Followers

Rabu, 22 Disember 2010

Ini pulak Pengakuan Saya Free Hair , Saya OK.

Sasterawan negara, Shahnon Ahmad pernah berkata,kenali diri,kenali segala. Bagi aku, ayat itu lebih kepada kita harus mengenal pasti setiap potensi positif dan negative yang ada pada diri kita supaya kita lebih maju ke depan. Macam contoh, aku seorang yang sangat terang hati dalam menghafal, jadi untuk aku ingat lokasi shopping complex itu adalah perkara yang tak susah *_*. Walau bagaimanapun, aku akui yang aku sangat bengap dalam mengira. Jadi walaupun benci, aku terpaksa terima hakikat yang matematik itu sangat penting, terutama bila melakukan urusan jual beli di waktu sale. 


Jika kamu pernah tonton youtube Azwan Ismail, bertajuk "Saya Gay,Saya ok", beliau menginterpret ayat tersebut sebagai : 


" jika kita mengenali diri kita,mengenali tubuh kita, mengenali perasaan kita,mengenali pemikiran kita, kita berhak memberitahu orang lain siapa yang kita ingin jadi, dan bukannya mereka."


Jadi di sini pada pandangan aku mind set sudah bertindak. Jika kita cuba menyelami dan mengenali perasaan serta pemikiran kita, kita dengan sendirinya tahu yang mana satu betul dan yang mana satu salah yang ada pada diri kita. Macam contoh, perasaan tak pernah nak kalah dengan orang, dan pemikiran sentiasa ingin menjatuhkan orang lain dek kerana enggan kalah dengan orang. Secara logik akalnya, adakah perlu untuk kita mengakui yang diri kita bersifat hitam seperti itu? Macam contoh, kawan kau dah naik pangkat, jadi kau dengan lantangnya kata  "Celaka kau Peah, macam mana kau boleh naik pangkat dulu dari aku? Macam ni esok lusa aku fitnah kau,supaya kau kene buang kerja." Beb. Sila jangan jadi gila!


Bagi aku, tak semua yang ada pada diri kita, kita perlu terima. Macam contoh, krisis diri aku sendiri. Aku kurang gemar bertudung. Itu semua orang yang membesar dengan aku tahu. Walau aku berada di aliran agama waktu zaman sekolah dulu, tapi aku agak selalu keluar tanpa menggunakan tudung. Itu pengakuan aku. Tapi adakah aku perlu menerima dan memahami diri aku yang tak nak bertudung tuh? Jawapannya No! Menutup aurat itu wajib. Bukan sekadar bertudung. Tapi bahagian lain kena di sembunyikan. Aku wajib menutup aurat. Itu perintah Allah. Jadi aku tak boleh berdebat dan tak patut memasukkan pengakuan ini di Youtube dengan mengatakan,


[gambar dari googleImage]


"Saya free hair dan saya ok. Saya berharap wanita free hair di luar sana tabah dalam menghadapi dunia free hair ini.Mereka yang bertudung tidak memahami krisis diri yang ada pada diri kita yang freehair ini. Saya harap, wanita free hair di luar sana menerangkan kepada sahabat handai dan kaum keluarga bahawa anda sebenarnya free hair dan mereka harus menerimanya".


Hari-hari aku ingatkan kepada diri sendiri, menutup aurat itu wajib, walaupun hati aku rasa macam *puff.. aku mangsa dunia fashion*. Jadi perlahan-lahan aku paksa diri aku mulakan dengan bertudung. Mula-mula bertudung bila keluar shopping dan pergi sekolah. Lepas tu bila di matrikulasi aku paksa diri bertudung sepanjang aku berada di Kolej ATLEAST dan bila di UTM, aku cuma tak pakai tudung bila aku jogging dan bila waktu make up untuk perform. Now, i try my best untuk bertudung bila berjogging. Bagi segelintir orang, kenapa payah sangat? But as for me, i try my best! Dan bila orang bagi ceramah aurat kat aku, aku diam dan senyum. Terima kasih sebab sudi tegur, insya Allah, aku akan berubah perlahan-lahan.


Bagi aku, aku tak ada hak untuk jawap balik dan menegakkan hujah kenapa aku free hair. Bagi aku, benda tu menampakkan lagi kejahilan aku. Sapa aku untuk cabar hukum Allah dan mempertikaikan dengan kata-kata berpandukan kuasa suara hak asasi manusia? Orang tegur cara baik, aku terima dengan cara baik. Tapi bila orang caci dan tengking aku sebab  pakaian aku, aku angkat kening, terutama kalau yang tegur tu lelaki yang merokok dan pakai seluar pendek atas lutut.


Macam kes lelaki terbabit, beliau mengakui beliau gay. Dia terima dia gay dan dia tak cakap pun dia ingin berubah ke jalan yang betul. I mean, kalau dia nak berubah, dia takkan bagi motivasi gay kepada kaum kaum gay yang lain kan? Aku bukan Tuhan untuk jugde people. This is only my opinion. Pada pandangan aku, lelaki berkenaan memahami dan mengakui diri beliau gay, dengan kata lain, beliau sudah setkan minda beliau bahawa beliau adalah seorang gay. Gay bukan membawa maksud "happy" ok. Gay dalam context ini adalah tarikan terhadap kaum sejenis iaitu lelaki minat dengan lelaki.Dalam Islam, perkara terbabit salah.


Kadang kala kita terlalu obses dengan idealogi hak asasi manusia, sedangkan, bila hak itu haram dalam agama, jadi kenapa perlu di persoalkan? Aku bukan menaip atas dasar aku wanita suci dari dosa. Tapi sekurang-kurangnya, please dont pertikaikan suruhan Allah with word.Kita bukan sesiapa. Kalau sekalipun kita jahil dan enggan mengikut suruhan dan perintah Allah, memilih untuk ke simpang di larang masuk, please jangan tunjukkan sangat kejahilan kita dengan menegakkan bahawa tindakan salah kita itu adalah betol, dengan alasan orang tak memahami situasi kita.


Nota bulu kaki macam meggie: Semua orang buat salah,dosa dan keliru. Cuma persoalannya, adakah kita akan sentiasa perlu berada di fasa salah, berdosa dan keliru? 

26 komen indah:

mingu_90 berkata...

betol2..syabas anakku :D haha..orang selalu bagi alasan nak membenarkan yang salah dengan "tiada paksaan dalam Islam"..padahal benda tu sebenarnya tiada paksaan untuk memeluk Islam..dan bila kita dah masok Islam kita kena ikut semua hukum yang dah ditetapkan secara menyeluruh..(aku fail sikit bagi nasehat dalam bab2 agama ni. huk.)

Tapi memang betol gak, kita manusia biasa...wujud ke orang yang tak buat kesalahan? & memang susah nak jadi "baik" yang benar2 baik mcm yg Hlovate dok cakap tuh..haha..just kita try to be the best Muslim we can be, improve every day, & bertaubat setiap hari...sebab setiap manusia takkan lepas dari buat kesalahan ..

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

saya setuju dgn apa yg kamu tulis.. jika kita berada di landasan salah dgn apa alasan sekalipun tak perlu kita mempertikai, menidakkan hukum Allah.. sudahlah kita membuat satu kesalahan.. kita akan membuat satu kesalahan lain lagi bila kita cuba mempertahankan kesalahan biarpun kita tahu ianya terang2 salah

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

Jasz: Yer "ibuku". Hidup ini bukan kisah cinderella ibuku xD

Lekit: Ha... macam tu xD

petisuara berkata...

dulu,masa i free hair, i pernah cakap kat mak i, abis tu kalau xready lagi xikhlas macam mana nak pakai tudung..terus mak i ckp..ikhlas ke ready ke apa,tudung tu wajib!no such thing..ha hamik!hihi

Abir Abhar berkata...

Good one Irah...
ni macam pakar motibasi dah...
hehe

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

petisuara: Oh.itu adalah sangat terbaik. =P

abir: Ah! Erk.hahahaha

Rei L Ðan‡e™ berkata...

setuju

gay itu pilihan.
semacam juga tgk porn, suatu pilihan , samada nak tgk atau x nak tgk (walaupun sangap tahap gian kokain)
..disni aku maksudkan tahap desire tu yang sama kuat dalam ke dua dua premis.

kalau lu tertarik ngan kaum sejenis pun. simpan dlm suda, Tuhan marah , and that's His final say. think of it as a test if u got the said problems.
pass or failed.
usaha atau x nak usaha.
simple as that.

sebagai penutup , surah as syam ayat 9

=)

.

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

aku suke komen kau :)

Ainismaira berkata...

bagus entry ni.. yer.. dorg kate belum sedia.. belum terbuka pintu hati.. belum dpt hidayah.. tiada paksaan dlm Islam.. btol.. pndai ckp..

saya pernah ditanya oleh seorang UStazah, sejak bila yang kita ni ISLAM? macam2 jawapan ada.. sejak lahir, sejak mengucap..

tapi jawapnnye ialah, bila kita mula melakukan perkara yang wajib dan meninggalkan perkara yang dilarang.. maka kalau masih melakukan dosa, kita cuma Islam pada nama.. Nauzubillah..

aNdi.Hanin::حنين نظوره berkata...

LIKE

Insan berkata...

mmmm...bg aku la.satu je punca knp kite terus melakukan perbuatan yg dilarang oleh ALLAH..titik tolaknya bermula drpd tiang agama iaitu solat.jika kite jaga betul2 solat kita..maka terhindarlah kita dari melakukan dosa.

ade org ckp, aku stiap waktu solat..x pernah pun aku tinggalkn solat..alhamdulillah bgus la klu mcm 2..tp kite tgk balik, adakah solat yg kite lakukan itu sempurna? wuduk yg kite ambil sblm solat adakah sempurna? tomatninah..tertib..bacaan dlm solat..khusyuk..semua diambil kira. adakah kite faham erti "MENCURI DALAM SEMBAHYANG?" sama2lah kite renungkan dan perbaiki kekurangan yg ada pada diri kite

ape2 pn aku suka entry ni..harap2 penulis dpt meneruskan lg penulisan berbentuk ni :)

atiqa aris berkata...

betol.setuju seratus peratus.sape yg xnk ikot hukum islam tu maybe ati dorang da keras mcm batu kot.

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

anismaira:Rujuk pada first komen:P
hanin: :)
Insan: Oh, ha ah, pasal jaga solat tu. Bagi aku, penghayatan perlu ade. haish. Tak cukup menghayati aku ni. Banyak lagi kena study T.T
Atiqa: Ha..itu no komen.

MiSz_aIN berkata...

betul tu,,kita tak boleh lah nak ikutkan sangat kata hati kan..yg slh tu ttp slh.entry ko mmg best ! =)

Milfy berkata...

:) senyum aku baca post ko.. maknanya kita tahu tanggungjawab ke atas diri kita sendiri.. semuanya adalah pilihan.. begantung pada kita nak pilih yang mana baik

J.M.R berkata...

takyah tegakkan benang yg basah..buang masa je..tol x?;-0

syAzAnA berkata...

baguslah tuu. hurmm. syaz pun sdng berusaha nak menukar diri nie. amin.

MIZZNISS berkata...

betol tu, hak asasi manusia tak boleh dilibatkan dalam ni, aku pernah jumpe satu komen, dalam page FB fasha sandha, time besday boipren die, ade pic yang kurang enak, ade air2 yang warne mcm teh o gitew..

status tak pasti la air ape kan, tapi kalo da warne mcm tu, sape2 pon tak pikir lain da, dtgla beberapa org mempersoalkan, air ape tu, wah slambe die minum, dtg lak mamt sorang ni, die pegi maki org yang bertanya tu, siap ckp tak open minded, biasala minum menda tu...

mcm ni ke muslim zman skarang, open minded? membolehkan yang haram jd halal? ingat menda tu suke2 boleh ubah ke..haish....

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

missniss: Haaa.itu yang aku maksud kan. Aku tak faham maksud terbuka orang sekarang. Terbuka tak terbuka, peraturan itu kata muktamad. Takkan nanti, bila di hukum sebab minum arak, gay, freehair bla3 kita nak jawap kat Allah, please be open minded? Hadeh!

ARC™ berkata...

innasolati tanha ani fahsha i wal mungkar

solat itu menjauhkan kita dr perkara keji dan mungkar. Mari kita tanya si pembuat video itu dia solat cukup x? Nampaknya macam kurang perlindungan

cik tipikal berkata...

dia buat pengakuan dia gay macam tu macam dia dah buang agama dia.

pasal pakai tudung tu, kalau tak dipaksa, sampai bila pun kita taknak pakai tudung. itu yang ibu pernah cakap. benda tu kan wajib, buat pe nak tunggu dapat hidayah untuk pakai tudung?

aku sangat benci bila orang yang just tunggu hidayah tapi taknak usaha ubah diri.. perempuan lebih berharga bila pakai tudung

محمد زهراوي berkata...

tahniah..

ayuh bersama menuju kejayaan.. :)

ema サニ berkata...

x habis2 la dorg ni, esp. kalo artis kalo nak glam sekali mana pun agak2 ah. what a shame!

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

ARC: Nampaknya dengan aku2 skali kena blaja solat balek neyh ~..~"

cik tipikal : so true weh!

tenangsudey berkata...

nice post... mmg isu ni agak hangat kat lepas video kat utube tu...

MENJ berkata...

Orang yang bodoh sombong akan keluarkan kenyataan bodoh macam si gay tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...