
Well, blogger bagi aku adalah orang yang menaip kat blog dia, sama ada orang baca atau tidak itu belakang kira. Jadi kalau adik kau umur 14 tahun yang ada blog dan cuma bercerita mengarut-mengarut pasal game PES tu sebenarnya jugak seorang blogger. Jadi sebab blogging ni sangat common, maka aku tak rasa up lah ada blog. sama feeling aku main facebook.
Aku bukak blog ni lama dah,tapi aku aktif dalam tahun ni. Aku tak banyak kenal bloggers as a person. Kalau ada pun kawan baik aku macam si Fiffy ni yang aku kenal sebelum dorang tulis belog lagi. Ada jugak senior yang aku kenal sebab blog, macam abang senior aku, incey Azhar. He is a very nice abang senior. Sama macam kawan baek beliau, Incey Hanis yang agak rajin layan kerenah macam-macam si Irah Hajerah ni. Instead, I do meet sorang reader aku kat UTHM,kebetolan aku ke sana sebab nak tengok konsert Hijau. Then, aku pernah jumpa Nabil Potter sebab mintak tolong tampalkan poster teater, ever since he's my senior di UTM. Jadi as a conclusion, sepanjang aku berblog untuk setahun ni aku cuma jumpa 4 orang insan baru di alam realiti. Oh betapa unfamous nya aku di muka bumi ni but anyway who cares kan?
So far, aku tak pernah di serang incey anon yang cakap benda bukan bukan. Instead aku kurang gemar type sesuatu yang agak berbunyi sensitif. Pernah sekali, ada satu entry ni, aku tulis bukan niat nak malukan sesiapa tapi iyelah, hati orang kan? Jadi yang terasa tu massage dan marah-marah aku. Aku mintak maaf dan delete terus entry tu. Lepas tu aku agak berhati-hati bila menaip. Jangan sampai mengaibkan orang walaupun niat kita nak tegor jer. Tegor-tegor is ok. Jangan nak merapu meraban cakap "ah perempuan ni memang slut sebab pakai baju nampak tetek".*lepas tu display gambar perempuan tu dengan tetek terdedah without sensoredkan wajahnya! woot!* Oh Oh. Itu not so Irah :p. Aku kurang gemar judge orang tak tentu pasal, cuma dalam beberapa issue, macam saya gay saya ok, aku sangat tak open. Ok, will never lah nak open T____T.
Benda yang buat aku mencarut sepanjang membelog ni adalah apabila macam aku cerita di entry ni. Ok aku malas nak buat sinopsis.nanti entry lg panjang aku merepek -repek.
Yang buat aku terharu sepanjang aku aktif berblog tahun ni bukan sebab orang yang aku tak kenal cakap dia suka baca blog aku, or ada traffic hit dengan keyword 'irahhajerah','Bukan Kisah Cinderella', erk itu aku terharu jugak la. Ye lah yelah, sangat terharu. Tapi yang buat aku terharu terduduk dalam hati bila kawan baek aku cakap "Irah, kamek suka baca blog kitak". or "Nok, belog kau sedap di baca nak nak nota bulu kaki macam meggie tu". Seriyesly tak payah di paksa kawan baik kawan baik aku baca belog aku *menangis terharu*.
Even aku suka berbelog macam merapu-merapu, tapi aku suka jugak bagi nasihat lite-lite. Aku tak mampu nak ada di sebelah dorang setiap masa, aku tak mungkin boleh nasihatkan dorang 24 jam, aku tak boleh nak geletek dorang sampai ketawa time dorang sedeh dan tension. Jadi, bila kawan baik aku kata dia stress dan ketawa baca aku merapu-rapu, aku super terharu. Lagi terharu bila dorang share link blog merapu ni kat facebook. Ada tu siap promote macam tadik. Aku rasa blog aku bosan. Dah la panjang-panjang, tapi ada org nak baca. Ngeh, slama ni aku feeling aku syok sorang je membelog.
Sini cerita cinta Peah. Tapi statement tu di petik dari di sini. Eh, trime kasih la kawan baek :P
So far, aku tak berniat lagi nak membelog secara feeling gengbloggers. Maksud aku nak pergi ke mana-mana gathering, arrr. tak kot. Aku dengar esok ada gathering di Midvalley, alah, sepelaung je dari sini *mentang-mentang dah explore tempat ni.keh keh keh*. Aku tak pernah kenal any bloggers yang active as a person, paling lebih pun si lelaki panda ni. Tu pun takat komen lite lite di facebook. Kiranya kalau aku pergi gathering pun aku macam syok sendirik jerk. Tak ada orang kenal aku. Aku pon tak kenal sangat orang lain. I kan si pemalu *keh keh keh.lempang laju laju*. Jadi aku letakkan cukup setakat di sini boundary aku dengan orang lain.Ada rezeki kita jumpa di dunia reality . Lagipun bumi ini bulat :).
Nota bulu kaki macam meggie: Sebelum blah, aku nak jawap misteri nota bulu kaki macam meggie ni. Asalnya aku letak nota kaki. Lepas tu Sarah post kat status YM, bulu kaki bergolong macam meggie.Aku rasa ayat tu macam sedap.Rasa macam meggie hokey! Jadi aku buatlah tag aku jadi "Nota Bulu Kaki Macam Meggie" sebab nak bagi jadi originality.lol. Jadi malam ni sapa-sapa yang pening dengan kewujudan nota bulu kaki macam meggie ni boleh lah tido lena noh! :P
sapa nak join mengimbau kenangan last dengan blog tahun 2010 neyh meh sini

2 komen indah:
ermm....pahit manis 2010 ye...nantikan 2011... :)
wah.tau x pe :D
Catat Ulasan