Jadi, dengan kudrat yang ada, dan ilmu yang tak banyak di dada aku belah apple jadi macam ni.
Apple yang telah di potong kemas =_="
Bentuk asal apple.
Jadi dari semalam aku menyelami naluri kesedihan aku. 5 semester bersamaan dengan lebih kurang 2 setahun setengah. Aku rasa macam si rabun tanpa cermin mata merangkak di sebalik cahaya *hamboi bahasa*. Aku tak kata aku buta sebab aku faham teori. Teori-teori so far aku boleh catch up, terutama apa yang di bebel dalam kelas. Ala, aku bab-bab menghafal memang hebat. Tapi nak fahamkan dan implement dalam bentuk coding adalah sangat-sangat aku tak pandai.
Aku pernah mengadu dengan senior-senior aku. Aku selalu rasa macam give up dengan study. Sentiasa je rasa nak menyanyikan lagu pudar sebab tak pernah reti nak tulis source code. Most of the time dorang akan cakap " Ala, nanti kerja apa yang ko buat tak sama macam apa yang ko blaja."
Aku tak peduli pun kalau lepas ni, bila habis blaja aku jadi tukang sapu kat tepi jalan skalipun. But atleast, bila aku habis belajar, aku ada kenangan yang terindah dengan ilmu, macam contoh, bila tengok photoshop, aku boleh senyum puas sebab aku pernah buat sendiri mini photoshop.
Ini Adalah mini Photoshop,Final project subjek Image Processing
Sejarah aku, aku bukan anak yang cemerlang dalam pendidikan. Dari zaman sekolah lagi aku cuma kategori pelajar yang sederhana. Ibu bapa aku bukan jenis yang sentiasa pesan kat anak-anak,
"Blaja rajin-rajin. Make sure SPM boleh score 21A1.Nanti boleh dapat biasiswa dan ambil medical di luar negara."
Dari aku kecik lagi mak aku sentiasa pesan macam ni,
"Tak kisah tak semua benda kita pandai. Tapi setiap benda yang kita tahu, kita mesti faham. Bukan sekadar nak ambil exam. Habis exam lupa."
Jadi, even keputusan aku tak cemerlang, aku sangat berpuas hati dengan setiap benda yang aku belajar sebab apa yang aku jawap adalah knowledge yang aku ada. Bukan sekadar latih tubi, sebab slalu sangat buat jadi sudah ingat.Tapi habis exam haram boleh recall apa.
Tapi bila masuk di Matrikulasi, budaya tu dah hilang. Rushing. Aku perlu score kalau tak nak extend. Atleast 2.0 pointer untuk masok ke universiti. Bila masuk universiti, rasa macam "Oh loosernye kalau tak dapat 3.00 pointer." Budaya i'm the number one dah menular dalam hati. Blaja sebab nak dapatkan pointer 3 keatas sebab bila graduation day nanti dapat medal. Blaja tak iklas. Ghairah dah tak ada. Budaya belajar untuk ilmu dah di buang jauh-jauh dari hati.Bila exam, sibuk kutip tip sana sini nak score dalam exam semata-mata. Assignment pulak bajet amek dari internet, modified variable dan hantar. Sebab semuanya hanya untuk menyelamatkan pointer.
Contoh Rompakan dari Internet =_="
Terfikir, apa sebenarnya tujuan belajar di sini?
Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik dan Multimedia), Masih kelam rasa cinta antara aku dan dia.
Nota bulu kaki macam meggie: ada baki 4 paper dan 1 sistem untuk di submit.




2 komen indah:
kadang2 kite rase macam looser, tapi sebenarnye tak kan coz org berjaya x dilihat dr rezultnye. hehehe
result is another thing.result bagus performance ntah papa still benda ya nothing
Catat Ulasan