Followers

Rabu, 21 Julai 2010

tak sampai 2 minggu sekolah dah dapat MC 3 hari. Tahniah la Irah! T_____T

Bosan dah aku duduk dalam bilik seharian. Baru 8 hari di campus UTM, Skudai ni, doktor dah menghadiahkan aku 3 hari cuti. Kalau zaman sekolah dulu, aku sukalah dapat cuti, tak payah buat homework yang kena hantar esok. Tapi sebab sekarang ni dah besar, dah 21 tahun , walau pun masih tak ada suami(ok, ni sumpah tak ada kaitan), tapi sebab dah berada di tahun terakhir, tak nak la asyik terponteng. Kalau setakat period pain, aku sanggup lagi pergi ke kelas sebab sakit tu tak berjangkit. Tapi sebab aku kena red eyes, tak mau la pulak aku terasa bersalah 1 kelas bercuti sebab mata merah. Kang tak pasal-pasal aku pergi lecture sorang-sorang, pun bosan jugak. Terpaksa aku pura-pura fokus. Sumpah seksa!

Memandang di luar jendela. Hari mendung. Macam nak hujan. Baru bercadang nak bermanja dengan debu dan alam sekitar sambil mencuci mata yang dah merah ni dengan jogging time petang. Ok. Aku nak off sebentar. Malam nanti aku buat assigment even esok tak boleh pegi ke sekolah. :( Rindu nak belajar coding (ok, yang ni tipu)

Nota bulu kaki macam meggie: Emosi kurang stabil hari ni. Bosan internet lemmmmm. Tapi bila di kenang cinta lama si celcom dulu, oh! itu sejuta kali lemmmmmmmm.

5 komen indah:

cik panadol berkata...

kasi tunjuk gamabr mata merah cikit....
semoga cepat sembuh...

fiD berkata...

loh! smgt la cik kak, p claz, xmow ponteng dah..

.::WaNiE::. berkata...

huhuhu cepat2 baik

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

mekasih mekasih dan mekasih :D

Yorke Kun berkata...

wah, tahniah! tahniah! ingt senang ke nak dapat cuti tambahan lpas cuti sem..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...