Followers

Jumaat, 31 Disember 2010

2011: Berazam Untuk Berazam

Asal tahun baru je azam.Asal azam je tahun baru. Aku ni hari-hari berazam. Nak tido aku berazam tak nak miss suboh. Tapi harus aku hari-hari miss, cuma syukor lately aku pandai bangun pagi sebelum 6 setengah even aku tido lewat malam. Lepas tu hari hari aku berniat nak pakai tudung, tapi lepas tu, esok azam lagi. Sama macam bila aku berada di UTM, hari hari azam nak buat esaimen lagi setengah jam, masalahnya lagi setengah jam tu aku berazam untuk buat lagi setengah jam, lagi setengah jam aku tambah lagi setengah jam. Sampai ke sudah, last last aku buat last minutes -eh, tu azam ke bertangguh namanya ah?-


Dulu lepas clash dengan ex zaman sekolah yang paling last, aku berazam nak carik bakal ex di next stage. Well, memang aku tinggalkan ex aku sebab aku bajet aku akan blaja jauh dari dia. Kalau tak aku, dia yang akan curang. Lagipun cinta zaman sekolah dengan kanak-kanak macam aku bukannya boleh pakai sangat. But then bila di matrikulasi, aku rasa macam nasib je boleh kekal. So aku tangguh cita-cita tu, tunggu masuk di Universiti. Bila dah masuk di alam U ni, aku try la jugak, beberapa orang aku cuba bagi peluang. Lepas tu aku come up dengan 1 conclusion, benda tu kacau study aku. Tak pasal-pasal merana pointer aku time second year. Sekarang aku hidup dalam ketakutan dengan masa depan sendiri. Jadi untuk masa sekarang, pelajaran adalah keutamaan, soal pasangan tolak ketepi. Alah tipah, kalo pun aku kapel sekarang, even tak ganggu study pun, tapi kalau lelaki tu dah bukan jodoh aku, macam pointless je berchenta bertahun-tahun. Bazir masa dengan credit aku jer. Tuh tak dengar lagi umpat cerca orang ramai. Ouch bencik. Biar la handset i sunyi. Tak aper,jimat credit! Aku rela tadah telinga dengan member-member cerita pasal boipren dengan scandal-scandal mereka. Aku selesa idop macam ni. -Adakah ini membawa maksud aku sudah semakin matang? Wah!-


Cuma sekarang, aku concern dengan beberapa benda, macam contoh aku akan habiskan study tak lama lagi. Jadi banyak benda aku kena fikir, macam contoh menguruskan rumah tangga.Menguruskan rumah tangga tak bermaksud aku dah fikir bila masa aku nak anta anak ke sekolah. Dem, aku tak se advance tu berfikir *ke sebenarnya aku ada terfikir? :P*. Tapi ye lah kan, aku terfikir gak, bila masa aku nak cuci baju, kemas rumah, masak, nak rehat dan nak enjoy? Paling-paling aku risau jadual riadah aku. Aku tak nak jadi manusia obes tapi aku bencik diet wanita-wanita perasan gemok yang skip makan pagi, skip makan petang, skip makan malam sampai anarox tu. Aku perlu bersukan! Tapi aku perlu rehat. Oh, rumah perlu di kemas. See? Time cuti-cuti macam ni boleh lah aku bangun pagi dan kemas rumah segala. Jadi azam aku untuk internship ni aku kena latihkan diri untuk jadi cergas.


Banyak benda aku kena fikir, almaklum, aku tempoh study aku tinggal setahun lebih *sebab jadual baru IPTA -menangis lagi-* Jadi aku rasa azam aku tahun ni adalah untuk berazam setiap hari.keh keh keh. Sekian setel .


Nota bulu kaki macam meggie: Berazam untuk jadi matang -ketawa- *cantum kening* Eh, aku seriyes ok!

Memori 2010 Sebagai Seorang Blogger


Hari ini macam hari dalam sejarah sebab aku nak tulis tulis untuk program segmen dari bloggers lain. Well, aku sangat kurang gemar menulis sesuatu mengikut tajuk, macam contoh, zaman sekolah dulu cikgu suroh aku tulis pasal kucing kesayangan, sumpah aku tak boleh nak tulis sebab aku tak sayangkan kucing. Kalau Kuching ye, tanah tumpah darah ku. Tapi memandangkan tajuk dia kena pada jiwa Bye bye 2010, jadi aku mau kongsi memori aku sebagai seorang blogger.

Well, blogger bagi aku adalah orang yang menaip kat blog dia, sama ada orang baca atau tidak itu belakang kira. Jadi kalau adik kau umur 14 tahun yang ada blog dan cuma bercerita mengarut-mengarut pasal game PES tu sebenarnya jugak seorang blogger. Jadi sebab blogging ni sangat common, maka aku tak rasa up lah ada blog. sama feeling aku main facebook.

Aku bukak blog ni lama dah,tapi aku aktif dalam tahun ni. Aku tak  banyak kenal bloggers as a person. Kalau ada pun kawan baik aku macam si Fiffy ni yang aku kenal sebelum dorang tulis belog lagi. Ada jugak senior yang aku kenal sebab blog, macam abang senior aku, incey Azhar. He is a very nice abang senior. Sama macam kawan baek beliau, Incey Hanis yang agak rajin layan kerenah macam-macam si Irah Hajerah ni.  Instead, I do meet sorang reader aku kat UTHM,kebetolan aku ke sana sebab nak tengok konsert Hijau.  Then, aku pernah jumpa Nabil Potter sebab mintak tolong tampalkan poster teater, ever since he's my senior di UTM. Jadi as a conclusion, sepanjang aku berblog untuk setahun ni aku cuma jumpa 4 orang insan baru di alam realiti. Oh betapa unfamous nya aku di muka bumi ni but anyway who cares kan?

So far, aku tak pernah di serang incey anon yang cakap benda bukan bukan. Instead aku kurang gemar type sesuatu yang agak berbunyi sensitif. Pernah sekali, ada satu entry ni, aku tulis bukan niat nak malukan sesiapa tapi iyelah, hati orang kan? Jadi yang terasa tu massage dan marah-marah aku. Aku mintak maaf dan delete terus entry tu. Lepas tu aku agak berhati-hati bila menaip. Jangan sampai mengaibkan orang walaupun niat kita nak tegor jer. Tegor-tegor is ok. Jangan nak merapu meraban cakap "ah perempuan ni memang slut sebab pakai baju nampak tetek".*lepas tu display gambar perempuan tu dengan tetek terdedah without sensoredkan wajahnya! woot!* Oh Oh. Itu not so Irah :p. Aku kurang gemar judge orang tak tentu pasal, cuma dalam beberapa issue, macam saya gay saya ok, aku sangat tak open. Ok, will never lah nak open T____T.

Benda yang buat aku mencarut sepanjang membelog ni adalah apabila macam aku cerita di entry ni. Ok aku malas nak buat sinopsis.nanti entry lg panjang aku merepek -repek. 

Yang buat aku terharu sepanjang aku aktif berblog tahun ni bukan sebab orang yang aku tak kenal cakap dia suka baca blog aku, or ada traffic hit dengan keyword 'irahhajerah','Bukan Kisah Cinderella', erk itu aku terharu jugak la. Ye lah yelah, sangat terharu. Tapi yang buat aku terharu terduduk dalam hati bila kawan baek aku cakap "Irah, kamek suka baca blog kitak". or "Nok, belog kau sedap di baca nak nak nota bulu kaki macam meggie tu". Seriyesly tak payah di paksa kawan baik kawan baik aku baca belog aku *menangis terharu*.

Even aku suka berbelog macam merapu-merapu, tapi aku suka jugak bagi nasihat lite-lite. Aku tak mampu nak ada di sebelah dorang setiap masa, aku tak mungkin boleh nasihatkan dorang 24 jam, aku tak boleh nak geletek dorang sampai ketawa time dorang sedeh dan tension. Jadi, bila kawan baik aku kata dia stress dan ketawa baca aku merapu-rapu, aku super terharu. Lagi terharu bila dorang share link blog merapu ni kat facebook. Ada tu siap promote macam tadik. Aku rasa blog aku bosan. Dah la panjang-panjang, tapi ada org nak baca. Ngeh, slama ni aku feeling aku syok sorang je membelog.



Sini cerita cinta Peah. Tapi statement tu di petik dari di sini. Eh, trime kasih la kawan baek :P

So far, aku tak berniat lagi nak membelog secara feeling gengbloggers. Maksud aku nak pergi ke mana-mana gathering, arrr. tak kot. Aku dengar esok ada gathering di Midvalley, alah, sepelaung je dari sini *mentang-mentang dah explore tempat ni.keh keh keh*. Aku tak pernah kenal any bloggers yang active as a person, paling lebih pun si lelaki panda ni. Tu pun takat komen lite lite di facebook. Kiranya kalau aku pergi gathering pun aku macam syok sendirik jerk. Tak ada orang kenal aku. Aku pon tak kenal sangat orang lain. I kan si pemalu *keh keh keh.lempang laju laju*. Jadi aku letakkan cukup setakat di sini boundary aku dengan orang lain.Ada rezeki kita jumpa di dunia reality . Lagipun bumi ini bulat :).

Nota bulu kaki macam meggie: Sebelum blah, aku nak jawap misteri nota bulu kaki macam meggie ni. Asalnya aku letak nota kaki. Lepas tu Sarah post kat status YM, bulu kaki bergolong macam meggie.Aku rasa ayat tu macam sedap.Rasa macam meggie hokey! Jadi aku buatlah tag aku jadi "Nota Bulu Kaki Macam Meggie" sebab nak bagi jadi originality.lol. Jadi malam ni sapa-sapa yang pening dengan kewujudan nota bulu kaki macam meggie ni boleh lah tido lena noh! :P

sapa nak join mengimbau kenangan last dengan blog tahun 2010 neyh meh sini

Khamis, 30 Disember 2010

Lelaki, Awas Ya Kalau itu Coach Merah Jambu =)

Sudah sedikit tenang selepas ketegangan 2-3 hari ni. Well, sekarang aku di Putrajaya, tinggal serumah dengan 5 pelajar UNIMAS. Aku je the only one dari UTM. Rumah ni 3 bilik. Tapi aku dapat bilik single sebab dorang tanak tido dalam bilek ni. Mulanya aku ingat nak letak barang dalam bilek ni, lepas tu nak tido kat bilek sebelah. Tapi sebab bilek dorang mengadap jalan raya, jadi aku dengan rela hati tido sorang. Tu pon aku tak boleh tido sebab super bising *menangis*. 


Memandangkan aku mula melapor diri 4 Januari 2011, makanya untuk seminggu ni aku melongo sorang-sorang sebab housemate dah start intern awal bulan 12. Dah tu aku lately tak reti bangun lewat. Habis lewat aku terjaga pun pukol 6.30 pagi. Jadi untuk mengisi masa lapang aku sapu, mop,cuci jamban, cuci bilek mandi,lap tingkap, buang sampah, bersihkan tong sampah. Pungut + cuci pinggan mangkuk, hari-hari aku buat ok. Malangnya pukul 10 pagi semua dah settle. Nak masak haram lah aku reti. Menangis nanti kalau aku cerita edisi aku try masak di rumah ni.


Jadi untuk mengisi masa lapang untuk beberapa hari ni, makanya aku explore KL. Erk, maksud aku explore public transport dari sini ke KL. KL aku kenal, tapi public transport haramnya aku pernah guna. Jadi hari selasa, aku buat kerja gila jalan sorang-sorang ke KLCC. Itu adalah pejalanan yang tak di rancang memandangkan pada mulanya aku nak tengok movie di Alamanda tapi sebab Alamanda tak best dan ingin menyahut cabaran "Irah Boleh" maka aku amek bus ke Putrajaya Central. Actually ada bus direct ke Pasar Seni yang lalu lalang di KL Central, tapi sebab masih tak tahu, jadi aku amek bus ke KTM Serdang. Dulu aku pernah tinggal di Seremban, jadi perjalanan KTM aku lagi yakin sebab KTM je yang aku pernah guna *gile manje budak neyh *___* *


Alkisah di KTM, time naik train ke KL Central tu, aku duduk kat coach pink untuk wanita *wah,feeling dewasa aku guna word wanita untuk diri sendiri. heh.cacat * Time aku naik train jam dalam pukul 2. Jadi dalam train sangatlah tak sesak kan. Dah tu, time aku duduk tu, aku perasaan ada dua orang lelaki sasa feeling wanita dalam coach tu. Aku rasa annoyed. Feeling macam ada lelaki masuk dalam toilet perempuan hokey. Tapi sebab lelaki tu berbadan besar,which is lagi besar dari aku yang agak besar ni, jadi aku diam diam sudah. Buat tak tahu dan melayan perasaan. Aku notice, tak ada sorang pun yang tegur lelaki -lelaki itu. Jadi aku assume, lelaki tu sebenarnya tomboy, jadi mari jangan ambil peduli?


Aku rasa kerajaan kene senaraikan guna bahasa iban, bidayuh, kayan,dusun dll kot baru dorang ni nak faham *____*


Lepas abis aku jalan jalan kat KLCC tanpa tujuan dan haluan mahupun mengeluarkan duit untuk shopping, maka dalam pukul 5 aku membuat keputusan kembali ke pangkuan Putrajaya. Bila sampai kat KL Central, baru aku ingat time tu orang balik office, sumpah sangat sesak. Dalam hati aku menyumpah-menyumpah dah. kalau tau aku amek ERL yang 9.50 one way tu *berair mata. Kalau nak guna pun waktu malam kalau balek lepas pukul 8 malam.* Jadi dalam sesak-sesak tu aku masok ke coach pink. Coach tu warna merah jambu, aku sangat suka ok!Dah tu entah macam mana ada sorang lelaki masuk dalam coach tu.


Nak di jadikan cerita, ada sorang nyonya ni mulut dia sangat bising, dia tegur lelaki tu dan membebel-bebel kat lelaki tu mempertahankan yang coach tu cuma untuk perempuan. Last-last lelaki tu tak tahan. Dengan muka yang macam dah tebal, lelaki tu keluar dari train. Lelaki tu keluar je pintu train dah tutup. Dalam hati aku bersorak, syabas auntie syabas, auntie tu sangat cool dan sempoi. Keh keh. Aku bet kalau semua wanita macam auntie tu, mesti lelaki-lelaki seluruh dunia gerun dengan coach pink. Silap hari bulan, mungkin mereka fobia dengan warna pink. =p


Nota bulu kaki macam meggie: Hari terbabit menyedarkan daku yang rabun aku memerlukan cermin mata sebab aku x boleh baca label perjalanan pada bus :(. Lepas tu mungkin aku alah pada air kat sini. Kulit aku dah macam sangat scary. Kulit mahal ni memang akan jadi macam ni setiap kali datang ke sini dari dulu lagi. Lagi tragis, dah berapa hari aku tak boleh tido sebab bising sangat. Seksa jiwa dan batin. Tiba-tiba teringat kat UTM T_________T.

Pot Pet Pot Pet Irah Hajerah

Finally result rasmi UTM dah keluar. Alhamdulillah pointer sem ni naik sikit walaupun tak cecah 3. Sipi-sipi sebab ada 1 subjek dapat C. Terpaksa berpuas hati lah sebab aku ramalkan aku kene repeat subjek tu. Syukur jugak total pointer aku maseh 3. Berpuas hati untuk melaun macam aku.


Syukur dengan kurniaan Illahi, walaupun tak sampai target, tapi sekurang-kurangnya untuk sem ni graph aku naik sedikit. Start dari tahun kedua semester pertama, result aku jatuh mendadak, and so untuk semester ke dua. Aku rasa tahun ke dua ni tahun paling banyak menangis. Seriyesly sangat unhappy, tapi macam yang aku pernah cakap dulu, Allah sembunyikan matahari disebalik hujan dan bila hujan teduh, pelangi akan menghiasi bumi. Terima Kasih banyak-banyak kat Sarah and Aina sebab banyak bantu aku lawan rasa sedih, and finally, semester 1, Tahun ke 3, even lagi kerap tak sihat dari sem sem sebelumnya, aku boleh lulus. Tak de korang memang result aku terjun ke gaung T____________T.


Aku ada baki 2 semester. Semester terakhir kembali ke UTM dan Semester depan, start 3 Januari 2011, aku praktikal di Panasonic RnD Cyberjaya. Hopefully, result semester ni jadi pendorong untuk aku buat terbaik di sem-sem hadapan. Lagi setaun lebeh *ye..sebab kerajaan buat cuti summer(walaupun Malaysia ni memang summer sepanjang mase kan!),tak pasal-pasal jadual aku tarik ke depan, waaaaa abes degree umor 23 tahun.Rasa macam tua sangat -menangis-* lepas tu aku nak clash dengan UTM. Ngeh.


K la, malas nak merepek bukan bukan, nanti kalau rajin aku cerita aku buat apa di Putrajaya ni. K. bye.


Nota bulu kaki macam meggie: Aku stress 2-3 hari ni sebab cuti summer 4 bulan tu. Cuti 2 bulan lagi aku mati kutu, inikan plak sampai 4 bulan. Nak layan perasaan dulu lah.

Isnin, 27 Disember 2010

Sekarang ATM Card adalah Sangat Tidak Selamat Walaupun pin Number adalah Random Number.

Aku tak tahu sekarang ni macam mana. Tapi waktu kali pertama buat card ATM dulu di Maybank pada tahun 2007 *keh, ayat nak spesific jerk.haha* number pin aku guna pangkal depan number IC aku. Lama jugak aku gunakan number pin tu. Almaklum, number IC, senang nak di hafal. Dalam tahun 2009, kawan baik aku yang study di UK tu cerita, kat UK, number pin tak boleh berasaskan tarikh lahir kita untuk security. Secara logiknya, kita letak IC dengan card ATM dalam dompet. Oleh yang demikian, bila dompet kita hilang, orang akan bet number pada IC kita adalah number pin kita sebab tu number yang paling kita hafal.


Jadi kurang dari setengah jam, aku pergi ke semua bank yang aku ada akaun untuk tukar number pin ATM. Aku guna random number yang tak ada kaitan hari jadi sesiapapun termasuklah mak bapak, adik beradik,kawan baik, teman lelaki *eh sejak bila ade?* bekas teman lelaki,bakal laki, bakal mertua, dan bakal anak-anak aku. Lepas tu, aku x guna potongan number telefon sapa-sapa pun, sebab si pencopet tak semestinya orang yang kita tak kenal. Kadang-kadang orang yang dekat dengan kita pun bukan boleh dipercayakan sangat! Jadi kiranya random number aku agak selamat la kalau si pencopet jalanan yang cuma tau copet dompet orang, pergi bank dan keluarkan duit. Almaklum, pin number aku kan random. 


Sejauh yang aku tau, ATM card yang ada sekarang adalah debit card. Maksudnya, bila kau pegi ke gedung yang ada tanda Visa dan master card, ko cuma perlu layangkan debit card ko kalau ko rasa malas nak keluarkan duit. Sangat effective untuk beli barang yang mahal dan ko rasa tak selamat nak keluarkan duit banyak-banyak untuk beli handbeg harga 600 yang aku berkenan kat Alamanda semalam *_*. Aku sendiri pengguna tegar debit card sejak kes duit tercicir di Bukit Indah dua semester yang lepas. Sangat mudah dan tak perlu risau dengan bill bulan ni berbanding kalau kau guna credit card. Jadi bagi shoppaholic yang tak suka beban hutang credit card, debit card yang ada sekarang adalah penyelesaiannya.
Tapi, menurut pemerhatian aku, card ATM yang ada sekarang kurang selamat walaupun kau guna random number untuk ATM card. Sejauh yang aku perasan, sepanjang 2 hari berturut -turut aku guna debit card sebab malas nak keluarkan duit, cuma semalam, kat Carrefour Alamanda je yang cashier dia mintak aku masukkan pin number. Maksudnya, yang lain, macam di Parkson dan Pizza Hut,The Mall yang aku pergi sehari sebelum semalam cuma ambil card aku, layangkan di mesin dan bagi resit. Senang cerita, dorang tak mintak pin number aku pun. Kiranya, walaupun ATM card kau guna random number, tapi benda tu belum menjamin keselamatan duit simpanan kau. Sesiapa, termasuk orang yang paling rapat dengan kau boleh ambil ATM card kau, pergi shopping complex, beli macam-macam lepas tu bagi Card ATM kau , lepas tu dia sain dan blah. Sedar-sedar esok hari kau nak withdraw duit, akaun kau kosong.


Kalau orang keluarkan duit kau di ATM machine, atleast ada cctv kat situ kau boleh tengok sapa yang durjana tu. Tapi dalam kes debit card ni, kalau kau nak tengok CCTV kat shopping complex tu pun belum tentu membantu sebab ada banyak kebarangkalian orang keluar masuk. Mungkin kau boleh sangkal ayat aku, kononnya bila lepas bayar kite perlu tanda tangan. Tapi sejauh yang aku perasan, aku tanda tangan dan dorang terus ambil resit dan bagi balik card aku. Dorang tak buat perbandingan pun pada tanda tangan kita tu. Mungkin pihak atasan ada bagi arahan, mintak pelanggan tunjuk IC dan bandingkan tanda tangan since mesin card tersebut tak memerlukan pelanggan memasukkan pin number. Tapi percayalah, yang di arahkan tu manusia. Bila dah tengok pelanggan banyak-banyak, dia naik rimas lepas tu buat assumption yang pelanggan yang ada adalah manusia yang super jujur orang nya. Kalau pelanggan tak ramai pulak, nak ngumpat dengan member pasal boss adalah lagi penting dari bandingkan tanda tangan pelanggan yang bagi die merumitkan kerja dua-dua pihak tu. 


Kesimpulannya *dem, aku rasa macam type journal dah!* aku terpaksa menyimpulkan sistem perbankkan di negara kita kurang cekap dari segi keselamatan. Security yang di pandang sejauh yang aku perasan cuma penggunaan sistem online yang merumitkan pengguna dengan security yang tak perlu tapi security yang perlu di abaikan. Macam contoh, macam aku cerita awal-awal entry ini, penggunaan tarikh lahir dan number telefon adalah not forbidden, tapi, when it come to online, aku jumpa beberapa procedure yang tak perlu tapi di adakan yang merumitkan pengguna dan menyusahkan web programmer, macam contoh:


1] Pemohonan TAC number bagi maybank. Aku tak faham keperluan untuk pelanggan terpaksa ke kaunter untuk registerkan number telefon. Benda tu sangat melecehkan manusia yang kurang gemar keluar di siang hari. Mungkin natijahnya takut nanti aku masukkan card atm mak aku, lepas tu aku masukkan number telefon aku, so then aku boleh senang-senang guna debit card mak aku untuk any online payment. Tapi aku rasa benda ni boleh di avoid dengan forbid number telefon dan tarikh lahir pelanggan. Erk, tak tahu lah kalau Maybank berfikiran jauh, kononnya customer akan bagi random number kat orang lain, lepas tu orang lain boleh salah guna. Tapi pada mesin ATM kan ada cctv? T_____T Perlu ke tak aku terangkan sekarang flow cerita cctv, lepas tu kita nampak "Oh, laki aku yang guna card ATM aku untuk memohon TAC number guna phone number dia? Lepas tu dia guna card aku untuk beli boxer online tanpa izin aku. Oh suami durjana." Haaaa. macam tu?


2] Aku dengar cerita, online payment CIMB kau tak boleh copy and paste number akaun orang yang kau nak masukkan duit. Macam contoh, seorang bapak kepada 10 orang anak ada 10 senarai akaun bank anak dorang. Sebab dah cukup time si bapak nak masukkan duit kepada 10 orang anak tu. Bayangkan lah bapak tu kena taip setiap number akaun anak-anak dia! Aku tak rasa copy and paste number akaun yang kita masukkan duit tu ada masalah security -.-'. Sistem yang baik adalah system yang smart, memudahkan pengguna yang malas tapi dalam masa yang sama keselamatan pengguna tu terjamin. Itu adalah apa yang aku belajar dalam subjek Human Computer Interaction di tahun satu dahulu. =_=". Ever since aku bukan pengguna CIMB, so aku malas nak mengamok lebeh-lebeh ~..~". 


Aku rasa kalau orang kuat institusi perbankkan yang terbaca entry ni, kot kot la kan tersesat ke blog ni sebab carik cerita bogel yang tak wujud tu, mungkin  you guys kene maksud security dari prospek yang menyeluruh, bukan sekadar menekan kan kepada security online banking yang macam secure dengan mendatangkan procedure yang tak perlu. =______=".


Nota bulu kaki macam meggie: Mungkin bagi sesetengah orang, perkara yang aku taip tadi macam remeh. Macam malas la fikir. Biar lah! Tapi harus di ingatkan, setiap hari, tanpa sedar kita berhadapan dengan risiko. Tujuan untuk menyimpan duit adalah bertujuan untuk meletakkan duit kita dalam tempat yang selamat. Persoalannya nya sekarang, dengan issue debit card yang kebanyakkan nya tidak memerlukan code number, adakah simpanan kita berada dalam keadaan yang pasti selamat? :) Itu adalah suatu persoalan .

Sabtu, 25 Disember 2010

Perjalanan ke Bangi Yang Penuh Pancaroba

Sepanjang aku study di Tanah Semenanjung since tahun 2007, which is waktu di zaman Matrikulasi Pahang dulu, aku tak pernah rasa susah payah perjalanan dari tempat aku ke tempat aku belajar. Waktu kali pertama di zaman matrikulasi dan di UTM, Tuan Bapak aku akan ikut sama menguruskan segala-galanya. Harap aku nak uruskan semua tu? Heh tak payah, aku tak boleh di harap.


Waktu nak isi borang UPU kali ke dua dulu, mula-mula aku ingat nak study di Kuala Lumpur since aku biasa dengan tempat tu. Tapi bila fikir balik, perjalanan dari airport ke setiap campus macam leceh. Mula-mula naik bus dari airport ke LCCT, lepas tu amek train or bus. Kalau naik teksi secara logiknya parah kau nak bayar kalau sorang-sorang. Waktu aku di Matrikulasi Pahang dulu hidup aku agak senang lenang jugak. Dari Airport Kuching, transit di KLIA lepas tu ke Kuantan. Airport Kuantan ke Kolej Matrikulasi Pahang plak tak la jauh sangat. Teksi dalam RM 30. Jadi aku fikir nanti nak carik campus yang tak jauh dari Airport. Jadi usha punya usha, aku jumpa UTM dekat dengan airport, maka UTM choice pertama aku. lol.


Alkisah, lagi seminggu lebih aku akan internship di Panasonic RnD, Cyberjaya. Untuk 1 semester aku akan tinggal di Putrajaya. Memandangkan harta benda aku di rumah Sarah kat Bangi and kitorang nak pergi kenduri esok, jadi aku bermalam di rumah Sarah dulu untuk sehari. Jadi sebab feeling orang dewasa, kali ni Tuan Bapak aku tiada di sisi menguruskan perjalanan kecuali hantar ke Airport Kuching. Lepas tu pandai-pandai aku la nak teruskan perjalanan di mana. 


Dugaan bermula di Airport Kuching. Waktu tu penumpang lain dah berbaris untuk menaiki pesawat.  Entah macam mana aku rasa macam nak berak. OMG nokkkkk. Seksa aku ok! Memang time tu aku bukak lagu persimpangan dilema dalam hati. Perasaan macam mak bagi pilihan, nak Ashraf Muslim ke Farid Kamil. Tahap berpeluh dahi aku nak buat pilihan. Jadi aku ikut gerak hati masuk terus ke pesawat. Sumpah ni kali pertama aku tak bercakap dengan orang kiri kanan dalam flight sebab feeling tahan berak. Tidor pun tak mampu. Yang mampu aku buat semoga cepat cepat sampai ke destinasi.


Bila sampai ke LCCT, aku teros ke toilet. Orang pulak ramai. Sebab malas nak tunggu, aku terus naik bus ke Nilai. Bus tu dari LCCT-KLIA-NILAI. Aku plak tatau cerita, kene tukar bus kat KLIA. Jadi aku tak turun dari bus time first time berenti kat KLIA. Aku bajet aku satu-satunya manusia nak ke Nilai. Kau faham tak perasaan syok sendiri tuh? Skali bus pusing ke LCCT balek, baru aku tergerak hati nak tanya. Ciss, sebab tu je aku dah bazir masa sejam nak tunggu dia pusing balek ke KLIA.


Pusingan ke dua, sampai ke KLIA. Bila tukar bus, tiket tadi hilang sebab aku terbuang. Maka suka tak suka, chenta tak chenta aku kene bayar another 3 ringgit menjadikan harga ke Nilai 7 hengget. Bila dah dekat INTI Collage, baru aku tersedar, sebenarnya mana nak stop ni? Kalau ke KL Central, aku tau la macam mana suasana dia. Jadi aku tanya orang sebelah aku. Malangnya dia tak bagi respon bila aku tanya mana KTM. Then aku tanya orang kat belakang. Dia plak cakap dia kurang pasti. Seriyes aku feeling nak nangis. Last-last aku call adek aku. Slamat lah sampai kat station bus di Nilai.


Dah sampai kat station bus di Nilai, aku terkial-kial carik KTM. Then, kebetolan ada sorang Pak Cik Tua serba putih turun dari bus yang sama dengan beg yang besar. Dia nak ke Seremban. Jadi kami sama-sama carik KTM.Waktu jalan tu pak cik tu tanya aku dari mana nak ke mana. Jadi aku cakap aku dari Kuching nak ke Bangi. Aku sangat unfamiliar dengan Nilai sebab selalunya guna KL Central. Waktu beli tiket tu, pak cik tu dengan baik hatinya belikan aku tiket ke Bangi. Aku pulak dengan hepi go lucky nya amek dan ucap trime kasih tanpa tengok tiket tu. Bila dah sampai ke station Bangi Baru aku sedar, sesungguhnya tiket tu ke Bangi, bukannya ke UKM. Akhirnya aku redha dengan ketentuan Illahi ~..~''. Rasa nak berak tadi berlalu pergi. Hati aku di langgar kegundahan. Nak keluar aku malas nak tunggu next train. Akhirnya aku redha....


Sampai di Station UKM. Pak Cik yang bertugas kat situ tahan aku sebab aku terlajak 1 station. Aku buat muka blur yang konon-kononnya tak perasan *gaya macam aku tak bersalah*. Mungkin sebab kesian sebab aku nampak macam noob sangat-sangat, jadi aku cuma perlu bayar seringgit je. Tak lama lepas tu, Sarah amek aku kat station UKM. The rest is history. =P


Nota bulu kaki macam meggie: Ni baru sikit duka yang tak suka ni. Tak tengok lagi hidup time intern nanti. huwaaaaa :(

Rabu, 22 Disember 2010

Ini pulak Pengakuan Saya Free Hair , Saya OK.

Sasterawan negara, Shahnon Ahmad pernah berkata,kenali diri,kenali segala. Bagi aku, ayat itu lebih kepada kita harus mengenal pasti setiap potensi positif dan negative yang ada pada diri kita supaya kita lebih maju ke depan. Macam contoh, aku seorang yang sangat terang hati dalam menghafal, jadi untuk aku ingat lokasi shopping complex itu adalah perkara yang tak susah *_*. Walau bagaimanapun, aku akui yang aku sangat bengap dalam mengira. Jadi walaupun benci, aku terpaksa terima hakikat yang matematik itu sangat penting, terutama bila melakukan urusan jual beli di waktu sale. 


Jika kamu pernah tonton youtube Azwan Ismail, bertajuk "Saya Gay,Saya ok", beliau menginterpret ayat tersebut sebagai : 


" jika kita mengenali diri kita,mengenali tubuh kita, mengenali perasaan kita,mengenali pemikiran kita, kita berhak memberitahu orang lain siapa yang kita ingin jadi, dan bukannya mereka."


Jadi di sini pada pandangan aku mind set sudah bertindak. Jika kita cuba menyelami dan mengenali perasaan serta pemikiran kita, kita dengan sendirinya tahu yang mana satu betul dan yang mana satu salah yang ada pada diri kita. Macam contoh, perasaan tak pernah nak kalah dengan orang, dan pemikiran sentiasa ingin menjatuhkan orang lain dek kerana enggan kalah dengan orang. Secara logik akalnya, adakah perlu untuk kita mengakui yang diri kita bersifat hitam seperti itu? Macam contoh, kawan kau dah naik pangkat, jadi kau dengan lantangnya kata  "Celaka kau Peah, macam mana kau boleh naik pangkat dulu dari aku? Macam ni esok lusa aku fitnah kau,supaya kau kene buang kerja." Beb. Sila jangan jadi gila!


Bagi aku, tak semua yang ada pada diri kita, kita perlu terima. Macam contoh, krisis diri aku sendiri. Aku kurang gemar bertudung. Itu semua orang yang membesar dengan aku tahu. Walau aku berada di aliran agama waktu zaman sekolah dulu, tapi aku agak selalu keluar tanpa menggunakan tudung. Itu pengakuan aku. Tapi adakah aku perlu menerima dan memahami diri aku yang tak nak bertudung tuh? Jawapannya No! Menutup aurat itu wajib. Bukan sekadar bertudung. Tapi bahagian lain kena di sembunyikan. Aku wajib menutup aurat. Itu perintah Allah. Jadi aku tak boleh berdebat dan tak patut memasukkan pengakuan ini di Youtube dengan mengatakan,


[gambar dari googleImage]


"Saya free hair dan saya ok. Saya berharap wanita free hair di luar sana tabah dalam menghadapi dunia free hair ini.Mereka yang bertudung tidak memahami krisis diri yang ada pada diri kita yang freehair ini. Saya harap, wanita free hair di luar sana menerangkan kepada sahabat handai dan kaum keluarga bahawa anda sebenarnya free hair dan mereka harus menerimanya".


Hari-hari aku ingatkan kepada diri sendiri, menutup aurat itu wajib, walaupun hati aku rasa macam *puff.. aku mangsa dunia fashion*. Jadi perlahan-lahan aku paksa diri aku mulakan dengan bertudung. Mula-mula bertudung bila keluar shopping dan pergi sekolah. Lepas tu bila di matrikulasi aku paksa diri bertudung sepanjang aku berada di Kolej ATLEAST dan bila di UTM, aku cuma tak pakai tudung bila aku jogging dan bila waktu make up untuk perform. Now, i try my best untuk bertudung bila berjogging. Bagi segelintir orang, kenapa payah sangat? But as for me, i try my best! Dan bila orang bagi ceramah aurat kat aku, aku diam dan senyum. Terima kasih sebab sudi tegur, insya Allah, aku akan berubah perlahan-lahan.


Bagi aku, aku tak ada hak untuk jawap balik dan menegakkan hujah kenapa aku free hair. Bagi aku, benda tu menampakkan lagi kejahilan aku. Sapa aku untuk cabar hukum Allah dan mempertikaikan dengan kata-kata berpandukan kuasa suara hak asasi manusia? Orang tegur cara baik, aku terima dengan cara baik. Tapi bila orang caci dan tengking aku sebab  pakaian aku, aku angkat kening, terutama kalau yang tegur tu lelaki yang merokok dan pakai seluar pendek atas lutut.


Macam kes lelaki terbabit, beliau mengakui beliau gay. Dia terima dia gay dan dia tak cakap pun dia ingin berubah ke jalan yang betul. I mean, kalau dia nak berubah, dia takkan bagi motivasi gay kepada kaum kaum gay yang lain kan? Aku bukan Tuhan untuk jugde people. This is only my opinion. Pada pandangan aku, lelaki berkenaan memahami dan mengakui diri beliau gay, dengan kata lain, beliau sudah setkan minda beliau bahawa beliau adalah seorang gay. Gay bukan membawa maksud "happy" ok. Gay dalam context ini adalah tarikan terhadap kaum sejenis iaitu lelaki minat dengan lelaki.Dalam Islam, perkara terbabit salah.


Kadang kala kita terlalu obses dengan idealogi hak asasi manusia, sedangkan, bila hak itu haram dalam agama, jadi kenapa perlu di persoalkan? Aku bukan menaip atas dasar aku wanita suci dari dosa. Tapi sekurang-kurangnya, please dont pertikaikan suruhan Allah with word.Kita bukan sesiapa. Kalau sekalipun kita jahil dan enggan mengikut suruhan dan perintah Allah, memilih untuk ke simpang di larang masuk, please jangan tunjukkan sangat kejahilan kita dengan menegakkan bahawa tindakan salah kita itu adalah betol, dengan alasan orang tak memahami situasi kita.


Nota bulu kaki macam meggie: Semua orang buat salah,dosa dan keliru. Cuma persoalannya, adakah kita akan sentiasa perlu berada di fasa salah, berdosa dan keliru? 

Selasa, 21 Disember 2010

Kisah Si Kembar

Orang kata seronok ada anak kembar. Selalunya yang kata macam tu orang yang tak ada anak kembar. Aku tak ada anak yang kembar. Ye la kan. bakal laki pun tak ada, jadi harus lah aku belom memproses anak lagi.*_*. Tapi adik bongsu aku kembar. Perempuan.Umur 5 tahun.


Macam anak pelarian kan? T___T



Waktu tu umur aku 16 tahun, di tingkatan 4, mak kata dia pregnant lagi. Gila sentap ah.... Nak dapat adik lagi. Nak-nak adik perempuan -.-'. Well, before ni aku sorang je princess in the house. Bila mak kata baby dalam perut tu kembar, aku tak la suka bersuka sukaan. tapi dalam hati nak kata padan muka Rashid ii sebab skali 2 orang adik ko dapat. Hamek kau. Jatuh dah saham kau manja. Lepas ni kau tak boleh over-over. Hah gitu. Mulia kan kakak macam aku?


Sepanjang mak pregnantkan si kembar ni, macam kesian jugak la kat mak. Mak sorang kena bawak dua orang baby dalam perut. Nak jalan pun macam susah. Memang kesian habis. Aku nak bermanja-manja dengan mak pun payah. Memang saheh mak takkan layan. *actually itu yang lagi tragis*. Jadi bila mak dah besalin aku rasa macam lega sangat walaupun yang lahir tu baby girl *padan muka aku.waaaa*.


Waktu kali pertama tengok babies tu, aku senyum riak, well, aku jauh lagi comel sebab mata aku sepet, kulit aku lagi puteh *hahaha. Motip!* kalau nak di bandingkan dengan budak kembar kulit warna kelat-kelat dan mata tak sepet. Dah la lahir dengan rambut yang tak ikal. Memang tak secomel aku lah .Jadi aku senyum sendiri dengan gembira kerana tahta comel memang milik aku sorang. *udah-udah la syok sendiri Irah!!*
Budak berdua ni banyak buat kitorang ketawa. Bukan pasal dorang suka melawak. Tapi sebab status kembar dorang buat kita rasa lawak. Ye la, waktu kita lahir, saheh lah mak kita tak payah kongsi. Kalau nak menyusu susu badan tu, tak payah tunggu giliran, tak macam dorang. Semalam, waktu nak pergi rumah uncle aku, aku dengar si kembar ni berbincang pasal duduk dengan mak.


Adik: Lepas ni saya duduk dengan umi, kakak duduk dengan Pak Nek.
Kakak: Ok lah ok lah.


Bila mak aku masuk dalam kereta, aku tengok si kakak tolak si adik sebab dia nak duduk sebelah umi. Adik dah tarik muka. Aku rasa nak gelak terbahak-bahak.Siap komplen lagi si Adik tu yang kakak dia asyik nak duduk dengan mak.Lepas tu aku kat depan cakap macam ni,


"Padan muka ko lahir dengan kembar.hahahaha". Aku memang kakak terbaik di abad ni xD.
He eh.Kantoi gigi beliau xD


Pasal kecelaruan identity tu bukan perkara luar biasa. Nak bezakan dorang, si kakak ni muka dia lagi bulat.Lepas tu kat hidung adik dia pulak ada parut. Si kakak ni manja+ baran+ cepat jatuh sakit, dia memang sejibik macam aku time kecik-kecik dulu. Ok tipu, sampai ke besar aku macam tu -_-". Cuma baran aku dah kurang, tak macam dulu. Si adik ni pulak jenis cool dan pemalu *katanya*.  Sebab pemalu, jadi bila pertandingan nasyid si adik tak join. Bila habis pertandingan, dia tengok kakak dia balik dengan hadiah, maka tanpa rasa bersalah si adik tu lempang kakak beliau dengan alasan kakak dia ada hadiah, tapi dia tak ada hadiah. Sebenarnya si adik tu suka mengganas tanpa sebab -..-'.


Actually waktu kecik-kecik dulu, aku syak budak kembar ni ada masalah kecelaruan identiti sebab bila orang panggil si adik tu as kakak, dia akan iyakan jugak. Samalah dengan si kakak tu. Bila tanya sapa kakak, mesti dua-dua angkat tangan. Aku rasa ni mesti sebab semua orang selalu panggil dorang random, lepas tu salah orang termasuklah mak aku sekali membuatkan dorang keliru dan dorang ingat dorang adalah orang yang sama. Kesian. Kecik kecik sudah ada masalah kecelaruan identiti.



Pernah sekali, salah sorang dari si kembar tu sakit, jadi mak aku dengan confidentnya bagi ubat dekat si anak yang tidak sakit. Si anak terbabit meraung raung menangis tak nak makan ubat dan mak aku sumbatkan jugak ubat ke mulut beliau yang tak sakit itu. Bila setel mak bagi ubat, baru dia sedar, anak terbabit sehat wal afiat. Si anak yang sakit terkebil kebil tengok mak bagi ubat kat kembar beliau yang sihat. Si sihat pulak menangis bercucuran air mata. Aku cuma mampu ketawa. Kesian giller. Bukan skali ok peristiwa macam tu. Selalu jugak kes mak aku nak basuh berak dorang, tapi yang tak berak tu mak aku telanjangkan. Ah. Hadey. 


Waktu dorang lahir, si kakak ada tanda lahir kat badan. Sebab macam payah nak selak baju tiap kali nak pastikan yang mana satu adik dan kakak, jadi mak aku belikan gelang sorang satu. Kakak pakai gelang kat lengan kiri, adik pulak pakai di sebelah kanan. Tapi kanak-kanak ni sangat gatal tangan dan slalu bukak gelang dan campak jauh jauh. Jadi mak kene pungut dan sarung balik. Alkisah sekali ni mak sarung tangan kiri kat budak kembar tu. Jadi lepas tu mak serabut kene tanggalkan baju nak pastikan mana 1 adik dan kakak T__T. Last-last Tuhan kesian kot, dia turunkan bencana kat si adik, dua kali jatuh, hidung dia luka dan tinggalkan parut yang  tak akan hilang. Lepas tu kitorang tanggalkan gelang dorang tu.


Bukan senang nak jaga si kembar ni. Nakal tak tahan. Bila umur dorang setahun, mak cik aku tinggalkan baby dia kat depan tivi. Si kembar plak  elok je main tak jauh dari si baby tu. Entah macam mana dorang boleh geram dengan si baby yang comel dan bulat, maka tanpa rasa bersalah si kakak tarik pipi kiri, si adik tarik pipi sebelah kanan. Adeh!!! Lepas tu,pernah sekali, aku marah si adik, lepas tu kakak dia yang menangis. Aku dah konfius, sebenarnya tadi aku marah sapa? =_=".


Nota bulu kaki macam meggie:Sejak sudah sekolah dorang dah pandai buat teknik penyamaran. Sangat annoying terutama bila dorang ketawa sebab kite pecaya cakap dorang. Haish! Ada rasa mengidam nak ada anak kembar ke lepas ni? ~..~"

Hikayat Bukan Kisah Cinderella || Kisah aku, blog, dan Prinsip

Tak pernah hayat kan aku nak cerita syok sendiri perasan bagus pasal aku dan blog ni. Jadi hari ni aku buang tebiat sebab aku nak cerita pasal belog. Oh, ini sangat geli ok?




Sejarah:
Alkisah sejarah blog ni wujud sebab suka-suka. Sama macam bila orang lain ada facebook, aku pun sign up jugak. Asalnya aku tak mengenal erti maksud follow tu ape. Seriyes aku rasa pelik dengan bahagian follower yang ada gambar orang. Jadi aku abaikan. Aku teruskan hidup menaip menaip dan menaip dengan internet berokband yang hentah hape hape tu. 


Asalnya dulu aku jarang sangat-sangat update blog. Cuma bila lepas something yang betol betol buat hati aku sakit sangat-sangat, jadi aku buat belog macam diari aku. Aku pandang luar tingkap, aku termenung, aku menangis dan aku menaip. So macam sangat geli kan? Bila ada member cakap dia suka entry aku pasal siput babi and he want me to keep it up, dan terus menaip lagi, jadi aku macam ketagih =_=". Bila ketagih tu aku tukar dari Crite ciK-eRah kepada Bukan Kisah Cinderella sebab aku Irah Hajerah Azman. Bukannya Cinderella. =_=""


Tujuan aku berblog:
Macam aku cakap tadi, cuma ikut trend. Tapi lama kelamaan,bila aku tau kawan baik aku baca belog aku, aku jadi suka bagi nasihat kat orang, terutama kat kawan-kawan aku yang jauh dari mata. Aku tak ada 24 jam untuk aku pot pet pot pet ingatkan dorang itu ini pasal hidup ini. Jadi blog ini tempat untuk aku bagi nasihat. Macam contoh, aku sangat sayang maruah perempuan, aku benci perempuan yang terhegeh-hegeh kejar lelaki. Bagi aku maruah itu macam nyawa. Sama macam hati. Aku percaya hati wanita sangat lembut, dan menjadi tanggungjawap seorang wanita untuk menjaga hati dorang sendiri. Dalam aku ingatkan orang lain, ingatan tu actually untuk ingatkan diri aku sendiri supaya sentiasa beringat, hidup ini bukannya mudah.


Jadi kepada sesiapa yang tanya aku pasal dunia blogging, macam mana nak naikkan traffic, macam mana nak main SEO.Sorry, aku bukan tempat yang sesuai untuk kamu bertanya. Bukan Kisah Cinderella cuma blog peribadi yang entah apa-apa. Traffic aku tak tinggi. Readers aku tak banyak. Aku tak pernah berniat pun nak jadikan blog aku sebagai blog kegilaan. Aku rasa blog aku bosan. Aku update ikut suka. Kalau aku tak ada mood, aku takkan update. Dan aku tak fikir target traffic sehari berapa.




Aku bukan Bloggers Hebat:
Sorry, ada sesiapa kenal Irah Hajerah Azman selain dari kawan aku yang baca blog aku? Aku rasa tak ada. Ko rasa blog aku best tak? Aku rasa ikut mood. Kalau betol angin aku, mungkin belog aku macam best. Tapi itu cuma word mungkin. Mungkin aku mungkin tak mungkin pada kamu!


Team bloggers:
Aku cuma guna beberapa webpage berbentuk Team bloggers untuk ping blog dan blog walking bila kelapangan. Sekadar itu antara aku dan dan dunia blogging. Aku tak pernah attend mana-mana gathering dan setakat ni aku tak pernah berminat nak join mana-mana gathering. Lagi pun, aku tak kenal bloggers lain selain dari member-member aku yang ada blog. Paling lebih pun aku suka layan blog mamat ni dan kalau ada benda best kat status dia aku akan komen. He's the only bloggers yang bukan member UTM, bukan member KMPh, bukan member mana-manalah yang aku kenal yang aku suka tegur di alam maya. Jadi secara logiknya, kalau aku pergi mana-mana gathering, aku tak kan ada kawan. Maksud aku, aku akan terkial sorang-sorang dan tak ada orang pun sedar yang aku blogger kan situ =_=".


Taboo aku:
  • Aku pantang kalau orang kata aku bloggers hebat sebab follower aku ada lebeh dari 100. Ceh, aku brani jamin, x sampai separuh dari total tu yang akan datang balek ke blog aku. Lagipun ade je yang follow dengan harapan "Please Follow Me Back". 
  • Oh, aku memang pantang kalau ada orang tanya aku pasal income nuffnang =_=".
  • Aku sangat pantang bila orang mempersoalkan prinsip aku berblog. Erk, come on. Blog is like facebook and sort off. Semua orang boleh sign in dan buat akaun dan type A sampai Z ikut susunan. It is up to u sama ada ko nak baca ke tidak. Prinsip aku, kalau suka aku baca, kalau tak suka aku blah. Aku tak rasa perlu untuk aku type satu entry mengutuk-ngutuk bloggers A macam bagus, cara bloggers B menulis salah. bla bla bla.
  • Aku kurang gemar letak gambar macam-macam pose macam segelintir perempuan lain. Macam sesetengah orang, dia cerita pasal result SPM, lepas tu letak gambar mulut muncung pose kiut dalam toilet. Sorry, aku sangat tak cantik, sangat tak kiut dan sangat photofinished untuk semua itu. Aku takut nanti ada orang terjerit-jerit histeria sebab trauma tengok muka terrible sebab perasan kiut aku tu. Header pun aku guna muka yang di tutup dengan tudung. =_=" . Baca blog aku sebab type type repek repek aku, bukan sebab muka perasan kiut aku. Aku cuma masukkan gambar sendiri bila perlu jerk.

Pengakuan aku:
Dulu aku agak gila update sebab nak kejar traffik, bila dah masuk bulan ke 4 aku aktif berblog, baru aku sedar, aku akan puas buat sumting kalau aku rasa aku rela buat benda tu tanpa paksaan. Jadi lepas tu aku tak kisah pun sampai seminggu tak update blog. Dulu aku agak obses study pasal dunia blogging, tapi bila fikir balik, aku cuma suka menaip dan membebel bebel, sama macam bila kau kenal aku di dunia realiti, betapa penatnya kau dengar aku membebel.



Pesanan aku untuk bloggers lain:
Blog itu macam sejenis diari yang orang benarkan kau baca. Kau suka? sila terus membaca. Tak suka tinggal. Tak semua orang ada prinsip yang sama macam kita. Tak semua benda di mata kita menarik, akan nampak menarik di mata orang lain. Tak semua orang blogging sebab nak kejar Nuffnang dan sekaum dengannya. Terpulang kepada individu.


Nota bulu kaki macam meggie : Lepas ni, please, jangan tanya dah traffik aku brapa sehari. Jangan tanya pasal seo, aku memang tatau apa apa. Blog aku blog peribadi, untuk aku membebel-bebel, jadi tak perlu nak persoalkan prinsip aku berblog lagi lepas ni. Aku dah penat dah nak jawap soalan yang sama berkali-kali sedangkan aku dah berkali kali jugak ingatkan yang aku cuma no one yang menaip blog yang tak banyak orang yang baca.

Isnin, 20 Disember 2010

Petua Hilangkan Sengugut.Kalau anda Lelaki Penyayang Sila Baca xD

Asal perempuan je moody. Asal moody je perempuan. Kalau lelaki moody je orang tuduh lelaki tu pondan. Kalau lelaki tu gagah perkasa macam badang pun kalau buat perangai moody pun orang cop dia lembik. Silap hari bulan orang gurau kasar soh lelaki tu check anu dia, masih ada ke tak lagi. Haish. Betapa sinonimnye moody ni dengan perempuan kan.


Ini adalah gambar bulan yang tiada kaitan dengan Hikayat Datang Bulan


Kalau di cerita pasal moody dan hangin tak tentu hal ni, mesti orang kaitkan dengan masalah hormon dan datang bulan. Kadang-kadang bulan datang minggu depan, tapi minggu ni dah sakit moody-moody tak tentu hal. Ni aku cakap seriyes la. Bukan nak buat perangai mengada-ngada tak tentu hal, tapi bila sebelum datang bulan tu kadang-kadang sakit dia mak aih, tak keruan hokey. Seriyes sangat tak selesa. Pantang orang buat salah sikit, mesti rasa nak terkam. Kadang-kadang rasa tension tak ada orang yang buat salah untuk diterkam. Jadi macam unreasonable nak marah orang.Ke aku je ada penyakit pelik macam tu? 


Bila cukup time dan kiraan pada kelendar jer, bulan tu pun keluar. Bergantung dengan jenis perempuan. Ada perempuan dia datang bulan pun okey.... Steady je, setakat moody-moody sikit. Benda tu normal la kan. Macam baby gak, bila lampin basah dia merengek-rengek menangis. Tapi sebab dah umur cukup untuk jadi mak budak, jadi sangat tak relevant nak menangis macam bayi. Jadi tangisan tu di tukarkan kepada sedikit moody. Jadi kalau anda si lelaki rasa annoyed dengan wanita moody sebulan sekali, sila lah lempang bayi-bayi lelaki yang menangis bila lampin dia basah. Nescaya terapi itu berkesan untuk kepala bengap anda.

Pasal jenis-jenis kesakitan bila datang bulan tadi yang di namakan period pain, ada sesetengah tu tahap tak boleh buat kerja. Seriyes, waktu zaman sekolah dulu aku pernah tendang meja sampai roboh sebab sakit datang bulan yang melampau. Aku syak perempuan boleh jadi hulk lah time kene period pain. ke aku jerk yang macam tu? :P Lagi satu, kalau dalam lecture, pen aku akan jatuh lebih dari 10 kali sebab perut sakit melampau. Imagine, dalam setahun ada 12 bulan, meaning dalam masa setahun 12 kali perempuan kene menanggung kesakitan bila datang bulan! Kalau pun cuti datang bulan sebab pregnant, perempuan terpaksa tanggung sakit bawak budak, yang awal-awalnye kena morning sickness(ala, yang muntah-muntah di pagi hari tu.) Lepas tu kene bawak baby dalam perut ke sana ke mari, nak tido pon tak senang hokey!!! Finally kene tanggung sakit bersalin dan sakit lepas bersalin. Tuh tak kira sakit hati bila kulit kendur lepas bersalin, si suami carik perempuan kulit ketat dan licin. Anak yang di lahirkan pulak durhaka. Hoh. Imaginasi aku cukup tak buat korang rasa nak mintak ampun kat mak?


Eh, aku teremosi sampai tersasar lagi dari landasan. Oleh yang demikian, untuk melawan kesakitan, sesetengah perempuan tu telan pil warna pink dari jenama panadol. Aku tatau macam mana kesan benda tu untuk perempuan yang period pain. Tapi cakap jujur benda tu tak membantu aku langsung. Seriyes. Aku rasa macam sama je sakit sebelom dan selepas menelan pil pink. Jadi aku guna cara lain iaitu bersukan. Tiap-tiap petang aku jogging. Kalau aku period pain pun aku jogging jugak petang tu. Seriyes balek jogging tu sakit aku dah reda. Kadang-kadang hilang teros. Actually macam-macam ubat mak aku bagi, kononnya nak kurangkan sakit period pain tu, tapi haram, 1 pun tak berkesan.
ubat ini walaupun warna Pink tapi bukan kegemaran Irah Hajerah =_="


Jumaat lepas aku tengok rancangan Wanita Hari Ini. Tajuk dorang hari tu Period Pain. Jadi, Puan Artis tanya Tuan Doktor tu, macam mana nak hilangkan sakit period pain.Maka Tuan doktor tu cakap macam ni,


"Kahwin cepat-cepat, lepas tu beranak. Ha, tu paling mujarab nak hilangkan sakit period pain tu."


Jadi aku pandang mak dengan senyuman yang semanis gula.


"Umi, kalau macam tu, orang nak kawen cepat-cepat lah.Lepas tu beranak. mana tau lepas beranak nanti hilang teros period pain dari muka bumi."


Maka Madam Emak pun jawap dengan tenangnya......


"Kawen lahhhhh Along, sapa nak larang. Cuma persoalannya sekarang ade ke orang nak kat awak? Tolong umi masak nasik pun tak pernah!"


Mak... Kata-kata mak memang perit dan menghiris. Terima kasih mak sebab puji dan bagi semangat =_=".


Nota bulu kaki macam meggie: Anyway isteri tu teman dunia akhirat, bukannya hamba cuci boxer! Nak carik suami yang reti memasak la macam ni. Nanti aku tolong duduk di ruang tamu, minum kopi sambil baca surat khabar. Erk!!!

Sabtu, 18 Disember 2010

Kerana Tuhan Untuk Manusia Mengajar Aku Tentang Hidup

Member-member dari IPT lain kebanyakannya dah dapat result untuk semester ni. Aku masih menanti result aku macam tunggu kelahiran anak pertama *eceh,tau tau jer*. Dengar khabar keputusan akan keluar 30.12.2010. Sangat gerun dengan result. Kalau tak sebab aku ada biasiswa, haram aku nak pedulikan result tu. Bagi aku kalau dapat 3 pointer pun, itu cuma keputusan di atas kertas, walhal aku sendiri tau dan sedar mana kebolehan  dan kemampuan aku.
Minggu Orientasi tahun 2008

Sepanjang berada di UTM, i learn a lot of thing.Aku dulu agak tak banyak cakap. Eh fakta macam tipu. Aku dulu banyak cakap dengan orang yang aku betol betol rapat je. Aku sangat tak peramah ok! Kadar ke tidak peramahan buat aku tak ada kawan sangat bila balik kuching. Kalau rumah open house pun tak tahu nak jemput sapa. Selalu aku terfikir dan berfikir, kalau nak kahwin nanti nak jemput sapa ek? Member aku seciput je. Kalau dikira guna 10 jari, masih ada baki jari jemari aku ni ha. 

Sebelum masuk UTM dulu, aku pernah janji dengan member aku, budak arkitek kat UTM gak, nanti bila aku masuk UTM aku nak berubah, aku tak nak jadi aku yang mulut emas. Bila masuk ke sesuatu tempat baru, aku jadi kera sumbang. Aku nak belajar jadi kawan yang baik. Senang cerita aku nak blaja jadi better person yang pandai menghargai orang sekeliling.
Istana Budaya bersama Mahasiswa Sarawak

Bila masuk UTM, aku agak active berpesatuan. Aktiviti pertama aku join adalah career path. Seronok sebab dapat jumpa member baru yang berlainan course. Ingat lagi aku rapat dengan sorang mamat ni, budak Mekatronik. Dia sangat sungguh-sungguh ajar aku subjek Digital Logik sampai end up result aku dapat B. Well, time mid aku gagal subjek tu. So sangat berpuas hati dengan result tu walau cuma dapat B.

Aku sangat inferior dari aku kecik lagi. Aku selalu rasa aku anak hodoh yang gemuk dan tak tinggi. Sebab tu aku sangat takut nak face public, terutama bila naik di atas pentas. Sekolah rendah dulu, kalau turn aku jadi MC, mesti kaki aku gigil-gigil lepas tu suara langsung tak nak keluar. Malu. Aku takut nanti bila suara aku keluar orang baling aku dengan kasut. Sampai ke besar aku macam tu. Bila masuk UTM, aku join Teen n Theater. Ingat lagi perjumpaan pertama, senior nak semua orang berlakon. Mulanya aku sangat-sangat malu. Imagine aku kene berdiri di depan dengan watak artis gedik yang melampau. Tapi bila fikir janji kat diri sendiri nak buang rasa inferior tu jauh-jauh, jadi aku buat selamber dan bawak watak perempuan gedik tu. Lol. Jujur kata aku join teater bukan untuk glamor or sebab aku memang hebat berlakon. Heh, aku stiff kot! Cuma aku nak didik diri aku jangan jadi penakut sangat. Muka tak lawa is not a big deal actually.
Produksi Penunggu Pusaka
Lepas Pementasan Penunggu Pusaka
Penunggu Pusaka
Karnival Mutiara Seni
Pementasan yang Latest

Aku belajar kenal ramai orang. Dari teater, Aiesec, career path, member kepada member. In fact, kawan baik aku, Zetty actually kawan baek kepada Sarah. Even tak sama course mahupun fakulti, aku dengan Zetty boleh berkawan baek. Mungkin sebab antara kami ada  chemistry. Fiffy pulak aku kenal dari teater. Actually aku dengan Fiffy pernah sekelas waktu tusyen, tapi tak pernah peduli each other. Aku dengan Fiffy banyak buat kerja yang handsome, macam contoh berjalan dari kolej kediaman ke McD UTM,jalan dalam gelap time tengah malam or awal pagi balik ke blok yang agak isolated, jalan-jalan tanpa arah tujuan di malam hari kat JB,cuci mata tengok lelaki.
-eh!-

Di UTM aku belajar maksud menghargai orang sekeliling dan bersabar. Jiwa manusia kita mahukan sesuatu yang sempurna. Di UTM aku faham, sempurna itu adalah apabila kita menghargai. Ingat dulu hati aku pernah mengamuk sedih di sebabkan sesuatu peristiwa, tapi akhirnya aku mampu sabarkan hati dengan menerima setiap perkara seadanya. Tak semua perkara akan berlaku seperti yang kita rancang. Belajar untuk bersabar dengan setiap satu kerenah orang.
Zaman First Year Dulu. Lol.
Second year Dulu dulu. Third Year tanak la Upload xD

Lebih kurang 2 minggu lagi aku akan practikal di Panasonic RnD, Cyberjaya. Untuk 1 semester, aku akan tinggalkan UTM, untuk belajar maksud kehidupan ini bagaimana sebenarnya bila sudah meninggalkan campus? Adakah aku akan menjadi semakin tabah? Kadang kala aku getar, takut jika aku gagal menahan setiap tekanan dari pelbagai pihak. Tapi aku yakin, kehidupan aku di UTM mampu mengajar aku untuk tahan dengan tekanan. Insya Allah :)

Nota bulu kaki macam meggie: Akan meninggalkan Kuching jumaat depan. Sebenarnya agak berat hati. Tapi separuh jiwa rasa teruja untuk memulakan 1 lembaran baru.lol. Padahal ada baki 1 lagi sem di UTM skudai tu. Ceh!

Selasa, 14 Disember 2010

Fakta Copy and Paste

Aku syak orang yang buat operating system , yang buat bahagian copy paste tu sebenarnya sangat suka makan pasta sambil minum kopi. Demi kegilaan itu,maka di abadikan kegemarannya dalam system, jadi copy and paste.Kalau aku founder copy and paste, mesti aku replacekan copy kepada Pink, paste pulak jadi merah jambu. Jadi kalau orang suka plagiat entry orang, kita akan sebut "Budak tu memang suka pink dan merah jambu entry orang". Dem. Cacat gile bunyi. Selamat aku bukan founder nya.

+
Erk, sedap ke kombinasi ni? Tapi aku rasa nasik lemak lagi sedap dari pasta.

Nampak sangat aku bosan. Awek-awek semua di Kuala Lumpur. Tinggal Azizah sorang. Sekarang ni aku feeling mak janda di tinggalkan lelaki with no reason *ciss.tak ada kaitan*.Ish. Rasa macam nak kembali ke Tanah Semenanjung 24.12.2010 ni.


Nota bulu kaki macam meggie: Elianto sale. Mari beli make up untuk bukan kali petama! Ada sapa-sapa nak belanjer tak? =P

Isnin, 13 Disember 2010

Hikayat Ini Sangat Sweet Kau Tau!


Gula-gula ada macam-macam rupa dan perisa. Gula-gula rasanya manis. Tak kira kalau gula-gula tu perisa masam-masam manis sekalipun, tetap jugak ada rasa manis.


Ini pulak gula pasir. Fungsi dia menambahkan manis dalam minuman dan makanan. Tapi gula kalau banyak sangat pun tak elok. Nanti dapat kencing manis. Kalau banyak makan buah asam nanti dapat penyakit kencing masam. Tapi kalau kau banyak makan jering memang kene kencing bau masam. eh ye ke bau masam? *Eh,kan dah termelalut!*. Balik kepada point. Hurm, gula dan gula-gula memang berperisa manis. Tapi manis tu tak semestinya gula. Senyuman yang menawan pun orang cakap manis. Sama macam kalau aku senyum, seluruh alam kata "eh, sweetnya senyuman dia" ha macam tuh. *Perasan tak mintak ampun. pang laju laju* 

Bila tengok member bejalan dengan kapel dia yang bukan suami isteri  pegangan tangan macam ni, orang akan cakap "He eh, sweet nye mereka." Tapi aku yang single ni sangat tak suka dan tak open tengok pasangan pegang pelok macam ni. Becinta orang kata umpama makan nasik dengan lauk. Kalau halal lauk tu,halal la makanan tu.Kalo berlaukkan babi,erk, maka haram lah nasik tu. 

Bagi aku kisah cinta yang sweet bila pasangan tu pasangan yang halal. Macam bila baca novel aA+bB, ada bab ni cerita dorang suami isteri baru belajar bercinta. Cross jalan holding hand. Itu baru kisah cinta yang sangat sweet. Aku slalu cakap kat diri sendiri, nanti dah besar aku nak kahwin dengan kawan baik sendiri. Nanti bila dah kawen barulah aku blajar becinta dengan kawan baik aku yang dah jadi suami aku. Wahh, sweet nye dari aku kau kite tukar jadi saya awak kan? Kalau dengan kawan baik, kita lagi telus dari pasangan becinta. Tak la aku tekejut sangat bila dah tinggal sebumbung nanti, almaklum, dia tu kawan baek aku, dari dulu sampai mati. Wah,berangan sudah.lol.


Waktu matrikulasi dulu, aku penah tinggal dengan sepasang suami isteri ni untuk program anak angkat. Pasangan berusia dalam lingkuangan 60 tahun, tapi mereka adalah sangat-sangat sweet. Aku tuduh dorang sweet sebab mak angkat aku cerita, weekend dorang suami isteri akan kluar jalan-jalan kat Teluk Cempedak, Kuantan. Lepas tu,dari jauh aku tengok dorang bergurau macam member-member kita usik-usik kapel dia. Ala, macam dalam drama melayu tuh. Itu baru betul betul sweet kan?


Tadi, Sarah cerita nenek dia buat pengakuan yang dia jeles bila ada orang muda panggil atok Sarah tu abang. Haha. Mau golek-golek aku ketawa depan laptop dan jerit dalam hati, "he eh, sweet nye!!!"

Minggu lepas, atok aku panggil aku. Kat tangan dia ada plastik hitam. Dalam plastik tu ada calender. atuk aku cakap macam ni,
"Ti, nah bagi kat nenek ko. Ni la benda kegemaran dia."
Wallaweh, itu baru betol-betol sweet. Kahwin lebih 50 tahun, atuk aku tak kekok bagi sesuatu yang isteri dia suka. Sangat sweet kan? ;)
Nota bulu kaki macam meggie: Pasangan yang sweet adalah pasangan yang saling memahami,saling melengkapi dan mampu bertoleransi. Bukannya yang kawen grand lepas tu bercerai lepas beberapa tahun. :)

Jumaat, 10 Disember 2010

RockMelt Browser Untuk Pengguna Facebook

Kawan - kawan, hari ni Incey Izmil Haikal telah perkenalkan kat aku browser baru yang super duper kacak. Aku rasa ramai yang dah guna browser ni, tapi ramai jugak member aku yang baru sakai dengan browser ni. Jadi hari ni aku nak perkenalkan kat korang dengan Incey RockMelt.

Kenape aku boleh jatuh cinta pandang petama dengan browser handsome ni? Well. Sebab beliau sangat-sangat mesra pengguna. Mari aku bawak korang menjelajah browser best ni :D

1]Mesra Alam Kepada Pengguna Facebook
Senang cerita browser ni sangat mesra pengguna kepada pengguna tegar facebook.  Cam contoh ko tengah usha facebook aku, ko rasa aku cute. Ko rasa macam nak buat status Irah sangat cute tapi malas nak pegi tab lain, jadi ko tekan ikon yang ada muka kau dan update status macam aku buat ni. Senang kan?


2] Senang Nak Chat Di Facebook without bukak banyak-banyak tab.
Ko add sorang awek cun ni di facebook. Crush ko zaman skolah dulu! Ko tengok dia online. Nak chat. Tapi chat box skarang macam fuck up slow. Ko tegor hye.... kadang-kadang lekat,boleh off tros. Tak sampai Hye kau tu. Dah tu,  time ko nak tegor plak,member ko baru share link youtube lagu Love The Way You Lie(part 2). Macam kacau je nak bukak tab sebelah untuk chatting dan nak tengok youtube lagu tu, maka abang kacak ni la solution die.
Nota bulu kaki macam meggie: Lelaki itu bukan crush zaman sekolah aku.

Nak check member ko online chat facebook pun senang.Kat sebelah kiri ada list panjang-panjang. lepas tu type nama dorang macam ni,

korang boleh jugak susun display member ikut turutan nama ABC, favourite ataupun orang tu online ke tak.

4] Share link di facebook.
Macam nak share journal, share youtube tanpa perlu ko copy and paste link ke facebook, jadi korang perlu share pada sebelah url tu


Macam contoh ko suke blog aku,jadi ko add blog aku kat favourite ko. Kalo ada entry aku yang macam menarik ko nak share di facebook, kau perlu share je kat button tepi tu tanpa perlu ko copy and paste link. Function ni sangat berguna kalau page menarik tu tak de function share to facebook sebab owner blog tu sangat percaya facebook itu konspirasi yahudi.=P


5] Search dan Preview result.
Ni yang paling aku suka. Dia tak kacau page yang ko dah bukak. Cam contoh, ko tengah baca blog aku entry tengah hari tadi pasal Pejalanan Membuat Puding Coklat.Baca tajuk je ko teros terbayang,puding coklat. Dalam dilema ko nak baca entry aku dan keinginan tanpa dibendung nak cari resipi puding coklat,tanpa perlu ko bukak tab lain dulu baru search, so abang kacak ini penyelesaiannya.
Tada...macam ni rupa dia nanti.Cuma bezanya aku gatal nak type nama blog aku.hehe

6] Update status dan post di facebook without Perlu bukak page facebook

Aku print Screen ni time aku edit gambar-gambar untuk entry ni di Photoshop. Tapi update tu lambat beberapa minit dari di page.

Ini video pasal RockMelt.


Issuenya, macam mana nak download?
Ada button connect to facebook, lepas ko connectkan mereka,akan kluar button download.Lepas tu ko bleh sharekan kebaikan page ni dengan invite member kau dengan menekan kotak hadiah di celah tepi browser tersebut.Sekian setel.

Nota bulu kaki macam meggie: Aku tengok video tak sampai sparoh,lepas tu dah kecoh kecoh tanya Izmil cam ni nak download. Atas permintaan Izmil, dia nak aku upload gambar die di Facebook. Nah!

Jejaka ini maseh single.If ada sesiapa bekenan, sila inform. Nanti aku tolong adjust. Lol.haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...