Kesah SEKS Anuar dorang dok kecoh kecoh kan. H1N1. Mana aku tak maki. Gila tak gila. Dari umor aku 9 tahun dok cakap pasal seks Anuar. Dulu betol la aku tak kesah. Malas nak amek tau pasal kes tu. Dia bukan bekas laki aku pon! Tapi bila beberapa hari di saat-saat pilihan raya yang kononnya semakin dekat ni semakin galak plak media bercakap pasal seks si Anuar tu. Surat khabar here and there. Berita pun sama. I'm telling you, di zaman sekolah dulu aku manusia pertama duduk depan tivi hari SPM keluar, nak tengok orang berjaya dapat berbakul bakul A. Benda tu inspirasi okey. Tapi hari ni bukak bukak berita je seks anuar dulu dia dok cerita. Semakin bengkek rasa hati.
Aku terpikey jugak, issue tu betol ke tak? Imagine dari umor aku 9 tahun dok sok sek sok sek cakap pasal kes seks anuar tuh. Aku rasa baca Berita Hairan sama Utusan Membiol tu sama je lucah macam baca Harian Metrol. Bak kata Fiffy, now a day news paper kena letak cop 18 SX. Berita kat tv pun sama. Rakyat punyalah sakit menderita dengan hutang yang macam macam jenis, dia lagi risaukan issue seks Anuar. Oi, Anuar tu bukan menteri dah weh! Yang kau risaukan sangat pasal seks dia sampai hari hari nak cerita kat paper dari aku yang very inesen sampai ke aku yang berada di tahap umur yang mengenal erti lucah tu apa, apekehal? Anuar kacau kau ke?Ke dia goda ko? Dem. Kalo ko tak gay ko tak kan tergoda. So issue ni tak kan timbol la weh!
Dalam hati baran ni aku terfikir, baek jugak gay memerintah. Almaklom sekarang ni zaman saya gay saya ok. Sekurang kurangnya gay melancap sesama sendiri tak boleh menghasilkan baby. Tak ada issue baby di buang di buang merata-rata macam sampah! Nak buat macam mana, kerajaan yang memerintah kerajaan yang menentang gay tapi tak menentang hubungan zina lain jantina yang mampu mengorbankan nyawa bayi yang tak berdosa. Siap bagi pendidikkan seks lagi ajar rakyat cam ner cover berzina dari mata masyarakat. See, aku dah guna bahasa paling celaka sejak sejak aku active berblog. Seriyesly hari ni aku anger di tahap tertinggi.
Hari-hari rakyat tension di bebani hutang. Masuk universiti terpaksa berhutang. Mujor aku belajar di IPTA, yuran tak mahal. Nasib baik la jugak UTM tu sah sah di iktiraf. Syukur jugak aku ni kena bayar 25 peratus je dari seluruh biasiswa berbalik aku tu. Now the question is, what about pelajar yang ambil full loan PTPTN kat IPTS yang ada tak di iktiraf tu? Belom lama, beberapa bulan yang lepas sebuah kolej swasta kat Perak tutup walhal yuran students dah bayar. Yuran tu pulak loan yang ada charge faedah yang di alih bahasa menjadi bahasa Islamic menyahut seruan kenangan zaman Islam Hadhari (which is mean sebelum ni Islam ni kuno ke weh?Oh lame u Irah, now zaman 1 Malaysia yang memperjuangkan HAK ORANG MELAYU, MENJAGA ISLAM KONONNYA SO NO BIBLE DALAM BAHASA MALAYU EVER SINCE PEMIMPIN PAS BANGKANG ISSUE TU SO DORANG CEPAT-CEPAT REALEASEKAN tuntutan TU and hell yeah di Negara Islam yang sepatutnya kita sebarkan indahnya Islam dia bincangkan Issue penggunaan Allah oleh non muslim bila non muslim dah kecik ati makanya Islam itu yang kejam .hahahahaha. lawak lawak).Sijil tak ada, kolej pun tutup, apa nasib dorang weh? Punya la mengharap masuk IPT nak ubah nasib keluarga, aleh aleh dorang dapat nasib macam tuh.
Orang kata nasib aku baik. Bapak aku Engineer. Bapak aku gaji besar bla bla bla. Tapi orang tak tahu, gaji besar, kena potong income Tax LAGIIIIII la besar. Orang gaji besar ni ye kawan -kawan, banyak kelemahannya. Anak-anak kalo kurang cerdik saheh saheh tak dapat biasiswa yerk. Bila anak-anak tak dapat biasiswa, maka terpaksalah load dengan PTPTN yerk. Bila mintak loan pulak, gaji mak bapak banyak jadi dorang bagi cukup cukup bayar yuran yerk. Kawan-kawan, orang gaji besar tak dapat beli rumah perumahan murah. Nak tak nak dorang kena beli rumah yang serba mahal yer. Dah potong income tax besar, potong rumah pun mahal. Kerja beliau berisiko tinggi, terpaksa beli skim insuran terbaik untuk memberi jaminan kepada keluarga yang anak masih kecik-kecik. Kalau skim terbaik harganya pun harus paling kurang baik. Oh, jangan lupa, gaji di potong untuk EPF ye kawan kawan, penting untuk masa depan. Kereta pun kena bayar jugak. Sekarang kereta biasa cuma boleh sumbat 5 orang. Sumbat lebeh kene saman. Jadi sebab anak ada 5, campur beliau laki bini jadi 7 orang, jadi terpaksa beli kereta baru, size yang lagi besar untuk kegunaan keluarga. Minyak pulak semakin naik harga. Living cost semakin tinggi. See, kau faham tak sekarang every one in dilemma! Sila ubah perspeksi orang gaji besar tu kaya. Indeed i bet dorang ni lagi layak mintak derma dari bersamamu. Ok itu ayat hyperbulak yang last tu.
Sekarang ni issue living cost dan hutang adalah agenda harian semua orang. Even tak kerja lagi orang dah fikir macam mana nak survive. Tengok MLM, teros nak join. Nak buat macam mana, ayat dia cantek. Nak bayar hutang PTPTN. Sapa tahan berutang pak cik oi? Lepas join MLM entah apa-apa, kena tipu, masing masing buat memek muka sedih.
Aku cakap terus terang, rakyat malaysia ni baek. Seriyesly sangat baik. Kita tak ada nak buat rusuhan macam di mesir sana hah. Kita masih waras fikir, effect insident macam tu kepada ekonomi dan keselamatan diri. Kita tak mintak pun kerajaan bayarkan segala hutang piutang kita. Paling lebeh pun kita mintak kurangkan beban living cost kita. Nasib kita, hidup susah kita yang pura-pura mewah ni patut di bela. Masalahnya dalam tension-tension kita dengan beban-beban ni, boleh pulak cerita issue seks anuar jadi cover page berita.Puffffffffffffffff =_=". Gila. Anuar bukan menteri lagi so apekokesah? Even pembangkang menang pilihan raya sekalipun anuar tak boleh jadi PM. Sila la faham. Aku bosan ok?
Nota bulu kaki macam meggie:Seriyesly hari ni aku annoyed sana sini. Kalo typo di mana-mana sila faham. Aku stress hari hari terpaksa terbaca berita 18 SX even umo aku dah 22 tahun :|. Terpikey plak, harian metrol, utusan membiol dengan berita Hairan tak nak plak komen pape pasal statement Rosmah pasal insident di Jepun yang masuk di CNN tu? Oh issue seks Anuar lagi penting dari menjaga nama baik negara. Eh tak apalah.Issue moral rakyat harus di utamakan. Corruption MB Sarawak yang di laporkan di internet tu kita diam diam ok? Nak bincang pun bisik-bisik. Malu. Aib =_=". Cakap pasal seks tak apa. Sekian aku yang emo =_="
3 komen indah:
terbaik yok!
aku tatau bila mentaliti media malaysia nak berubah.
marah sangat....hahahaa
Catat Ulasan