Followers

Khamis, 30 Disember 2010

Lelaki, Awas Ya Kalau itu Coach Merah Jambu =)

Sudah sedikit tenang selepas ketegangan 2-3 hari ni. Well, sekarang aku di Putrajaya, tinggal serumah dengan 5 pelajar UNIMAS. Aku je the only one dari UTM. Rumah ni 3 bilik. Tapi aku dapat bilik single sebab dorang tanak tido dalam bilek ni. Mulanya aku ingat nak letak barang dalam bilek ni, lepas tu nak tido kat bilek sebelah. Tapi sebab bilek dorang mengadap jalan raya, jadi aku dengan rela hati tido sorang. Tu pon aku tak boleh tido sebab super bising *menangis*. 


Memandangkan aku mula melapor diri 4 Januari 2011, makanya untuk seminggu ni aku melongo sorang-sorang sebab housemate dah start intern awal bulan 12. Dah tu aku lately tak reti bangun lewat. Habis lewat aku terjaga pun pukol 6.30 pagi. Jadi untuk mengisi masa lapang aku sapu, mop,cuci jamban, cuci bilek mandi,lap tingkap, buang sampah, bersihkan tong sampah. Pungut + cuci pinggan mangkuk, hari-hari aku buat ok. Malangnya pukul 10 pagi semua dah settle. Nak masak haram lah aku reti. Menangis nanti kalau aku cerita edisi aku try masak di rumah ni.


Jadi untuk mengisi masa lapang untuk beberapa hari ni, makanya aku explore KL. Erk, maksud aku explore public transport dari sini ke KL. KL aku kenal, tapi public transport haramnya aku pernah guna. Jadi hari selasa, aku buat kerja gila jalan sorang-sorang ke KLCC. Itu adalah pejalanan yang tak di rancang memandangkan pada mulanya aku nak tengok movie di Alamanda tapi sebab Alamanda tak best dan ingin menyahut cabaran "Irah Boleh" maka aku amek bus ke Putrajaya Central. Actually ada bus direct ke Pasar Seni yang lalu lalang di KL Central, tapi sebab masih tak tahu, jadi aku amek bus ke KTM Serdang. Dulu aku pernah tinggal di Seremban, jadi perjalanan KTM aku lagi yakin sebab KTM je yang aku pernah guna *gile manje budak neyh *___* *


Alkisah di KTM, time naik train ke KL Central tu, aku duduk kat coach pink untuk wanita *wah,feeling dewasa aku guna word wanita untuk diri sendiri. heh.cacat * Time aku naik train jam dalam pukul 2. Jadi dalam train sangatlah tak sesak kan. Dah tu, time aku duduk tu, aku perasaan ada dua orang lelaki sasa feeling wanita dalam coach tu. Aku rasa annoyed. Feeling macam ada lelaki masuk dalam toilet perempuan hokey. Tapi sebab lelaki tu berbadan besar,which is lagi besar dari aku yang agak besar ni, jadi aku diam diam sudah. Buat tak tahu dan melayan perasaan. Aku notice, tak ada sorang pun yang tegur lelaki -lelaki itu. Jadi aku assume, lelaki tu sebenarnya tomboy, jadi mari jangan ambil peduli?


Aku rasa kerajaan kene senaraikan guna bahasa iban, bidayuh, kayan,dusun dll kot baru dorang ni nak faham *____*


Lepas abis aku jalan jalan kat KLCC tanpa tujuan dan haluan mahupun mengeluarkan duit untuk shopping, maka dalam pukul 5 aku membuat keputusan kembali ke pangkuan Putrajaya. Bila sampai kat KL Central, baru aku ingat time tu orang balik office, sumpah sangat sesak. Dalam hati aku menyumpah-menyumpah dah. kalau tau aku amek ERL yang 9.50 one way tu *berair mata. Kalau nak guna pun waktu malam kalau balek lepas pukul 8 malam.* Jadi dalam sesak-sesak tu aku masok ke coach pink. Coach tu warna merah jambu, aku sangat suka ok!Dah tu entah macam mana ada sorang lelaki masuk dalam coach tu.


Nak di jadikan cerita, ada sorang nyonya ni mulut dia sangat bising, dia tegur lelaki tu dan membebel-bebel kat lelaki tu mempertahankan yang coach tu cuma untuk perempuan. Last-last lelaki tu tak tahan. Dengan muka yang macam dah tebal, lelaki tu keluar dari train. Lelaki tu keluar je pintu train dah tutup. Dalam hati aku bersorak, syabas auntie syabas, auntie tu sangat cool dan sempoi. Keh keh. Aku bet kalau semua wanita macam auntie tu, mesti lelaki-lelaki seluruh dunia gerun dengan coach pink. Silap hari bulan, mungkin mereka fobia dengan warna pink. =p


Nota bulu kaki macam meggie: Hari terbabit menyedarkan daku yang rabun aku memerlukan cermin mata sebab aku x boleh baca label perjalanan pada bus :(. Lepas tu mungkin aku alah pada air kat sini. Kulit aku dah macam sangat scary. Kulit mahal ni memang akan jadi macam ni setiap kali datang ke sini dari dulu lagi. Lagi tragis, dah berapa hari aku tak boleh tido sebab bising sangat. Seksa jiwa dan batin. Tiba-tiba teringat kat UTM T_________T.

3 komen indah:

penulis pesimis berkata...

ad juak wanita naik coach yg besa....kmk tiap2 mgu naik..pasya bsg bla kenak himpit...hahaha..mok jak nganok trus wanita ya ariya....hahaha

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

lek la. coach beysa ya org ppuan boleh masok.dengan kata lain, there no coach untuk lelaki and kmk org boleh nait mana2 coach kmk org suka *yey* tandah nya la suka begasak dengan lelaki :p

P A U L I N E berkata...

hahah.. harap sangat nak dpt mcm km.. explore KL.. seorg diri gik tu.. =)


happy new year 2011 to you too.. may the love and prosperity always be with you and your family.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...