Tak mampu tipu diri sendiri, aku memang malas study.
Di office aku tak leh main facebook. Bertambah-tambah bosan, jadi pura-pura suka buat latihan tutorial C#. Tapi sejak Sarah dah maju sebab ada henset baru,kami ada hobi baru yakni bertweeter. Jadi aku menghabiskan topup maxis yang jarang digunakan tu untuk bertweeter.
Semalam,aku bukak kitab ASP pulak.Sambil setadi, aku mengadap tweeter mengubat kebosanan. Jadi aku nampak 1 tweet ni bunyinya lebih kurang
"Iklan untuk pekatkan air mani lagi banyak dari iklan meningkatkan IQ"
(kalau tak silap aku Tweet dari obefiend)
Seriyes aku terbahak!
Alkisah, suatu hari di pagi raya ni, kitorang berkumpul kat dapur.Dapur rumah nenek aku sambung terus kat tempat lepak depan tivi. Time tu, adik sepupu aku si Nurul Syafiqah tu kecik lagi, dalam 3-4 tahun kot umor dia. Entah cam mana,time semua orang tengah mengadap tivi, tiba-tiba ada iklan besarkan buah dada. Jadi dengan jujurnya adik sepupu aku tu tanya adik aku
"Abang ngah,tu iklan apa?"
Semua diam tak tahu nak jawap apa. Tiba-tiba masing-masing buat sibuk. Tambah rendang, potong ketupat, tuang air, tak lupa jugak ada yang memulakan aksi mengira duit. Eh,ada jugak yang buat-buat timang anak walhal tadi die sengaja letakkan anak dia di bawah.
Adik sepupu aku pandang adik aku dengan mata yang mengharap. Akhirnya adik aku jawap:
"Dah besar nanti kau tahu lah! " *Waktu ni semua orang pandang adik aku.*
Lepas tu sorang pun tak nak bagi respon apa-apa.Masing-masing kembali tengok tivi.Anak yang di timang tadi di letakkan kembali. =.=" puffffffff.
Waktu tu di zaman second year. Member aku ajak aku keluar. Katanya mahu pergi karok di Sutera Mall. Dalam kereta time tu ada Fizi,Fauzan,Ameer dengan Matli. Kira aku single lady yang sememangnya single lah dalam kereta tu. Time kereta berenti kat traffic light simpang kat Taman Tun Amina tu, kalau tak silap aku bawah flyover tau. Then,ada banyak - banyak iklan.
"Menambahkan kepekatan air mani"
Satu persatu dorang baca iklan tu sambil ketawa. -.-" Eh seriyes aku malu. Tak tahu kenapa. Terpaksa aku buat-buat disable pendengaran.Sebab waktu tu aku masih ada malu-malu sikit dekat dorang,jadi aku diam je. Sekarang ni aku dah berani cakap "Eh behave,ada perempuan " sambil tunjuk gaya ayu wal hal lepas tu Fauzan akan cakap "Eh lupa nokkkkkk, kau perempuan rupanya!" -.-"
Tapi banyak-banyak iklan yang berkait rapat dengan seks ni, aku paling benci iklan malam Jumaat. Ala, yang dia tengok jam, he eh malam jumaat. Lepas tu balik rumah carik bini teros.Rumah gelap, bilik je ada lampu*Terhafal ni kenapa?DEM!*. Lagi rasa malu, bila iklan tu main time tengok tivi bersama ibu bapa. Nak tukar channel ke tak? Nak tukar channel ke tak?. =..=" Ada sapa-sapa nak tuduh aku tak open minded tak?
Anyway, iklan mana kegemaran anda?
Nota bulu kaki macam meggie: Hari ni aku tengok coding. Dah tukar department. Sekarang aku ada 3 kunci locker and aku guna dua locker. Kekwat kan? :|
8 komen indah:
kopi jantan..super power...bla3...lol
p/s dengarlah hot fm untuk iklan ini
" sayang abang dah balik..." "saya di bilik bang" ak pn lpe iklan ape ntah... hohoho
nebengz: hahaha. yang tu pun aku x suka
yang tersebot: Hafal kau ek? ecececeh! hahaha.....
iklan tingkat kan IQ kurang sebab kalau IQ dah tinggi, produk pekatkan air mani takut tak laku. bisnes minded beb. haha.
IRAH HAJERAH AZMAN ~~ wuhuu biase ar bende yang menyampah tu le slalu ingat mueheheh
yaaaaa inilah irahajerah yg aku kenal. thumbs up! hahaha
"syg abg da balik"
"saya di bilik bang"
tutup lampu terus lari naik tangga
demmmmmmmmmmm jadah !
Sogeking: aku x faham gurauan bisnes minded yg kau utarakan.seriyes ni. x faham apa kaitannya
yang tersebut: Yang kegemaran pun kita ingat. EH!!! hahaha..... Tapi aku suka iklan librase lebeh dowh, ala yang adibah noor tunjuk 2 bijik watermelon tu =..='
arc: sila berikan irah hajerah tepukan
wanie: Orang dah kawen pun rasa ntah pape, kitorg yang x ade calon lagi ni apetah la kan?
Catat Ulasan