Wahai bakal suamiku,saya bukan lah srikandi islam bertudung labuh yang awak idam - idamkan itu. Mungkin saya kategori perempuan gedik yang suka upload muka comel,mulut muncong ala-ala nak kiss dengan berbaju pink yang menarik perhatian itu. Tapi sumpah sampai sekarang tubuh ini tak pernah di sentuh walau seorang lelaki sekalipun.Walaupun pada pandangan kasar awak saya amat menjengkelkan lagi menggelikan.Tapi sesungguhnya saya masih menjaga batas pergaulan.saya sangat geli tengok orang bukan muhrim berpegangan. Jadi saya tahan hati dari buat benda tu. Saya dah banyak sangat dosa. Saya tak nak tambah dosa lagi dengan buat maksiat. Jadi awak janji ye awak akan jaga diri awak jugak. Saya janji saya akan buat terbaik jaga diri saya untuk awak. Jadi awak pun mesti buat macam tu jugak,ok!
Bakal suamiku,
bukan niat saya mahu menunjuk hebat bila keluar bekerja mencari rezeki. Tak terdetik pun di hati saya untuk keluar bekerja suatu hari nanti untuk kemewahan.bukan saya si gila permata! Cuma saya enggan membebankan awak dengan HUTANG PTPTN saya yang berbaki RM20 ribu lebih itu. Isteri yang baik adalah isteri yang tidak membebankan suami. Saya faham, suami banyak tanggungjawap. Mungkin bakal suami saya juga memiliki HUTANG PTPTN, tapi kalau bakal suami saya bijak dan punya penaja sekalipun, untuk membayar hutang kereta dan rumah sudah cukup membebankan. Tu tak kira lagi insurance, bill telifon,bagi kat mak ayah, simpanan,emergency dan apa-apa lagi yang tak terfikir dek akal.Lagipun, saya masih ada 3 orang adik kecil yang masih bersekolah.Mereka jugak tanggungjawap saya. saya sedar duit bukan segala-galanya.Tapi hakikatnya segala-galanya perlukan duit. Andai di takdirkan awak pendek umor, sekurang-kurangnya saya masih ada pekerjaan tetap untuk menanggung anak-anak kita.
Bakal suamiku,
Bila saya perlukan pembantu,jangan jadikan alasan itu untuk awak berseteru dengan saya ok! Bukan sebab saya malas nak buat kerja rumah, tapi nabi sendiri sudah berpesan,kalau berkemampuan, bagilah si isteri seorang pembantu.Mungkin pada mata awak, kerja seorang ibu dan isteri sangat mudah.Tapi bila perut sarat mengandungkan anak kita, nak sapu rumah pun payah. Kalau awak tak nak bagi saya pembantu saya tak kisah. Tapi janji ye kite kemas rumah sama-sama. Saya masak, awak lipat baju.Saya cuci baju , awak pulak sidai pakaian-pakaian tu. Saya sapu rumah,awak mop. Anak nangis,awak pujuk sementara saya buatkan susu.Kalau macam tu, sumpah saya takkan mintak awak orang gaji.Terdetik pun takkan pernah.
Bakal syurga ku,
Mungkin saya tidak sempurna. Saya mengaku aku tak pandai bermasak. Tapi saya janji saya akan terus belajar. Janji ye jangan guna kelemahan saya untuk awak bukak cawangan lain. Bukan bermaksud tamak . Tapi hati rasa sangat sedih bila si suami guna poligami untuk lengkapkan kelemahan saya dan memuaskan hati dia semata-mata. Sirah Rasulullah memadukan isterinya untuk melindungi wanita - wanita itu. Tapi untuk awak bukak cawangan lain atas alasan saya tak pandai masak,saya sudah berkedut, sumpah walaupun saya izinkan tapi jauh di lubuk hati saya akan menangis kekecewaan sepanjang hayat saya.Bukan sebab kecewa di madukan, tapi saya takut awak tak mampu berlaku adil.Saya takut nanti di akhirat Allah persoalkan awak. Waktu tu mulut di kunci untuk awak beralasan. Saya tak mahu awak di hukum. Tapi kalau awak mampu, zahir dan batin, berlaku adil dan mampu mendidik dan melindungi lebih dari seorang isteri, saya janji yang saya sendiri akan pinangkan perempuan itu untuk awak.
Pengarang Jantung ku,
saya bukan wanita yang baik untuk mendapatkan si alim ulamak. Cuma pinta saya, janganlah awak jadi si jahil yang tak kenal tiang agama. Sekurang-kurangnya, subuh pagi, magrib dan isyak kita boleh solat berjemaah. Seronoknye bila berangan lepas solat dan baca doa kita tunduk salam awak. Lagi seronok kalau kita sama-sama mengaji dan belajar agama. Nanti bila dah kahwin, kita sama-sama belajar menjadi baik ok! Kita akan saling nasihat menasihati, bukannya saling mencari salah sesama sendiri.Macam tu harmonilah kan rumah tangga kita.
Nanti awak janganlah merokok k? Merokok membahayakan kesihatan.Bukan kesihatan awak sorang, kesihatan saya dan anak-anak lagi terancam.Saya tak nak la saya dan anak-anak mati disebabkan awak. Walaupun ajal tu di tangan Allah, tapi sekurang-kurangnya awak takkan dengar kami mati sebab asap rokok awak. Lagipun kan ada fatwa yang mengatakan rokok itu haram. Jadi tolong ya?
Chenta hati yang tak di ketahui siapa,
Saya tak tahu awak siapa, tapi ingat ya, kalau awak ada ciri ciri gadis idaman, nak demand yang baik,yang cantik dan yang sempurna.Saya juga ada keinginan macam tu. Tak perlu terlalu sempurna. Cukup kalau awak tahu tanggungjawap awak sebagai pemimpin keluarga, dan mampu melindungi dan mendidik saya selain dari berlaku adil dengan saya, saya janji saya takkan mintak walau seutas emas sekalipun. Hidup berumahtangga bukan sekadar ikut cakap awak berlandaskan ego dan akal diketepikan. Saya cuma mahu awak pegang tangan saya waktu kita sama-sama nak ke syurga nanti. ok?
Yang benar,
Bakal Isterimu yang tak siapkan PSM lg =..=".
Yang benar,
Bakal Isterimu yang tak siapkan PSM lg =..=".
nota bulu kaki macam meggie: Perempuan pon demand jugak. ke aku sorang je yang demand? chet.itu pasal la wa single sampai sekarang!




13 komen indah:
Walaupun ajal tu di tangan Allah, tapi sekurang-kurangnya awak takkan dengar kami mati sebab asap rokok awak.
like this..haha
hahahaha... bagi note ni kat abang long >.<
wahh iraah. kalo ak lelaki cpt2 aku pinang ko XD
eleh, sebab aku kata kalo laki tu mampu aku pinangkan sendiri bini lain utk kau?
slamat ko bukan lelaki! hahaha
aku tak merokok.. :D
oh, jadi? XD
smpai hati ko ckp bakal suamimu yg blum ko temui..abis ak ni siapa?..ckap irah, ckap!
..perempuan baik tuk lelaki yang baik..amin
mueh! haha.amin amin
yorke: eh ha ah la sayang. lupe plak pasal u. x pe la. u amek la surat ni pahat dalam hati ok! xD
tibe2 macam sayu je baca. terkena kat batang hidung sendiri pun ada jugak. huhu nvm lah. btw, 1st time dtg sini and sgt tertarik! keep on posting :) and dont wory perempuan baik kan utk lelaki yg baik2 :)
tq XD
wehhh suka la aku kat post ni!! mata aku berairrrr omaigaddd T-T
Catat Ulasan