Kita rasa orang yang ada di sekeliling kita bukan yang terbaik untuk kita. Kita mula mencari orang lain yang kononnya boleh buat hati kita puas. Boleh buat kita kata "Kau sangat memahami aku." Padahal sebenarnya orang yang dikatakan sangat memahami tu baru je di kenali, dan orang yang selama ini kita kongsi susah senang, yang sabar dengan setiap kerenah kita, yang risau sakit pening kita, di abaikan. Bagi kita orang tu cuma pengacau. Bagi kita orang tu buat kita terikat dan punca segala kegagalan yang hadir dalam hidup kita. Walhal, selama ini orang itu sentiasa memberi kekuatan kepada kita, dikala kita rasa lemah dan tak terdaya. Di kala kita putus asa, si pengacau itu teguh berdiri di sisi kita, memberi semangat untuk kita terus berjuang.
Orang baru yang di katakan bagus, yang di katakan serasi, apabila berdiri lama-lama, hati mula merintih. Oh bukan ini yang aku cari. Bukan seperti ini kehidupan yang aku mahu. Tapi hati manusia ada ego. Orang yang di tuduh pengacau mulai di rindui, namun hati ego sentiasa menidakkan yang hak. Yang baru nampak jelak, tapi demi ego senyuman terus di ukirkan, walaupun nada kelat jelas terasa di sebalik senyum. Rasa rindu mula terpahat di hati pada si pengacau, tapi demi ego, si pengacau cuma di pandang sepi dengan pandangan benci, melindungi kebencian hati akan kesilapan diri sendiri.
Pengacau itu boleh jadi orang tua kita yang menjaga dan mendidik kita sejak dilahirkan lagi. Membesarkan kita dengan sepenuh kasih sayang selagi mereka terdaya. Boleh jadi si pengacau itu teman teman karib yang selama ini setia mendengar segala keluh cemuh yang keluar dari mulut kita. Boleh jadi pengacau itu pasangan kita, yang sentiasa berada di sisi kita, tak kira susah dan senang. Mungkin juga pengacau itu kerjaya kita, yang memberi rezeki kepada harian kita, yang memberi kemewahan dan harta benda kepada kita.
Pengacau tak akan dihargai selagi tidak pergi jauh dari pandangan mata, yang di jerit tapi tidak sampai pun suara kita, itu adalah adab orang yang lupa diri. Apabila si pengacau pergi, baru menyalahkan diri sendiri kerana tidak menghargai si pengacau. Mula sedar, sesungguhnya bahagia yang di cari sentiasa ada bersama kita di sisi. Cuma kerana sikap enggan menghargai, bahagia yang sangat indah itu gagal di kecapi.
Sedarlah bahagia itu bukan sesuatu yang perlu di cari. Bahagia itu akan datang, bila mana kau menerima buruk dan baik seseorang itu seadanya. Bahagia itu akan kekal apabila kau sentiasa menghargai dan bersyukur dengan KurniaanNya, walaupun yang datang pada kau cuma bencana hitam yang maha kejam di mata orang lain, sebab hati kau percaya, ubat itu pahit, dan pahit itu penawar bagi segala penyakit.
Belajarlah menghargai setiap insan yang hadir dalam diri kita, walaupun kadang kala menyakitkan hati, namun sifat manusia itu tiada yang sempurna. Mungkin pada kau orang itu sangat jelik, tapi tanpa sedar, si jelik itu yang menyokong kau selama ini untuk terus berdiri megah di kedudukan yang kau ada sekarang. Ampun maaf dari hati yang jelik kepada si pengacau yang sangat menyayangi diri.
Nota bulu kaki macam meggie: Nota ini untuk semua kesayangan aku termasuklah kamu. Aku tak punya 24 jam untuk sentiasa ada di sisi kamu, mendengar rintihan dan keluhan kamu. Aku cuma mampu pandang kamu dari jauh kerana masa dan jarak. Kamu tahu sapa diri kamu, si pemburu bahagia. Dan aku doakan, semoga kau sedar bahagia sentiasa bersama kau, kerana kau anak yang dilahirkan dalam bahagia. Cuma untuk kau sedar atau tidak, itu cuma terpulang kepada diri :)

2 komen indah:
kita hargai orang, orang akan hargai kita balik...
bermakna betol post ni T-T
Catat Ulasan