Followers

Isnin, 28 Februari 2011

Tanda Tanda movie yang korang tengok tu Super Bosan

1] Mulut mula terkumat kamit membebel bebel itu dan ini yang tak kena pada movie terbabit dari awal cerita sampai ke ending.


2] Mata begitu asyik memandang pintu Exit/Keluar yang berwarna hijau tulisan kaler putih melebihi dari frekuansi kau merenung skrin yang ada di hadapan.


3]Kau pandang henset dan hantar sms kat member-member kau "Hari ini, pada tarikh 30 February 2011, saya telah menonton movie " Bukan Kisah Cinderella" di GSC Midvalley dan ceritanya demmmmmm boring sebab heroin cerita tu cantik sangat =_=".  Lepas tu kau rasa main sms dengan kawan kau lebih fun daripada tengok cerita yang ada di hadapan walaupun sesungguhnya single tegar mostly tak suka mengadap handphone.


4] Kau buat filem sendiri dalam mimpi.


5] Yang bawak setan bersama teman lelaki dan teman wanita pulak membuat filem mereka sendiri. Kau boleh rasa yang seat di depan kau "bergegar" sambil mengeluarkan bunyi yang lebih menghairahkan dari movie yang di paparkan pada skrin. -Astafirullah, jangan la korang try this at home kecuali bersama isteri dan suami yang tercinta. Tak cinta tak payah buat! Nafsu jerk. Eh!!!! dah dah.Next next!-


6] Kau mula berkira-kira nak keluar ke tak. Dilemma kalau keluar rugi sebab dah bayar, tak keluar plak rugi jugak sebab sakit hati menyumpah-nyumpah dari tadi sebab cerita tuh bosan sangat. Tapi kalau cerita tu memang dah f*****g boring, kau tak akan berkesempatan nak pikey pun. Sedar sedar 5 minutes kemudian kau dah ada kat McD sebelah GSC tuh.


7]Balik rumah kau update terus di facebook "Bukan Kisah Cinderella bosan gila. Tolonglah jangan tengok. Lagi best korang baca blog Bukan Kisah Cinderella. Sila like fan page dia yang tak ada fan tuh." Kalau korang kaya raya ada I phone, Android, I Pad dan apa-apa henset berwifi,makanya tak sempat keluar dari panggung wayang korang dah update status tragis tersebut di muka buku dan twitter.


8]Lepas tu update dekat blog yang cerita tu sumpah bosan. Tapi tajuk tetap nak main SEO. "Review Bukan Kisah Cinderella." Lepas tu isik-isik kau kutuk cerita dia lame. Tak ada elemen pengganas. Tak ada awek se cun heroin tu dalam filem terbabit. Elimen elimen wajib seperti berebut lelaki, berebut harta, bergaduh dan bercerai berai pun tak ada. Elemen seram tak ada bunyi tu pun tak ada. Oh jangan lupa, cerita berkenaan yang tak ada agenda di atas katil harus di kritik sama.  Gila bosan cerita yang tak ada element seperti yang di katakan di atas okey? Lepas tu dalam masa seminggu blog ko yang sebenarnya tak pernah ada orang baca boleh dapat traffic sehari sejuta sebab kau pandai main SEO. lol. 


Ok. Tu je. Aku bengang sebab perabis duit tengok Black Swan. Cerita haram jadah apa ntah. membazir duit aku je tengok duit tu. Annoyed. Rasa nak lempang orang semua ada. Ok bye.


Nota bulu kaki macam meggie: Menanti DDR menjemput Pamela Anderson berlakon dalam filem beliau. Eh mana DDR ah? Sunyi jerk lepas dapat 40 juta :|

4 komen indah:

NuruL aTikah berkata...

eh ddr dpt ke target 40 juta tu? senyap je. ahahah

aNdi.Hanin::حنين نظوره berkata...

btl ah,ak pn baru perasan, single tegar memang tak suka ngadap henfon. smpai kena marah dengan bapak sbb call tak dijawab, baru terhegeh charge henfon =_=

.::annemishi::. berkata...

Uisyeee. Dah ada button like. Thank you. ;D

Nazz berkata...

hahaha..sooo sweettt....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...