Followers

Ahad, 31 Oktober 2010

Definisi Cantik :Hanya bila pada Perilaku Dan Wajah yang Laku. Macam Aku. EH??

Aku dan cantik adalah sesuatu yang tidak perlu di pertikaikan. Setiap kali ada mata yang memandang, pasti hati si memandang akan berkata,


"Oh, aku terpandang apa?"
tak pun akan kata macam ni..


"Oh, tak nak pandang lagi dah".


Cantik ni ada banyak definisi. Bagi abang Azahari cantik adalah apabila perempuan itu berpipi tembam. macam perempuan ni. Pipi die tembam. Jadi beliau adalah sangat cantik xD.


*perasan*

Bagi aku cantik itu adalah macam Fasha Sandha. Tapi sebab banyak kontroversi jadi orang kurang suka. Cantiknya hilang di banyak mata. Lepas tu nama Lisa naik. Wajah comel itu menjadi kegilaan. Bagi aku Lisa punya wajah kakak baik yang menjadi kesayangan. Sama macam Siti Nurhaliza. Wanita santun dari Kuala Lipis yang menjadi kegilaan walaupun sudah menjadi isteri orang. Wajah ayu, comel dan perilaku yang lembut membuat semua mata tertawan. Jadi kesimpulannya cantik itu adalah pada perilaku ditambah dengan wajah yang laku.Macam aku. EH!! Tertaip! :P
ha.Comel la u ni Lisa :P


Semalam aku lepak makan roti canai paling tak sedap di Skudai, lokasinya semua warga UTM tahu. Kadang kala korang order tak sampai-sampai. Orang amik order pun boleh tak sampai. =_=". Sambil menanti order yang tak kunjung tiba tu aku dengan sarah berborak pasal cantik.


Sarah: Aku cantik kan irah..
Aku: Ha ah, aku pun cantik. ko mesti setujukan Sarah.Kitekan "kembar".


Ok tipu. Kitorang tak gila lagi nak cakap bahasa perasan macam tu.


Aku: Der, mane ade awek tu cun. Cuma tengok dia senyum. Adeh. Disaster. Mimpi ngeri ok. Kau lagi lawa dari perempuan tu. Sila rasa bangga sekarang. (ok, bab Sarah lagi lawa dari perempuan tu adalah betol sebab itu perbandingan. Tapi sebenarnye Sarah tak lawa. haha. Ape? nak jugak kate die lawa? Erk. Itu adalah typo!! haha)..


Sarah: Tapi weh, sebenarnye perempuan tuh lawa la kalo ko tengok betol-betol.


Aku: Der, lawa adalah bila kau tengok perempuan tu dan ko teros cakap "he eh cikaro tu lawa". Tapi kalau ko pandang lama-lama baru nampak awek tu lawa, sebenarnye awek tu tak lawa der. Percaya lah.




Ok. Sebenarnya definisi lawa aku adalah sangat kejam. Nak cakap tu je. Bye. Eh jap. Aku boleh ganti Maya Karin. Tak percaya tengok gambar ni.


ok. Masih nampak cantik. Susah giller orang cantik ni kan! XD

Jangan tanya kenape aku bulatkan kat situ. =_="



Ha. Ada sape-sape nak sain aku tak? Nanti aku emailkan.


Nota bulu kaki macam meggie: 


1] Aku hantar PSM yang salah, maka untuk 2-3 hari ni emosi aku berkecamuk, Sewel gila dan mereng.


2]Dalam sewel dan emosi tunggang langgang ada perempuan meroyan gila talak add aku di facebook. Aku sangat anti perempuan macam tu. Rasa mahu bagi ceramah dignity seorang wanita. Eh. Layak ke aku?


3]Dalam sakit hati semalam aku menangisi nasib diri yang menjadi rahsia selama ni. Huh, biarlah rahsia lagu bini Dato' K berkumandang.  Terbayang kumis tebal Dato' K yang sama dengan misai Pak Guard Glamour utm, Pak Selamat namanya. Budak UTM yang tak kenal Pak Selamat silalah berhenti belajar. Aku seriyes! UTM tak perlukan pelajar yang tak peka pada sekeliling *pandai ko memfitnah kan Irah? :P*


4] Awek aku di Unimas intern di Cyberjaya jugak.Rasa nak hug semua orang. Hati macam soup. Ada semua Perisa.

8 komen indah:

miSzRiE berkata...

aku x lawa, aku cantik!
bile aku cantik ko pon cantik
kte kn kembar~~
:D

nk p bekfes pon pki bj ala-ala same..hahahahah

syg ko irah!!
muah3~~

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

*blushing* sayang ko jugak xD

ARC™ berkata...

hantu tu ko ke? gile xlawa ah haha

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

hahaha. bengong. mane ade hantu lawa. tunggu aku blakon jadi duyung ah dulu! XD

INTANKUTERPILIH berkata...

aku tak lawa..tapi manis tu ada...hehehe

Fiq berkata...

awek di uniten??

agagagaggaa

ARC™ berkata...

apasal org atas ni kaitkan ko dgn uniten?

<b>IRAH HAJERAH AZMAN</b> berkata...

asfan: aku pon tgh fikir neyh ~..~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...