Followers

Jumaat, 28 Januari 2011

Ini adalah Definisi Gayat Dan Tak Berani.

Dalam hidup aku, ada beberapa fear factor yang aku takut nak buat. Pertama, makan bawang. Paling aku pantang, bila makanan tu bawang dia tak di blander. Kalo potong buat hiasan, aku paling x suka di potong halus halus. Susah aku nak buang dari pinggan. Pernah sekali aku pergi kat restoran buffet ni. Then aku amek lah sejenis makanan ni. macam sedap. jadi aku melantak sampai habis sepinggan. Nak di jadikan cerita adik aku gatal tangan selidik di sebalik makanan yang sedap tu. Maka dengan gembiranya beliau tunjuk tu bawang besar.


Terus aku muntahkan makanan tuh. Ish.


Aku gayat tinggi. Waktu zaman matrix dulu, bila kelas di tingkat 4, dan blok tutorial tak ada lif buat aku jadi manusia paling tension. Seriyes sampai je tingkat 3 kaki aku dah menggigil-gigil. Naik kapal terbang aku ok je sebab aku jarang nak tengok ke bawah. Kalau tengok bawah sekalipun aku rasa selamat sebab kapal terbang tu  tertutup kiri dan kanan. Tak macam tangga kat matrix tu, ada besi penahan kiri dan kanan jerk. Pergh, kalah gayat aku!


Penakut aku boleh tahan jugak. Aku jarang nak tengok cerita hantu. Kalau tengok sekalipun, aku akan tengok di tengah hari dengan tingkap yang terbukak *lepas tu aku kutuk cerita hantu melayu macam F**k ~..~" * Pernah sekali di fakulti, member-member aku pasanglah cerita congkak sementara tunggu next lecture. Aku duduk diam diam je kat blakang dorang, tumpang tengok sekali. Entah macam mana aku terlebeh feeling lepas tu aku termenjerit. Ish ! Tengah hari buta pulak time tuh =_=".


Once kan, waktu tu zaman first year, aku tension sangat sangat. Jadi aku paksa Sarah dengan Zetty temankan aku bersedekah di Danga Bay. Lepas tu aku poyo poyo berani nak naik roller coster yang pusing tak tinggi tu. Lepas tu roller coster tu melalui rumah hantu yang sah sah tak ade hantu memandangkan di bulan Ramadhan kan. Aku yakin aku sangat berani. Dengan hati yang maha excited aku sangat tak sabar nak tunggu roller coster tuh bergerak.


Ok,roller coaster tu bergerak masuk. Aku jerit, ada hantu gantung gantung. Ok aku tau tu hantu palsu but then aku tetap takut. Pufffff. Jadi aku terpaksa buat keputusan untuk tutup mata sepanjang 3 kali benda alah tu berpusing. Ngeh. Sampai sekarang cerita tu masih jadi koleksi terlawak sepanjang aku study kat Skudai tu ha...


Aku pernah baca buku motivasi, kalau nak jadi creative, kita kena buat sesuatu dari kebiasaan kita, macam contoh tak makan bawang jadi kena try makan bawang. Minggu lepas aku keluar dengan kawan aku, si Izmil dan Zafirah ke Time Square.Sampai je kat TS tu aku terus ajak makan. Zaf ajak makan di Subway. Tengok gambar aku macam gerun. Bawang tuh!. Oh tak apa. Nak jadi creative kena buat sesuatu luar dari kebiasaan. Makanya aku order dengan gembira. 




Walaupun sedih tengok gambar bawang! Jadi aku terpaksa keluarkan arahan:
"Tak nak bawang"
Seriyes tak boleh masuk. Lepas tu tak jauh dari bawang aku tengok ada tomato. E, tu lagi satu benda yang aku takkan makan. So aku kata tak nak tomato. Oh jangan lupa, timun pun ada. Ish, jeruk pulak tu. So aku tak nak timun jugak. Ntah macam mana staff die bengang lepas tu dengan kasar nya cakap macam ni


" Bagi tau apa yang awak tak nak!" pergh sentap! Teros feeling nak nangis. 

Lepas makan kitorang decide nak bermain manda di Berjaya Theme Park. Almaklum, Zafirah baru habis finalkan. Aku iyakan jerk. Nak creative kena buat luar dari kebiasaan kan? Tempat first yang kitorang pergi hari tu adalah kat roller coaster. Semangat ok! Siap berangan nanti nak tunjuk gambar kat Sarah dengan Zetty aku berani naik roller coaster dan tak tutup mata.


Tapi end up dengan aku cuma berani tengok roller coaster. Naik nye haram aku berani ~..~" . Aku cuma mampu memberi lambaian iklas tapi jauh kepada Izmil dan zafirah *menangis*.

Kat situ aku main semua mainan yang tak banyak tu kecuali DNA Mixer dengan roller Coaster. Benda first aku naik, Space Attack. Pusing 360 darjah. Sumpah lepas tu aku mengigil-gigil dah. Oh ye, sepanjang benda tu berpusing haram aku berani bukak mata. Rasanya Ooort Express je aku berani bukak mata sebab benda tu laju bodo bodo je. Yang lain heh ~..~" Ok, aku memang looser. Anyway sangat best cuma aku tak kan triy lag, even nak ke Genting pun tak hakan :D. Sekian terima kasih . Terimalah koleksi terbaik dari DSLR Sony dan Henset Sony mahal si Izmil tu :D 


Aku dah mabuk hokey! ~..~" Sangat tak power rangers

Benda ni laju je. Seronok gila  xD
Lepas main amik gambar dan pose Gedik. Teros aku ilang pening. ngeh xD
Mereka single lagi. Kalau berminat aku boleh tolong adjustkan 
Di kiri tu single tapi tak available. lol!

Nota bulu kaki macam meggie: Berangan nak naik KLCC .ngeh. Katanya!


9 komen indah:

Luke berkata...

nek kl tower ar klu nk jd creative.. hahah..

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

kalau aku berjaya naik aku tag kau. seriyes ni :| kalau aku tak nangis2 kat lif la xD

yang tersebot berkata...

waaa ku pun gyat jugak... tpi bukan gyat kat bnde tinggi tpi bende yang dalam.. mcm lalu kat gerigi longkang tu.. woo gyat oo rse mcm nk jatuh huhuhu

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

Tu pon aku gayat jugak. dem! ~..~

Zetty Illyani berkata...

irah
bnd yg kt danga bay tu pusing 5 kli la
haha
asl sarah xikot ko g maen2??

NISA KHAIRI berkata...

memang fear factor betul...mcm2 takutnye..hehe..kak nisa tak takut tempat tinggi,tp takut benda2 yg panjang mcm ular..tu sume gara2 pas ular tenggek atas perut haiqal masa tdo dulu...nasib bekla x dipatuknya haiqal..huhuhu

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

zet: Aku keluar dengan kawan aku
kak Nisa: Oh, benda tu pun irah takut. aaaaaaa

abeslah ~..~"

Rei L Ðan‡e™ berkata...

haha , apsal ko x naik dna mixer ? :p

zafirah zakaria berkata...

i baru baca ni irah...haha...thanks2 buh nama i ye...haha siap promote kitorang lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...