Ciri - Ciri ada member Single tegar?
1] Kalau kecemasan macam nak bagi tau member kau tu, ikan emas kesayangan dia yang kau jaga mati lemas, makanya kau terpaksa menadah tangan dan berdoa kepada Illahi,
"Ya Allah Ya Tuhan ku, kau bukak kan pintu hati, jantung dan hempedu sahabat karib ku ini untuk menjawap panggilan ni Ya Allah. Hamba mu ini benar-benar terdesak."
Lagi parah kau sanggup solat hajat dahulu sebelum mendail number si single tegar sebab selalunya single tegar ni tak akan bersama handphone terutama ketika berehat. Lagi menyakitkan hati bila si single terbabit perasan proper dengan menyimpan handphone di dalam laci meja dalam keadaan Silent. Sesungguhnya orang single tegar adalah manusia yang sangat annoying ketika kecemasan.
2] "Hye awak. Sihat? Dah makan ke belom?".
SMS serupa ini, sila jangan berangan untuk di balas walaupun kebetolan time tu si single tegar ada di sisi henset. Sah sah dia baca sekali imbas lepas tu dia sambung buat kerja. Kalau tak ada kerja, si single tegar akan tidor balek.
3] Kau jarang tengok si single tegar main handphone terutamanya main sms dan bergayut calling calling. Fungsi handphone bagi si single tegar adalah seperti di sumpah menjadi camera ataupun MP3 player. Dalam inbox si single tegar jugak di penuhi dengan sms sms dari operator handphone yang dia guna, such ad Maxis, Celcom dan Digi.
4] Antara manusia yang tak berperasaan untuk keluar bersendirian shopping, menonton wayang dan sewaktu dengannya. Orang macam ni kau tak boleh keluarkan perkataan " Eh pelik nya. Atleast ajak la kawan kalau ye pon tak ade kapel nak temankan." sebab end up nya akan jadi "Erk... perlu ke sentiasa di temani setiap masa? Tak rasa looser pon jalan sorang sorang =_=""
5] Manusia paling realistic bab bercinta. Kalau kau ada awek, lepas tu kau cakap kat dia " Beb, aku kan actually macam mengharap dengan ex aku yang lama. Macam dah jatuh cinta balek.Nak nak sejak office sebelah sebelah". Single tegar tak akan marah kau dengan statement kau. Sebaliknya dia akan cakap "kau ikot kata hati kau, mana yang kau lagi sayang." muahahahaha. Kiranya kalau kau gadoh besar dengan kapel kau, then kawan baek kapel kau tu si single tegar, insya Allah, dalam masa terdekat kau akan di tinggalkan :D.
6] Boleh jadi manusia yang paling kemas, tapi dalam masa yang sama jugak dia manusia yang paling selekeh dan tak berperasaan untuk keluar makan di pagi hari dengan tak mandi pagi bersama-sama member berlainan jantina.
7] Mempunyai kadar denial yang sangat tinggi tentang perasaan. If happen si single tegar fall in love sekalipun, jangan harap dia nak bagi tau walau kau kawan baek dia sekalipun.
8] Si single tegar berkemungkinan manusia player yang lepas tu nak insaf, jadi setia. Ntah macam mana dia kena main plak. Jadi sebab ego si single tegar dengan tegarnya mempertahankan diri nya dari di sakiti lagi. Berkemungkinan jugak berasal dari family yang entah apa-apa. Yang hari-hari dengar mak bapak bergaduh sampai tahap terpaksa kata "Double itu trouble."
9] Biasanya member berlainan jantina lagi banyak dari sama jantina. Jadi risiko untuk bakal pasangan si single tegar untuk tidak menerima situasi itu adalah sangat tinggi. Jadi daripada tinggalkan semua untuk sorang, baik sorang sorang untuk dapatkan semua.
10] Selalunya menjadi abdi hobi kegilaannya. Macam contoh gila dengan kucing. Jadi masa free cuma untuk si kucing semata-mata.
Ok. Cukup 10. Senang cerita single tegar tu annoying. Eh lupa plak, ciri-ciri single tegar adalah bila kau sendiri takut nak bertaruh macam ni " Sapa dapat kapel dulu, dia kena belanje makan." Sekian wassalam.
Nota bulu kaki macam meggie: Ok ape single? :D
15 komen indah:
kihkih...agak agak single tegar tok akan kapel sik kelak?hehehehe
asal cam banyak point2 ni cam hampir dgn gua...
dem2...
tidak!
=p
deyum. terasa aku. walau x sume ke. heheh. bab henset tu.
henset adelah punca masalah der. mane ade satu hari x dtg masalah dari henset. baik silent je.
adekah menjadi pragmatist suatu dose T-T hehe
jarang sx jmpa pompuan cmni skunk ni..1 dlm seribu kott
"Sesungguhnya orang single tegar adalah manusia yang sangat annoying ketika kecemasan."
hahahahaaha..
uh, aku pun termasuk jugak kot kategori single tegar nih.
err, can u put button like at the end ur post? ;P
Dye:memungkinkan manusia paling sweet bila dapat perhaps.
nerves: Aku rasa org single tegar semua lebeh kurang jer
rei: tau x pe weh!
Acuss: aku lah 1 tuh xD
Anne:arrrrrr.nanti aku ubah coding. bila freee giller nanti
Irah!! ciri2 tu sikit2 ade kat aku.. cane?? T_T
irah..
aku pon xkesah peg tgk wyg sorg2
n shoping sorg2
aku dikire single tegar jugak ke??
semua ciri2 tok ada kt kamek. kehkehkeh
Fizie: ha ah. siap luqman mengadu kat aku "irah...aku call apis x jawap." hadoi! haha
zetty: Tapi yang lain kau x ade. kau ada 1 je. so x di kira :D.
fiffy: kita duak kan lebeh kurang.wakakakaka
teringat zaman aku single dlu mmg kluar g klcc sorg2 wehhhh...tgk muvi.... okay pe~ bahagia je :D
ha ah weh. bahagia je weh. Ke singapore shopping sorang2. :D
point yang last sekali tu macam aku jer... xD
tahniahlah! teruskan usaha anda utk kekal single :D
Catat Ulasan