"anything that is kept secret or remains unexplained or unknown".
Maksudnya lebeh kurang sesuatu yang rahsia atau tak mampu di jelaskan ataupun sesuatu yang tak diketahui. Mantap direct translation aku.=___=
Kalau di sebut misteri, macam -macam yang terbayang dalam kepala manusia. Tapi sesuatu yang sangat biasa dan sinonim misteri itu adalah bila ada lorong yang sunyi dan gelap. Lepas tu mesti terbayangkan ada hantu dan puaka. Tak pun spot yang sangat best orang target mangsa untuk di rogol dan di rompak.
Scene ala-ala mendebarkan =_=" .Eleh, bajet aku terdebar? [image dari google]
Kalau tengok cerita yang ada scene misteri, macam lorong gelap yang kemungkinan ada hantu, perogol dan perompak, hati mesti berjanji tak kan berjalan sorang-sorang di kawasan sunyi. Tapi bila berada dalam situasi sunyi sepi, macam kejadian balik dari Shah Alam jam 3 pagi dan berjalan sorang-sorang ke hostel dari Fakulti Alam Bina ke H25, aku langsung tak ragu-ragu dan sangat selamber berjalan sorang-sorang dengan gembira tanpa berfikir, terfikir mahupun difikir akan bahaya anak gadis comel macam aku ni berjalan sorang-sorang di awal pagi.Mungkin sifat berdikari dan tak suka nak susahkan orang selagi terdaya tu menutupi rasa takut dan aura mesteri yang menyelubungi suasana.
Bagi aku, misteri tu bukan tertumpu pada lorong yang gelap dan sunyi semata. Seseorang yang merahsiakan identiti pun sangat misteri. Manusia misteri ni sangat seronok untuk di kenali. Mesti hati melonjak-lonjak nak tau pasal die. Bukan pasal nak canang cerita insan misteri tu kat orang, cuma, entah! insan misteri sangat menarik untuk di kenali, cuma itu saja yang mampu aku type dan kongsi.
Dalam pelbagai jenis dan variasi misteri, ada suatu misteri yang menyakitkan hati. Sumpah bukan aku sorang berdaki hati dengan misteri ni. Misteri yang aku maksudkan adalah kenapa setiap kali buat assignment awal-awal, kononnye nak buat dua minggu awal dari due date tak kan siap eh? Kalau siap pon hasilnye mesti tak sebaik kalau buat kerja last minutes. Serius oh. Sebelum cuti tu aku try godek-godek code, modified sana sini code yang ada, semuanya error. Tapi tadi, senang-senang je aku jumpa code yang berkaitan dan senang-senangnya jugak aku modified. Sangat annoying kan?
Tu tak kira lagi internet disconnect setiap kali aku bertekad nak study dan siapkan assignment.=_=". Menghabiskan duit di JJ taman U tu pun misteri jugak. Sedar-sedar je dah abes RM 50 walaupun tak nampak aku habiskan untuk apa.
Senang kata hidup ini memang di selubungi misteri. Misteri bukan sekadar sesuatu yang menakutkan tapi jugak adalah sesuatu yang sangat mengannoyingkan! T____________T
Nota bulu kaki macam Meggie: Orang yang suka lari dari bayang-bayang sendiri pon aku rasa misteri jugak. Sakit mental! Tapi lagi misteri bila tengok manusia yang mengikut resam anjing yang menghina babi tu binatang yang haram.( T..T)
So trueeeee.haha


5 komen indah:
selamat hari raya...berhati-hati kalau blik kampong nanti...kat sana lagi banyak mythos...wargh..waargh...perghhh..misteri sungguh ye kamu nieee...
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.. keh3
Entry terkini oleh KARIPAPSAYUR : Makk horang kampung.. (Tak Boleh Pegi Genting Helen Dahh)
gua takut
yang penting, jangan biarkan kehidupan anda diselebungi misteri nusantara tv3, ekekekeeee
Misteri bila ada manusia yang mengikut resam anjing yang menghina babi tu binatang yang haram
LIKE!
Catat Ulasan