Followers

Sabtu, 31 Julai 2010

Abang, Isteri Tu Teman Dunia Akhirat, Bukan Hamba Cuci Boxer Tau!

Cuti sakit mata di hari ke 8 minggu kuliah adalah cuti yang paling membosankan. Kalau kena demam di tengah – tengah semester, dapat cuti sehari berehat dan tidur seharian adalah perkara yang paling indah. Senang cerita, kadangkala sakit tu macam nikmat. Kalau tak aku serupa dengan robot, Cuma tahu duduk di depan laptop dan mengarang code graphics library walaupun most of the time aku bermain dengan facebook dan baca belog kamu tu.

Bosan sakit macam ni, aku terbaca status seseorang di muka buku. Status owner berjantina lelaki ni lebih kurang:

“Alangkah indah kalau ada bini. Sorang buatkan air, sorang urutkan badan”.

Statement lebih kurang tu aku rasa semua lelaki selalu bayangkan. Bila tinggal di asrama dan kena cuci baju sendiri, mula la kepala pikey,

“Alangkah bagus kalau ada bini, tak payah aku susah-susah cuci baju sendiri”

Teringat aku zaman kecik-kecik dulu bila adik lelaki mak aku yang bekerja as manager bank tu tak kahwin-kahwin lagi. Mak keep saying something like

Bukannya apa nak suroh dia tu bebini. Sekurang-kurangnya nanti bila lapar ada orang yang tolong masakkan.”

Itu ayat orang bujang. Ni pulak ayat kalau ko tu anak dara.

“Kalau ko tak reti masak, lipat baju, tukar lampin anak, macam mana ko nak belaki?

He eh, statement derita kat telinga anak dara pemalas. Sebab aku sangat culas dan suka memberi alasan, kepala tak center aku selalu kata

“Kahwin ni nak buat perempuan jadi hamba apa?”

Ko imagine, sebab sekarang mosty perempuan belajar tinggi sampai tingkat 5 FSKSM ataupun terbang jauh sampai ke Paris, takkan la senang- senang nak give up education level tu untuk Cuma duduk di rumah dan jaga anak serta suami semata. Kalau laki financialnya mantap, mampu bagi nafkah bini sama dengan gaji bulanan kira ok la lagi. Ni laki paling advance pun tua 3 tahun, kononnya senior zaman sekolah yang suka baca blog dia dan kemudian jatuh cinta. Banyak mana la financial yang dia mampu sediakan. Bukan nak demand tapi sapa tahu usia laki tak panjang lepas tu mati keracunan. Kan jadi mak janda. Bukan senang nak carik kerja zaman sekarang dan besarkan anak sendiri .Sekarang ni everything use money. Even nak ke jamban pun guna duit. Sebab tu aku selalu menentang kalau perempuan yang dah kahwin harus duduk di rumah jaga anak semata.

Ok, balik pada cerita yang terbabas sekejap tu. Since now a day mostly perempuan bekerja, lepas tu ko bayangkan penat-penat balik dari kerja, ambil anak di nursery, lepas tu sampai ke rumah nak memasak, lipat pakaian, mandikan anak, cuci pinggan mangkuk, kemas rumah dan lain-lain seorang diri dan laki Cuma tahu duduk dan mintak kopi. Ada yang kalau boleh kopi tu nak bini yang suapkan ke mulut. Tak ke gila penat namanya macam tu? Kahwin tu bagi aku berkongsi hidup. Kalau pandai kongsi katil dan buat anak, aku tak rasa satu dosa kalau kongsi buat kerja rumah kan? Ececececeh, ayat macam 21 tahun menjanda, padahal aku baru 21 membujang. Aku masih belom berumah tangga. Cuma pointnya di sini sila jangan bermimpi untuk menjadikan bini kau sebagai seorang hamba cuci boxer kau.

Nota bulu kaki macam meggie:
 Eh, kalau aku nak berangan...
“Alangkah indah kalau ada laki. Boleh tolong buatkan air dan picitkan belakang”
Agak-agaknya kalau orang tu baca belog aku sebelom masok meminang aku, dia akan cancelkan tak?
XD

Khamis, 29 Julai 2010

Ciri-ciri Awek cantik Yang Jadi Tak Cantik tapi yang Cantik Mestilah Awek. Hah! Pening


Ala, Fasha Sandha, sapa tak kenal beb? Walaupun dilanda pelbagai kontroversi, aku berani jamin bersusun jejaka yang teruna dan yang dah hilang teruna tergila-gilakan dia ni. Almaklum, orang cantik. Aku kecik-kecik dulu pun pernah berangan nak jadi cantik macam dia. Tapi cerita dulu la sebab aku sedar aku lagi cantik dari dia. Ok.Cut!


Ha, ni lagi sorang stock awek cun yang ada kat Malaysia ni. Bila tengok watak-watak yang dia bawak dalam setiap drama which is a very inesen woman, sesuci lebaran dan seayu senyuman(eceh), dia ni la calon menantu idaman apetah lagi kalau yang penggemar cerita Nur Kasih tu.


Ha, si cantik manis Lisa Surihani ni tak payah nak dicerita lagi. Orangnya manis je dengan senyuman.  Bak kata kawan lelaki aku, wajah penuh keibuan la. Nak-nak bila pegang watak sebagai mak orang dalam cerita Adamaya. Gaya sayang dia dengan Amani macam..Alalalala. Sukelah weh. Senang cerita top name gadis yang menjadi rebutan la.



Tapi motif posting aku bukan pasal stok gadis idaman di Malaysia. No no no! Baek aku cakap pasal stok jejaka idaman, lagi kena pada motif jantina aku. Cuma nak cerita, tadi aku dengan Sarah makan kat Student Union Building (SUB). Lepas tu tengok la awek cun ni. Lepas tu aku tersenyum teringatkan sesuatu, perbualan di antara aku dan adik aku waktu makan malam di sebuah restaurant. Meja kitorang ni mengadap meja sorang awek cun ni. Adek aku pulak lelaki, maka mula la bajet hensem sikit. Lepas tu order perempuan tu datang. Perempuan tu makan. Adik aku tergelak!


"Sesungguhnya,Secantik-cantik perempuan, kalau makan berbunyi, lelaki tengok pun berniat nak cabut lari sebab nampak macam hilang seri."


Hee, aku cuma mampu tersengeh -.-'.


Teringat suatu kejadian, waktu tu salah seorang dari member aku sembelit, maka seorang dari kami keluarkan satu teori


"Selawa-lawa perempuan, bila sembelit, terus muka terbelit. Hilang dah cantik!"


Teeeeeeeeee... Maka aku keluarkan suatu teori;


"Selawa-lawa perempuan adalah perempuan. Yang bukan perempuan berangan menjadi perempuan lawa tetap tak akan nampak macam perempuan lawa. The end!"



Kontroversi semester lepas dengan kehadiran yang tidak diketahui kategori apakah ini :|

Nota bulu kaki macam meggie: Tadi dengar Fly fm, ada talk pasal pandangan pertama pada rumah teman lelaki, maka ada caller kata macam ni

"someone toilet reflect someone heart. If the toilet is clean, and for sure the heart is also clean". Lepas ni sapa-sapa yang ajak aku bercinta aku nak tengok toilet die dulu, lepas tu baru aku fikirkan nak terima ke tidak hati die. -..-.

Rabu, 28 Julai 2010

Bilik saya Dihuni Jin Hackers. Dukun dan Pawang Hackers adalah diperlukan Dengan Kadar yang Segera. Terima Kasih.

Kali ini aku nak bicara yang paling serius. Bilik yang aku huni ni berhantu! Kalau bukan hantu iblis sekalipun, aku yakin bilik aku dihuni sekali oleh Jin Hackers. Sebab musabab aku kata macam tu adalah setiap kali aku nak buat assigment, mesti line internet aku putus. Putus tu dalam bahasa omputehnye adalah Disconnect. Dalam istilah pada broadband wimax, akan terpancarlah sinar kemerah-merahan pada signal internetnya. Yang aneh nye pembaca semua ye, setiap kali aku tak berniat nak buat assigment yakni aku cuma berniat "Nawaitu mari kita bukak facebook dan tulis belog tak mahu buat assigment" Aku boleh jamin 120 peratus line aku akan bertukar ke warna hijau. Hijau tu bermaksud talian yang paling laju lah weh! Amacam? Misteri tak bilek aku? Mungkin lepas ni aku kena panggil segala jenis Dukun Hackers dan Pawang Hackers untuk menghalau jin Hackers tu mengganggu aku dari membuat assigment.


Yang Pasti Bukan Jin Ini Yang Menghuni Bilek aku :|


Itu cerita pertama. Cerita seterusnya adalah hari ni aku dah kembali ke sekolah (Sambil melonjak-lonjak keriangan).Macam hari-hari yang lain, hari ni aku lambat seperti biasa. Sebab minggu lepas tak datang, minggu ni terpinga-pinga masok kelas yang sesak sebab Doktor Lecturer dengan gembiranya menggabungkan dua majoring dalam satu kelas. Maka aku dengan gembiranya duduk kat belakang dengan tak bawak cermin mata. Dengan gembira jugaklah aku bawak wajah blur sebab tak faham apa-apa di tambah lagi dengan penglihatan yang sangat terjejas dan otak aku yang membeku sebab terlalu lama mengMCkan diri.


Lagi menggembirakan hati adalah bila kunci bilik aku hilang kat Jusco Taman U,Skudai . Sekian diari gembira pada hari ni. Sesungguhnya Proposal PSM aku masih tak siap.T__________________T. Tenat!


Nota bulu kaki macam meggie: Ar, Sudah membeli number maxis. Lepas ni mahu aktifkan diri ku macam Kak Siti

Selasa, 27 Julai 2010

Otak mula membeku, macam mahu di barbeque :|

Lintan ni tak payah ko  tengok live, terbayang sedikit pon dah naik geli. Tapi geli tak geli lintah berjasa ni la selamatkan telinga aku di tahun dua bila resdung menyerang telinga sampai tak boleh mendengar. Tak payah la ejek geli ke apa. Kalau dah ko pergi jumpa pakar telinga tapi masih tak boleh mendengar di usia masih 20 tahun, ko akan sanggup mengadap encik lintah walau pun rasa geli tahap entah la tak tahu nak kata apa.




Tapi bukan lagenda satu tahun yang lepas aku nak sampaikan. Cuma bila dah seminggu sakit dan duduk terkurung di dalam bilik sampai otak naik beku membuatkan aku teringat pada sesuatu. Lintah kalau tak silap aku ada satu enzym yang boleh mencairkan darah yang beku.Terfikir sesuatu, kalau otak yang naik beku macam aku ni boleh tercair balek tak kalau digaulkan sekali enzym pada lintah tu?


Hehe... Seminggu bercuti di hari ke lapan. Otak aku mula berfikir sesuatu yang macam haruuuuuuuu :|


nota bulu kaki macam meggie: Ah...aku nak makan spegettiiiiiiiiiiii :| . Proposal PSM tak setel sebab tak leh tengok laptop lebih dari 10 minit. Sadis.Sadis :|

Ahad, 25 Julai 2010

Sekolah khas Pelajar Mengandung|| Ni la jadi bila Terberanak Anak si Cetek Akal

Terbaca berita semalam. Macam-macam respon ada. Mulanya aku rasa nak tergelak. Rasa macam kelakar bila difikirkan balik bila orang lain kena berfikir untuk orang lain. Rasa macam akal di beri tak payah pakai tapi suruh orang lain fikirkan apa yang patut dan tak patut di buat.


Bayi malang hasil hubungan Si cetek akal




Kalau kau search guna tajuk "Sekolah Khas Pelajar Mengandung!" kau pasti jumpa macam-macam komen dari perbagai individual bloggers dan si cerdik pandai. Sikit orang yang suka, tapi lagi banyak yang tak suka. Pada kebanyakkan orang, sekolah macam ni pelik dan menggalakkan maksiat. Tapi kepala aku cuma pandang statement


"sama ada mengandung hasil perkahwinan sah"


"sekaligus menyelesaikan isu keciciran dalam pelajaran"


"Bagi membantu remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin, beliau turut mengumumkan pemberian insentif RM500 kepada mereka untuk membantu urusan perkahwinan."


Kalau kita cuma pandang dari sudut tu, aku rasa macam ada bagus jugak la kan. Budak-budak terlebih gatal ni ko kasik nikah cepat-cepat lepas tu bila mengandung dan dah ada anak masih pergi ke sekolah. Bagi aku pendidikan sangat penting walaupun kau cuma seorang perempuan. Tanpa pendidikan, orang tak akan hormat kita dan kita senang di perbodohkan. Lagipun kalau di takdirkan di cerai atau laki mati cepat, tak payah la susah-susah masuk program bersamamu.


Orang sekarang selalu kata apa barang bai kahwin awal-awal tapi bila fikir balik dulu zaman datok nenek kahwin awal tak ada masalah pun. Hidup aman bahagia sampai ke tua. Tak pon sibok bercerai berai macam orang sekarang yang kahwin umur lewat 30an lepas seminggu meraong kat mahkamah mintak cerai. Age is not an issue kalau bercakap pasal kahwin cerai ni.


Kahwin umor senja pun masih jejak ke sini bila usia perkahwinan tak sampai 3 bulan. Theehehe


Tapi ye la orang melenting sebab kononnya bila buat macam ni lagi banyak orang buat anak luar nikah. Lepas tu keluar lagi artikel menyalahkan kerajaan, menyalahkan mak bapak adalah punca segala-galanya. Tapi kepala aku yang hidup kat negara yang ada kerajaan dan masih ada mak bapa ni tetap kata salahnya bila lahirnya anak yang cetek akal dan tak ada otak


Di Malaysia ni, semua wajib ambil subjek Agama Islam kalau kau tu pelajar Islam. Dalam kelas dari tadika lagi ustaz ustazah dah ajar batas perempuan dan lelaki macam mana. Dah statekan dah HARAM seks selagi korang tak kahwin. Tapi aku rasa kurang penghayatan atau tak faham bahasa budak-budak ni buat jugak. T___T. Lepas tu kerajaan umumkan pasal pendidikan seks, lagi ramai yang mengamuk sebab kononnya lagi menggalakkan dorang buat seks before nikah. heh. Yang ni aku rasa betol. Cukup la belajar kelas agama tu. Kesian budak kena bawak banyak buku ke sekolah.


Ha, pasal kononnya mak bapak tak jaga dan tak bagi didikan agama. Aku rasa almost semua mak bapak bagi yang terbaik untuk anak-anak dia. Tak semua yang beranak before nikah ni lahir dari keluarga porak peranda. Adanya datang dari keluarga yang bahagia dan mementingkan didikan agama. Bagi aku mak bapak tak bersalah seratus peratus. Tak ke gila mak bapak nak duduk depan anak 24/7 and call sentiasa and tanya buat apa semata-mata nak pastikan anak-anak tak buat benda yang bukan-bukan? And rasanya sangat tak adil nak salahkan keluarga yang tak bahagia sebagai alasan untuk terlanjur. Kalau macam tu, asal mak bapak bercerai je ko terlanjur, ikot jantan ikot suka. tak ke gila namanya macam tu? Dah tu akal Tuhan bagi ko nak buat apa? Fikir logik, orang yang baru memeluk agama Islam, yang hidup dibesarkan dengan orang bukan Islam berjaya mencari syurga, apa alasan kau manusia yang lahir dalam Islam, walau mak bapak ko tak didik ko dengan Islam tapi sekeliling ko orang islam untuk ko terus pilih terjun ke neraka?


Lepas tu buat lagi 1 issue, orang buat rumah pengasih, pungut si terlanjur ni. Didik, jaga anak tu. Bagi kat orang. Lepas tu kluar la statement, lagi banyak budak yang terlanjur. Tu yang aku cakap, tak adil kita salahkan kerajaan, mak bapak dengan kewujudan rumah pengasih ni. Otak tu tuhan bagi siap set dengan akal. Tak kan tak reti nak fikir halal haram? Orang lain semua dok fikir camana nak elakkan ko dari buat maksiat, nak larang ko buang anak luar nikah. Tapi kepala anak cetek akal ni tak pernah fikirkan apa-apa. Sudahnya belia yang rasa diri cendiakiawan dan ilmuan yang pening kepala fikirkan cara, membuat kajian serta saling menyalahkan antara satu sama lain sedangkan belia subjek yang cetek akal tu langsung tak ambil kisah dan tak endah. Theeeeee. Lepas ni korang nak salahkan sapa?


Kalau rumah pengasih ni boleh bercakap mesti dia kata "I tak berdosa okeyyyy! Jangan salahkan I"




Nota bulu kaki macam meggie: Mak bapak aku tak pernah cakap "Jangan buat bukan-bukan dengan jantan". Dorang tak pernah ingatkan aku "Jangan buat maksiat". Dorang sangat tak kisah aku berkawan dengan lelaki dan datang makan sekali di rumah. Tapi benda tu bukan alasan untuk aku buat maksiat dan melanggar segala batasan yang ada. Otak se set dengan akal. Aku tak pernah ambil kesempatan. Walau mak bapak tak kisah aku balik tengah malam, aku tetap dengan pendirian aku, batas harus di jaga walau kau punya perasaan :)

Nanti kahwin aku mahu pakai jeans. Kamu semua silalah datang!

Hero cerita ni sangat hensem. Boleh sapa-sapa tolong pinangkan aku untuk die tak?

Ah, aku bukan si gadis yang gemar menonton cerita korea.  Kalau sebut cerita korea, eh, issue nya gerentilah pasal cinta. Aku yang 21 tahun membujang ni (Ciss, macam ayat mak janda pulak dah) kurang gemar dengan cerita jiwang terlebeh karat. Aku gemar sesuatu yang ala-ala gedik macam Pisau Cukur. Biasalah, perempuan gedik memang suka sesuatu yang lagi menggedik. Forgive me with my gediknees.
Walaupun macam gedik tapi tetap rasa nak suke.theehehe


Sebab bosan sakit duduk sorang-sorang dalam bilek, jadi aku layan la cerita korea ni. OMG heronya sangat handsome. Tapi ada satu dalam scene tu buat aku stop sebentar, yakni bila cik heroin pakai baju pengantin, emosi  yang  di gambarkan seperti

“Oh gadisku, kau nampak cantik dengan gaun wedding warna puteh”


Aku rasa kalau orang cantik macam dia ni tak payah pakai Wedding Dress pun tetap nampak cantik kan?
Rezeki Datok K dapat bini lawa macam ni kan? :|

Somehow aku terfikir, ye ke bila kita pakai wedding set kita akan nampak cantik? Kadang kala aku rasa benda tu mind setting semata-mata. Ye la, sebab dari kecik lagi kita dah di didik pakai pakaian wedding akan nampak cantik. Tak percaya ko tengok cerita Cinderella. Aku sangat tak puas hati sebab putera raja tak boleh recognise Cinderella dengan baju buruk cuci lantai di dapur. Bila kaki Cinderella tersarung kasut tu balik dan automaticly dia pakai gaun ala-ala wedding gaun tu terus dia nampak macam indah.

Kecik – kecik dulu, nenek saudara aku yang mak andam tu jaga aku while  mak pergi kerja since rumah masih tak ada orang gaji. Once it was my birthday, aku request nak pakai wedding set. Geli siol perangai. Kecil-kecik lagi dah gatal nak pakai baju pengantin.Wahahaha. Ok cut. The reason aku nak pakai ala-ala pengantin sebab nampak macam princess. Princesskan kononnya cantik. Jadi aku nak nampak cantik la.
Aku faham jiwa Perasan Comel budak ni -.-'

Senang cerita kan, pakaian pengantin selalunya fancy dan elegant tau. Mungkin sebab jarang di gunakan dan lain dari kebiasaan, seseorang tu nampak menarik. It is not about kau memang cantik tak terkata. Sebab psychologinya manusia suka sesuatu yang lain dari yang lain. Cuba fikir balik, kalau tengok cerita perempuan hodoh tiba-tiba transform jadi perempuan cantik bila dikenakan make up ke muka, kita berbisik “He eh, cantiknya dia” padahal kalau secara logiknya, kalau seseorang tu betul-betul cantik, dia tak perlu bermake up tebal, cantik semula jadi akan tetap terserlah. Orang tetap akan pandang dia seperti sangat-sangat indah.

Aku teringat a day before my bestfriends bertunang, tunang dia datang dan dia tak pakai secalit make up pun. Dia kata tu lah first time dia tak bermake up depan tunang dia . Paling cikai pun dia akan pakai compact powder dengan eyeliner. Lepas tu tunang dia kata dia nampak cantik tanpa make up. Sumpah dalam hati aku rasa nak gelak tergolek ha ha ha kau tau. Bukan sebab nak ejek dorang. Eh tak la. Sebab aku teringat cerita P. Ramlee. Ape ntah tajuk cerita dia. Ala, yang tirulah macam saya tu. Laki tuan rumah gilekan anak dara orang sebab bini dia di rumah tak berhias lawa. Biasalah sesetengah perempuan bila dah kahwin , dia tak fikir sangat diri dia lebeh dari fikirkan keluarga terutama yang tak bekerja. Jadi laki dirumah mula hilang selera mata. Maka si anak dara tu ajar la si isteri tu berhias semula. Akhirnya si suami tu jatuh cinta semula kat bini dia.

Maksud aku dengan perenggan di atas tu,lelaki ni sukakan sesuatu yang lain dari kebiasaan. Bukan sekadar lelaki, perempuan pun sama. Macam hari-hari makan makanan masak sendiri, walaupun sedap, kadang kala rasa macam nak makan di luar jugak. Hah, something like that la. Sama jugak dalam situasi ni. Kalau hari-hari saji mata orang dengan pakaian yang sarat melarat dan fancy dengan make up yang tebal, mata orang nampak rimas. Kadang kala bila berlagak simple dan bergaya sememey macam aku, mata orang nampak macam wow... Tapi bila hari-hari bawak muka berjerawat tanpa make up dengan pesen yang sama setiap hari,sememey dan buruk macam aku, orang pon pandang kau macam selekeh pergi mati. Tapi bila kadang kala tiba-tiba berhias lebih sikit, mata orang nampak macam “ouch! Letop kau nyah!” .
Ok, sekarang aku dah faham sendiri kenapa orang kata pakai baju wedding tu nampak cantik! Cuba kalau baju wedding yang fancy tu jadi pakaian hari-hari dan pakaian hari-hari cam baby T dengan T shirt tu jadi macam baju wedding, mesti keadaan aku yang sememey hari-hari tu nampak cantik kan? Eh nanti kalau akad nikah aku pakai jeans sama baby T je ada orang kisah tak?  Gaya macam dah kena tangkap basah dah! xD Nauzubillah.


Baju Kahwin??? Erk!!!!!


Nota bulu kaki macam meggie: Borak geli-geli dengan Sarah. Kita tak perlukan lelaki yang hensem untuk di jadikan laki. Cukup sekadar seorang yang ada masa depan dan berwawasan. Jangan risau rupa paras keturunan sebab kita kan lawa. Maka anak-anak di jamin tak kan jadi buruk sebab akan inherit genetik cantik kita. Amacam, geli tak dengan statement tu? :P

Khamis, 22 Julai 2010

Si Mata Sepet Merah Sebelah Mula Banjir. Tahniah kepada Incek Hujan Dan Takungan sudah Melimpah

Waktu zaman sekolah dulu aku rasa matematik subjek yang paling susah. Aku rasa baek kau baling aku ke tasik di belakang kelas dari ko ajar aku math. Otak aku sangat lampi untuk semua itu. Tapi bila melangkah ke alam universiti, aku jumpa coding sebagai makhluk yang lagi membosankan. Segala jenis graphics library aku harus belajar dengan sendiri. Kadang kala aku rasa aku macam robot yang hanya tahu duduk di kerusi.

Sedari kecil lagi, aku terpaksa admit,nak faham dan puaskan hati orang lagi perit dari buat latihan matematik mahupun belajar graphics library. Kadangkala, tanpa sedar kita lukakan hati orang walaupun kita tak berniat. Kadang kala kita berniat untuk bergurau, tapi orang lain tafsir sebagai sesuatu yang sebaliknya. Aku anak yang sangat riang dan suka bergurau. Aku benci dingin dan tegang. Walaupun aku anak sulung, aku sangat suka manja dengan sapa-sapa saja. Bukan berniat nak mengada-ngada. Tapi sudah naturally nya aku macam tu. Aku tak mampu nak ubah diri aku jadi orang lain yang cuma tahu bahasa yang sangat kaku.

Sebab kadang kala rasa bosan dan perit, aku cuma mengangguk dan pura-pura suka walaupun hati kurang senang. Kadangkala aku rasa bukan salah aku, tapi sebab orang dah salah faham aku terpaksa minta maaf. Aku rasa aku sama seperti lembu yang kau cucuk tali kat hidung. Aku cuma ikut. Hati kecil aku sangat takut untuk bersendirian. Aku tak mahu orang benci aku sebab benda remeh. Maka aku sama macam anak patung tak berperasaan.

Tiba-tiba angin rindu pada seseorang yang kebal usik sakat merajuk manja yang tak patut di kenang. tahniah! you berjaya buat mata I berair malam ni. Titik

nota bulu kaki macam meggie: Eh, geli. posting terlebeh emosi dengan hidung yang sangat gatal. Mungkin ada nyamuk buat sarang. Oh, kalau aku sembur dengan racun nyamok, agak-agaknya aku ke nyamok yang mati dulu? Tapi kalau aku yang mati dulu bagus jugak. Kurang dah sorang manusia yang buat u rasa sakit hati kan?

Dalam Ketawa Masih Ada Tangis yang Bersisa tapi Jangan Merenung Terlalu lama Si Kaca Yang Tak berharga



Bagi aku, kecewa itu perlu. Walaupun sangat menyakitkan hati, tapi kadang kala aku rasa semakin matang dan semakin bijak menghargai orang lain. Kecewa dengan orang yang memberi harapan dan kemudian dengan mudahnya kata "Cuma keliru dengan perasaan sendiri", sumpah boleh buat hati lembut aku naik gila. Dalam ketawa ada tangis yang masih bersisa. Paling parah bila kesihatan mula terganggu dan pelajaran mula merosot. 


Sampai bila-bila, proses belajar berjalan akan tetap bergunakan? ||Gambar colek dari Google Image




Tapi bila difikirkan balik, hidup ni sama macam belajar berjalan kecik - kecik dulu. Bila terjatuh, kita cuba bangun dan melangkah lagi. Lepas tu cuba untuk berlari, tanpa pernah putus asa. Tak kisah la bercinta ataupun dalam mencari pekerjaan, dalam pelajaran atau apa-apa perkara pun, bila kita kecewa dengan keputusan, jangan terus give up. Belajar untuk bangun dan mencuba yang terbaik. Mungkin ada yang lebih baik menanti di hadapan.


Erk, siap menangis air mata darah. Ok.Sila jangan buat!


Cuma bila kau kecewa, jangan tinggal sendirian dan menangis lagu kecewa. Hidup bukan seorang. Teman dan keluarga sentiasa ada untuk lawan bicara. Teringat waktu menangis dulu kawan baik aku ada disisi. Memujuk aku menelan nasik bila lebih seharian tak menjamah makanan. Bangun pagi menggagahkan kaki temankan aku berlari dipagi hari untuk mengubat duka. Itu namanya sahabat, bila seorang berduka, yang lain memberi semangat. Bila kembali ke campus, sangat parah tak mahu makan. Berat badan turun mendadak. Hari- hari ada Sarah ugut suruh makan nasik. Bodoh dan bangang. Sudah berusia 21 tahun, aku masih seperti kanak-kanak yang perlu di beri perhatian.


Menangis kecewa bagi aku bukan suatu dosa. Tapi jangan terlalu lama. Orang lain cuma boleh bagi nasihat, cuma ko je yang mampu berusaha untuk bangun sendiri. Kalau dalam bisness, bila ko menangis tengok jualan merudum dan terus melalak tak buat apa-apa. Aku jamin kau akan muflis. Sama juga konsepnya dalam hidup ni. Kalau ditangisi kaca yang hilang, permata di depan mata akan di pungut orang.


Tapi kalau kau kecewa, jangan sesekali salahkan orang lain. Walau betul sekalipun orang tu bersalah kat kau, mungkin salah die berpunca di sebabkan kau. Aku sangat benci bersangka buruk dengan orang. Walau hati rasa perit. Walau menangis di dalam hati, aku sentiasa pujuk diri aku yang aku adalah puncanya. Aku tak sempurna untuk dia, tapi dia sangat cacat untuk aku! Jadi sama-sama bersalah. Tak perlu menunding jari menyalahkan orang lain walau jauh di lubuk hati luka masih bernanah lagi. Mungkin dalam hati masih ada benci. Tapi tak siapa punya hak untuk menyalahkan sesiapa. Mungkin takdir Tuhan yang menyatakan kau dan dia cuma untuk sementara. Mungkin manusia terlalu gila mencari kesempurnaan, jadi, belajarlah menjadi sesempurna yang kau mampu. Memperbaiki kelemahan diri. Mencari seseorang yang mampu memberi semangat baru.


nota bulu kaki macam meggie: Teringat nasihat seseorang kepada aku. Cuba buat diri sendiri bangga.Hati sangat tersentuh dengan kata-kata itu. Diam terpaku. Hidup ini mesti ada tujuan. Bukan sekadar tujuan untuk bahagia di dunia, tapi juga menemui keredhaan Illahi dan kebahagiaan di Akhirat.

Rabu, 21 Julai 2010

tak sampai 2 minggu sekolah dah dapat MC 3 hari. Tahniah la Irah! T_____T

Bosan dah aku duduk dalam bilik seharian. Baru 8 hari di campus UTM, Skudai ni, doktor dah menghadiahkan aku 3 hari cuti. Kalau zaman sekolah dulu, aku sukalah dapat cuti, tak payah buat homework yang kena hantar esok. Tapi sebab sekarang ni dah besar, dah 21 tahun , walau pun masih tak ada suami(ok, ni sumpah tak ada kaitan), tapi sebab dah berada di tahun terakhir, tak nak la asyik terponteng. Kalau setakat period pain, aku sanggup lagi pergi ke kelas sebab sakit tu tak berjangkit. Tapi sebab aku kena red eyes, tak mau la pulak aku terasa bersalah 1 kelas bercuti sebab mata merah. Kang tak pasal-pasal aku pergi lecture sorang-sorang, pun bosan jugak. Terpaksa aku pura-pura fokus. Sumpah seksa!

Memandang di luar jendela. Hari mendung. Macam nak hujan. Baru bercadang nak bermanja dengan debu dan alam sekitar sambil mencuci mata yang dah merah ni dengan jogging time petang. Ok. Aku nak off sebentar. Malam nanti aku buat assigment even esok tak boleh pegi ke sekolah. :( Rindu nak belajar coding (ok, yang ni tipu)

Nota bulu kaki macam meggie: Emosi kurang stabil hari ni. Bosan internet lemmmmm. Tapi bila di kenang cinta lama si celcom dulu, oh! itu sejuta kali lemmmmmmmm.

Selasa, 20 Julai 2010

Suka Duka si Cinta Bau Yang Teragung

Kalau di sebut durian, macam-macam emosi yang terpancar. Ada yang gembira sebab Durian Macam CINTA BAU TERAGUNG. Ada yang menderita kononnya tak tahan dengan bau sedap yang di fitnah busuk tu.


Aku sangat gilakan durian tahap kalau kau bagi pilihan lelaki kacak atau pun durian, aku akan pilih lelaki kacak yang ada gudang durian.Namun, Cinta tak sentiasa gembira. Walaupun Durian tu umpama source of happiness aku, tapi sebab durian la aku demam time peperiksaan PMR. 2 hari sebelum PMR aku dengan gembiranya balun durian banyak-banyak sampai demam. Amek kau! Menangis-nangis aku nak pergi exam PMR time tu. Kepala berat macam ape ntah. Tekak pulak sakit. Sejak tu, kalau tak cuti sekolah, jangan harap la aku berani nak sentuh durian tu.


Itu cerita ngeri pecinta durian yakni aku. Ni pulak kisah adik lelaki bongsu aku yang kononnye anti durian .Alkisah, waktu zaman si Achik tu masih berpampers dan berak mak yang basuh, die merangkak ke dapur yang ada durian. Tengah mak nak bukak durian, dia kata


"Tunggu jap nak ke jamban."


Sebab bosan tengok si cengeng tu merangkak sorang-sorang dan duduk diam - diam, aku yang umor 8 tahun time tu tarik tangan die dan cucuk kat duri yang tajam tu. Kononnya nak testing. Adek aku ni kebal ke idak. Sebab die cengeng, die melalak-lalak sampai keluar air mata. Bila mak tanya kenapa aku jawap la


"Tangan die terkena durian"


Padahal dalam hati macam cuak tengok dia menangis sampai muka naik biru tapi masih jugak nak sedapkan hati cakap budak kecik tu eksen je lebih.


Lepas kes tu, dia anti gile kat durian. Aku suka acuh-acuh budak tu dengan durian. Konon tak mahu makan la. Alkisah satu hari tu budak tu tidor dengan nyenyaknya dalam buaian. Sebab aku memang pantang tengok muka suci dan tenang budak tu, jadi aku amek durian and sumbat dalam mulut dia. Dengan mata yang tertutup, dia jilat-jilat bibir lepas tu menangis. Eleh, geli! Kecik-kecik dah pandai berlakon, konon tak suka la tu. Lepas tu bila mak tanya mula la aku buat aura pelakon aku, pura-pura tak tahu tu. Macam la durian tu tak de bau. Free je kene dengan mak aku. Dalam hati budak umor 8 tahun aku berdoa;


"Mintak2 da besar nanti ko kawen dengan anak towkey durian.muahahaha"






Tiba-tiba tersedar aku slalu dera budak tuh. Eh, tu kisah kecik-kecik. Aku mane tahu apa-apa lagi. Sekarang dia dah besar. Dah umur 14 tahun. Tapi aku yang dah 21 tahun yang masih bujang ni masih bercita-cita nak sumbat mulut die dengan durian. Titik.


Nota bulu kaki macam meggie:


Teringat kawan lelaki cakap, kalau nak elakkan maksiat, gi dating guna perfume bau durian. Saheh date di batalkan. Tapi kepala nakal aku pikey, kalau pasangan tu suka durian,mesti die ngap-ngap si pemakai tu macam die ngap durian. Eh!!!! jangan imagine yang bukan-bukan!


Kulit durian, walaupun tajam tapi sangat berguna untuk keselamatan si gadis. Kalau ko letak kat tempat spot lelaki pura-pura teraba, aku jamin tangan-tangan nakal tu akan bertaubat. Tapi aku tak mahu cuba sebab nanti belum apa-apa lg tangan aku akan terluka sebab kena tarik rambut yang terjatuh kat buah dada. eh??

PSM itu Mampu Buat Lelaki kena Penyakit PMS :P

Agak lama tak mengonlinekan diri. Bukan sebab busy setadi, aku kan makin busy semakin active membelog. Cuma wimax aku kene suspanded sebab tak bayar bill.Eh kesian kan kita. Tak abis sekolah lagi dah kena bayar bil internet. Syukur aku tinggal kat dalam campus, tak payah pening-pening nak fikir pasal sewa rumah.


Kalau tak silap aku minggu depan baru biasiswa masok. Kepala agak pening sebab aku takut laptop aku tak mampu support project untuk Final Year Project nanti. Aku dah bincang dengan Supervisor aku tajuk untuk PSM.  Aku nak buat Webcam Based Touchlight Tracking for Human Computer and Interaction. Meaning buat system yang boleh gerakkan cursor dengan menggunakan touchlight. Tak perlu guna mouse or touch pad dah. Project ni kalau tak silap aku pernah di buat kat University Of Toronto, Canada , Thesis 1993. Aku tak go through lagi tapi kalau tengok kat you tube, dorang ada tunjuk  double click but not right click. Meaning kalau aku jumpe souce code, cabarannya sekarang nak buat right click la.


Dalam hati aku sumpah penuh dengan Genting Highland! Aku takut  extend. Tapi masa setahun setengah untuk siapkan coding tu sangat lama kot. Insya Allah boleh. Asalkan tak give up dan tak malas.


Teringat SMS Incey Sony bila aku cakap macam tu;


"With blood, sweat and tears"


Aku di library tersembur ketawa seorang diri. Kepala nakal membayangkan buku dengan laptop bergelimpangan dengan darah nak siapkan PSM. Eh, gila!Kalah perempuan PMS . Terbayang die buat PSM dengan buku penuh darah sambil menangis-nangis dan berpeluh. Haha.Comelnye. Forgive my kepala nakal =P.


Nota bulu kaki macam meggie: Sorry tak kunjung balas kunjungan korang.Tapi Insya Allah minggu ni aku susun jadual aku balek

Rabu, 14 Julai 2010

Kembali Bersatu, Berchanda dan Bermesra tapi bukan Berchenta kepada Warga UTM dari aku

Sudah Reunion bersama Zetty dengan Sarah.Hiruk pikuk berjumpa dengan saling mengutuk sesama kami tu perkara biasa. Penat kemas barang semalam masih terasa. Oh, lupa nak kata, selamat kembali bersatu tubuh, mental dan emosi dengan 1001 dugaan nak siapkan setahun setengah lagi baki untuk degree. Kepada Encik Projek Saujana Muda, selamat  berchenta dari aku untuk kamu. Semoga tajuk yang aku pilih akan melahirkan benih kasih sayang mesra untuk aku tak give up dan masa depan yang bersinar permata yang berkilauan.  Aku dah berkira-kira untuk balek raya. Tiket aku 4 September 2010. Red carpet untuk aku di bumi kenyalang nanti okey!

nota pendek dari aku untuk kamu, bilek double tapi single H25 tempat berteduh cuma satu semester aku maseh tak ada internet. Sakit gigi kepala emosi aku tak bermesra dengan blog aku. Sakit menderita macam di guna-guna kau tahu! Ok, dusta saja semua ayat hyperbola tu. Harta maseh tak habis di pungut. 

nota bulu kaki macam meggie: Lupe pulak nak kata selamat bereunion dengan arked Meranti! eh, puasa sudah dekat, sila gantikan yang di tuang dengan kadar yang segera ok? Aku mahu pergi menyelidik tajuk PSM. Minggu ni aku target nak setel tajuk.

Isnin, 12 Julai 2010

Lelaki Memang Suka Game Kejar-Mengejar, Tapi Aku Lagi Suka Balik UTM Lewat.

Sebab world cup dah habis and Spain dah menang macam yang selendang aku ramalkan, maka esoknya aku boleh kembali ke UTM dengan aman walaupun sebenarnya aku tak tengok world cup pun. 21 tahun hidup, aku tetap tak gemar tengok 22 lelaki kejar sebijik bola. Tapi biasalah, lelaki kan suka kejar mengejar ni.


Actually , sepatutnya semalam aku kena balik ke UTM. Sebab tempah tiket tak tengok kelendar, jadi halalkan je la 2 hari aku tak turun ke kelas. Bukan sengaja beb. Ko ingat aku suke ape datang lewat? Ish, memang suka pon. Kalau boleh aku tak nak balek UTM pon. Tapi mana boleh! Tak siap degree aku nanti.T________________T


Kadang kala aku terfikir jugak, kenapa la aku tergerak hati pilih untuk ke UTM? Tak pernah sekalipun aku berangan untuk sampai ke sana. Aku buat keputusan ikut gerak hati. Aku tak faham kenapa. Kadang-kadang aku terfikir, kalau la aku letak design as my first choice instead of photography time mengisi upu buat kali pertama. Apa yang akan jadi kat aku yer?


Mungkin aku mengamok sakit hati kena tinggal di luar campus. Aku yang pemalas. Aku yang tak suka bersusah-susah. Kalau boleh mahu berkhemah di hadapan fakulti. Tak ada lah edisi lewat ke kelas setiap pagi. Kalau ada masa rehat, balik khemah, tido! Ciss, Imaginasi melangkau 7 langit! tapi aku berani jamin, walau tinggal dekat sekalipun aku akan datang ke fakulti lagi lewat mungkin, sebab habit aku adalah macam ini,


"Dekat, 5 minit lagi la ~.~"


Sapa ntah yang malang dapat bini macam aku ni kan?


Pernah jugak terfikir, alangkah baiknya kalau aku melanjutkan pengajian di UNIMAS. Dekat pun dekat. Tiap-tiap minggu boleh balik ke rumah. Siap ada kereta. Tak payah susah-susah jalan kaki ke kelas. Boleh pakai make up tebal-tebal ke kuliah. Tak risau make up cair bila terkena terik matahari. Belajar pulak satu kuliah dengan Syazwani, kawan baik dari zaman sekolah. Tak ke indah? 


Tapi mungkin kulit muka aku menjadi lagi sensitif dan rosak sebab alah pada make up. Mungkin muka aku akan jadi lebih tak lawa dari sekarang. Mungkin orang tak kan sedar betapa cantiknya natural beauty aku yang ke Meranti dengan tak mandi pagi. Ok, geli. Sangat perasan T_____T. 


Tapi satu yang pasti,


aku takkan berubah jadi aku yang sekarang. Aku akan tetap menjadi the old me yang duduk diam-diam dalam kelas dan tak kan menoleh ke kiri dan ke kanan sebab aku dah ada Ask. Aku takkan berani bergaul dengan orang. Teringat waktu di matrikulasi dahulu, hari-hari aku menangis call Ain sebab sakit dan peritnya nak bergaul dengan orang lain selain mereka. Kau tahu, aku berkawan dengan Azizah dari sebelum tadika. Sungguh gila bila terpaksa bergaul dengan orang lain buat kali pertama. But finally, perit air mata aku berbaloi. Kalau tak, aku takkan berubah.


Waktu buat keputusan tak mahu belajar di depan rumah dulu, kepala aku bayangkan macam ni;






mana-mana lorong yang aku pilih, aku tetap rasa taman yang bahagia , mungkin jatuh dalam gaung sebab titi yang patah, panjat balik dan sampai ke taman bahagia . Mana- mana pusing, bahagia dan sakit cuak masok gaong aku tetap akan rasa.


Nota bulu kaki macam meggie: Rumah kata pergi. UTM kata Mari. Air Asia kata boleh Pegi. Airport senai kata marilah kembali.... Hati aku separuh pergi, separuh masih disini....

Ahad, 11 Julai 2010

Amboi bang Azman. Segak nya menantu. Baju melayu sepasang dengan langsir rumah you ni ha

Tempoh hari, aku temankan mak cik membeli kain langsir. Tak puasa lagi dah sibuk nak shopping raya. Aila perempuan. Ok, aku pon same. Tahun ni pakai baju kurung pink dua pasang.Rumah aku raya tak ada tema warna, sebab mak kata kalau seratus tahun hidup, dorang kena pakai baju pink je. baju kaler lain aku tak nak.


Bila balek dari shopping langsir, mak cik kata kain satin berlebihan. Tukang buat langsir tak betul ukur. Maka si mak cik tanya, nak buat macam mana ni? Nak dibuang membazir.


Tanpa perasaan, jujur dan ikhlas dari hati yang murni aku bagi cadangan;


"Ala, buat je baju melayu untuk atok. Orang tak kan perasan punya sebab satin tuh cuma kat bahagian atas langsir."


Adik dalam bilik sudah tergelak.Imagine Terlebih la tu!


Kau tahu, orang sekarang trend kawen bukan main lagi hebat. Wang hantaran mahu berpuluh ribu padahal cik abang kerja biasa-biasa saja. Kalau anak hartawan kita tak kisah, mungkin mak bapak sponser kawen. Tapi ni mak bapak kerja di sawah bendang. Haish. Beban! Beban! Padahal bagi aku time nak mulakan hidup baru kita kena guna lagi banyak duit. Nak beli rumah, perkakas dapur, perabot dan apa apa lagi yang kau terlintas di fikiran.


Suatu hari di rumah mak cik yang di kedah, aku dok tengok dia siapkan barang hantaran. Bukan main payah lagi nak siapkan tuala. Kau tahu, mula-mula lipat tuala buat macam tajak. Tak lawa dia buat anggur lagi. Pun tak kena! kali ni dia buat gaya buku pulak. Aku duduk kat sebelah dengan muka tak faham tanya macam ni,


Aku : Awat leceh sangat mak cik? Lipat macam biasa sudah. Membazir masa je nak lipat macam-macam gaya. Tu tak kira denga ribbon segala. Ish. membazir.... membazir... Lepas tu nanti orang bukak, pakai, nampak buruk buang. Paling lebeh pun org buat kain lap kaki.


Adek sepupu: Hahahahaha.. dasar perempuan kedekut. Pemalas! hahahaha


Ish, bukan masalah malas, cuma aku rasa kawin ni sangat rumit bila nak buat majlis dia. Aku tak rasa aku nanti rajin nak siapkan hantaran dan menghias rumah segala. Tapi aku tak yakin aku nak letak hantaran tinggi-tinggi kalau bakal laki aku nanti baru 3-4 tahun habis belajar. Aku tak rasa hutang PTPTN dia habis bayar. Nak bayar hutang kereta, loan rumah semua. Ok, mungkin boleh counting dengan aku. Maka, aku slalu cakap dengan bapak aku, nanti, aku nak wang mas kawen je tinggi, simpan untuk masa depan. Bila susah, laki sakit ke mati ke atau kene cerai, ada jugak simpanan. Hantaran tak payah la besar-besar. Nanti pandai-pandai la berjimat nak potong budget.


Tiba-tiba kepala nakal aku berfikir sesuatu. Kalau nak buat majlis kahwin nanti, mak mesti nak tempah langsir. Jadi kalau nak jimat kos, mungkin aku patot beli kain satin bahagian rappel langsir tu lebih 4 meter. Nanti baju melayu untuk akad nikah boleh pakai kain tu je.Mesti orang kata macam ni..


"Amboi bang Azman. Segak nya menantu. Baju melayu sepasang dengan langsir rumah you ni ha.


Langsir mestila matching dengan dindingkan? Letop la bakal laki aku nanti. Mintak-mintak another half aku tu buta IT, tak reti nak carik blog aku. Kalau tak nanti pecah tembelang aku. T___________T


Nota bulu kaki macam meggie: Gile kepala aku, blaja tak abes lagi,teman lelaki tak ade, jaga hati orang pun tak reti, ada hati nak berangan pasal kahwen. putus fius! T______________________T 

Sabtu, 10 Julai 2010

Ramalan Juara World Cup 2010 || Spain di ramal menang.

Tak sangka aku kena tempias demam bola.Tapi aku tak demam, cuma batok bola je. Orang lain batok sama macam kau terbatuk tersedak bila mak we sebut nama time ko tengah makan. Tapi kalau batok bola ni lain. Batuknya bunyi,

"Spain,Holland,Spain, Oh world Cup."

Doktor kata penyakit aku ni tak seriyes.Cuma mungkin aku berjaya menumpaskan sotong besar yang boleh meramal kemenangan pada Piala Dunia. Lepas ini, ramai-ramai la kita ke Afrika  Selatan, sembelih sotong tu dan buat sotong masak lomak. Eh sedap. Aku suka.

Macam yang selalu aku kecoh-kecohkan kat komen orang lain kat facebook, final akan menemukan Holland dengan Spain. Ramalan tanpa rujukkan Sotong tu adalah berdasarkan 1 sebab. Sila baca dengan jelas.

Spain Holland

Siti Hajerah

Maksudnya S yang mewakili Spain atau bahasa orang Kampung New Zealand adalah Sepanyol manakala Holland yang huruf di depannya mewakili nama aku.

Siti Hajerah. 

Sekarang sudah jelas macam mana aku meramal keputusan untuk ke final.

Sebab lusa berlangsungnya final, aku meramalkan Spain akan menang.

Sebabnya Selendang kesayangan aku terbakar.

Selendang- Spain-Sepanyol. Betapa itu adalah tanda suratan bukannya kebetulan.

Kepada penyokong Holland, sila sediakan air sejuk 1 kawah untuk menyejukkan hati yang panas .

Nota bulu kaki macam Meggie: Ramalan di atas adalah ramalan suka-suka yang membuatkan penyokong Holland jadi tak suka dan penyokong Germany bertambah duka. Sebab moody kena balik JB dalam masa terdekat dan asyik buatkan orang kecik ati dengan gurauan aku, biarkan je la aku merapu-rapu mengubat duka. Mungkin aku tak dilahirkan untuk berkawan dengan manusia. Aku patut ke Afrika Selatan untuk berkawan dengan Sotong Kurita. Mana tahu dia boleh ramalkan tajuk PSM terbaik atau mungkin tolong aku ramalkan code untuk game. Entry ini tak bersengkongkol dengan khurafat. Sesungguhnya bertaruh itu adalah berjudi. Rezeki tak halal. Aku tak nak bertanggungjawap. Titik.

Jumaat, 9 Julai 2010

Mari bercerita pasal Kewangan Dan Pelajar

Pagi tadi, seawal 8 pagi aku bangkit dari tidur dan bersiap untuk menjemput mak cik dari Station bus. Katanya mahu shopping langsir dan sewaktu dengannya untuk raya. Sebelum start bershopping, aku temankan dia ke bank. Sementara aku menunggu urusan mak cik aku tu, makanya aku usha-usha la risalah di situ. Tertarik dengan 1 risalah bertajuk Pengurusan Kewangan.


Walau baru berusia 21 tahun, bujang yang single, masih belum menghabiskan pengajian dan belum mempunyai pendapatan tetap, aku sentiasa berfikirkan pasal Pengurusan Kewangan. Ok aku tipu. Actually aku baru terfikir sejak terbaca risalah tadi. hehe. 




Waktu mula-mula masuk universiti dulu, aku agak boros. Kalau jumpa kasut, asal berkenan , aku terus sambar dan beli. Aku tak pernah fikir pun qualiti dan kebarangkalian aku guna sesuatu barang.Bila tamat semester kedua tahun pertama, aku terpaksa buang berkotak kotak kasut yang dah putus yang aku cuma guna sekali dua. Tu tak kira lagi koleksi baju. Macam bila tengok ada blouse yang indah, aku akan sambar dan bayar padahal aku tak kan pakai. Sudahnya tahun 2 semester ke 2 baju aku ada 4 kotak besar, i beg kecik dan satu largage besar. Padahal, hari-hari kau akan tengok aku pakai baju yang sama!


Sejak masuk tahun ke dua, sikit-sikit aku cuba latih diri aku. Tak kata aku dah insaf 100 peratus. Kadangkala makan hati jugak kalau kau kluar shopping dengan aku. Cuma, selagi boleh dan termampu, aku akan beli sesuatu yang perlu dan berbaloi pada aku. Sebagai contoh, sebab aku akan jogging hampir setiap petang, maka, untuk membeli kasut sukan yang berjenama dan yang agak mahal aku langsung tak berkira. Senang kata berpuas hati la sebab hari-hari pakai benda tu.


Tapi , macam sesetengah benda macam pakaian, aku tak kisah kalau pakai yang harga RM 10 pun. Sebab baju hari-hari aku pakai dan tukar. Perempuan, mana suka pakai baju ulang tayang dalam minggu yang sama. Lepas tu, kalau baju yang aku tak pakai, walau cantik dan bersopan sekalipun aku tak akan beli sebab aku gerenti tak akan pakai.


Berbelanja bagi aku kena smart. Tak semestinya all the time kena pakai yang berjenama. Tapi tak salah beli yang mahal dan berjenama. Ikut kemampuan dan keperluan. Walau mampu beli I phone, tapi tak ada keperluan dan sebab untuk beli benda alah tu, makanya tak payah la membazir duit nak beli benda-benda macam tu. Sebab masih tak bekerja dan bergantung kepada bantuan kewangan, tak perlu la terlalu boros berbelanja dan jangan la melebih-lebih macam orang yang dah kerja!


Mungkin bagi sesetengah orang terlalu awal untuk berfikir dan mula membuat simpanan ketika masih belajar. Tapi bila difikirkan balek, kalau membuat pinjaman pengajian, pinjaman perlu di bayar.  Kalaupun tak terfikir nak terus bayar pinjaman atau punya biasiswa, aku rasa kita tetap memerlukan duit bila habis belajar. Tak semua orang bernasib baik akan terus dapat kerja lepas habis final exam final year tu. Ada yang ambil masa bertahun tanam anggur. Kalaupun terus dapat kerja, mungkin tempat kerja jauh dari rumah dan terpaksa menyewa, maka, duit yang ada boleh digunakan untuk membayar deposit atau membeli barang keperluan untuk rumah sewa baru. Kalau dapat kerja dekat dengan rumah, bleh la guna duit tu untuk deposit kereta. Actually, banyak kebarangkalian berduit yang akan berlaku, cuma kadangkala akal ni tak panjang nak berfikir.


Tiba-tiba menyesal tak mula menabung sejak tahun satu dahulu. T________T


Nota bulu kaki macam meggie: Aku tetap tak boleh kawal nafsu boros beli makanan tak kira harga..Lepas tu makan sikit dan buang.waaaaa. Patut gemok . ish!





Rabu, 7 Julai 2010

Nama I Tipah, You Boleh Panggil I Tiffany

Nama I Siti Laila, Panggil I Stella.


Hahaha. Sumpah tersembur aku ketawa. Teringat akan teater Walinongsari time Festival Teater Johor 2009.


"Nama saya Jammy tok"
"Apa dia?"
"Jama iah, jammy"


Tersembur ketawa semua penonton. Humor, tapi menghiris kau tahu. Mak cik Sally (Salamah) duduk di kerusi hujung mengetap bibir, terasa tersindir.


Oh, tadi aku menonton Semerah Cinta Stilleto. Bila si Stella bagi tahu mak si letto nama penuh dia, aku tergelak. Mak dia kan moden, apa kelas nama Siti kak oi. Paling lebih pun namakan anak Sarah, boleh sebut omputeh sikit, Serra! Aww... Mak geli!


Moden, kau tahu orang sekarang, semua nak nampak moden dan bergaya. Kononnya cakap orang puteh baru la nampak kelas, nampak bergaya. ah well, bak kata Mawi


"I sound silly when i speak malay".


Ouch! Sebab nak nampak moden, Selangor di Sebut slangor, Lembah Klang jadi Klang Valley, durian pulak di sebut duriyen( dengan slang omputeh okey!) sedangkan lecturer English aku pernah kata, nama tempat tak perlu di alih bahasa. Kalau macam tu Si kembar kakak nama Hadiah, makanya bila di alih bahasa jadilah Present. huh, tak kelakar!


Teringat zaman sekolah, cikgu English cerita orang di Paris sangat tak suka bila orang sebut paris. Sebutannya Pari (R dalam kerongkong). Sebab itu tempat mereka, maka sebutan mereka la yang tepat. Mak kata Perancis antara negara yang mempunyai kuasa ekonomi yang tinggi. Walau tak perlu berbahasa English, kuasa ekonomi jauh kehadapan berbanding dengan negara kita yang sentiasa mengagungkan bahasa bekas penjajah tu.


Bukan nak menidakkan bahasa selain dari bahasa melayu. Blog aku sendiri banyak guna bahasa rojak, aku buat english tu macam peketis! Tapi kadangkala aku terasa jelak sendiri bila si Nora nak jadi Nelly. Si Tipah nak Jadi Tiffany, yang si Bakar kampung sebelah pulak nak nama jadi Burn. Konon nak nampak moden. Nama Islam tak ada kelas, nampak melayu dan macam kampung agaknya.


Sebab nak nampak moden, orang kita suka meniru gaya orang putih. Di facebook status muslim, tapi gembira berposing dengan botol arak. Tak kekok bergambar berpelukkan dengan bukan muhrim dan gadis yang merokok pulak rasa dirinya lengkap pakej seksi. Kononnya nak tunjuk dirinya open dan moden.Orang macam kita, yang menolak "kemodenan" mereka tu di pandang kolot. Oh, pelik.


Pandang Jeans dan baby T dalam almari. Aku jugak kategori pelik. Titik.


Nota bulu kaki macam meggie: Sangat gemar membaca contengan gadis melayu kacukan Mat Salleh ini. Walau tinggal jauh dari bumi melayu, tetap mencari jiwa melayu .

Selasa, 6 Julai 2010

Bila Keluar Bertiga, Orang akan Pandang Aku Macam Janda Berias Beranak Dua

Tido jam tiga pagi menyiapkan draft blog sementara ada idea, maka paginya aku liat la nak bangkit. Jam 8 mak kejutkan, hantar dua VIP kecil di rumah ni ke tadika. Kelas  start pukul 8, tapi budak kembar tu pergi ke tadika paling awal pukul 8. Sebab tu aku cakap kat cikgu dorang, budak kembar tu VIP kat situ.






Alkisah, hari ni buat first time nye aku tengok muka budak kelas si kembar tu. Selalunya aku hantar depan pintu, salam, cium dan soh dorang jalan sendiri ke kelas. Tapi hari ni aku tergerak hati memandang ke dalam kelas. Aku tersengeh sendiri.Walaweh,comel-comel budak dalam kelas ni.Bila aku toleh ke belakang,ada sorang kanak-kanak ni berlari masok ke kelas. Dah la ketot, puteh,gebu je.Comel tahap aku rasa nak colek bawak balek ke rumah. Terfikir, agak-agak kecik-kecik dulu mesti orang kata macam tu bila tengok aku kat tadika kan? Kan? 






Jujur cakap la kan, aku cepat gile cair dengan budak-budak yang comel. Macam bila si kembar tu nakal tak dengar kata, sumpah tangan ni tak sampai hati nak tarik telinga. Senang cerita tak pernah hayat walau cuma untuk menjentik dorang berdua tu.Kalau ada pun aku lempang nyamuk kat muka dengan penuh kasih sayang.Budak berdua ni, kalau kena marah, mula la bawak muka kesian. Dorang sangat nakal tapi dengan aku dorang agak takut.Pak su kata aku kuku besi. Sepupu lain pon agak takut-takut dengan aku. Hehe. 


Semalam dalam kereta aku suruh duduk diam diam tapi dorang tak dengar. Si kakak tu berdiri di tengah-tengah. Entah macam mana ada kereta di hadapan berhenti secara tiba-tiba.Aku yang drive laju ni pun break mengejut jugak la. Tak semena-mena si Kakak tuh jatuh tersembam ke depan. Walau kesian , aku tetap bengang dan marah. Membebel - bebel la aku di dalam kereta. Time mak keluar bayar bil, aku tengok si kakak tu menangis kat belakang, diam-diam sebab takut kene marah lagi. Ish, hati perempuan aku ni kuat mane je weh! Mula la sentap sendiri. Aku tarik die ke depan , aku peluk, cium , lepas tu aku tanya, sakit ke tak. Dia angguk and tunjuk kat perut. Lepas tu aku usap-usap kat perut and lap air mata dia. Aku suruh dia duduk di depan, pakai tali keledar, lepas tu aku sambung membebel lagi. Kih Kih kih.


Betol la kata pak su, aku perempuan Kuku Besi T_______________T


Nota bulu kaki macam meggie: Tadi, ada budak comel umur dalam lingkungan dua tahun ketawa dengan gigi rongak bila tengok si kembar. Mesti kepala dia tak boleh proses tengok manusia muka sepasang tu.




Bila keluar bertiga, orang akan pandang aku macam janda berias beranak dua. Kembar pulak tu. Mesti kepala proses kejam si bapak tinggalkan anak-anak yang comel sendirian dengan mummy yang muda lagi cantek.wek!!!

Sapa Kata Pakai Tudung Itu Berdosa?

Bila memandu slow di potong oleh sebuah kereta buruk, people simply said like this

"Ala, setakat kereta buruk macam tu nak poyo lebeh"

Kalau kereta mercedes latest edition yang memotong tak tentu hal pulak mesti ayatnya macam ni

"Eleh, mentang-mentang la kereta mahal"

Manusia kalau tak suka benda bagus pon di pandang buruk. Kalau buruk lagi la nampak buruk. Macam perempuan tak lawa perangai buruk, mesti orang kata

"Dah la buruk,perangai pun buruk"

Tapi kalau perempuan cantik masih ada pujiannya macam 

"Walau cantik tapi perangai buruk"

Sekarang ni nampak tak significant antara dua perkara tu?

Kalau di fikir balek, manusia punya seribu satu perkara tentang orang untuk di pertikaikan di dalam hidup. Sesuatu yang sangat mudah di pandang adalah benda buruk. Sebagai contoh jika ada sorang budak yang baik dan comel di dalam kelas yang menjadi pujaan setiap lelaki, maka akan ada sekelompok perempuan yang dengki akan bercerita pasal buruk orang tu padahal dia sendiri bukan sempurna manapun.

Kalau bagi lelaki berseluar pendek atas lutut, sambil merokok dan meneguk arak mula la bercerita tentang perempuan yang baru di jumpa di kelab malam sebentar tadi. Ayatnya lebih kurang,

"Ah, setakat perempuan murahan touch and go macam tu takkan aku nak"

Aku ni lagi geli dengan manusia belagak mulia macam ni dari pada bawang dalam pizza kau tahu!. Kalau dah kau perangai laknat macam tu, takkan nye ko jumpa perempuan macam ustazah. Tak payah la terpedaya dengan cerita Nur Kasih , konon dia ni Adam yang layak mendapatkan perempuan macam Nur. Kadang kala aku geli dengan sesetengah lelaki yang mengutuk perempuan hina sana sini. Seksi tang sana seksi tang sini lepas tu dia buat stok geli-geli. Ish, kau tu lelaki, bakal imam. Kalau nak di buat laki pun aku naik geli. Bayangkan la kalau lelaki suka geli-geli ni nak bimbing perempuan lain, mau nanti anak dara dia jadi stok geli geli sekali! Padan muka kamu!ish geli! 

Lagi satu issue yang orang suka kutuk umpat keji. Aku teringat dulu seorang lelaki pernah kata kat aku, sejak Yuna famous, banyak perempuan free hair mula bertudung berfashion macam Yuna. Lepas tu gelakkan perempuan tu kononnya bertudung tak iklas dan semata-mata kerana fashion. Bagi aku, lebih baik dari bertudung kerana terikut-ikut dengan fashion dari tak pakai langsung. cuba ko letak Yuna sebelah fasha Sandha, mana lagi sedap mata memandang? walau kau kata rimas tengok ke dua-duanya tapi bagi aku bagus la Yuna mencuba. Mungkin hari ni bertudung sekadar berfashion, kau tak tahu,esok lusa mungkin dia bertudung labuh. Tak perlu la ko suka suki kutuk orang cuba buat baik. Sepatutnya bagi dorongan, bukannya kata 







"lebeh baik tak payah pakai dari pakai macam tu"

Oh, bila cakap pasal pakai tak pakai ni aku rimas jugak dengan sesetengah orang yang menghina ibadah bila orang buat dosa. Ambil contoh macam ni

"Ala dia tu, bukan main lagi bertudung , tapi kat belakang bukan main lagi keluar dengan macam-macam  jantan"

Tell me apa salah tudung ? Sebab menghina Islam?

Bagi aku tempoh bagi seseorang untuk berubah berperingkat. Ko mungkin tak tahu history perempuan tu sebelom ni suka pakai baju macam telanjang dan keluar dengan banyak jantan tapi sebab mahu belajar berubah dia buat slow-slow. Oh, tak kata die belajar amek mana dia nak buang mana yang dia tak nak. Kan aku cakap tempoh untuk seseorang belajar berbeza. Ada orang mampu tinggalkan semua dan mulakan hidup yang baru. Ada pulak yang masih tercarik-carik arah untuk dia berubah. Give her times to change. Kalau betol kau tu baik, kau bukan sekadar duduk dan mengumpat dari belakang, tapi kau akan tampil ke depan dan didik dia supaya boleh berubah menjadi sebaik kau yang kutuk dia.

Ala, issue tudung ni sampai kiamat hari tak akan habis cerita, senang kata, kalau ko lelaki yang baik, ko mesti berjaya didik dia jadi wanita solehah.Tapi kalau kau lelaki yang tak baik, baik kau jadi lelaki yang baik!

Nota bulu kaki macam meggie: Jangan terlalu cepat menilai orang dari perspeksi yang buruk. Cuba nilai diri sendiri mana yang buruk. Bukan nak kata tunggu dapat darjat mulia baru kau boleh menegor. Kalau macam tu sampai kiamat hari pun tak kan ada manusia yang dapat mandat macam tu. Cuma bila mana kau menegur kena akan caranya. Bukan suka suki kau bandingkan buruk dengan baiknya. Cuba guna perkataan mulia bertapis sedikit macam contoh

"You cantik, bertudung tapi baju you masih tak memenuhi tuntutan Islam " Instead of

"bek ko tak payah guna tudung dari pakai macam ni" 

Kene yang lurus bendul mau betul-betul dia bukak tudung. Kan ko dah ajar dia buat maksiat!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...