Mesti rasa macam owh sweet nya! Nak – nak kalau pasangan tuh memang halal nak berpegangan.
Kalau pasangan kekasih sekalipun, masih di pandang normal walaupun dalam hati rasa macam erk .. tut..tut..tut... (alah, orang single macam I ape je tau =P)
Bila perempuan dan perempuan berpegangan tangan, benda tu pun antara perkara biasa yang kita lihat. Nak – nak bila nak lintas jalan ke, or time berada kat crowded. Lagipun, orang sekeliling bukannya pandang slek pon. Tuh perkara biasa dan normal berlaku kan?
Tapi kan weh, what if kalau yang berjalan berpegangan tangan tuh adalah lelaki dengan lelaki? Kalau lelaki tuh ayahnya pegang anak lelaki dia , benda tuh mesti nampak macam ... omaigod, sweet father... haha... Tapi what if dua “sahabat” lelaki berpegangan tangan di shopping complex dengan eratnya, sama macam perempuan dengan perempuan berpegangan tangan di tempat awam ataupun pasangan perempuan dan lelaki yang berpegangan tangan.. Apa yang u all akan fikirkan? Tettttttt.....
Pasangan lelaki dan perempuan yang bercinta, biasalakan, setakat panggilan manja abang sayang, baby honey.Bila kena caranya, bila tengok pasangan bercinta guna nama manja ni, terasa macam alahai, jelesnye I, Sila la bercinta dengan I sekarang. Ha, lebeh kurang macam tuh la.
Perempuan ni lain sikit. Ada sesetengah dia, memang biasa membahasakan sayang kat member-member dia, tak kira lelaki ke perempuan. Dia tetap nak panggil sayang. I tau la sebab I selalu guna. Tapi cara panggilan sayang tu tak sama la cara macam nak panggil couple dia sayang. Sebab kalau nak panggil couple, kene la lagi manja. So benda tu di anggap normal dan perkara biasa je dalam bumi yang bulat ni. Tak macam lelaki, kalau panggil perempuan sayang, memang niat dia saja nak menggatal tuh. Tapi benda tu normal la kan, lelaki menggatal dengan perempuan. Betol la normal.
Cuba U tengok situasi ni... Bila si lelaki panggil lelaki laen sayang. Kalau dia panggil anak lelaki dia sayang, mungkin masih boleh di terima akal. Tapi Kalau sahabat lelaki ni panggil member lelaki dia yang lain as sayang?....Tettttttt...... tak kan nama samaran die sayang? Hahahaha.... Tet lagi disitu :P




















