Sebut pasal duit raya, teringat kisah dolu-dolu. Zaman kanak-kanak aku. Time kecik-kecik dulu, waktu tu aku masih kanak-kanak yang membesar di kampung, jadi aku akan ikot kawan sekampung sebelah rumah menziarahi orang kampung.Bedal je rumah sapa. Kitorang akan bagi salam lepas tu masok dan berborak dengan tuan rumah. Lepas tu tuan rumah akan tanya aku ni anak cucu sapa. Time tu la tuan rumah bercerita susur galur keturunan dan jatuhkan hukum saudara antara aku dan dia. Hoho. Tapi harus la tak sempat keluar dari gate rumah tu aku dah lupa pertalian saudara aku dengan orang tu. =__=".
Di kampung sebelah mak,tempat aku membesar, Stunggang Melayu, Lundu, kanak-kanak menziarahi dari rumah ke rumah bukan untuk duit raya. Sumpah weh, tak kan sampai RM 10 pun duit raya yang kitorang kumpul kalau menziarahi satu kampung Stunggang tu weh. Hati aku tak pernah terdetik pun mengharap yang tuan rumah akan membalas kunjungan dengan wang ringgit. Memang bukan budaya setiap rumah akan menghulurkan sampul hijau. Jadi bila kali pertama aku beraya di Melaka, aku sangat teruja bila sebelum subuh kakak saudara kejutkan soh bersiap cantik-cantik sebab selepas subuh akan BERTUGAS memungut cukai di pagi raya kat setiap rumah. Heh. Time tu ada gak tuan rumah tiba-tiba lesap dari rumah =_____=".
Di tempat aku, Kuching n Lundu, kalau raya, harus la meja meriah dengan pelbagai koleksi kek lapis macam-macam corak. Penuh meja ok! Lepas tu, dari segi pakaian, aku notice orang kat sini akan pakai baju kurung, baju melayu dan baju kebaya lurus 7 hari walaupun pergi merempit kat MASJA =____=". Pergi KFC, g MBO dan walaupun pergi ke pasar ikan masih lekat baju tradisi tu. Sebab Sarawak ni banyak kahwin mix, jadi time raya ni saudara mara yang non muslim akan berkunjung ke rumah, dengan baju kurung each and siap mintak maaf zahir dan batin. Time tu atok dan nenek aku akan bagi tahu aku pertalian darah dengan dorang masih wujud walaupun berlainan fahaman agama walaupun tak sampai 5 minit kemudian aku akan lupa apa yang atok dan nenek cakap. Cit, memori ikan emas sungguh.
OK lah, mak aku soh kemas rumah sebab lepas ni nak menziarahi family and rumah kawan baek aku. bubbye and Muah muah muah.
Nota bulu kaki macam meggie: Aku kongsi gambar raya. :D
OK lah, mak aku soh kemas rumah sebab lepas ni nak menziarahi family and rumah kawan baek aku. bubbye and Muah muah muah.
Nota bulu kaki macam meggie: Aku kongsi gambar raya. :D
Di Morning Raya bersama Keluarga
From Siburan to Kuching Dengan Motosikal. Korang memang senior TERBAIK la
![]() |
| TopUp to Mr Zharif for this picture :) |
| Motiffffff??? |



2 komen indah:
heran juak la. bila some lepehs madah yang target utama cdak ngumpul duit raya time raya. mun kita, xda la lalek dgn duit raya gilak.
so true :D
Catat Ulasan