Followers

Ahad, 31 Oktober 2010

Definisi Cantik :Hanya bila pada Perilaku Dan Wajah yang Laku. Macam Aku. EH??

Aku dan cantik adalah sesuatu yang tidak perlu di pertikaikan. Setiap kali ada mata yang memandang, pasti hati si memandang akan berkata,


"Oh, aku terpandang apa?"
tak pun akan kata macam ni..


"Oh, tak nak pandang lagi dah".


Cantik ni ada banyak definisi. Bagi abang Azahari cantik adalah apabila perempuan itu berpipi tembam. macam perempuan ni. Pipi die tembam. Jadi beliau adalah sangat cantik xD.


*perasan*

Bagi aku cantik itu adalah macam Fasha Sandha. Tapi sebab banyak kontroversi jadi orang kurang suka. Cantiknya hilang di banyak mata. Lepas tu nama Lisa naik. Wajah comel itu menjadi kegilaan. Bagi aku Lisa punya wajah kakak baik yang menjadi kesayangan. Sama macam Siti Nurhaliza. Wanita santun dari Kuala Lipis yang menjadi kegilaan walaupun sudah menjadi isteri orang. Wajah ayu, comel dan perilaku yang lembut membuat semua mata tertawan. Jadi kesimpulannya cantik itu adalah pada perilaku ditambah dengan wajah yang laku.Macam aku. EH!! Tertaip! :P
ha.Comel la u ni Lisa :P


Semalam aku lepak makan roti canai paling tak sedap di Skudai, lokasinya semua warga UTM tahu. Kadang kala korang order tak sampai-sampai. Orang amik order pun boleh tak sampai. =_=". Sambil menanti order yang tak kunjung tiba tu aku dengan sarah berborak pasal cantik.


Sarah: Aku cantik kan irah..
Aku: Ha ah, aku pun cantik. ko mesti setujukan Sarah.Kitekan "kembar".


Ok tipu. Kitorang tak gila lagi nak cakap bahasa perasan macam tu.


Aku: Der, mane ade awek tu cun. Cuma tengok dia senyum. Adeh. Disaster. Mimpi ngeri ok. Kau lagi lawa dari perempuan tu. Sila rasa bangga sekarang. (ok, bab Sarah lagi lawa dari perempuan tu adalah betol sebab itu perbandingan. Tapi sebenarnye Sarah tak lawa. haha. Ape? nak jugak kate die lawa? Erk. Itu adalah typo!! haha)..


Sarah: Tapi weh, sebenarnye perempuan tuh lawa la kalo ko tengok betol-betol.


Aku: Der, lawa adalah bila kau tengok perempuan tu dan ko teros cakap "he eh cikaro tu lawa". Tapi kalau ko pandang lama-lama baru nampak awek tu lawa, sebenarnye awek tu tak lawa der. Percaya lah.




Ok. Sebenarnya definisi lawa aku adalah sangat kejam. Nak cakap tu je. Bye. Eh jap. Aku boleh ganti Maya Karin. Tak percaya tengok gambar ni.


ok. Masih nampak cantik. Susah giller orang cantik ni kan! XD

Jangan tanya kenape aku bulatkan kat situ. =_="



Ha. Ada sape-sape nak sain aku tak? Nanti aku emailkan.


Nota bulu kaki macam meggie: 


1] Aku hantar PSM yang salah, maka untuk 2-3 hari ni emosi aku berkecamuk, Sewel gila dan mereng.


2]Dalam sewel dan emosi tunggang langgang ada perempuan meroyan gila talak add aku di facebook. Aku sangat anti perempuan macam tu. Rasa mahu bagi ceramah dignity seorang wanita. Eh. Layak ke aku?


3]Dalam sakit hati semalam aku menangisi nasib diri yang menjadi rahsia selama ni. Huh, biarlah rahsia lagu bini Dato' K berkumandang.  Terbayang kumis tebal Dato' K yang sama dengan misai Pak Guard Glamour utm, Pak Selamat namanya. Budak UTM yang tak kenal Pak Selamat silalah berhenti belajar. Aku seriyes! UTM tak perlukan pelajar yang tak peka pada sekeliling *pandai ko memfitnah kan Irah? :P*


4] Awek aku di Unimas intern di Cyberjaya jugak.Rasa nak hug semua orang. Hati macam soup. Ada semua Perisa.

Selasa, 26 Oktober 2010

Adab Berblog, Maruah Sesama Manusia Kita Tetap Terus Pegang.

Ada pelbagai sebab untuk seseorang itu berblog. Ada sesetengah tu sebab memang gila menulis, ada pulak kejar nuffnang, kejar Advertisle, ada yang kejar glamour. Ada pulak ikut trend. Terpulang lah kepada indivitu tersebut. Blog aku wujud dari zaman aku tahun pertama lagi. Mulanya cuma suka-suka, tapi bila suatu hari, seorang sahabat kata "Aku suka kisah siput babi ko tu". Aku jadi sangat teruja. Sejak tu aku macam dapat satu spirit untuk mengupdate blog. Aku ping blog di gengblogger. Baca tip SEO even aku tak faham apa yang orang tu cakap.Aku buat blogwalking dan update sampai 3 kali sehari.~..~.

Mulanya bila nuffnang membuahkan hasil, aku agak teruja jugak menulis.Apa saja yang aku rasa menarik, aku taip tanpa fikir kesan negative. Ingat lagi 1 entry yang bagi aku bergurau, tanpa sedar, hamba allah yang terbabit dalam kisah kejadian terbaca blog aku. Hamba Allah tersebut sangat mengamuk dan rasa terhina dengan penulisan aku, walaupun aku tak sebut nama dia sekalipun.Sejak tu aku pesan dalam diri aku, blog bukan sekadar untuk aku tulis ikut suka sebab belog aku, ikut suka aku.Tapi hati dan perasaan orang kita harus jaga.

Sekarang aku agak jarang update blog, kecuali bila ada benda menarik untuk di kongsi.Aku sangat menjaga kualiti walau yang baca blog aku cuma kamu sorang. Tapi aku tak kisah, asalkan input aku sampai, dah kau boleh terfikir jugak setiap benda yang aku cuba sampaikan.

Bagi sesetengah orang, dia sangat berpegang pada prinsip,blog aku, ikut suka aku. Tapi bagi aku, adab kena jaga juga. Macam contoh, bila ada member kau bagi link perempuan gersang kat kau, walaupun kau rasa nak share satu dunia sekalipun, pepatah anak muda "agak-agak la bai" kau harus pegang. Jangan sesuka hati kau print screen tapi nama ko tak blur kan, muka di blur pun orang buleh agak siapa pesalahnya. Mungkin pada kau

"Ala, nak bagi pengajaran kat orang,jangan suka-suka letak gambar di facebook,nanti orang salah guna macam ni"

Ok, fine.Kau tak rasa macam mana orang guna gambar kau untuk facebook gersang,jadi kau boleh senang-senang kata macam tu. Aib kita,kita jaga.Aib orang pun kita jaga. Tak salah saling ingat mengingati. Cuma fikir dahulu impak sesuatu tu. Kalau tak pada kita, impak kat orang tu.bagi aku,memblogging bukan sekadar kau tulis orang baca, tapi kene pikey jugak kesan kat org yang korg tulis. Jangan ikut suka print screen dan tunjuk aib kat semua org tanpa sebab. Menegur dan saling mengingati itu perlu, tapi jangan sampai menyampaikan aib org. kalau nak tunjuk gambar aib, jangan tunjuk siapa yang di aibkan tu. Kesian org tu.Walaupun niat di hati kita nak sampaikan kebenaran, nak saling mengingati,tapi tak semua yang kita nak sampaikan tu akan sampai secara telus.Belajar menulis dengan menggunakan akal dan hati sebagai seorang manusia, bukan sekadar seorang manusia yang tergila-gilakan ranking dan mengejar pendapatan semata-mata.Takut nanti setiap sen yang kau dapat menarik kau di hari perhitungan.

Entry ni bukan nak tunjuk bagus. Blog ini cuma kau saja yang baca. cuma, aku rasa sebagai manusia, aku perlu ingatkan blogger yang lain, nilai kemanusiaan kita tetap perlu jaga. Semua orang punya maruah untuk di jaga. Kalau pada kau seseorang itu tak ada maruah, kau tetap tak ada hak nak jatuhkan maruah orang tu.

Nota bulu kaki macam meggie: Entry ini bukan nak mengumpat atau menghina sesiapa pun, cuma nak saling ingat mengingati. Kalau rasa jahil dengan agama, rasa macam malas nak fikir azab akhirat,fikir cerita di dunia. Orang boleh saman malu sebab kita buat entry yang memalukan orang. Ini cuma ingatan tulus iklas dari aku ~..~

Khamis, 21 Oktober 2010

Surat Untuk Bakal Suamiku Yang Belum Aku Temui

Assalamualaikum kepada bakal suami ku, Sudah lama hati ini ingin menitipkan warkah ini kepadamu. Mungkin saya kenal kamu, tapi mungkin juga kita tak pernah berjumpa dan akan ketemu jua pada suatu hari nanti. Misteri itu cuma Allah SWT yang tahu, cuma bila awak baca note ini dari blog saya, yang telah di linkkan di mukabuku saya, saya harap awak akan semat dalam hati awak pesanan bakal isterimu ini.




Wahai bakal suamiku,saya bukan lah srikandi islam bertudung labuh yang awak idam - idamkan itu. Mungkin saya kategori perempuan gedik yang suka upload muka comel,mulut muncong ala-ala nak kiss dengan berbaju pink yang menarik perhatian itu. Tapi sumpah sampai sekarang tubuh ini tak pernah di sentuh walau seorang lelaki sekalipun.Walaupun pada pandangan kasar awak saya amat menjengkelkan lagi menggelikan.Tapi sesungguhnya saya masih menjaga batas pergaulan.saya sangat geli tengok orang bukan muhrim berpegangan. Jadi saya tahan hati dari buat benda tu. Saya dah banyak sangat dosa. Saya tak nak tambah dosa lagi dengan buat maksiat. Jadi awak janji ye awak akan jaga diri awak jugak. Saya janji saya akan buat terbaik jaga diri saya untuk awak. Jadi awak pun mesti buat macam tu jugak,ok!

Bakal suamiku,
bukan niat saya mahu menunjuk hebat bila keluar bekerja mencari rezeki. Tak terdetik pun di hati saya untuk keluar bekerja suatu hari nanti untuk kemewahan.bukan saya si gila permata! Cuma saya enggan membebankan awak dengan HUTANG PTPTN saya yang  berbaki  RM20 ribu lebih itu. Isteri yang baik adalah isteri yang tidak membebankan suami. Saya faham, suami banyak tanggungjawap. Mungkin bakal suami saya juga memiliki HUTANG PTPTN, tapi kalau bakal suami saya bijak dan punya penaja sekalipun, untuk membayar hutang kereta dan rumah sudah cukup membebankan. Tu tak kira lagi insurance, bill telifon,bagi kat mak ayah, simpanan,emergency dan apa-apa lagi yang tak terfikir dek akal.Lagipun, saya masih ada 3 orang adik kecil yang masih bersekolah.Mereka jugak tanggungjawap saya. saya sedar duit bukan segala-galanya.Tapi hakikatnya segala-galanya perlukan duit. Andai di takdirkan awak pendek umor, sekurang-kurangnya saya masih ada pekerjaan tetap untuk menanggung anak-anak kita. 


Bakal suamiku, 
Bila saya perlukan pembantu,jangan jadikan alasan itu untuk awak berseteru dengan saya ok! Bukan sebab saya malas nak buat kerja rumah, tapi nabi sendiri sudah berpesan,kalau berkemampuan, bagilah si isteri seorang pembantu.Mungkin pada mata awak, kerja seorang ibu dan isteri sangat mudah.Tapi bila perut sarat mengandungkan anak kita, nak sapu rumah pun payah. Kalau awak tak nak bagi saya pembantu saya tak kisah. Tapi janji ye kite kemas rumah sama-sama. Saya masak, awak lipat baju.Saya cuci baju , awak pulak sidai pakaian-pakaian tu. Saya sapu rumah,awak mop. Anak nangis,awak pujuk sementara saya buatkan susu.Kalau macam tu, sumpah saya takkan mintak awak orang gaji.Terdetik pun takkan pernah.



Bakal syurga ku,
Mungkin saya tidak sempurna. Saya mengaku aku tak pandai bermasak. Tapi saya janji saya akan terus belajar. Janji ye jangan guna kelemahan saya untuk awak bukak cawangan lain. Bukan bermaksud tamak . Tapi hati rasa sangat sedih bila si suami guna poligami untuk lengkapkan kelemahan saya dan memuaskan hati dia semata-mata. Sirah Rasulullah memadukan isterinya untuk melindungi wanita - wanita itu. Tapi untuk awak bukak cawangan lain atas alasan saya tak pandai masak,saya sudah berkedut, sumpah walaupun saya izinkan tapi jauh di lubuk hati saya akan menangis kekecewaan sepanjang hayat saya.Bukan sebab kecewa di madukan, tapi saya takut awak tak mampu berlaku adil.Saya takut nanti di akhirat Allah persoalkan awak. Waktu tu mulut di kunci untuk awak beralasan. Saya tak mahu awak di hukum. Tapi kalau awak mampu, zahir dan batin, berlaku adil dan mampu mendidik dan melindungi lebih dari seorang isteri, saya janji yang saya sendiri akan pinangkan perempuan itu untuk awak.

Pengarang Jantung ku,
saya bukan wanita yang baik untuk mendapatkan si alim ulamak. Cuma pinta saya, janganlah awak jadi si jahil yang tak kenal tiang agama. Sekurang-kurangnya, subuh pagi, magrib dan isyak kita boleh solat berjemaah. Seronoknye bila berangan lepas solat dan baca doa kita tunduk salam awak. Lagi seronok kalau kita sama-sama mengaji dan belajar agama. Nanti bila dah kahwin, kita sama-sama belajar menjadi baik ok! Kita akan saling nasihat menasihati, bukannya saling mencari salah sesama sendiri.Macam tu harmonilah kan rumah tangga kita.

Nanti awak janganlah merokok k? Merokok membahayakan kesihatan.Bukan kesihatan awak sorang, kesihatan saya dan anak-anak lagi terancam.Saya tak nak la saya dan anak-anak mati disebabkan awak. Walaupun ajal tu di tangan Allah, tapi sekurang-kurangnya awak takkan dengar kami mati sebab asap rokok awak. Lagipun kan ada fatwa yang mengatakan rokok itu haram. Jadi tolong ya? 

Chenta hati yang tak di ketahui siapa,
Saya tak tahu awak siapa, tapi ingat ya, kalau awak ada ciri ciri gadis idaman, nak demand yang baik,yang cantik dan yang sempurna.Saya juga ada keinginan macam tu. Tak perlu terlalu sempurna. Cukup kalau awak tahu tanggungjawap awak sebagai pemimpin keluarga, dan mampu melindungi dan mendidik saya selain dari berlaku adil dengan saya, saya janji saya takkan mintak walau seutas emas sekalipun. Hidup berumahtangga bukan sekadar ikut cakap awak berlandaskan ego dan akal diketepikan. Saya cuma mahu awak pegang tangan saya waktu kita sama-sama nak ke syurga nanti. ok?


Yang benar,
Bakal Isterimu yang tak siapkan PSM lg =..=".




nota bulu kaki macam meggie: Perempuan pon demand jugak. ke aku sorang je yang demand? chet.itu pasal la wa single sampai sekarang!

Isnin, 18 Oktober 2010

Tips Menghadapi Manusia yang OH! meng annoyingkan

Hujung-hujung sem ni adalah minggu-minggu yang sangat menganoyyingkan. Bilik sudah bersepah, lagi bersepah dari reban ayam. Pinggan mangkuk dan cawan pon rasa macam tak terdaya nak di cuci.Waktu waktu tension macam ni, apetah lagi bila kau ratu last minutes yang diberi tugasan last minutes, sumpah sekecik-kecik kuman salah orang rasa macam mau mencekik orang tersebut.Nak-nak bila orang buat main dengan masa. Fuh, kalau awal sem boifren lambat 5 jam pon boleh senyum selebar-lebarnya. Bak kata pepatah senyuman paling menawan mampu di berikan. Tapi sekarang, lambat 0.0005 saat pon ko rasa nak mintak clash dah. Dekat facebook siap tulis "Oh, aku ada setiap masa di muka bumi ini untuk menunggu orang semata-mata ke?" Kadang-kadang bersahabat selama 20 tahun pun boleh putus sebab perkara yang remeh. Sebab aku berhati mulia tak gemar manusia bermasam muka, jadi aku mahu bg tip macam mana nak menghadapi orang yang super annoying.


Until End of november mode stress aku menggila




a) Menghadapi roomate yang bengap.
Rumate yang bengap adalah rumate yang tak de sensitiviti langsung. Ada beberapa aktiviti rumate bengap yang boleh membuatkan kita menjadi bengang. kategori-kategorinya adalah:


 1 -> Macam contoh bergayut dengan boifren die jam 3 pagi dengan gaya gedik-gedik "oh abang sayang merajuk,tolong pujuk sayang kalau tak nanti kita clash" . kalau bergayut di luar bilek tak ape la.Kisah pulak kan. Ni bergayut tang kite baru terlelap.Omaigod. Time ni sumpah kalau ada penyumpit dah lama rumate itu kene sumpit. Tak pun kalau ada pisau di sisi ,maka pisau itu akan di layangkan kepada manusia gedik itu. Jadi cara yang terbaik adalah kau sembunyikan henset rumate kau di malam hari. Cam contoh bila rumate kau pegi ke jamban before tido, ko amek henset die, off dan sembunyikan bawah katil kau. Bila rumate bengap cari buat-buat tatau. Mungkin korang boleh berlakon menjadi pekak atau buat-buat pengsan setiap kali dia tanya. Tak pon tuntut ilmu berwajah inesen dari aku.Nescaya rumate kau akan terpedaya. Nanti die nak mandi pagi ko letakkan la balik henset bawah bantal dia. Amalkan selama dua minggu.Kalau rumate ko maseh buat lagi lepas tu aku nasihatkan kau amalkan sampai habis semester.
2--> Spesis rumate yang akan memekak setiap kali ko nak tido. Bila ko nak terlelap je kol 2-3 pagi, dia pasang movie kuat-kuat.Lepas tu dia bukak lagu guna henpon dia guna speaker henpon. Nak lagi best bila ko baru tutup mata,dia dah bukak lampu dan memekak melalak-lalak. Dalam hati sumpah dah menyeranah, lagi 5 hari tinggal dengan rumate macam ni akan jadi gila. Jadi perkara yang terbaik adalah ko join rumate ko yang gila tu dan korang gila bersama-sama. Kalau die bukak movie kuat-kuat, ko pun pasang la movie ko LAGI kuat dari die. Kalau die bukak lampu dan memekak melalak lalak korang amek la gitar bawah katel dan terus belalak. amalkan selama beberapa malam, terutama ketika rumate ko mula menguap dan beraksi untuk bermanja dengan katil. Nescaya dalam masa seminggu bilek double ko akan jadi bilek single.Sekarang keamanan adalah milik mutlak kau!


b) Menghadapi kapel yang macam celaka mengada-ngada.
Awal sem kalau awek ke, boifren ke merengek-rengek, memang hati berbunge kate "He eh, manjenye sayang saya.Comel la!". Bila hujung sem ni, pasal berborak dengan mak cik cleaner pon boleh jadi masalah bergaduh. Lagi payah, time tengah discussion, si dia call kita tak angkat, tros merajuk. SMS lambat reply 5 saat pon boleh dijadikan sebab untuk begaduh. Memang time-time macam ni rasa macam nak clash je dari simpan lama-lama. Jadi nasihat terbaik aku, clash je la. Sayang sayang buang ke tepi. Nanti bila ko dah kerja lagi la busy. Tak ke gila kalau hari-hari nak kene pujuk rayu "sayang, maafkan abang..." Tahap hari-hari guna dialog yang sama selama 5 tahun kau kapel dari zaman belajar sampai dah kerja. Heh. Jangan jadi bodoh =_=".


c) Menghadapi groupmate yang hyper busy.
Oh, cabaran terbesar menghadapi mereka yang "Busy" ni. Sentiasa bagi alasan sebuk untuk mengelat nak buat assignment. Kita ajak discussion dia tak turun. Lepas tu assignment nak kumpul ari ni,esok baru die buat.Oh man. Super duper annoying. Lagi menyakitkan hati bila assignment tu ko dah buatkan semua, cuma org tu perlu print untuk di hantar kepada lecturer. Tu pon dia tak buat. Nasihat aku kalo ko dapat groupmate macam ni, sila kick him/her out. Cancel je dari group. Abes cerita. ngelat sangat. >.<


Ada banyak lagi benda annoying yang boleh membuatkan kita triple stress time nak final ni tapi aku malas nak type sebab aku sangat stress dengan kerja yang omaigod. Berlambak-lambak ok!Bertangguh lagi.Padan muka. >.<


Nota bulu kaki macam meggie: Eh, lepas ni mesti ramai rumate yang berbunuhan dan couple yang clash lepas baca entry ni. Tak kurang jugak budak yang kene kick dari kumpulan kerja. hoho.The mind is not there.wuuu. Walaupun incey supervisor aku slalu kate "You did your work very well" tapi aku lebeh tahu usaha aku yang macam tak berusaha. heh!

Khamis, 14 Oktober 2010

Slot Seram Bahagian II : Hantu hantu yang keciwa.

Setiap kali menonton cerita hantu, aku yakin kita akan di paparkan dengan edisi manusia yang tergamam tengok entiti tersebut dan terus pengsan. Nak di tragiskan lagi jalan cerita, orang tersebut kemudiannya meraung-raung di rasuk lepas tu cuba untuk membunuh orang lain. Bila tengok scene macam tu kepala sudah terproses, hantu muka buruk amat menakutkan,jadi kita mesti pengsan. Oh,sangat celaka kan kepala aku ni kadang-kadang.

Tapi tak semua yang berlaku itu macam yang kita rancang. Aku anak yang sangat lambat memproses sesuatu peristiwa. Tubuh aku sentiasa lambat memproses sesuatu perkara. Nak di jadikan cerita, sewaktu berumur 7 tahun, aku ke dusun datuk aku di pinggir pantai di daerah kelahiran aku. Mak cakap tempat tu keras, ada hantu. Dusun tu sangat gelap, tengah2 matahari pon sama je kelam dengan malam.Dengan pokok yang tinggi-tinggi memberi suatu aura yang sangat menyeramkan. Nak di jadikan cerita aku terdengar bunyi durian jatuh, jadi aku buang jauh-jauh rasa seram tu memandangkan aku pecinta durian. Sewaktu aku memungut durian tanpa pengawasan orang dewasa, aku terpandang entiti yang aneh. Entiti tu keluar dari sebatang pokok A,berjalan tak pijak bumi ke pokok B.Bajunya putih lusuh.Muka buruk pecah seribu. Entah apa yang ada kat kepala aku, aku cuma memandang entiti tersebut dengan tidak berperasaan dan cuma mampu berfikir "Oh, hantu rupanya tadi" lebih sejam balik di rumah dengan emosi yang tak ada takut dan seram. =_="

Kejadian ke dua berlaku waktu aku di tingkatan 3. Kali ni sakatannya lain sedikit. Waktu tu aku masih tinggal di asrama puteri ,Kolej DPAH Abdillah. Dorm mate aku sangat terkenal dengan kerajinan dorang untuk bangun study jam tiga pagi kecuali aku.Yer,aku adalah manusia pertama yang akan tido dan yang terakhir bangun tido setiap hari.Nak dijadikan cerita,pada suatu hari tu,aku tergerak hati untuk bangun jam 3 pagi untuk mengulang kaji (aku ingat hari tu ada mock exam PMR,tapi aku haram tak study agi.muahahaha.tau gelabah!) Tapi yang anehnya,bila jam 3 pagi cuma aku sorang je yang berjaga.Orang lain aku kejutkan pun boleh sambung tido balek. Jadi aku meneruskan hajat study last minutes tanpa mempedulikan orang lain.(sampai ke besar habit macam ni.adeh!) Sepanjang aku study tu,aku dengar suara mengilai datang dari depan hostel.Mula-mula aku ingat kakak-kakak catering sewel ketawa kuat-kuat sampai ke hostel.Tapi bila di fikirkan logik, mana ada manusia yang mampu gelak lebih sejam tanpa henti mahupun menarik nafas. Waktu terfikir tu sumpah aku tak rasa seram ke apa.Sebab aku tengah fikir manusia ape lah yang gelak mengilai macam tu.Jadi aku buat keputusan malas nak hirau.

bila subuh menjelma baru aku terfikir.Eh, entah-entah hantu menyakat manusia. Tak pe la, dah berenti mengilai tu. Baik aku tido. Terima kasih lah bising mengilai,temankan aku study.Kalau tak mesti aku tertido sebab sunyi sepi.

=_=" Cuma nak kata hantu-hantu tu menyakat orang yang salah. Orang IQ complex macam aku yang tak mampu fikir straight to the point tak kan menghasilkan emosi yang seram pon sebenarnye. Sama macam lawak kalau di kaji,tak kan jadi lawak. Jadi kalau hantu datang menyakat, aku akan fikir secara bersimpang siur sampai hilang emosi takut. Mesti hantu-hantu tu kecewa kan kacau aku? =______________=".

Nota bulu kaki macam meggie: Tapi aku tetap takut kat manusia yang perangai macam hantu T..T

Rabu, 13 Oktober 2010

Alasan Untuk Kekal Single

Bila di tanya kenapa masih single, ada beberapa set jawapan dalam kepala mereng aku, macam contoh 


1: couple dalam islam itu haram selain dari perkahwinan.
Pergh, tros kluar aura nur kasih. Padahal selalu gila kluar dengan lelaki bukan muhrim bukan sekali sekala T__________T.  Bak kata pepatah, ala-ala munafik gitu. Alasan ni sangat tak sesuai diguna pakai oleh aku.




2: Mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran
Awww. Jawapan very the intellectual kan. Ayat ala-ala kerajaan negeri sarawak tak menyesal luluskan biasiswa aku dulu. Terasa macam Malaysia akan lagi maju dalam masa setahun lagi bila aku dah abes belajar nanti. Padahal hobi 24 jam mengadap muka buku.heh,ade jugak tertulis buku. kau mampu? ok, every one mampu membazir masa dgn perkara yang menipu lara.


3: Aku fobia dengan lelaki
Aku tak rela bila ada jejaka keluarkan statement " Saya keliru dengan perasaan sendiri".Aku memang fobia habes la dengan lelaki. Ecececeh, ayat macam sudah di beri badan segala dengan sang jejaka. Ala-ala, die gadis yang mudah di perdaya. Konon-konon nak tunjuk betapa paranoid dengan zaman silam. Oh, sangat not stronger ok jawapan! Geli pon ada anak tekak bila dengar statement ala-ala inesen tu.Padahal zaman silam tak kira, merampas balak orang lepas tu tinggalkan macam tu je. Tu tak kira lagi edisi mintak clash tanpa sebab musabab yang munasabah. Eh sila jangan tunjuk alasan tergeli boleh?


5: Ala ko ni Peah, aku ni tak de duit lagi.Macam mana nak bercinta
Kalo dah kerja nanti berderu lelaki nak kan aku. Bukan pasal cintakan aku, tapi pasal cintakan duit aku.Hah,ade jugakkan perkataan aku tu. =___=  teringat dulu aku bagi alasan macam tu, maka kawan aku tanya "Bukan patut lelaki ke yang risau pasal kewangan dalam percintaan?" (ayat percintaan tatahan kauuuu).


Jadi aku dengan penuh keyakinan nye jawap


"Eh,ko tak tau, aku ni lelaki sebenarnye. Menyamar jadi perempuan.Senang cerita pondan beriman siap bertudung segala" =____= teros sentap kawan aku. eheh.


6: Actually, aku ni lesbian
Cuba tengok dalam facebook aku, in relationship with Nurul Azizah ok!!! Ko mampu terang-terang tunjuk lesbian? Tapi ye la, mana ada lesbian yang tergila-gilakan farid kamil kan? =__________________="


7: Belom jumpa yang bersesuaian.
Ni la alasan yang semua manusia bagi T___T. Nak cover, padahal langsung tak laku. Muka orang tak hingen nak tengok ok!


Yang sebenarnya kan,
walaupun aku penah kata aku menanti kerusi sebelah aku ada penghuni,
walaupun aku sentiasa rasa nak ada orang temankan aku jogging,
walaupun aku sentiasa terbayang ada orang temankan aku ke library.


Aku tak rasa sampai aku habis belajar aku akan ada semua tu. Umur aku ni, dengan apa yang ada dalam kepala aku ni, orang dah tak fikir nak carik kapel untuk membuat koleksi awek dan boyfren yang seterusnya. Sekarang ni kalau bercinta, mesti dah target, nanti nak kerja di mana, nak tinggal kat mana. Nak jumpa orang tua segala.Dengan keadaan mental aku yang masih belasan tahun ni, aku tak rasa aku ready dengan komitmen tu. Ok la, lupekan cerita kawen. Kita cerita proses bercinta. Aku tak leh imagine cam ne rasa annoyed bila orang larang aku balek awal pagi. Orang marah aku keluar dengan lelaki laen. Orang bagi arahan dengan aku bertudung walaupun pegi jogging. Walaupun benda tu ada bagusnya,tapi aku tak suka dengan istilah ada orang suruh. I mean, i am not ready to change. Thats the point. Aku rasa sangat sesak bila orang ungkit aku kene di kejutkan lebih 3 kali waktu subuh. Lepas tu semua nak berubah secara mendadak. Tros tup esok aku pakai tudung,aku belajar memasak. OMG. Tak leh fikir tak leh fikir.


Lagi satu aku takut. Aku takut berjanji banyak sangat.Sama ada die atau aku yang berjanji, salah seorang akan mungkiri janji tu. ish, sakit oh hubungan tanpa ikatan ni. ragu-ragu tuh 101 peratus. Dia kan, walau macam mana sayang pun kite kat orang tu, tapi kalo bukan jodoh, memang tak kan menjadi.  Dia akan end up dengan rasa sakit hati. Imagine, sekarang kau bahagia, sayang dan gembira bersama, boleh imagine tak cam mana rasa bila putus? Bila sorang tu kata "Aku cuma keliru dengan perasaan sendiri". Percintaan yang dimulakan dengan persahabatan akan habis lebur sekali. Pergh.Tu memang super sakit lah!


Jawapan senang nye belom jumpa yang bersesuaian. Tapi buat masa sekarang, kalau dah jumpa pun aku buat-buat tak nampak kot. Walaupun kerusi sebelah sepi, walaupun ke library seorang diri itu annoying,walaupon jogging sorang-sorang itu boring, tapi jauh di sudut hati aku sangat takut untuk hilang zaman kegemilangan hidup sorang yang oh..sangat gembira.


Nota bulu kaki macam meggie: Sapa nak pelihara perempuan yang selalu gila jatuh sakit? :|

Khamis, 7 Oktober 2010

Slot Seram: Misteri Buku Berjalan Di FSKSM di malam Jumaat

Sebab malam ni malam Jumaat,yakni malam yang dipenuhi dengan slot seram TV3 yang tak pernah seram malahan most of the time jadi kelakar sebab hantu boleh sakit di baling dengan pisau, maka hari ni aku pon nak menurut jejak langkah TV3.Maka marilah kita beramai-ramai tutup lampu untuk menghayati kisah yang seram ni.

Asal seram je mesti ada gambar macam ni =_="
Kisah ni berlaku setahun yang lepas, yakni ketika aku di tahun kedua semester pertama. Dek kerana lecturer ponteng kelas selama beberapa minggu, jadi dengan tak rela limpanya kami terpaksa datang kelas ganti di waktu malam. Jadi aku macam biasalah dalam kelas, bukak facebook, jawap kuiz bangang macam bila tarikh akan kawen,dapat first anak..(oh perempuan memang suka cerita pasal benda macam tu. Jadi lelaki yang suka jawap kuiz merapu-rapu macam tu silajumpa pakar hormon.) Sambil berfacebook tu aku reply google talk dan YM di samping membalas sms-sms tanpa henti. Tiba-tiba je lecturer Fundamental of Computer Graphics kata "Kelas bersurai" dan satu-satunya ilmu yang aku dapat adalah nama teori Liang Baskey walaupon aku tak dengar isi kandungan Liang Baskey tu apa.


Sebab kelas sudah bersurai, jadi dengan gembiranya kami bertujuh turun ke bawah tanpa menyedari jumlah kami kurang dari 7. Jadi, dengan baik hatinya kami menanti insan ke tujuh di kaki bukit. Sambil menunggu,kami semua memandang ke arah fakulti yang berlokasi di tengah-tengah bukit. Aku tak tahu kenapa hati kami bagaikan di tarik tarik dan digoda untuk terus memandang fakulti tersebut yang cuma di terangi oleh lampu jalan. Pelajar turun seorang demi seorang. Tapi jarak setiap satu pelajar yang menuruni bukit tersebut adalah sangat jauh dan jarang jarang.


Kami terus menanti dengan penuh kesabaran...


Tiba-tiba, tanpa di pinta, mata aku menangkap satu image yang biasa tetapi nampak asing di mata aku. Yang biasa adalah buku yang berwarna coklat. Yang luar biasanya,buku tersebut seolah-olah berjalan di dalam kegelapan. Aku terdiam. Aku memandang mereka yang lain. Masing-masing kelihatan cuak dan enggan berkata apa-apa. Mak pesan kalau tengok yang bukan-bukan diam diamkan je. Nanti orang lain yang tak nampak jadi takut dan buat-buat nampak. Lepas tu buat-buat histeria pulak. Oleh yang demikian,aku menutup mulut murai aku dari terus berkicau .


Buku tersebut terus berjalan. Insan ke 7 kelihatan berjalan berdekatan buku yang berjalan.Dalam hati  aku berdoa semoga insan ke 7 tidak di apa-apakan. Dalam berdoa itu, buku tersebut semakin menghampiri kami.... Mula melangkah di bawah lampu jalan...


Aku tergamam....


Dan yang lain teros ketawa....


Buku yang berjalan itu di genggam lelaki berkulit hitam yang memakai sut hitam dari alas kaki sehingga ke rambut.Malahan anak matanya turun berwarna hitam dan berjalan sendirian di dalam kegelapan malam. =___=". Ceh. Nampak sangat yang lain tu diam sebab pikey benda yang sama jugak. Hadoi!!!! Inilah kisah seram aku di malam jumaat yang takkan aku lupekan selagi aku tak hilang ingatan. Semoga kita berjumpa lagi di slot seram yang akan datang.


Nota bulu kaki macam meggie: Busy dengan assignment,tutorial dan final projek, PSM tak ketinggalan di tambah lagi dengan Praktikal Pementasan Teater.Di tambah dengan off from campus hari sabtu sepanjang hari diikuti edisi off to UPM hari selasa minggu depan. =__________=" benda tu adalah kisah seram aku selama sebulan. 

Isnin, 4 Oktober 2010

Mari Belajar Melangkah Longkang.Eh?Sudah pandai ek? :P

Buah hati semua,bila kite tengok longkang, kite kenelah mengangkang dan melompat, kalau tak kite jatuh longkang. Kadang-kadang kite tak bodoh bila terjatuh dalam longkang. Bukan salah otak kita yang bebal bila jatuh longkang.Mungkin waktu tu tengah layan tengok awek cun lalu lalang sampai tak sedar ada longkang.Maka di luar sedar terjatuh dalam longkang.Dah padan muka kan? Tapi ada sesetengah orang memang bebal.Tengok longkang die tak nak melompat, die tak nak guna jalan lain, dia nak jugak jatuhkan diri dia dalam longkang. Manusia macam ni tak tahu nak kata apa. Mungkin air hitam longkang tu nampak menarik di kaca mata dia. Oh, memang gila.

Sebenarnya kau adalah lagi gila kalau tidak kenal dengan longkang! haha
Sama macam hidup ni. Allah bagi setiap manusia akal untuk berfikir. Biasalah manusia, mulut senang je kata "Aku buat silap, aku khilaf." Tak pun guna ayat macam ni "Manusia itu bersifat tidak sempurna." ok.Itu quote favourite aku. =_=". Kadangkala, ada kesilapan yang kita boleh elak,tapi kepala kita tetap nak buat.Macam contoh Ponteng Kelas.Otak dah fikir dengan logiknya benda tu salah,bukan boleh di pandang enteng.Tapi ada sesetengah orang sengaja cetekkan otak dia. Sama macam sengaja nak terjun dalam longkang yang dalam tu. Mak bapak hantar ke universiti,kelas langsung dia tak datang.Kalau ponteng bersebab,atau TERponteng sekali dua,tahan lagi.Ini, assignment buat tak buat.Test macam tak payah jawap pun tak apa.Exam?tak payah tanyalah. Kerjanya cuma main game dalam bilek.Nak join aktiviti sosial di universiti pun dia tak nak. Nanti bila member score dan dapat pointer tinggi-tinggi, die mengatalah si member tu skema,tak ada life. Mula la tuduh member tu suka mengapu lecturer. Mula la karang di belog "Oh,aku dah jemu hidup jadi pandai.Luak di tepu dengan ilmu zaman dudok di SBP dulu." Hehe. SBP pulak bersalah dalam cerita ni kan? Nanti bila dah habis blaja, grade dengan result cukup-cukup makan,lepas tu payah nak carik kerja mula lah salahkan kerajaan sebab kononnya tak nak bagi dia kerja. Orang bebal macam ni,kalau terjatuh dalam longkang,tak payah susah-susah nak hulur tangan sumbangkan derma, membazir tenaga korang je.Tuhan bagi akal,elok baik IQ tinggi tapi dia tanak guna. Biar lah, orang macam tu memang cintakan bau air hitam longkang tu.


Ada pulak sesetengah orang, dia betul-betul terjatuh dalam longkang sebab tak perasan. Ni selalunya kes kene tipu. Benda paling biasa orang kena adalah perniagaan yang di tampal kat dinding dengan iklan,


"Tak perlukan modal yang besar,tak perlu bersusah payah,goyang kaki saja sehari boleh dapat RM1000.Tak perlu tebalkan muka menjaja product,Tak perlu itu,tak perlu ini.Kalau anda nak tahu,sila hubungi saya di talian 010 tekan tekan terus jadi jutawan." 


Teros jadi mata duitan lepas baca iklan tu.Abes la kau!!


Sebab terlalu happy tengok RM1000 sehari tu,akal dia dah tak boleh fikir logik. Jadi dia terus call talian jutawan dan serahkan semua duit biasiswa yang dia ada. Janji dalam masa sehari boleh jadi jutawan,tapi malangnya duit di bawak lari. Menangis sendiri-sendiri bawah bantal.Teros ngutok diri sendiri. Kalau perniagaan tu betol,elok dan bagus,kenapa di rahsiakan dari flyers tu? Kenapa nak kena call dulu baru dia bagi tahu?Cuba tengok iklan CNI dan sewaktu dengannya.Trang tang tang 1 dunia tahu dorang jual barang.Dalam flyers pun nampak ada kopi CNI dan produk-produk lain. Tengok flyers je kite dah boleh mengagak jenis perniagaan yang diwujudkan. Tak macam iklan talian jutawan tu.Dorang keep kita dalam mode tertanya-tanya. Padahal mode tu adalah mode keraguan. Tapi sebab RM1000 sehari dan di sogok dengan ayat
"Orang yang nak berjaya je yang akan join program ni " yakni ayat tu di sebut dengan penuh semangat,jadi rasa ego terus menyahut seruan "MALAYSIA BOLEH" yang akhirnye di sambung "Malaysian boleh DITIPU." $_$ Bila dah akal dapat fikir logik macam ni mula la menangis tersedu-sedu. Mula la admit pepatah orang tamak selalu rugi.=_=".


Begitulah jatuh bangun hidup.Macam jatuh bangun dari longkang.Kalau manusia tu betol betol bijak,die keluarkan diri dia dari longkang. Result terus sebab tak blaja jadi insaflah,blaja lah. Sebab dah habiskan biasiswa kat perniagaan palsu,jangan bunuh diri.Teruskan hidup dengan bukak bisnes yang ko kena tebalkan muka.Kena berusaha.Itu baru betol perniagaan. Jangan terus menangis meratapi nasib yang kau sendiri cerita.hohohoho.


Nota bulu kaki macam meggie: Dah tau baru siapkan chapter 2 PSM,maka sila siapkan next chapter before pegi BP minggu ni.Sila irah sila. T..T Kelak masa depan mu gelap gulita.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Ketakutan Aku , Insan Yang Tidak Sempurna

Bagi aku setiap manusia tak ada sifat yang sempurna, menerima kelemahan orang itu sesuatu yang selalu aku didik dalam hati aku.  Memanglah kadang kala kita rasa sakit hati dengan kawan kita, ye lah adat berkawan. Kadang-kadang terlebih usik sampai terkesan sikit di hati. Tapi lepas tu cepat-cepat aku pujuk hati, alah,aku sendiri pun bukannya baik sangat. Entah-entah lagi selalu buat orang lain makan hati, jadi aku cuma diamkan je. Selagi benda tu tak mengaibkan aku, jadi aku akan teruskan ketawa bersama.

Aku bukan jenis manusia yang banyak kawan. Kalau orang tak biasa dengan aku, dan jenis yang terlalu cepat membuat kesimpulan tentang orang lain, aku berani jamin kali pertama berjumpa dengan aku adalah kali terakhir untuk orang itu mengaku dia pernah mengenali aku. Kalau tak biasa,gurauan aku ala-ala gedik boleh buat orang rasa nak muntah. Ah well, aku manja orangnya. Biasanya kalau perempuan tak lawa ada sifat manja, jadi senang-senang saja orang level aku gedik. Kadang kala aku hyper bila berjumpa dengan orang lain. Sifat yang agak peramah membuatkan orang dengan cepatnya cop aku sebagai gadis yang sangat over.  orang yang tak kenal aku, sangat mudah membuat penilaian, kadangkala membuatkan mulut riuh aku menjadi bisu.Pernah sampai suatu fasa, aku menjadi gadis yang sepi dan suka membuat hal sendiri.

Bukan niat aku untuk menyalahkan sesiapa.Aku tahu aku yang bersalah.Sikap tidak sempurna aku banyak lukakan hati orang.Kadang kala tulisan aku di blog membuat orang terasa hati. Kadang kala gurauan dan cakap lepas aku buatkan orang sakit hati sampai ada yang kata

 " u know u've changed me. I've become a lot more heartless than before.Thanks a lot for that."

Sumpah, waktu aku baca massage tu aku terkelu dan menangis. Teringat kisah beberapa sem yang lepas. Mungkin sifat buruk aku yang membuatkan dorang buat aku macam tu. Cuma mereka tidak seperti insan yang menghantar sms itu. Waktu tu Allah je yang tahu, betapa aku takut akan dosa yang aku buat kat orang lain. Baru aku sedar, sesungguhnya banyak hati yang aku lukakan, cuma bezanya, mereka cuma simpan dalam hati dan mengata dari belakang. Sebelum penghantar sms tu hantar sms dengan aku, we did chat and dengan jujurnya dia cakap aku kurang ajar. Waktu tu, aku tak tahu nak kata apa. Bukan aku berkecil hati dengan setiap kata-kata dia. Sumpah tak sekelumit pun rasa berkecil hati. Cuma baru malam tu aku tersedar, rupanya sikap aku yang kurang ajar tu membuatkan ramai orang tak suka kat aku.

Bila difikirkan balik, mungkin sebab sikap buruk aku, ramai orang yang aku sayang hilang. Banyak manusia yang aku panggil sahabat pergi.Sebab sikap tak sempurna aku, aku sepi. Hanya mereka, sahabat yang benar-benar memahami sentiasa hadir, sentiasa ada di sisi mengisi ruang sepi, menyapu air mata pergi. Aku selalu terfikir, jika esok hari aku mati, akan ada orang tak yang akan mengingati aku? Yang akan sedekahkan Al fatihah buat aku? Yang akan ingat setiap memori dengan aku. Tapi hari ini aku yakin, mereka yang sentiasa ada di sisi aku akan sentiasa doakan aku, akan sentiasa ingat aku . Walaupun mereka itu cuma mereka yang si sedikit itu, namun cukup memadai untuk aku yang tak sempurna ini.

Nota bulu kaki macam meggie: T..T Mode touching aku dari raya hari tu tak setel lagi. Dem la. Bukan manusia lah kalau tak di seksa dengan masalah .Bila tengok album lama je mesti menangis sebab rindu :( kalau la aku tak de sikap macam ni, mesti everything goes right kan? wuuuuuu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...