Rasa sangat bosan. Semalam nak tunggu facebook loading sangat-sangat lame. Nak bukak massage dari Kak Yati sampai pukul 3 pagi tak lepas. I dunno wat happen to wimax lately. Then I end up dgn tdo dan bgn pkol 7 pagi lepas encik fauzi massage I , nak senarai nama student yang nak pegi makum. After siapkan kerja tuh I tido balek sampai pukol 3.30 petang.Ciss. Memang anak dara pemalas tapi I sumpah tak tau nak buat apa bangun awal awal..... Bile bangun I mandi dengan malas nya lepas tuh terasa lapar...
Amik jeans dalam almari..Jeans yang di beli sem lepas. Waktu beli tu jeans ni ngam ngam ah. Then sarung jeans tuh. zip dan butangkan. tengok cermin.Senyum...tarik jeans ke bawah tanpe bukak butang dengan zip. Ok... jeans dah terlucut dengan sekali tarik *sila jangan imagine lebeh-lebeh*.
ok la, the point is nak cakap di sini berat badan dah turun walaupon
tidak mencapai tahap kurus memandangkan I anti perempuan kurus kerana terasa kurus itu tidak seksi.*_*Cuma nak cakap tuh jer :).
I lahir dengan berat tak sampai 3 kg.Orang kata baby yang kecik saiz akan jadi sangat-sangat bulat. I rasa I kene setuju. Bila umor dah lebih setahun I jadi baby yang sangat bulat dan comel. dah la cerah gebu dengan rambut ala-ala Hafiz AF7 tu. Keturunan borneo mesti rambut macam tuh ke? Ngeh. Padahal I sorang je yg berambut ikal dalam family.Oh sungguh cacat tapi tak pe la ala-ala taylor swift. Taylor swift comel berambut ikal meaning i comel la kan? Suke hati I la nak perasan ke apa!!! Ok, I dah melalut sampai ke pluto.
Waktu kecik kecik dulu Waktu dalam umor 3-4 tahun atok dan nenek di kampung yang jaga I. Kanak-kanak yang membesar, badan pun tak cukup nak besar. Di dapur siap ada rotan sebab cucu perempuan sulong ni selalu membazir makanan. Kalau nak makan kene di acah dengan rotan. Gila, orang lain menangis nak makan, tapi I menangis sebab di paksa makan.
Nak tunjuk macam mana rupa rotan. Bukannya nak tunjuk atok pegi kebun pakai kot
Bila umur menginjak akil baligh, perubahan fizikal berubah sangat ketara. Bayangkan berat sebelum baligh adalah 20+ kg tp bila menginjak baligh berat anak gadis uncle Azman mencecah 52 kg. Berat sebelum melangkah ke tingkatan 1. Tak tahu umi bagi makan apa sampai membesar sebegini rupa.Rasa sangat sadis sebab terlalu berat tapi tak pernah ambil peduli sebab kalau sudah buruk, kurus ke,gemok ke, tetap buruk jugak.
Melangkah ke Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, setiap malam waktu tinggal di hostel dulu, kitorang akan buat pesta meggi before tido.Tak pun beli nasik lemak, burger atau apa-apa yang boleh mengalas perut. Lepas makan terus tido. Balek kampung semua orang kecoh anak gadis ini semakin gemok.Tapi tiada daya usaha untuk menyahkan kegemokkan dari diari hidup.
Jogging sampai kurus macam ni :P
Sampai waktu I form 4. Time ni I dah mula ada aura nak melaram dan perasan lawa.ciss ,siot!!! I rasa sangat down sebab kat Kolej tuh I la perempuan paling gemok dan buruk.So I tekad nak kurus.
I diet dengan bangangnye. Tiap2 petang I jogging.Ok,part ni betol dah. Tapi I tend to skip waktu makan. Dah tu, banyak benda I tak nak makan.Macam ice cream,pizza, KFC dan macam-macam lagi. Sedikit perubahan,berat mula turun. Tak sampai form 5, I tak tahan. Buang semua diet ke dlm sungai belakang rumah. Maka kembali membina badan. Tapi setiap kali rasa buruk I akan diet balek. Bila fed up, i buang diet tu.Silly!haha.Ni namanya yoyo diet.
Diet I dulu macam main Yoyo.kejap atas kejap ke bawah
Bila sambung study di Kolej Matrikulasi Pahang, waktu first sem terasa depress dan tak bahagia sebab tak dapat adapt dengan makanan orang pantai timur konon-kononnye. Sangat mengada-ngada dan harus di
HSTP. Berat badan turun.Balik cuti semua tegur termasuk la mak angkat I. Tapi bende tu seketika je. Sebab lepas tu I bahagia di samping Isma,Fiqie, Michelle, Farah Yasmin dan member member lain. Hidup bahagia di samping mereka membuatkan kebaya saya kembali ketat dan dress yg beli sem 1 dah tak muat.*tsk*....
Waktu zaman matrix dulu
Bila masok ke Universiti Teknologi Malaysia, I hidup bersama dua gadis yang kurus dan kuat makan. Hidup dengan
Zetty dan
Sarah sentiasa dipenuhi dengan agenda makan.Tak kisah keluar tak beli baju or tengok wayang.Janji kitorang keluar makan.Setakan RM 20 lebih sorang untuk satu makanan tuh small matter la beb.Tu baru cerita dengan Zetty and Sarah.Tak sebut lagi
Fiffy.Si kecik ni memang kuat makan. Di tambah pulak I yang suke makan. Pernah sekali di Pizza Hut kitorang Order makanan banyak banyak.Pak cik amik Order tu tengok I dari atas sampai ke bawah.Mesti dalam atie die cakap "patot kau debab".
Si debab waktu first year
First year dulu I pernah amek makanan untuk slimkan badan. Lepas tu tak sesuai. Doktor suruh stopkan. Berat I di UTM ni penah cecah lebeh 70 kg.Seriyes woh tak tipu.Nanti jari kudung owh!
Raya lepas pergi rumah sedara. Family ni sangat bahagia sebab debab debab belaka. Tapi tak sihat.Tengok sepupu Umi yang sakit sebab tak mau jaga makan buat I terfikir sesuatu. Nak ke I kene strok dalam usia muda? Lepas tuh I berazam untuk turunkan berat badan sebab berat I dah menghampiri obes. Alhamdulillah, without Extream diet, tetap melantak pizza hut dan j.co , dinner di FKE tengah-tengah malam, berat bdan I turun secara sihat dan TIDAK SECARA MENDADAK. I'm not even amek any supliment untuk turunkan berat badan...
second year second sem
Macam mana I buat? Eheh..... nanti I cerita :)
nota bulu kaki macam meggie:Esok pegi ke kajang sebab rindukan zetty dan sarah.sila rasa terharu!