Followers

Rabu, 30 Mac 2011

Mari kita Membudayakan Cantik yang OH! Jangan Cepat di Perdaya :P


Video ni sangat menjadi kegilaan. Ok. MatLuthfi90 memang menjadi kegilaan. Now a day,segala macam AF ke, Mentor ke dah tak relevan ok? Puppet! You have to ikut telunjuk penganjur. Kurang creativity kalau ikot hemah aku. Kau upload lagu / talent kau dalam Youtube, lepas tu untung-untung macam cikgu Shida, orang offer dia belakon. Orang yang kutuk-kutuk dia dapat dosa jerk. Dia dapat $_$ instead of talent dia di asah.


Anyway, hey hey hey, im not going to talk about talent , youtube and wateverrrr. Aku nak cakap-cakap la kan, video ni bagi aku lebih kepada mind setting yang dah di serap kepada kita sejak dari kecik. Yang menyerapkan budaya dan dakyah-dakyah tu pulak media. Media kerap menyerapkan di kepala kita sesungguhnya perempuan cantik harus ada ciri-ciri seperti


1] Anak kacukkan. Melayu celop yang haruslah ada darah mat salleh.
2] Puteh mulussssss. Yang kurang puteh tak cukup la der.
3] Muka harus licin. licin selicin licinnya dari segala jenis noda jerawat jeragat. Kulit muka dinosaur macam aku boleh blah.
4]Kurus. Seboleh bolehnya haruslah lagi kurus dari lidi. Kalau gemok gedempol pulak cuma boleh jadi model Osimo.
5]Mesti pandey spiking mat salleh. 
6]Trendy bergaya rambut mesti blond.
7]Mestilah perempuan yang punya daya keyakinan. Enaf said kalau dengar suara kau boleh bayangkan fizikal dia macam mana hotttt.
8] Mestilah anak orang kaya . Kalau bukan anak orang kaya pon mesti ending dia kawen dengan anak orang kaya tak pun kawen dengan orang kaya itself.
9]Multi talented.Dia harus pandai main guitar ataupun piano. 
10] Semestinya bukan Irah Hajerah Azman sebab Irah Hajerah Azman suka buat ayat perasan cantik -waaaaaaaa- -_-"


Anyway semua senarai terbabit aku amek dari kajian media yang di serap kat minda kita ok? Senang cerita kita memang membesar dengan istilah cantik yang di senaraikan di atas lah. BMI dekat nak underweight dah diet separoh mati sebab takut gemok. Hari-hari merungut kat member yang gemok kononnya dia gemok gila padahal member yang gemok tu mesti feeling dia dah boleh jadi super hero gemok dah -_-". Yang puteh melepak plak feeling hitam yenna. Walhal yenna gelap tu feeling ape ntah kita pun tatau la kan? Yang ada baru sekeping jerawat omaigod risau resah gelisah kecoh dan mengadu kat yang penuh jerawat


 "Nok... mak buruk nok. jerawat mak bergenggam genggam. Mak layak mati je nok dari idop di dunia berjerawat ni."


Walhal member tu ya ampun muka dah tak macam manusia dek kerana jerawat kau tak tau pulak feeling dia bila kau cakap macam tuh? Well, kadang-kadang kita ni suka besar-besarkan issue kecik kat tempat yang tak kena. Konon nak ngadu-ngadu manja,walhal kawan tuh nak muntah meluat mengadu tak tentu tempat dan masa. End up nya masing-masing tension. Si super gemok makan pin kurus bergenggam-genggam sehari. Makan nasik cuma setahun sekali. Nak kurus punya pasal. Yang si jerawat baru pulak turun naik segala jenis saloon, well, dah 1 jerawat orang dah feeling tak nak idop, yang penuh jerawat lagi ye dak? Ngeh, aku rasa stupid mind setting kat kepala kita buat kita jadi paranoid dan hilang keyakinan diri. Yang  untung dalam cerita ni pengusaha bisnes keshantekkan dan media yang buat iklan keshantikan. Yang ruginya kita ni, kaum-kaum perempuan bermati-mati berabis duit sebab nak cantik punya hal.


Bercakap pasal cantik dan mind setting aku ada satu cerita agak menarik happen kat aku dengan Sarah. Well, macam aku cakap dalam senarai tadi, kalau perempuan cantik mesti ada senarai dalam ciri-ciri yang aku cakap tu. Alkisah sem lepas waktu menggagau carik tempat internship, aku hantarlah resume aku dengan Sarah kat one company ni. Company ni agak well known jugak la dalam dunia electronik dan ICT. Jadi tak lama kemudian Human Resource company tu call aku. Suara dia lembut bernada tegas, english dia perghhhhh. Berasap doe henset aku!Nama dia nama melayu. Jadi aku imagine la rupa dia macam ni:


-Kurus, cantik dan bergaya, Kuku dia mesti kaler merah, rambut dia mesti blond.Dia mesti dressing sangat modern. And hell yeah aku mengimaginekan beliau seorang yang freehair. Keh keh. Suka ati aku je kan?


End up cerita, aku dengan Sarah pileh ke Panasonic instead of that company. Jadi secara logiknya kitorang tak kan jumpa wanita terbabit. Tapi nak dijadikan cerita dunia ni tak la besar sangat. Minggu lepas aku dengan Sarah ke MMU Cyberjaya, for Career Fair. So bila tengok company tu, aku dengan Sarah teruja habis. Then ada dua orang yang jaga booth tu. Sorang lelaki. Oh tak menarik la nak cerita. Sorang lagi perempuan.


-big size, berbaju kurung dan bertudung instand. Gaya ya ampun sederhana abes. baju kurung bukan jenis kain satin potongan modern ok? Baju kurung yang ala...biasa-biasa tuh. Memang nampak simple abis la!-


Dah tu aku tengok tag nama perempuan tu, nama dia sama dengan nama hamba Allah yang aku hantar resume, yang call aku dengan Sarah tuh.


Ketawa. 360 degree berbeza dengan perwatakan yang aku dengan Sarah imagine ok? =_=". Last last aku dengan Sarah simpulkan, kitorang ni mangsa mind setting. Keh keh keh.


Sila vote saya untuk anugerah model wanita berbadan badang yang berkeyakinan. lol -_-"


Nota bulu kaki macam meggie: Key word untuk cantik adalah confident. Sekian terima kasih -sila tepo tangan.yeyyyy-

4 komen indah:

ARC™ berkata...

what the.....
adekah ini entry memujuk diri sendiri?lol

Tanpa Nama berkata...

am linking you to my blog :)

blh nk?

Sogeking Kun berkata...

apsal bila aku dengar pasal org kulit itam, aku mesti teringat dekat Mokgobja, watak dalam Looking For A Rain God?..haha

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

arc: Hahahaha. dem. sentap ayat kau sebenarnya.kenape ntah.hahaha
tanpa nama: Eh,sila sila :)
yorke: aku ingat cerita tu. cerita fav aku dlm lite english

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...