"Over tu time rehat kau nak buat kerja!"
Makanya aku terpaksa mengharamkan diri dari buat kerja. Fokus pada makan. Tengah hari kena makan makanan berat. Sebelum tengah hari sarapan, lepas tu makan benda untuk di kudap untuk mengelakkan mata dari mengantuk. Petang pun sama. Aku bet time balik di UTM nanti mesti member-member aku meraung-raung kata
" Omaigod Irah, kau makin berisi. semakin comel. Semakin tembam. Rasa nak picit picit pipi kau." Blushing sendiri *Dem, bajet masih bayi orang nak buat macam tu. Muahahaha.*
Kira ok la internship ni. Ada dua orang lagi team dari UTM. Actually 3, sorang tu awek Turkish. Tapi sebab aku Speak Manglish dan sangat tak fasih dengan TurkLish, jadi aku gitu-gitu je lah dengan dia. Stakat hye hye bye bye.Lagipun dia budak engineering, makanya di tempatkan di department lain walaupun hakikatnya kubikel dia berhadapan dengan kubikel aku. Lagi dua orang tu budak Security dan Networking. Chinese. Dorang sangat selalu kata "Irah hen Mei". Ok tipu. sangat tipu fakta tu. Haha. Actually dorang sangat semangat nak didik aku dengan Sarah supaya kitorang boleh berbahasa mandarin. Siap emailkan a few word kat kitorang. Aku dengan Sarah jadi sangat teruja lepas tu kitorang beli buku darjah satu bahasa mandarin kat MPH One Utama memandangkan MPH kat Alamanda tak cukup besar untuk kitorang duduk bersila mencarik buku. Lol.
Rutin aku hari-hari lebih kurang jerk. Pagi-pagi tepat pukul 6 pagi jam henset aku berbunyi. Maka menjadi kewajipan untuk aku bangun lepas tu off alarm and roll some more. Dalam dekat-dekat nak 6.30 pagi atau selalunya lebih, aku bangkit ke jamban dan kemudiannya gosok gigi, cuci muka dan amik wuduk. Kalau lepas solat subuh before 6.45 pagi, aku jogging dulu. kalau tak aku jogging ke bilik mandi dan mula fikir nak pakai baju apa ke office . Ngeh, tipikal ladies.
Lepas bersiap, atleast tepat 8 pagi aku dah ready nak ke office memandangkan aku kena naik dua bus untuk sampai ke destinasi. Bila naik bus pergi balik Cyberjaya, aku kadang-kadang feeling macam kerja di afrika, kadang-kadang feeling ada kat Bangladesh, kadang-kadang feeling kat Tanah Arab, kadang-kadang rasa macam di Indon, tapi most of the time aku rasa cuak sebab banyak orang asing dalam bus. Nak nak bila balik dari office time petang-petang. Tiba-tiba aku je aku feeling putih sebab di keliling dengan orang malam. Ngeh.
Bus tak berenti depan Panasonic. Aku kene turun kat belakang bangunan DHL. Actually kalau nak dekat, better rentas guna DHL. Tapi pak guard dia kekwatttttt sangat. Dengan muka ala-ala berkuasa aku kene halau dan di suruh patah balik sebab tak boleh lalu lalang di situ. Mesti pak guard tu terlebih tengok CSI or baca komik Conan. Kononnya aku cuma pura-pura lalu lalang di situ. Tapi hakikatnya aku nak musnahkan syarikat tu dengan memecah masuk kompani bla bla bla. T________T Malas nak buat novel di sini. Makanya aku kene guna LONG cut untuk ke office. *nangis*.
Selalu nya aku sampai before jam 9 pagi. Jadi aku akan sarapan dulu. Lepas sarapan aku tengok jam, bila nak lunch. Lepas lunch aku kira plak jam, bila nak abis office hours. Tiap-tiap malam pulak aku kira, bila nak weekend. Tiap kali cuti weekend plak aku kira - kira nak buat lawatan kat mana. Senang cerita sekarang aku feeling career women lah. Balek kerja lepas mandi dan buat apa yang patut, aku tengok tv. Tak pun tidur. Kepala aman. Even banyak kerja di office, aku tak ada esaimen. hoyey. Pura-pura terlupa sebentar yang aku ada hutang se sem dengan UTM. Lol.
Ok lah, tu je report aku minggu ni. tak larat eh nak merapu meraban. Balik rumah selalunya aku terkulai layu. Nak makan pun tak larat.Tiba-tiba aku terfikir, mesti dah kerja nanti aku lagi kurus dari zaman belajar sebab tak lalu nak makan malam akibat terlalu penat ~..~".puffffff.
Nota bulu kaki macam meggie:Minggu lepas lurus dua hari aku ke TS. Tak sempat nak rehat weekend. Minggu ni aku nak rehat ever since Aina nak datang sini minggu depan xD.
2 komen indah:
:D simpan aktiviti ko minggu ni.. bawak ke minggu depan..yeah!!
dah sampai one utama, tak reti reti nak singgah rumah aku ke? <.<
lalala~
Catat Ulasan