Followers

Isnin, 30 Ogos 2010

Curi-Curi Baca Diary Saya Dalam Laci. theeeeheehee

Hujan hujan di petang hari ni, kalau orang seni, boleh mendapat ilham. Aku pon orang seni. Seni melakar mimpi. Time -time macam ni la bahagia nak tidor. Tapi assignment yang berlambak memberi arahan


 "Sila jangan malas dan siapkan sebanyak yang mungkin before balik cuti raya." -lepas tu dengan gembiranya aku menaip belog instead of buat esaimen. heh.pandai!-
Macam ni bersusun-susun assigment aku ~..~
Mujur poster teater untuk majlis hari raya aku dah siapkan. Kalau tak mesti lagi merana jiwa.=_="


Lepas ni aku dah tak ada kelas. Senang cerita aku dah start cuti raya. Mulanya aku nak balik esok, 31.8.2010. Tapi bila melihat persamaan di bawah


Assignment=malas kuasa4/rajin!


Jadi nak tak nak aku cuma mampu menahan  hati bila encey Sedara di UTHM tu ULANG lagi yang dia balik lagi awal dari aku. tsk. Harus tunjuk tabah yang aku bahagia di sisi assignment (oh dusta.) dan bertahan menanti 4 september 2010. Sebab semua orang tinggalkan aku Jumaat ni, maka petang Jumaat nekad balik ke kampung di JB. Boleh berbuka puasa dengan makanan yang di masak oleh Puan Nenek dengan penuh kasih sayang *mata terharu*.


Berazam time practikal nanti pakai kasut macam ni. Janji Tak Kan Pakai Selipar even G Shopping...
Oh, aku tak shopping raya lagi. Eh tipu. Aku dah start shopping dari minggu first puasa. Bermula dengan kebaya colour pink, di ikuti selendang dan kasut wedges putih yang sangat comel(lepas raya aku masukkan dalam kotak dan simpan dalam kotak kasut yang besar, sama macam kasut raya tahun lepas-lepas).Tapi aku tak official shopping lagi. Official shopping mean harus tawaf semua shopping complex di JB walaupun tak beli apa-apa. Jadi, malam ni bakal kembang mata siapkan assigment English sebab memerlukan rehat esok hari sebab nak simpan energy untuk keluar shopping pada hari rabu.(walaupun macam gerenti tak kan beli apa-apa.).



Dua hari yang lepas mak aku sms. Katanya dia jahit sepasang lagi baju untuk raya ni and berpesan sila jangan beli baju raya lagi. Padahal aku dah selamat beli baju kebaya first week puasa.Jadi sms mak tidak di balas dek rasa berdosa. Pagi raya nanti nak mintak ampun sebab dah terlanjur beli baju kebaya lah macam ni =___=". Tapi rasanya dosa dengan mak memang bertingkat-tingkat. Nak - nak dua sem pointer tak cecah 3 tapi tak pernah bagi tau pon :(. Selamat total pointer masih ada aura 3.waaaaa.


Huh, sangat tak sabar nak tunggu hari sabtu sebab boleh balik rumah dan boleh jadi driver mak. Tak sabar nak makan bubur pedas yang di buat dengan penuh kasih sayang. Terbayang nak buat biskut raya dengan si kembar. Cepat-cepat la masa berlalu.....


Nota bulu kaki macam meggie: Recently asyik terfikir nak tukar cara dressing. Seboleh bolehnya tak nak dah pakai baju tak nampak buntot tuh.Ish, dah tua nampak cam tak elok. Instead, terasa macam nak pakai tudung even di waktu jogging.(berkesan jugak tazkirah tarawih minggu lepas T_T)

0 komen indah:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...