Mula, mula semula, mula merubah
Mereka merenung nasib sendiri
Tunjuk tunjuklah, tolong tunjuklah
Aku ingin berubah
..Mula:Meet Uncle Hussain
Hari ni aku nak ceritakan tentang Hikayat Cinta Cik Peah dan Tuan Jambul. Tersebutlah kisah, di sebuah Institut Pengajian Tinggi, wujudlah seorang gadis hot dan seksi yang bernama Peah. Peah asalnya seorang gadis yang agak sosial. Dia sangat suka keluar dengan mana-mana lelaki yang nampak hot. Sampailah suatu ketika Peah terserempak dengan seorang lelaki yang wajahnya biasa tapi persis wajahnya yang tenang telah membuatkan hati Peah cair kepada sang jejaka yang bernama Jambul.
Entah macam mana si Jambul ni boleh terjatuh hati dengan si Peah yang pada matanya mempunyai sifat ke mummy an yang sangat tinggi dek kerana mereka pernah menjayakan aktiviti kebajikan bersama. Jadi bila dia tahu si Peah pun suka kat dia, jadi mereka pon declare. Si Jambul ni nak di katakan alim dan warak memang tak la. Tapi dia ni jenis yang menjaga tata tertib. Sepanjang bekapel dengan Peah, dia tak pernah pon nak amek kesempatan kat tubuh Peah walaupun sekadar peluk peluk manja. Katanya reserve untuk malam pertama. lol.
Jambul sentiasa bagi nasihat yang baek kepada si Peah terutama dalam menjaga diri. Jambul kata,
"Tutup lah aurat. Bukan untuk menjaga hati saya. Tapi takutlah dengan azab Allah. Saya nak bersama awak, bukan sekadar di dunia, tapi sampai akhirat. ".
Setiap kali masuk waktu solat, si Jambul akan ingatkan Peah.Setiap kali waktu subuh, si Jambul akan kejutkan Peah untuk bangun subuh. Jambul kenal sangat si Peah tu, kalau tak ke tengah langit matahari tu, jangan harap la si Peah tu nak bangkit! Kalau Peah kata dia uzur, Jambul akan kata
"Kalau bangun lewat, nanti siang jadi pendek. Rugi tau. Banyak benda menarik yang awak boleh buat macam cuci baju ,kemas bilek. Study pun molek jugak waktu-waktu ni. Kepala rasa fresh."
Kalau ada rezeki lebih, Jambul gemar hadiahkan Peah baju kurung dan tudung. Selain tu, Jambul selalu share koleksi buku-buku ilmiah yang dia ada. Jambul tak nak push Peah untuk berubah seratus peratus. Jambul sedar nak berubah bukan mudah,nak nak dari perkara yang kurang baik kepada perkara yang baik. Kalau sebaliknya mudah la. Tak payah tengok lain, awek roomate Jambul yang kacak tapi playboy tu senang-senang je bukak tudung kalau dating.Dulu, jangan kata nak bukak tudung, gambar free hair dalam bilek pon di haramkan kau ambil yer sebab takut nanti ada orang lain yang nampak aurat dia. Tapi sejak bercinta dengan si Bowl tu, pergh, dengan gembira si Bowl masukkan gambar awek dia yang pakai tudung ala-ala bini Datuk K tu dalam facebook. Kesian jugak hati si Jambul dengan gadis baik yang terpedaya dengan cinta lelaki seperti Bowl tu.
Di pihak Peah pulak, mulanya, kalau mana-mana lelaki kata "Eh,you ni kan Peah,dah la cantik,seksi pulak tu!" sambil kenyit mata , Peah dalam hati rasa macam
"Wow, am I that hot?". Tapi bila si Jambul kata,
"Ish, you ni seksi sangat la sayang"
Peah rasa malu sendiri.Kalau ex boyfriend Peah lain yang bagi ceramah agama, hati ego si Peah selalu kata:
"Aku takkan berubah kerana seorang lelaki."
Tapi kali ni berbeza. Lelaki baik yang mencuri hatinya mencairkan hati batu dan kedegilan Peah. Mungkin sebab rasa sayang, cinta dan hormat ada di situ, jadi sentuhan dan nasihat yang di sampaikan terkesan di hati.Cuma orang yang sedang bercinta mampu memahami apa yang terkandung dalam lubuk hati Peah. Peah mulakan perlahan-lahan.Dimulakan dengan membuang gambar free hair di facebook. Kemudian,dia buang semua skirt pendek yang dia ada, lama-lama Peah bertudung. Peah menutup aurat lagi sempurna dari owner Bukan Kisah Cinderella yang suka pakai baby T dengan cardigan tu. Peah melabuhkan pakaiannya. Peah dah tak keluar malam tanpa sebab yang kukuh.
Mulanya Peah berubah sebab rasa segannya terhadap lelaki yang dia sayang. Tapi lama-lama, rasa ikhlas, dan takut kepada Allah mengatasi segala-galanya.Peah mula malu jika dia menjadi perhatian lelaki yang bukan muhrim. Peah dah tak pernah tinggalkan solat dan sangat rajin untuk solat sunat. Peah kembali berguru, belajar untuk mengaji dan mengenal agama yang dia cuma hafal untuk dapat A1 time SPM dulu.
Peah sedar, banyak suara sumbang yang menentang Hijrahnya. Banyak yang menjatuhkan hukum,bahawa hijrah yang di mulakan kerana seorang lelaki cuma hangat-hangat tahi ayam. Malah ramai yang bertaruh,jika suatu hari nanti dia dan Jambul clash, mungkin kalau si Jambul tu mati tercekik rambutan, maka si Peah akan kembali ke zaman jahiliahnya.Peah akan kembali bogel sebab semua yakin si Peah berubah semata-mata kerana rasa cintanya kepada jambul.
Peah tak penah gentar dengan kata-kata orang. Bagi Peah, tak kira buruk dan baik seseorang tu, manusia akan tetap carik point untuk mengumpat. Almaklumlah, mengumpat tu kan macam makan belacan, berbau busuk tapi sangat menjadi ketagihan dan kewajipan setiap kali nak makan.Macam tu jugak lah mengumpat, walaupun semua tahu dosa besar, tetap jugak orang nak buat. Maka, Peah berpegang dengan pendirian dia, Peah berpegang kepada hijrahnya.Peah sangat bersyukur di temukan dengan Jambul yang bakal menjadi suaminya dalam masa yang terdekat.
Mungkin bagi kebanyakkan orang Hikayat hidup Peah dan Jambul ni tipikal cerita melayu yang sangat oh, meluatnya! Mungkin bagi sesetengah orang adalah sangat menggelikan kalau berubah menjadi lebih baik kerana seseorang tapi sedarlah, itu adalah lagi baik dari langsung tidak berubah. Adalah lagi bagus dari terus tersesat dan hanyut dalam dosa. Manusia sangat senang menjatuhkan hukum dan menilai perubahan orang lain dari sudut yang negative.
Stop it la mengutuk orang yang berubah jadi baik bila mula bersama pasangan yang baik.It is better than you yang senang-senang mengutuk. Lebih baik dari terus hanyut.Mungkin cara Peah berubah di sebabkan lelaki.Tapi dalam hati Peah, ada nama Allah yang terukir di hati........
Bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud mengadap Tuhan -Versus: Hlovate-
Nota bulu kaki macam meggie: Kalau aku nak buat ending Peah mati kene H1N1 boleh tak? hehe.Kata Bukan Kisah Cinderella, harus la ending sad story. Eh harus ke? lol!




