Followers

Selasa, 6 Julai 2010

Sapa Kata Pakai Tudung Itu Berdosa?

Bila memandu slow di potong oleh sebuah kereta buruk, people simply said like this

"Ala, setakat kereta buruk macam tu nak poyo lebeh"

Kalau kereta mercedes latest edition yang memotong tak tentu hal pulak mesti ayatnya macam ni

"Eleh, mentang-mentang la kereta mahal"

Manusia kalau tak suka benda bagus pon di pandang buruk. Kalau buruk lagi la nampak buruk. Macam perempuan tak lawa perangai buruk, mesti orang kata

"Dah la buruk,perangai pun buruk"

Tapi kalau perempuan cantik masih ada pujiannya macam 

"Walau cantik tapi perangai buruk"

Sekarang ni nampak tak significant antara dua perkara tu?

Kalau di fikir balek, manusia punya seribu satu perkara tentang orang untuk di pertikaikan di dalam hidup. Sesuatu yang sangat mudah di pandang adalah benda buruk. Sebagai contoh jika ada sorang budak yang baik dan comel di dalam kelas yang menjadi pujaan setiap lelaki, maka akan ada sekelompok perempuan yang dengki akan bercerita pasal buruk orang tu padahal dia sendiri bukan sempurna manapun.

Kalau bagi lelaki berseluar pendek atas lutut, sambil merokok dan meneguk arak mula la bercerita tentang perempuan yang baru di jumpa di kelab malam sebentar tadi. Ayatnya lebih kurang,

"Ah, setakat perempuan murahan touch and go macam tu takkan aku nak"

Aku ni lagi geli dengan manusia belagak mulia macam ni dari pada bawang dalam pizza kau tahu!. Kalau dah kau perangai laknat macam tu, takkan nye ko jumpa perempuan macam ustazah. Tak payah la terpedaya dengan cerita Nur Kasih , konon dia ni Adam yang layak mendapatkan perempuan macam Nur. Kadang kala aku geli dengan sesetengah lelaki yang mengutuk perempuan hina sana sini. Seksi tang sana seksi tang sini lepas tu dia buat stok geli-geli. Ish, kau tu lelaki, bakal imam. Kalau nak di buat laki pun aku naik geli. Bayangkan la kalau lelaki suka geli-geli ni nak bimbing perempuan lain, mau nanti anak dara dia jadi stok geli geli sekali! Padan muka kamu!ish geli! 

Lagi satu issue yang orang suka kutuk umpat keji. Aku teringat dulu seorang lelaki pernah kata kat aku, sejak Yuna famous, banyak perempuan free hair mula bertudung berfashion macam Yuna. Lepas tu gelakkan perempuan tu kononnya bertudung tak iklas dan semata-mata kerana fashion. Bagi aku, lebih baik dari bertudung kerana terikut-ikut dengan fashion dari tak pakai langsung. cuba ko letak Yuna sebelah fasha Sandha, mana lagi sedap mata memandang? walau kau kata rimas tengok ke dua-duanya tapi bagi aku bagus la Yuna mencuba. Mungkin hari ni bertudung sekadar berfashion, kau tak tahu,esok lusa mungkin dia bertudung labuh. Tak perlu la ko suka suki kutuk orang cuba buat baik. Sepatutnya bagi dorongan, bukannya kata 







"lebeh baik tak payah pakai dari pakai macam tu"

Oh, bila cakap pasal pakai tak pakai ni aku rimas jugak dengan sesetengah orang yang menghina ibadah bila orang buat dosa. Ambil contoh macam ni

"Ala dia tu, bukan main lagi bertudung , tapi kat belakang bukan main lagi keluar dengan macam-macam  jantan"

Tell me apa salah tudung ? Sebab menghina Islam?

Bagi aku tempoh bagi seseorang untuk berubah berperingkat. Ko mungkin tak tahu history perempuan tu sebelom ni suka pakai baju macam telanjang dan keluar dengan banyak jantan tapi sebab mahu belajar berubah dia buat slow-slow. Oh, tak kata die belajar amek mana dia nak buang mana yang dia tak nak. Kan aku cakap tempoh untuk seseorang belajar berbeza. Ada orang mampu tinggalkan semua dan mulakan hidup yang baru. Ada pulak yang masih tercarik-carik arah untuk dia berubah. Give her times to change. Kalau betol kau tu baik, kau bukan sekadar duduk dan mengumpat dari belakang, tapi kau akan tampil ke depan dan didik dia supaya boleh berubah menjadi sebaik kau yang kutuk dia.

Ala, issue tudung ni sampai kiamat hari tak akan habis cerita, senang kata, kalau ko lelaki yang baik, ko mesti berjaya didik dia jadi wanita solehah.Tapi kalau kau lelaki yang tak baik, baik kau jadi lelaki yang baik!

Nota bulu kaki macam meggie: Jangan terlalu cepat menilai orang dari perspeksi yang buruk. Cuba nilai diri sendiri mana yang buruk. Bukan nak kata tunggu dapat darjat mulia baru kau boleh menegor. Kalau macam tu sampai kiamat hari pun tak kan ada manusia yang dapat mandat macam tu. Cuma bila mana kau menegur kena akan caranya. Bukan suka suki kau bandingkan buruk dengan baiknya. Cuba guna perkataan mulia bertapis sedikit macam contoh

"You cantik, bertudung tapi baju you masih tak memenuhi tuntutan Islam " Instead of

"bek ko tak payah guna tudung dari pakai macam ni" 

Kene yang lurus bendul mau betul-betul dia bukak tudung. Kan ko dah ajar dia buat maksiat!

23 komen indah:

gabanMorka berkata...

xsalah berubah..org berubah, kite patot sokong!yeah!

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

:) so true!

kenwooi berkata...

dont judge someone by his/her appearance =)

-telordibasuh- berkata...

telor pon nak berubah la hehe

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

kenwooi: yup
telur: erk, jom same2 berubah! :D

Yorke Kun berkata...

ak pn tatau nk ckp cmne..tp klu jnis pkai tdung time dlm kls pndidikan islam sje tu cmne plak?

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

mcam lelaki pakai seluar pendek atas lutut time main bola :D

Yorke Kun berkata...

owh eh..k2..msuk akal,msuk akal..huhu

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

aku tak tau msg yang aku nak sampaikan ni sampai ke tak kat kau, tapi cuba ambil yang positif okey? kalau aku ada member yang pakai tudung cuma dalam kelas agama islam, biaq p dia la. Malas aku nak kisah. Kita mengumpat cuma menambah dosa. Cuma bila hati kau terdetik untuk dia, time tu belajar la untuk didik dia,tapi bukan dengan paksa dia ikut didikan kau . Ah!!! aku tak jumpa ayat yang lurus.heh ~..~

Yorke Kun berkata...

dah2,xyah nk ssah2kn dri ko..ak bleh wat2 phm..ak pn liberal jgak..hahaha

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

keh keh.bagus bagus. tak payah aku bukak kamus bahasa melayu :P

Arra JaSmY berkata...

salam sis..

nice entry..:).kite patut beri ruang kpd org yang nak berubah kan and insyaALLAH..stiap org pasti akan berubah suatu hari nnty..tak de siape yang nak kekal buruk selamanya kan..:)

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

yup, bagi peluang. Boleh menilai.tapi dari sudut positif bukan sekadar nak tegur das das das jer :)

ZACK ENTRY berkata...

org yang berubah itu bermaksud dia sedang berhijrah..=)

joegrimjow berkata...

skrg org brubah sebab org, bukan sebab tuhan, ye lah, tuhan xnampak, org nampak

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

zack entry: kalau berhijrah yang baik aku rasa ok

joe: bak kata ustazah, baik berubah kerana orang dari langsung tak berubah. Cuma perlahan-lahan buat dorongan supaya niat untuk Tuhan :)

nurazyla berkata...

Mmang btul, sape kta pkai tdung tu bdosa.. Biarlh, at least dorg tu ada usaha nk pkai tdung.. Sy pun pkai tdung tp kdg2 tudung yg sy pkai ikut trend.. Tp, ikut tmpt & psekitarn jugak la.. Tp, yg x pkai tdung jgn la pndang dorang smacam je pulak.. Sma2 la kiter bdoa supaya org ppuan yg x pkai tdung akn tbukak hati utk pkai tdung.. Biarlah bmula dr shawl ke, tdung kcik ke, at least pastu, dorang akn pkai tdung spanjang masa.. Sy pkai tdung ikut trend (prasan jugak org pndang smcm je) tp sy tau nk jaga batas pergaulan, batas pmakain mcm mane.. Ini, pndapat sy je.. ((:

nurazyla berkata...

Aduhh, sori kpd cik empunyer blog.. Bg komen pnjang pulak..

Hamzah Ian berkata...

at least bertudung okie.. nicela tngk ponpuan dari mereka2 yg namapak lurah ngan peha ni.. kalo cun takpe .. haha,, jahat tol gua ni

suzzsuzie berkata...

ok la ramai yg dah bertudung ikut macam yuna..sekurang2nya dah menutup aurat...ikhlas tak ikhlas itu urusan dia dengan Tuhan....sekurang2nya lebih baik dari hari semalam

zati berkata...

sokong u..alhamdulillah nie kali ke-2 i jumpe orang mempertahankan perempuan bertudung

most of them cam u cakap "watpe nak pakai tudung kalau itu nie itu nie"
nak salah kan TUDUNG buat ape, TUDUNG xbersalah langsung..yang hanya salah PERBUATAN org tu

mereka2 hanya pndai mngutuk,umpat keji bukan tuk beri dorongan,galakan tuk mereka ubah perlahan-lahan

ibarat, dlm exam pointer xsberapa,mesti laa slowly nak naik..takkan tetiba pointer low gilerr ,tetiba dapat 4flat haha..

(terlebih laks aku komen,siap ibarat lgi tu hahak)

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

nurazlyn: nak buat blog di sini pun tak apa :D

zati:perumpamaan you mantap la dear :)

zeila berkata...

btol tu..tapi nak berubah yang penting niat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...