"Eh Ira, blog ko best, kite jadi kawan jom".
Pergh..kalau ko stalker pon aku layan!
Bukannye aku ni sombong mahu pun belagak cantik. Aku sedar aku cuma si comel yang tak jelita. Tapi bilamana aku approve nanti akan ada la si perempuan tu tanya pasal lelaki tu macam-macam. Macam...
"Apa hubungan kau dengan si jejaka itu?"
Chiken! haha. Aku geli der. Kalau aku komen kat page balak die macam ni
" Abang, temankan sayang makan"
aku tak pelik la. Dah nama pon balak dia. Tapi ni masih dalam proses lelaki tu try nak masok line. ewww. Mak geli nok!
Macam ni la kan, abang senior aku ni lelaki. Dah namapon abang senior kan. Abang senior aku ni pernah mewasiatkan kat aku, "Perempuan ni bukan dilahirkan untuk kejar lelaki tapi dijadikan untuk lelaki kejar".
Maksudnya bukan la ko ajak lelaki main kejar-kejar, tu namanya gedik dan gatal! Miang!!! Tapi maksudnya biar lelaki tu berusaha nak dapat ko. Perempuan ni bleh kahwin satu je weh. Mestilah kena carik lelaki yang betol- betol nak kan dia, betol - betol boleh terima diri tu seadaanya. Bukannya kau perempuan yang kejar lelaki and paksa lelaki tu sayang ko betol betol. Gila. Ko ingat ni drama korea apa? Macam novel melayu yang selalu kau baca? Ish. Jangan ah brani sangat macam tu. Lelaki ni ego.Ego lelaki ni tahap legend sampai dorang selalu sebut " Jangan cabar ego aku".Tak pon ayat macam ni "Egoku tercabar". Hah! faham tak?
Kan entry yang lepas aku penah cakap, kena carik yang boleh terima cacat engkau itu sempurna pada dia. Kalau ko paksa dia terima cacat kau, habes dengan sempurna ko nampak cacat weh. Nak-nak lelaki boleh kahwen sampai 4. Lepas tu akad dan cerai di tangan dia. Lagi la. Sikit cacat ko, pasal lupe letak belacan dalam sayur bayam, die bleh jadikan alasan untuk dia kahwin lain atau ceraikan kau. Kononnya ko ni tak reti nak jaga dia. Time macam ni ko tak bleh nak blame dia da. Ye la, dulu ko terhegeh-hegeh nakkan dia.ko bermati-matian kejar dia sampai dia jadi kesian. Erk!!
Tu tak kire lagi kalau yang mengumpat di belakang. Contohnya cam ni
"Pergh, gila la si Pe ah tu, aku baru ayat sikit, die boleh add ira tanya itu dan ini pasal aku."
Si Irah ni plak satu. Dia pantang tengok perempuan macam ni, and gerenti die akan report and bagi tawu kat lelaki tu.
So lepas ni kalau ko tengok lelaki yang dok ngayat ko main main komen dengan aku kat facebook tak yah la susah - susah nak add aku kat muka buku sebab nak tau hubungan lelaki tu dengan aku. Lagipon pecaye la weh, kalo bukan jodoh, cane ko kuatkan ati nak kan orang tu, tak kan jugak kemana weh. Lets it happen naturally and deeply!
"never ever love someone who had someone else in their heart instead of you...u will regret it"
Teringat kat komen member, cane nak tau ada ko ke tak dalam hati orang tu. Sambil korek hidung aku jawap
" Ko belah la hati orang tu.hehe"
Ala, kalau die nakkan ko die takkan menggatal dengan perempuan lain termasok aku. Faham tak? titik!
Nota bulu kaki macam meggie: Sebab lelaki ego, semalam aku yang perempuan ni naik emo. Sikit lagi nak langgar orang time driving dalam hujan. Sila jangan ganggu emosi orang yang tengah memandu.hehe























