Followers

Selasa, 31 Ogos 2010

Merdeka Tapi Sebenarnya Tak Berapa Nak Merdeka

Merdeka Bagi Seorang Pelajar adalah bila dah habis Exam...
Bila habis peperiksaan rasa macam nak pegi ke TV3 dan buat lintas langsung betapa happynya rasa kalbu apabila berjaya menghabiskan peperiksaan.  Segala beban setadi last minutes terasa macam dah ringan. Kepala pun rasa ringan bersama. Kadang-kadang kepala rasa macam kosong terus sebab dah lupa apa yang di belajar semalam. =_____=.

Sebenarnya masih tak merdeka lagi sebab...
Lepas habis UPSR ada PMR menanti. Habis PMR ada SPM pulak. Siap SPM masok Matrikulasi/Ausmate/Foundy/masuk mana-mana institusi. Bila abes Matrikulasi dan setaraf masuk first year dah kene face setiap exam setiap end of sem. Tu tak kira lagi 1 subjek 3 test.Kuiz lagi. Abis final year pulak kena carik kerja. Oh, itu lagi tension nak-nak bila surat CHENTA dari PTPTN datang dulu dari surat CHENTA dari company yang nak bagi kerja. Fuhhh (sambil lap peluh yang menitik).

Merdeka Bagi Seorang Peminjam wang
Adalah bila dah setel bayar semua loan kereta, rumah dan setaraf. Lepas ni boleh lah berazam nak menyimpan wang untuk masa depan.

Sebenarnya belum merdeka lagi....
Bila anak dara pinjam kereta dan terlanggar gate rumah sampai pecah T_________T. Tambah lagi beban. Kene betulkan kereta dan gate sekali.Adoi...

Merdeka Bagi Orang Tua...
Bila anak yang bongsu dah kahwin. Lepas ni tinggal kita berdua suami isteri honeymoon mengelilingi dunia.

Sebenarnya Belum Merdeka Lagi ......
Bila si anak tu dah ada anak yakni menghadiahkan cucu dibuatnya muka kesian berwajah simpati mintak tolong mak bapak jagakan si cucu tu. Nak hantar nursery tak mampu, nak ambil orang gaji pulak hati ragu-ragu di paut cemburu. Nak berenti kerja pun masalah jugak living cost meningkat. Jadi boleh kan mak bapak tolong jaga bayi comel ni? Bukan orang lain, darah daging jugak.Cucu sendiri. Cuba tengok baby ni senyum, sama macam senyum waktu mak muda-muda dulu.

Merdeka bagi seorang anak
Bila tinggal jauh dari mak bapak jadi boleh la buat apa-apa ikut suka. Malam -malam boleh merempit, clubbing, dan lepak-lepak tak tentu hal.Nak balik tengah malam pun tak ada sesiapa yang marah.

Sebenarnya belum merdeka lagi sebab....
Bila merempit patah kaki sebab excident. Tak pon bila clubbing orang masukkan dadah dalam minuman, lepas tu kene tahan polis sebab ujian air kencing positif. Tak pun positif mengandung anak hasil bergumbira di malam merdeka bersama teman lelaki. ERK?

Jadi apakah maksud merdeka pada kaca mata anda? (ecececeh,ayat patriotik bukan main!) Anyway selamat menyambut hari kemerdekaan :) 

Nota bulu kaki macam meggie: Merdeka bagi aku adalah bila assigment siap tapi TAK ADEEEE MAKNENYE sebab lepas tu ada assignment lain yang datang. Sob Sob Sob.... waaaaaaaaaaaaa

Isnin, 30 Ogos 2010

Curi-Curi Baca Diary Saya Dalam Laci. theeeeheehee

Hujan hujan di petang hari ni, kalau orang seni, boleh mendapat ilham. Aku pon orang seni. Seni melakar mimpi. Time -time macam ni la bahagia nak tidor. Tapi assignment yang berlambak memberi arahan


 "Sila jangan malas dan siapkan sebanyak yang mungkin before balik cuti raya." -lepas tu dengan gembiranya aku menaip belog instead of buat esaimen. heh.pandai!-
Macam ni bersusun-susun assigment aku ~..~
Mujur poster teater untuk majlis hari raya aku dah siapkan. Kalau tak mesti lagi merana jiwa.=_="


Lepas ni aku dah tak ada kelas. Senang cerita aku dah start cuti raya. Mulanya aku nak balik esok, 31.8.2010. Tapi bila melihat persamaan di bawah


Assignment=malas kuasa4/rajin!


Jadi nak tak nak aku cuma mampu menahan  hati bila encey Sedara di UTHM tu ULANG lagi yang dia balik lagi awal dari aku. tsk. Harus tunjuk tabah yang aku bahagia di sisi assignment (oh dusta.) dan bertahan menanti 4 september 2010. Sebab semua orang tinggalkan aku Jumaat ni, maka petang Jumaat nekad balik ke kampung di JB. Boleh berbuka puasa dengan makanan yang di masak oleh Puan Nenek dengan penuh kasih sayang *mata terharu*.


Berazam time practikal nanti pakai kasut macam ni. Janji Tak Kan Pakai Selipar even G Shopping...
Oh, aku tak shopping raya lagi. Eh tipu. Aku dah start shopping dari minggu first puasa. Bermula dengan kebaya colour pink, di ikuti selendang dan kasut wedges putih yang sangat comel(lepas raya aku masukkan dalam kotak dan simpan dalam kotak kasut yang besar, sama macam kasut raya tahun lepas-lepas).Tapi aku tak official shopping lagi. Official shopping mean harus tawaf semua shopping complex di JB walaupun tak beli apa-apa. Jadi, malam ni bakal kembang mata siapkan assigment English sebab memerlukan rehat esok hari sebab nak simpan energy untuk keluar shopping pada hari rabu.(walaupun macam gerenti tak kan beli apa-apa.).



Dua hari yang lepas mak aku sms. Katanya dia jahit sepasang lagi baju untuk raya ni and berpesan sila jangan beli baju raya lagi. Padahal aku dah selamat beli baju kebaya first week puasa.Jadi sms mak tidak di balas dek rasa berdosa. Pagi raya nanti nak mintak ampun sebab dah terlanjur beli baju kebaya lah macam ni =___=". Tapi rasanya dosa dengan mak memang bertingkat-tingkat. Nak - nak dua sem pointer tak cecah 3 tapi tak pernah bagi tau pon :(. Selamat total pointer masih ada aura 3.waaaaa.


Huh, sangat tak sabar nak tunggu hari sabtu sebab boleh balik rumah dan boleh jadi driver mak. Tak sabar nak makan bubur pedas yang di buat dengan penuh kasih sayang. Terbayang nak buat biskut raya dengan si kembar. Cepat-cepat la masa berlalu.....


Nota bulu kaki macam meggie: Recently asyik terfikir nak tukar cara dressing. Seboleh bolehnya tak nak dah pakai baju tak nampak buntot tuh.Ish, dah tua nampak cam tak elok. Instead, terasa macam nak pakai tudung even di waktu jogging.(berkesan jugak tazkirah tarawih minggu lepas T_T)

Ahad, 29 Ogos 2010

Mari Cerita Ciri Ciri Lelaki Yang Menarik Perhatian

Bila kelapangan, adalah sangat gembira kalau dapat melihat jejaka kacak.Ala, kalau lelaki suke usha perempuan lawa, perempuan pulak suka tengok lelaki kacak. Macam contoh Farid Kamil. Kalau dia ajak dating, mesti aku takkan tolak. 

Erk.ok.ok. Saya amik Farid Kamal je ek!.

Tapi bak kata orang tua-tua, jangan bermimpi di siang hari la kan? Baek. Untuk tidak melengahkan masa, aku menyahut seruan member lelaki aku, untuk tulis pasal lelaki yang menarik di mata seorang perempuan. Mari. Mari.Mari.


Caring



Aku type Caring Man tros kluar gambar ni. Ehek!


Aku rasa tak kira perempuan mahupun lelaki, semuanya akan kalah kalau kau caring gile-gile dengan dia. Caring tu tak bermaksud ko kene tahu sebab perempuan tu nangis. Kalau perempuan tu tak nak bagi tau, jangan pulak buat gaya tacing. Itu annoying ok, bukannya caring! Bila perempuan tu kata dia tak nak cerita, ko diam, ko bagi dia ruang dan ubah topik jadi ceria. Kalau perempuan tu sakit, jangan la gedik-gedik kata kesian. Ish. Aku paling anti word kesian tu! But tell her yang dia tu strong,kuat macam sailormoon. Mesti perempuan tu rasa semangat nak makan ubat banyak-banyak. hahaha. ok. Tuh over sangat T_T


Mesra Dengan Budak -budak.
Cuba tengok gambar member aku yang aku colek tanpa izin ni
(ampun mat li :D).



Kepala korang mesti pikey pelik kan kenapa gambar ni? Mate lelaki nampak gambar ni sangat biasa. Cuba tengok cara dia pegang budak tu.Cara dia senyum gembira.Nampak die sangat gembira dengan budak-budak tu.. Walaweh. Speechless.Speechless. Korang get the point tak?


(ah fauzan dan secompany dgnnya, jangan plak nak bukak ladang gossip aku dengan mat li. Ni contoh jer. CONTOH.Heeee)


Rapat dengan Keluarga
Rapat dengan keluarga meaning dia baik dengan adik beradik dia. Dia jaga mak bapak dia dengan baik. Insya Allah, dengan keluarga mertua nantipun dia baik. kan?


Pandai memasak, mengemas





Plus.Plus.Plus dia tak kan membebel buat benda tu. Bukan nak kata nanti lelaki tu kena buat semua kerja rumah. Cuma macam aku pernah kata dulu, kahwin tuh perkongsian hidup, bukan sekadar si isteri tu tukang cuci boxer semata-mata.


Berdikari

Berdikari bukan sekadar cuci seluar dalam sendiri, tapi pandai membawa diri dan tak terlalu bergantung kepada orang tua. Macam contoh, kalau seorang pelajar, adalah sangat geli kalau lelaki tu mintak duit setiap bulan dengan mak bapak walaupun ada biasiswa. T______T Agak-agaknya nanti dah kahwin, cukup bulan mintak duit dekat bini untuk isik minyak kereta ek? OH! Lagi satu, adalah sangat menakutkan kalau lelaki dah bekerja tapi masih depend kewangan dari mak bapak. Tengah bulan je mintak duit dengan mak. Ish ish ish.


Berduit
Ko jangan nak tuduh perempuan materialistik. Adalah sangat tak handsome dalam 10 kali dating, 9 kali awek belanjer.Lebih annoying kalau jenis tak tahu malu mintak itu dan ini. Oh geli. memang mintak lempang la namanya tu.  


AGAMA
Paling penting adalah agamanya kan? Tengok jenis perempuan la kan. Kalo yang pattern aku ni, aku sangat tak suka kalau aku kluar dengan lelaki time uzur, lelaki tu join uzur sekali. Kalo tak di ingatkan, haram dia ingat nak pergi Solat. Ish =_=". Lagi satu, memang taboo aku la lelaki bukan muhrim nak pegang-pegang ney even bermanje berpegangan tangan sekalipun.


Sedap mata memandang
Yang bila ku calit mukanya terasa seperti coklat. haha. booo. Not necessary handsome. Cuma bila tengok muka, hati rasa tenang, walaupon orang laen tengok muke lelaki tu rasa bengang nye Tuhan je yang tahu.


Ok. Cukup setakat ini ciri-ciri lelaki yang menarik perhatian wanita. Lepas ni korang boleh buat list untuk mengorat awek. Erk, ada sesiapa nak teknik mengorat yang paling bergaya tak?


Nota bulu kaki macam meggie: Farid Kamil, kita dating nak? =P

Khamis, 26 Ogos 2010

Jangan La Kau Bermimpi di Siang Hari

Kalau aku cakap aku pernah dating dengan Farid Kamil, mesti orang cakap macam ni,


"Janganlah bermimpi di siang hari."


Maksud nya nak kata jangan berangan. Mungkin mimpi di siang hari mimpi yang dusta,tapi mimpi di malam hari pulak bawak firasat. Ah, tak kisahlah. Yang pasti bagi aku mimpi tu mainan tidor. Slalunya mimpi ngeri dikaitan dengan tak basuh kaki dan tidor dalam keadaan tak bersuci.Satu fakta pasal mimpi, orang yang sentiasa ingat pasal mimpi mempunyai ingatan yang kuat. Aku tak tahu ni fakta sahih ke tidak. Tapi aku admit ingatan aku agak mantap, selagi ko bagi aku tidor lebeh dari 3 jam.


Apa-apa pun,aku agak kurang gemar tidur di siang hari. Cuma menjadi tabiat, aku bangun di tengah hari terutama di hujung minggu. Ala, nanti dah kahwin, dah ada anak, tak de peluang la aku nak tidor gaya lama macam tuh. Paling lebeh 4 jam je kot. Lagi sakit kalau kalau ada anak kecik. Jadi sebelum ada anak, adalah lebeh baik aku tidur banyak-banyak dulu.Nanti dah ada anak, tak puas tidor, tak de la aku rasa menyesal time muda-muda dulu tak nak tidor. Lagi pun sejak masuk tahun dua, weekdays aku tidor 2-3 jam je. Minggu ni dua hari aku tak tidur. Ni gara-gara buat assignment dan study last minutes untuk test.


Lepas tu pergi sekolah bawak muka busuk yang penuh simpati =_=". Sudahnya semalam kepala aku pening dan tak siapkan tutorial subject Image Processing. Mulanya, lepas di kejutkan, aku bangun sahur pagi tadi. Lepas solat subuh, aku chatting dengan sarah, kemudiannya bila Sarah tidur aku pun baring di katil. Kononnya untuk seminit dua. Aleh-aleh aku terlelap. 

Tak lama kemudian aku dapat sms kelas di batalkan. Hati sangat gembira sebab kepala terasa berat. Jadi aku sambung tidor dengan gembira...

10.50 pagi tersedar dari mimpi. Ye, sms tu cuma mimpi. Aku ade kelas English jam 11 pagi. Dem. Tak pasal-pasal aku datang 45 minit lewat. (gaya macam jarang buatkan? ) =_______=. Sebab tu aku sangat benci bermimpi di siang hari.


Nota bulu kaki macam meggie: Aku teringat der karangan darjah tiga. Ala, yang bentuk karangan dari peribahasa.Agak-agak kalo aku tulis karangan macam ni dulu-dulu boleh dapat A tak?



Ahad, 22 Ogos 2010

Dengan Cuma RM1, Aku Boleh Buat Duit Nampak Banyak. Kau Mampu Ker?

Bermula dari sem pertama sehingga sem ke 4, hari-hari kelas aku bermula jam 8 pagi. Jadi, untuk mengelakkan mata sepet dari mengantuk tak kira masa, aku suka mendengar celoteh Farah Fauzana dengan FBI. Alkisah dekat nak raya, dorang buat hot chat pasal kisah raya yang tak dapat dorang lupekan. Jadi sorang caller ni cerita pasal anak sedara dia.


Dia janji kalau anak sedara dia puasa penuh dia akan bagi duit banyak-banyak. Lepas tu bila raya dia hulur sekeping not RM10, jadi anak sedara dia menangis sebab nak duit banyak-banyak. Last-last mak budak tu amek not rm10 tu dan tukarkan kepada RM 1 sebanyak sepuluh keping. Terus budak tu berenti menangis. Motif! haha


Sekeping ni tak cukup, saya nak lagi 1000 keping boleh?




Kecik-kecik dulu, mak aku akan bagi duit syiling seringgit setiap hari. Waktu tu aku darjah satu, kitorang duduk la berbincang macam mana nak buat duit jadi banyak.(motif la issue budak darjah satu!)  Masalahnya kitorang tak faham sangat nilai duit yang mak bapak bagi. Lepas tu ada sorang member cakap macam ni,
Aku bleh buat sekeping ni jadi banyak. Ko mampu ker? 




"Tadi mak aku bagi syiling seringgit, lepas tu aku beli gula-gula seposen, mak cik tu bagi duit baki banyak!" Dia cerita dengan wajah yang excited dan kitorang semua kekaguman tengok duit baki 10 sen sebanyak 9 keping. Pergh. Senang gila nak jadi kaya


Lepas tu aku pergi ke kantin beli gula-gula harga seposen. mak cik tu baki baki 9 keping duit syiling seposen. *Terasa kaya tiba-tiba.* Jadi aku berlari kekelas tunjuk baki duit kat kawan aku tadi. Jadi sekarang kitorang sama-sama kaya. T_____________T




Nota bulu kaki macam meggie: Sekarang ni semua obses nak jadi kaya. Hari-hari dapat email kata "Dengan cuma modal RM 500, saya boleh jadikan anda semua jutawan dalam masa setahun.Tak payah susah-susah pergi kerja, duduk di rumah goyang kaki pun boleh dapat income berpuluh ribu sehari" Lepas tu dia akan cakap macam ni "Hanya orang yang nak berubah je akan berjaya. Selalunya orang yang tak berjaya akan cakap oh,tipu semata-mata." Hahaha. Lemme la lu. Ingat sejuta bleh turun dari langit macam tu je ke weh? Ingat senang-senang macam tu je ke nak dapat duit? *__* 

Sabtu, 21 Ogos 2010

Sambil Menyelam Minum Air di Waktu Puasa || Maksud Tersirat Mr Caring dan Emosi Si Single Available

Relationship tu tak semestinya antara lelaki dan perempuan yang berpasangan. Friendship tu pun sejenis relationship. Kalau tengok mukabuku, ada dinyatakan relationship as siblings and parents. Ada jugak family tree application, kat mane ko nak campak anak sedara, sepupu sepapat ko dalam application tu.




Caring bagi aku tak tertakluk pada Incey abang kepada cik Sayang. Aku pun caring dengan kawan-kawan aku, macam entry lepas aku ada cerita ala-ala caring aku kat Zetty. Tapi semua kawan yang aku caring gila tu perempuan. So macam kes nya dengan caring member lelaki toward member perempuan?


Orang kata kalau caring dengan berlainan jantina ni ada makna tersirat. Kalau tak sekarang tersimpul makna, akan datang ko akan rasa caring ko bersebab. Maksud aku, perempuan dan lelaki tu ada cas positive dan negative, jadi gerenti ada daya tarikan di situ. Ko boleh rasa sendiri bila ko mula merungut rasa tak berbaloi caring dengan orang tu. Bila ko rasa diri ko tak di hargai ko akan rasa moral down ah. Rasa tak berbaloi gila nak caring dengan orang tu. Ha, macam tu la.




Beb, it is normal untuk berkeinginan berpasangan. Common la, what purpose Allah jadikan setiap kejadian berlainan jantina kan? Ada sesetengah orang berani cakap, "Aku tak perlukan pasangan. I can survive hidup sendirian."  Aku berani cakap orang yang kata macam tu penipu weh. Gila apa nak nafikan fitrah manusia? Orang macam tu cuma mampu berpura-pura bahagia tapi hakikatnya org macam tu sangat kesunyian. Ko boleh tipu orang, tapi nak tipu diri sendiri, oh! sangat seksa. Sudahnya nangis sorang-sorang bawah bantal =_=.


Akan ada suatu tahap, manusia ni mula mencari dan berkeinginan nak berpasangan. Aku pun rasa macam tu sekarang. Nak-nak bila kawan baik keluar dating and aku tinggal sorang-sorang dalam bilek. Tak pun bila dorang dating, aku join dorang keluar sekali, gerenti aku akan end upkan dengan edisi "oi, aku gi sane dulu. Nanti nak balik call aku." Der, sendiri mau faham la edisi privacy orang lainkan? Seriyes oh aku selalu merungut dalam hati regret study di JB instead of others U kat KL. Even if aku tak study satu U dengan awek-awek aku yang single mingle kat sane, atleast twice a month kitorang still boleh jumpa dan shopping bersama. Atleast aku tak rasa alone macam sekarang.


Sekadar gambar hiasan




Tapi aku percaya setiap kejadian ada hikmahnya kan? Mungkin aku masih tak nampak sekarang.


Kadang kala rasa macam looser giller aku satu-satunya makhluk Tuhan yang single dalam jemaah geng di UTM ni. But hell yeah, bile difikirkan balik, aku lagi rasa looser bila masuk kelas Image processing dan Data Visualization sebab aku tak mahir programming. Lagi bercinta dengan kadar kelooseran yang tinggi bila tengok rumus matematik dalam kelas Graphics Modelling. Seriyes aku sentiasa rasa macam ni " Prof, Dr, Encik, Please shoot me now" setiap kali masuk ke kelas 3 subjek tu.


Maksud aku kan, ada benda lain yang lagi penting dari menyah singlekan diri. Study still keutamaan untuk sekarang. Tak perlu sentiasa menulis tinta "Oh, aku kesunyian" kat muka buku sentiasa. Enjoy zaman single kau.Nanti bila ko dah ada pasangan dan dah dapat anak, oh, ko pasti rindu zaman kegemilangan kesinglean.


Aku tak pernah tetapkan sampai bila nak teruskan zaman kegemilangan single ni. Kalau ada, ada lah, kalau tak ada, teruskan la hidup tengok movie, shopping and jogging sorang-sorang. I'm okey wif that situation, but hell yeah, tempat di sebelah yang tak ada penghuni tu..... 





Aku faham jiwa single xD




Nota bulu kaki macam meggie: Ok, ni entry sambil menyelam minum air lepas waktu berbuka. Hope menjawap persoalan dua orang insan yang mintak pendapat aku tapi aku bagi respon mamai dari malam tadi. Fuhh

Kempunan Itu Sangat Tragis Apetah Lagi Keturunan Pantang Kecik Ati.

Semalam aku, Sarah, Aina dengan kak Husna ke Pulai, membeli belah makanan berbuka. Oh, aku memang pantang ke bazar luar dari UTM ni. Jaminan 120% aku yang serba comel ni bertukar menjadi monster perut besar yang makan super duper banyak. Jadi selamat la RM 9 untuk nasi ayam, ayam golek, siput sedut dengan kueh mueh. Tu tak kira lagi yang dorang beli. Pergh. Meriah oulls perut monster-monster sekalian. Balik dari bazar Zetty text, ajak ke KFC lepas berbuka. Gaya ayat macam

 " Irah, kalau ko tak temankan aku ke JJ hari ni, aku akan kempunan dan jatuh dalam makmal dan terlanggar microb. Microb pun tertumpah dalam mulut aku. Akhirnya aku tertelan microb tu. Dah terbatal Puasa aku. Ko akan rasa bersalah seumur hidup atas insiden itu".

Pandai betul aku berimaginasi apa yang ada dalam kepala kawan baek aku. Kalau dia baca mesti dia meraung lepas tu pura-pura kecik ati. =__= Oh tak apa, aku dah bayar dengan meminjamkan majalah Ujang yang sungguh geli hati.

Cakap pasal kecik hati ni kan, teringat zaman lower form dulu. Sebab aku pelajar aliran agama, jadi aku sekelas dengan orang yang sama je la dari form 1 sampai habis PMR. Kelas aku sangat sedikit umat manusia. Kalau tak silap aku ada 19 orang je dan bilangan lelaki dalam kelas aku adalah sangat-sangat sedikit tahap dorang semua boleh bermadu lebih dari 2 orang dengan awek- awek dalam kelas aku yang semuanya cun terutama aku. Ok, terutama aku tu tipu -.-". (panjang naaa mukadimah!)

Dalam kelas aku ada sorang mamat ni, orangnya sweet, bila senyum ada lesung pipit dan agak kelakar orangnya. Dia paling pantang di marah atau kite usik tahap boleh kecik ati. Dia tak kan mengamuk baling barang atau belasah orang, tapi dia akan cakap macam ni, 

"Keturunan aku tak boleh kecik ati. Macam mak cik aku dulu kecik ati lepas tu accident!"

Sengal. Mula-mula dengar macam kelakar la. Tapi bila fikirkan balik ada betul apa yang dia cakap. Manusia weh, kalau hatinye ko toreh-toreh, memang kepala tak betul. Macam contoh bila ko marah kat orang, lepas tu ko kutuk das das kat orang tak fikir ape dah. Lepas tu orang dah hilang respek kat kau.

Lebih kurang macam kalau ko melaser dengan orang tak tentu hal sampai orang kecik hati. Lepas tu orang tu dok terkenang-kenang kata-kata sadis kau. Orang tu melintas jalan tak toleh kiri kanan sebab asek terkenangkan kate-kate ko. Kena langgar kereta. Mati. =_=" . Tak pasal-pasal ko terasa ko penyebab die accidentkan?

Oh, imaginasi! xD

Same la macam orang kempunan weh, kalau nak makan something, kalau tak dapat nanti takut kempunan. Kempunan ni slalunya akan di landa bencana macam jatuh longkang, di langgar lelaki tak kacak, terjatuh di hadapan lelaki hensem dan sewaktu dengannya. Logiknye bila ko nakkan sesuatu, selagi tak dapat kau akan terkenang-kenang. Lepas tu hilang fokus. Tengok lecturer kat depan pun macam pizza. Jerawat kat muke kawan ko pun nampak lazat tak tentu hal. 

Sebab tu perut penuh tak larat nak jalan pun aku temankan Zet keluar. T____T

Nota bulu kaki macam meggie: Aku kempunan nak siapkan assigment 3 hari lebih awal. Eh, ade tak kempunan jenis tu? 

Jumaat, 20 Ogos 2010

Orang Gila kalau Di Layan Memang Kau Sama-Sama Gila lah Weh.

Aku bukan jenis manusia yang suka ambil tahu hal orang tak tentu hal. Macam contoh la kan, awek di depan aku pakai tudung tapi nampak punggung. Oh, aku malas nak komen apa apa. Sebabnya aku pun buat benda yang sama jugak. Lagi satu, aku sangat tak suka masuk campur urusan rumah tangga orang dan aku sangat tak suke orang masuk campur dalam urusan rumah tangga aku. Contohnya kalau ko tak suka dengan si A, tapi as long as si A baik dengan aku, aku tetap akan wat biasa dengan si A walaupun depan ko. Dan kalau aku ada masalah dengan si B and ko tau masalah aku dengan si B, aku sangat benci bile ko kutuk si B lebeh-lebeh dengan aku padahal ko tak kenal lagi si B tu. 


Bila orang mengumpat, mengutuk dan benci aku walaupun dia tak kenal aku, aku rasa sangat tak kisah. Aku admit la mula-mula dulu aku menangis banyak, tapi bila fikir balik macam bodoh je menangis nak paksa orang suka kat ko. common la, macam la aku mulia sangat tak pernah tak benci orang. Lama-lama rasa sakit ati aku dengan orang macam tu ilang. Plus, bila orang tu perlukan bantuan aku tetap bantu. Bukan nak tunjuk baek atau nak pulangkan batu yang keras mahupun nak tunjuk tabah, tapi, what goes around come around kan? Kite bukan budak kecik nak bergaduh tak nak kawan tak tentu hal ni weh. Lagi pun kalau kite layang orang gile, kite memang sama-sama gile la kan? 


Bila berhadapan dengan orang yang menyakitkan hati ni, aku cuma boleh berlagak cool. Sebab aku rasa aku pon menyakitkan hati jugak. Jadi aku akan cuba terima seseorang tu sebaik mungkin. Kalau member aku masam muka, aku tetap buat muka manis. Aku kan sweet *wek*. Aku kurang gemar nak komplen itu dan ini pasal orang sebab aku sendiri pun banyak kerenah. Tapi setiap manusia ada had masing-masing. Kalau seseorang tu betol-betol buat aku sakit hati, aku akan mengelak dari buat kerja dengan orang tu. Bukan ape weh, nanti kalau aku buat kerja dengan orang tu, mulut aku ni asek nak menyumpah je. Cukup la dosa yang sedia ada. Aku tak nak tambahkan lagi dosa.


Oh, aku sangat susah nak terasa hati dengan orang, tapi once aku terasa, aku akan mengelak dari orang tu dengan 1001 alasan. Tak perlu nak pujuk atau mintak maaf, bagi aku tak semua benda perlu di bincangkan dan di ungkit. Biar masa yang menentukan.


Kalau bercakap pasal hati, 1000 muka surat pun tak kan habis. Cuma bagi aku, benda yang kecik tak perlu di perbesarkan. Kalau orang tak carik pasal dengan ko, mulut tu jaga la jangan nak carik pasal kat orang. Aku selalu letak diri aku kat tempat seseorang tu. tapi ye lah, aku bukan manusia yang sempurna. Aku pun banyak buat salah. Sebab tu aku boleh terima salah orang. Cuma aku tetap manusia biasa yang masih ada limit sabarnya.


Nota bulu kaki macam meggie: Dah abes shopping raya fasa ke dua. Dah tak ada apa nak di beli cuma minggu depan nak jugak keluar tengok orang sebok shopping. heeee

Isnin, 16 Ogos 2010

Upin Ipin: Kalau Puasa Penuh Nanti dapat Pahala. Kita Boleh Masuk Syurga xD

Sebab tak ada tv, maka time puasa-puasa macam ni adalah sangat comel kalau kau tonton balek rancangan Upin Ipin first Series zaman dorang baru belajar berpuasa dulu. Pergh, sangat comel, inesen dan cerdik budak kembar dua orang tu. Tapi iye lah, itu cuma cartoon drama tapi Omaigod, aku sangat-sangat suka.
Budak Botak Yang Comel

Time tengok balek Upin Ipin First series yang baru belajar puasa tu, ada satu episod ni, si Fizi nangis sebab esok raya. Jadi die tak boleh puasa penuh. Upin dan Ipin cakap, kalau puasa penuh dapat pahala. Boleh masuk syurga.Jadi si Fizi ni kononnya nangis sebab takut tak boleh masuk syurga kot. Hee, senang gile nak buat budak-budak paham. 

Teringat dulu waktu tadika, mak hantar ke tadika Bina , sekarang ni nama dia Tadika Hikmah. Tadika tu senang cakap tadika agama lah. Jadi, skop dia memang menjurus kearah keagamaan. Macam contoh pegi sekolah wajib pakai tudung, lepas tu belajar bahasa arab bla-bla-bla. Aku kelas sesi petang. Sesi petang ada dua kelas je, satu untuk lelaki, satu lagi untuk perempuan. Jadi, dari umur 5 tahun lagi cikgu dah ajar batas pegaulan lelaki dan perempuan. Lelaki kat kelas sebelah bukan muhrim kami, jadi kitorang tak boleh pegang-pegang tangan. Lepas tu, cikgu kata rambut perempuan ni aurat, tak boleh kasik tunjuk kat lelaki. Nanti berdosa, Tuhan marah. Kalau Tuhan marah nanti tak boleh masuk syurga.

Sebab kami budak kecik dan sangat naif, kitorang agak takut dengan lelaki kelas sebelah. Nanti kulit tersentuh, Tuhan marah. Pernah kan, once, aku datang kelas awal, sekali dengan sorang budak perempuan ni. Jadi kitorang duduk diam-diam. Lepas tu budak kelas sebelah tu lelaki, dia masuk kelas aku, nak amek kapur. Punya la cuak kitorang lelaki masuk kelas. Maka, berlakunya drama air mata. Padahal budak lelaki tu amek kapur je ok! 

Lepas tu pasal aurat, kalau dalam kelas, bila nampak selai rambut kawan jatuh, cepat-cepat kitorang tegur cakap "Ei, rambut ko jatuh.Cepat betulkan. nanti Tuhan marah ." Lepas tu cepat-cepat betulkan dengan rasa cuaknye. Tapi kitorang hari isnin sampai khamis pakai anak tudung je, hari jumaat baru pakai tudung. Jadi aku ingat konsepnye macam ni:

Aurat cuma rambut je kot. Maka suka hati nye aku pergi mengaji pakai dress pendek dengan anak tudung je. 

Sebab jumaat je wajib bertudung, jadi aku ingat memang hari jumaat tu je wajib pakai tudung. Hari lain tak pakai tak ape.

Oh, aku ingat cuma x boleh sentuh lelaki kat sekolah je jadi bila abis sekolah aku main perang-bertepuk tampar-wresling-boxing je dengan anak bujang yang ada kat kawasan rumah tu. Eh, kene pulak kediaman tu kanak-kanak perempuan baya aku cuma dua orang je. Jadi nak tak nak terpaksa ikut anak jantan bermain.

Jadi kesimpulannya aku rasa tak cukup nak hantar anak ke sekolah agama semata-mata kalau mak bapak tak ingatkan bila dah balik ke rumah. Aku suka konsep opah si Upin dan Ipin, yakni dari kecik lagi dorang tu dah di terangkan pasal agama, dengan detailnye, bukan sekerat-sekerat takat mana budak boleh proses. Ah well, sometimes tak boleh underestimate kanak-kanak ni sebab dorang lebih bijak dari kita. Time kecik-kecik ni la kita bentuk. Cuma jangan nak memaksa sangat. Kalau bertangguh, tunggu si anak dah baligh, dah tingkatan 4 baru ko bising-bising cakap itu dan ini. Heh, nasib la kalau budak tu nak dengar. Walau tahu sekalipun dorang liat nak buat (sambil bercakap depan cermin).

Nota bulu kaki macam meggie: Aku rasa semakin hari semakin susah nak besarkan anak. Bukan takat susah nak bagi makanan di perut kasik gemok dan comel macam aku, tapi nak bagi makanan rohani tu la yang paling payah. Lagi senang kite ajak cik Rohani makan kan? :|
Ini rendang!


Makanan! Ok selamat berbuka buah hati semua xD

Khamis, 12 Ogos 2010

Salam Perantau : Over South China Sea tu Tetap Oversea Ape?

hye oulls... Selamat hari raya. Maaf zahir dan Batin. ouch. Motif!!! Baru second day puasa dah sebok-sebok wish raya. Ish ish ish. Kira ok la kan dah bulan puasa. A day before puasa, malam pertama solat terawih tu dah bukak lagu raya kat Jusco Taman U ok? Tak start lagi orang berpuasa. Haish.


Semalam kan weh, first time menangis dalam hati sebab tak bukak first day puasa dengan family. Waktu dari zaman matrikulasi sampai ke puasa lepas aku lepak je tak bukak puasa dengan family. A day before semalam aku gayut dengan member ni. Lepas tu mak die panggil soh die makan. ciss. Syahdu berlarutan sampai sekarang ok. Mula la aku terbayang sendiri nak buat Salam Perantau. eceh. Padahal belajar kat seberang Laut China Selatan je. hoho. Mengada-ngada.


Ahak. Nak tunjuk kat orang rumah aku rajin belajar xD.Dem. Tipu giller. 
Sebenarnya walau kau belajar di campus selang satu lorong sekalipun, ko tetap akan rindu dengan air tangan mak lebih dari ko rindu makanan tempat ko. seriyes. Kalau sekarang ada orang jual bubur pedas sekalipun aku tetap tak terliur walaupun aku gerenti akan beli.xD

Nota bulu kaki macam meggie: Semalam hujan dan sangat penat berchenta dengan encik Assignment jadi cik aku berjaya tido sebelum pukul 10 malam. Aku jamin kalau pergi solat terawih, gerenti aku tido dalam sujud. heh. 

Selasa, 10 Ogos 2010

Mari Baca Niat Puasa: Sangat rindu zaman Kanak-Kanak.

Sebab esok akan berpuasa, jadi hari ni aku bangun tido dengan gembira yang tak terkata sebab semalam aku dan Sarah dah janji, habis kelas kitorang akan menikmati lunch terakhir before puasa di Student Union Building(SUB). Nasi ayam di situ adalah the best kat UTM ni walaupon tak sesedap nasi ayam cafe B zaman di Kolej Matrikulasi Pahang dahulu.


Bercerita pasal bulan ramadhan, aku sangat rindu kisah kecik-kecik dulu. Aku sangat manja dengan atok dan nenek aku. Ke kebun dorang, ke kebun la aku dengan adik lelaki aku tu. Ke surau dorang, kitorang akan ikot same. Kecik-kecik dulu aku ikot je dorang pergi solat taraweh. Sujud orang, sujud la aku. Sebab aku bukan si cerdik Upin dan Ipin,jadi tak adalah dialog macam


"Solat taraweh tu apa nenek?"


Heh, kalau die terangkan pun otak aku tak kan berjaya process!


Tapikan weh, waktu kecik-kecik dulu, aku selalu cabar diri aku ikot orang tua solat tarawih lame-lame walaupon aku tak faham ape. Lepas tu kalau berjaya habiskan lebeh 8 tu, aku gerenti rasa macam akulah manusia terhebat di kampung tuh. Eh sengal! Kecik-kecik dulu mana tahu apa.


Lagi satu, aku sangat suka tadarus Al-Quran. Sebabkan, nanti bila cukup bulan, kita akan dapat hadiah. Ala, time tu kecik lagi, mana tau sangat ganjaran pahala tu. Yang aku tahu, nanti dorang akan bagi duit raya. Semangat seh nak tadarus Al- Quran. Lepas tu ada makan-makan. Makan ramai-ramai dengan kawan-kawan. Time tu la aku kumpul kawan kat kampung tu. Tapi bila dah besar, aku dah jarang balek kampung, jadi aku dah tak ingat dah dorang tu sapa. Tapi sumpah masa zaman tinggal dengan atok dan nenek tu la zaman paling best. heh.


Ok, sangat rindu waktu itu. -_-" nanti aku cerita puasa di Kuching dan raya di Sarawak kat korang :D


Nota bulu kaki macam meggie:


Dimanakah lokasi berbuka untuk esok hari? Adakah perlu kembalikan diri ke Taman Bukit Kempas atau redha berbuka sambil membelai assigment dengan penuh kasih sayang? Tapi apa-apa pun update status selamat berbuka tetap menjadi keutamaan kan? XD Oh ya, hari ni kau boleh dengar lagu raya di JJ taman U tu xD. Sebelom terlupa kepada sayang-sayang semua, selamat berpuasa xD

Isnin, 9 Ogos 2010

Revolusi Mengorat: Bila teknologi bersurat Di Cantas Oleh MukaBuku

Zaman sekolah dulu aku pernah minat gila babeng dengan seorang abang senior yang beza cuma setahun dari aku.Waktu tingkatan satu dulu aku selalu pandang ke jendela setiap kali waktu sains yang bosan pada hari isnin. Dari jendela boleh nampak si dia berbaju kuning bermain basketball! Lepas tu sampai ke form 3 aku selalu buat-buat lalu lalang depan kelas die. Instead, I did write a letter to him tapi aku tak letak nama pengirim pon. I never talk to him. Kalau die depan mata sekalipun aku akan buat-buat tak pernah peduli dia wujud. Aku pernah seludup masuk ke kelas dia waktu petang sebab nak baca student profile die kat portfolio. Maka aku tau dia tinggal di mana, tarikh lahir dia, warna favourite, bla.bla.bla. Freakin' Psycho. I wonder dia kat mana sekarang. Muka dia pun aku dah lupa.


Cinta pandang pertama pernah hadir di sini xD.haha.Geli!




Itu kisah zaman sekolah aku. Gila susah nak kumpul data orang yang kita minat. Nak-nak kalau kita minat die in silence. Tapi aku rasa budak-budak sekarang ni tak banyak dah koleksi yang wat kejadah bangang macam aku tu. Sebab dunia sekarang dah maju dan kebanyakan orang dah ada facebook, jadi facebook saja lah kalau nak tahu info pasal orang tu. Bila dia lahir dan sewaktu dengannya. Kalau yang pengguna facebook tegar macam aku, ko sampai boleh agak emosi aku sekarang ni macam mana. Lagi bernasib baik kalau hamba Allah tu ada blog, lagi seronok kau buat kajian dan stalk pasal dia.


Teringat, dulu-dulu nenek pernah cerita, dia dengan atok di satukan oleh orang tua. Zaman dorang perempuan tak di hantar ke sekolah. Kononnya takut nanti anak gadis belajar tulis surat cinta. Bagi malu kat mak bapak. Tapi tu zaman atok nenek aku. Lepas tu lahir generasi mak bapak aku. Generasi ni bernasib baik sebab mak bapak dorang dah tak takut anak gadis pergi ke sekolah. Mungkin dorang dah tak kisah anak dorang belajar tulis surat cinta sekalipun! Asalkan anak-anak berjaya masuk ke IPT dan tidak buta huruf macam mereka. Jadi zaman-zaman ni kalau suka kat awek, dorang main tulis surat.Lepas tu suruh orang hantarkan.


Tak pernah hayat aku dapat surat chenta T____T


Sebab dolu-dolu mak selalu beli majalah dan kakak pengasuh sangat suka baca, nak-nak satu ruang ni,Ruang berkenalan. Situ berkoleksi manusia yang kononnya carik kenalan dengan meninggalkan alamat rumah supaya ko boleh tulis surat. Heee, time kecik-kecik dulu aku sangat geli tengok section berkenalan tu weh!


Tu zaman mereka. cerita generasi mereka. Kecik-kecik dulu kalau ko ada henset memang kaya terlampau la tu. Maka kakak pengasuh selalu belasah telefon rumah bergayut dengan abang teman-teman lelakinye itu. Kalau keluar dengan kakak pengasuh yang kononnya cun tu, mesti ada lelaki datang mintak number. Jadi sediakan pen dan kertas untuk mempasskan number telefon kat orang. Tak mampu bai nak beli henset. Nak main misscall-misscall ni. Dah la handset zaman dulu-dulu sizenye, Ya Allah! Kau baling kat anjing sumpah koma la atleast.
OK,aku ingat first handphone dulu lagi besar dari ni.  Tak tahu nak letak celah mane handset macam tu besar


Time zaman sekolah dulu aku ingat lagi ada member aku suke buat kejadah main misscall random number lepas tu berkenalan dan sewaktu dengannya. Aku ingat lagi dulu pernah baca dalam readers digest orang tu kenal dengan wife die sebab salah number. Kes kawan baik aku pun sama jugak. Nak di jadikan cerita lepas tu dorang satu tempat belajar. Tapi zaman 2-3 tahun kebelakang internet itu sesuatu yang sangat mewah.Kau ada streamyx kau memang kaya. Dulu starting celcom aku abes RM500 okey! Jadi kalau kenal macam tu kena main post gambar la kan? Henset yang ada camera and MMS pun beribu weh yang VGA tu. sapa yang ada handset macam tu memang belagak kaye la wa cakap samalu.


Alkisah, dalam kelas data visualisation, tiba-tiba henset aku Vibrate. Ada orang call. Jadi aku kluar dan tengok number yang tak di kenali . Aku jawap call.


Aku: Hello.
Dia: Hello.
Aku: Who is this?
Dia: Sorry wrong number.


Eh? Cam aneh je aku sebab aku tanya macam tu je dia dah wrong number. Maka aku masuk ke kelas dan sambung tengok slide.


kurang 5 minit henset vibrate lagi.


1 sms masuk. Aku terus baca.


Dari number yang sama.


"Do you have facebook?"


hahahahahahahaha... Ko tak rasa lawak ke tibe-tibe je?


Malas nak reply. Delete massage.


Nota bulu kaki macam meggie: Macam-macam budak-budak zaman sekarang T_____T. Itu lah penangan teknologi

Ahad, 8 Ogos 2010

Awan Mendung Kelabu, Langit tak der Warna Biru.

Waktu tu aku di tingkatan 4. Cik kawan baik yang duduk di sebelah pernah kata, aku ni manusia yang tak ada masalah.Aku manusia yang sentiasa happy. Waktu aku cuti sebelum masuk ke kolej matrikulasi, kawan dari sekolah rendah kata "Hajerah only have 2 expression, sama ada die akan gelak, atau terus gelak." Bila dengar komen macam tu aku rasa nak gelak golek-golek. Mungkin rasa aneh bila orang buat persamaan seolah-olah aku ni tak ada perasaan.


Sebab aku anak sulung dalam family and beza umur antara aku dengan adik-adik yang lain sangat jauh, aku tak ada sister moment where i have a sister yang boleh dengar aku mengumpat atau meluahkan rasa tak puas hati. Ever since my second brother tu form one, parents aku letakkan dia di Tanah Semenanjung, so aku cuma ada encik adik yang beza umur dekat nak 8 tahun tu  kat rumah which is dia tak kan faham apa-apa. Since aku sekolah di selected school yang berjarak dari rumah dan rumah aku dengan kejiranan agak jauh, jadi sedari kecil lagi aku biasa sendirian. Kalau ada sesuatu yang tak kena, aku akan nangis sorang-sorang dalam bilik. Aku tak pernah nak cerita apa-apa kat sapa-sapa. Benda tu sampai masuk ke Universiti aku terbawak-bawak. 


Dulu seorang senior macam pelik kenapa aku sangat suka buat hal sendiri. Well, mungkin dah menjadi kebiasaan aku sejak kecik lagi aku terbiasa buat hal sendiri. Apetah lagi aku terdampar sorang diri di tanah Johor ni, terpisah dari kawan baik yang lain. Even ke Singapore pun aku pernah pergi sendirian.


Tapi deep inside aku menangis jugak. Sebelum ni aku tak kisah nangis sorang-sorang dalam bilek. Aku selalu menangis di sebalik selimut dan bantal. Lepas tu rasa puas. Sampai seseorang tiba-tiba kata "Let me be your crying shoulder." He spoil me so much. Setiap kali aku rasa tak kena, die akan pujuk aku untuk luahkan. Memang la bila dah di luahkan rasa lega. Selama aku ada bahu menangis tu aku tak pernah menangis sorang diri macam dulu-dulu. Aku dah tak menangis di celah selimut.


Tapi tu dulu. Sekarang rasa macam tak betah. Kadang kala aku rasa penat berpura-pura. Jadi pelakon tak berbayar ni betul-betul buat jiwa aku sakit. Berendam air mata. Malam tadi aku tido lewat, menangis sampai jam 3 pagi sorang-sorang. Tahan hati, please dont tell to anyone that you have a problem. Please be the old you. Dulu boleh menangis sorang-sorang ,lepas tu lega. Malam tadi rasa macam sakitnye. Rasa macam nak nangis-nangis call orang. Bila orang tu kata die nak bagi bahu die, aku nangis lagi kuat. Sedih, aku dah tak kuat macam dulu. Sedih, sebab aku rasa aku semakin manja. Seriyes banyak benda yang buat aku rasa sedih.


Renung handset. Tengok kelendar. Huh. Aku simpulkan tu penyakit PMS. T___________T. Aku tak faham kenapa ada lelaki nak jadi perempuan. Tengok, bila PMS je merapu-rapu macam ni. Eh, ye ke PMS?


Nota bulu kaki macam meggie: Kan aku pernah kata perempuan kuat emo. Terima je lah, tak payah banyak soal and kata tak faham :|.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Definisi Photogenic:Jangan terpedaya dengan kuasa DSLR dan Photoshop okey!

Korang penah dengar tak perkataan photogenic? Kalau ikot definision yang aku jumpa di google tadi photogenic ni "Attractive as a subject of photography. " 


Senang cerita orang tu nampak menarik di dalam sekeping gambar.
Orang tu boleh jadi memang kejadiannya lawa/hensem. Tapi banyak jugak yang bila kau lihat secara reality ko akan jerit dan cakap;


"Kecewa aku percaya kuasa photoshop.Nak puji pun tak sampai hati. Wakakaka"


I Setuju tu kak Lisa XD


Tapi tak semua orang yang akan nampak menarik dalam sekeping gambar. Ada segelintir manusia tu, die add di facebook, ko ignore request die sebab nampak buruk. Tapi bila tengok secara live, pergh, cair macam ice cream yang diletakkan di tengah Gurun Sahara wa cakap samalu! Seriyes woh, macam sorang lelaki yang aku dengan Fiffy suke stalk. Kitorang tengok secara live tahap nak(nak je ye, buat tak lagi!XD) jerit dan cakap kat die


"Abang, petik la daku jadi bunga muuu" (Ok, OK, aku memang overboard di sini XD)

Semalam bila terkenangkan lelaki yang kacak itu, maka kami sepakat mengeluarkan teori;


"Dia lagi kacak dari sekeping gambar. Gambar-gambar die membuatkan aku rasa macam aku tak nak stalk facebook die lagi untuk selama-lamanya."


Cakap pasal lebih menarik dari sekeping gambar, teringat kejadian waktu nak buat gambar passport hujung tahun lepas. Mata sembam kesan menangis lama sangat, dengan muka macam janda yang baru di cerai dan gaya macam ada 10 orang anak, aku dengan berkeyakinannya senyum di sebalik lensa tu. Aku malas nak fikir ape dah . Janji passport siap dan aku boleh meronggeng meninggalkan JB bila aku terasa hyper bosan.

Sewaktu trip travel alone to Singapore, aku tersalah masuk gate dan terpatah balik ke Malaysia. Jadi aku bagi tahu kastam Singapore aku tersalah pintu. Pihak kastam singapore bawak aku ke satu pejabat ni. Dorang soh aku tunjukkan passport dan berkerut dahi tengok gambar tu dan tengok aku lagi berulang kali.(ala-ala drama kau tau!)


maka dengan perasan cun nya aku cakap;


"Saya lagi cantik dari sekeping gambar. Please admit it! Sila tunjukkan pintu untuk ke Singapore"




 Kan da kata aku lagi cantik dari sekeping gambar xD


T________________________T Ko boleh tuduh aku punya daya keyakinan terlebih tinggi. Sekian. Setel.


Nota bulu kaki macam meggie: Photo album Bulu kaki


Phototembam
Photocontrol
Photogedic. erk???

Rabu, 4 Ogos 2010

Kerta Kerja Untuk Mendapatkan Cik Awek

Kerta Kerja Untuk Mendapatkan Cik Awek
1.0   Pendahuluan



Saya seorang  jejaka yang single. Memandangkan setiap manusia di lahirkan berpasangan yakni lelaki harus la berpasangan dengan perempuan (ye, saya sangat menentang aktiviti GAY) makanya saya berhasrat untuk mencari pasangan hidup.  Oleh yang demikian, saya berhajat untuk mengorat awek. Mungkin, jika ada jodoh awek itu saya akan lamar dijadikan pasangan di dunia dan akhirat. Amin

2.0   Matlamat dan objectif
2.1   Mengelakkan terjebak dalam aktiviti songsang.
2.2   Saya single maka saya perlukan pasangan
2.3   Nak try hot lagi ke tak
2.4   Nak mencari pasangan hidup dengan mengenal hati dan budi
2.5   Mencari cinta sejati (ceh!)

3.0   Cadangan

3.1   Mencari awek dahulu. Mungkin mintak kawan kenalkan. Oh, cik Irah ada 3 orang anak stock awek yang masih single. Sila cop cepat sebelum kehabisan stock  xD.
3.2   Mencari facebook awek tersebut. Add dan menghantar massage melalui facebook.
3.3   Membaca blog awek tersebut supaya boleh lebih mengenali si cik badan. Mungkin boleh dijadikan bahan untuk di dibincangkan pada massage di facebook sebagai pembuka salam perkenalan.
3.4   Add yahoo messenger awek tersebut. Tegur awek tersebut nicely setiap kali dia online. Mungkin boleh tanyakan khabar dan pura-pura tanya pasal course ataupun pekerjaan cik awek tersebut(Dicadangkan di sini supaya kaji dulu bidang yang cik awek ceburi supaya tak tertanya soalan bodoh). Jika cik awek ada blog, mungkin boleh guna mana-mana entry sebagai  bahan untuk di bincangkan. Cuba mencari kimia diantara saya dan cik awek. Dalam masa yang sama, siasat serba sedikit latar belakang cik awek dan siapa rakan handai terdekatnya untuk memastikan hubungan yang BAKAL terjalin ada masa depan.

Buat assigment pasal awek tu .

3.5   Meneruskan langkah dengan meminta number telefon cik awek. Di samping itu harus la berbuat baik kepada kawan baik cik awek. Berterus terang kepada kawan cik awek dan meminta pertolongan kawan cik awek untuk mengadakan promosi kepada cik awek dengan menunjukkan potensi yang ada pada diri.
3.6   Menjadi diri sendiri dan selesa dengan diri sendiri supaya berkeyakinan dengan cik awek.
3.7   Mengajak cik awek keluar bersama-sama rakan yang lain untuk mengelakkan maksiat. Jika keluar berdua-duaan , haruslah mengelak dari berada di tempat yang sunyi untuk mengelakkan fitnah.
3.8   Sentiasa menghubungi cik awek walaupun bizi. Mungkin sekadar satu dua message bertanya khabar atau call 10 minit sehari sudah memadai terutama sebelum tidur untuk menunjukkan yang saya betul-betul nak kan cik awek.
3.9   Terasa serasi, cuba untuk berkenalan dengan keluarga cik awek jugak.
3.10           Kongsi impian dan masa depan dengan cik awek. Cuba jadikan diri saya sebagai salah satu impian cik awek dan menjadikan cik awek sebagai salah satu modul masa depan saya.
3.11           Sentiasa buat yang terbaik dalam hidup ini supaya cik awek rasa kagum dan menjadikan saya sebagai  idola. Di samping itu, saya haruslah lebih giat dalam mengcari duit untuk membina keluarga bersama. Jika saya masih belajar, saya haruslah mengambil peluang mencari ilmu sebanyak yang mungkin dan grade dengan keputusan yang cemerlang dan merancang hidup dengan baik. Bila sudah bekerja, saya haruslah tidak boros dan pandai mengawal ekonomi sendiri supaya saya boleh mendidik cik awek untuk berjimat jugak. Cukup 3 tahun kerja, saya boleh meminang cik awek.
3.12           Harus giat memperbaiki diri sendiri dan belajar ilmu agama untuk membimbing cik awek dan bakal anak-anak kami.
3.13           Menerima setiap teguran dan mengadakan perbincangan hati ke hati jika berlaku pergaduhan. Tak mahu makan dalam banyak sangat dan menerima pasangan seadanya.
3.14           Selebihnya berserah kepada Allah .

4.0    Anggaran perbelanjaan


Setakat yang saya termampu dan tidak meminjam dari sindiket Ah Long serta mengelak berhutang dengan bank untuk card creadit.
Duit top up mengorat dah banyak ni! ish ish ish


5.0   Ahli jawatan kuasa

President : Saya yang single
Naib president: Cik awek
AJK: Orang sekeliling kami

VIP: Keluarga kedua-dua pihak.

6.0   Penutup

Saya harap kertas kerja saya ini berjalan dengan lancar. Saya memerlukan sokongan dari kawan-kawan untuk mendapatkan cik awek. Di samping itu, pengalaman yang lepas akan saya gunakan untuk memperbaiki diri sebab seriyes oh saya nak carik awek untuk buat bini.

Pelamin Impian. Wakaka. Sumber :Google


Nota bulu kaki macam meggie: Sebab aku tak pernah mengorat lelaki, maka aku tak de kertas kerja mengorat balak la ek. Tapi kalau korang nak kertas kerja di ngorat, mungkin suatu hari nanti aku boleh buat xD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...