi meley-sia bahasa inggeris juga maa XD
pentadbiran malaysia sering dalam dilema, antara nak popular atau nak perjuangkan bangsa...
apa salahnya belajar math ngan sains dalam BI ye dak?
aku study uitm, diploma degree english 100%...
sikit pun takda reformis nak amik tau...
@Zulfikar Hazri
sebab yang tu kau sendiri yang pileh, siapa suruh masuk uitm.haha.
weh CTU BM jugak peee, jgnla cakap 100% :P
Catat Ulasan