Ah, aku bukan si gadis yang gemar menonton cerita korea. Kalau sebut cerita korea, eh, issue nya gerentilah pasal cinta. Aku yang 21 tahun membujang ni (Ciss, macam ayat mak janda pulak dah) kurang gemar dengan cerita jiwang terlebeh karat. Aku gemar sesuatu yang ala-ala gedik macam Pisau Cukur. Biasalah, perempuan gedik memang suka sesuatu yang lagi menggedik. Forgive me with my gediknees.
Sebab bosan sakit duduk sorang-sorang dalam bilek, jadi aku layan la cerita korea ni. OMG heronya sangat handsome. Tapi ada satu dalam scene tu buat aku stop sebentar, yakni bila cik heroin pakai baju pengantin, emosi yang di gambarkan seperti
Walaupun macam gedik tapi tetap rasa nak suke.theehehe
Sebab bosan sakit duduk sorang-sorang dalam bilek, jadi aku layan la cerita korea ni. OMG heronya sangat handsome. Tapi ada satu dalam scene tu buat aku stop sebentar, yakni bila cik heroin pakai baju pengantin, emosi yang di gambarkan seperti
“Oh gadisku, kau nampak cantik dengan gaun wedding warna puteh”
Aku rasa kalau orang cantik macam dia ni tak payah pakai Wedding Dress pun tetap nampak cantik kan?
Rezeki Datok K dapat bini lawa macam ni kan? :|
Kecik – kecik dulu, nenek saudara aku yang mak andam tu jaga aku while mak pergi kerja since rumah masih tak ada orang gaji. Once it was my birthday, aku request nak pakai wedding set. Geli siol perangai. Kecil-kecik lagi dah gatal nak pakai baju pengantin.Wahahaha. Ok cut. The reason aku nak pakai ala-ala pengantin sebab nampak macam princess. Princesskan kononnya cantik. Jadi aku nak nampak cantik la.
Senang cerita kan, pakaian pengantin selalunya fancy dan elegant tau. Mungkin sebab jarang di gunakan dan lain dari kebiasaan, seseorang tu nampak menarik. It is not about kau memang cantik tak terkata. Sebab psychologinya manusia suka sesuatu yang lain dari yang lain. Cuba fikir balik, kalau tengok cerita perempuan hodoh tiba-tiba transform jadi perempuan cantik bila dikenakan make up ke muka, kita berbisik “He eh, cantiknya dia” padahal kalau secara logiknya, kalau seseorang tu betul-betul cantik, dia tak perlu bermake up tebal, cantik semula jadi akan tetap terserlah. Orang tetap akan pandang dia seperti sangat-sangat indah.
Aku teringat a day before my bestfriends bertunang, tunang dia datang dan dia tak pakai secalit make up pun. Dia kata tu lah first time dia tak bermake up depan tunang dia . Paling cikai pun dia akan pakai compact powder dengan eyeliner. Lepas tu tunang dia kata dia nampak cantik tanpa make up. Sumpah dalam hati aku rasa nak gelak tergolek ha ha ha kau tau. Bukan sebab nak ejek dorang. Eh tak la. Sebab aku teringat cerita P. Ramlee. Ape ntah tajuk cerita dia. Ala, yang tirulah macam saya tu. Laki tuan rumah gilekan anak dara orang sebab bini dia di rumah tak berhias lawa. Biasalah sesetengah perempuan bila dah kahwin , dia tak fikir sangat diri dia lebeh dari fikirkan keluarga terutama yang tak bekerja. Jadi laki dirumah mula hilang selera mata. Maka si anak dara tu ajar la si isteri tu berhias semula. Akhirnya si suami tu jatuh cinta semula kat bini dia.
Maksud aku dengan perenggan di atas tu,lelaki ni sukakan sesuatu yang lain dari kebiasaan. Bukan sekadar lelaki, perempuan pun sama. Macam hari-hari makan makanan masak sendiri, walaupun sedap, kadang kala rasa macam nak makan di luar jugak. Hah, something like that la. Sama jugak dalam situasi ni. Kalau hari-hari saji mata orang dengan pakaian yang sarat melarat dan fancy dengan make up yang tebal, mata orang nampak rimas. Kadang kala bila berlagak simple dan bergaya sememey macam aku, mata orang nampak macam wow... Tapi bila hari-hari bawak muka berjerawat tanpa make up dengan pesen yang sama setiap hari,sememey dan buruk macam aku, orang pon pandang kau macam selekeh pergi mati. Tapi bila kadang kala tiba-tiba berhias lebih sikit, mata orang nampak macam “ouch! Letop kau nyah!” .
Ok, sekarang aku dah faham sendiri kenapa orang kata pakai baju wedding tu nampak cantik! Cuba kalau baju wedding yang fancy tu jadi pakaian hari-hari dan pakaian hari-hari cam baby T dengan T shirt tu jadi macam baju wedding, mesti keadaan aku yang sememey hari-hari tu nampak cantik kan? Eh nanti kalau akad nikah aku pakai jeans sama baby T je ada orang kisah tak? Gaya macam dah kena tangkap basah dah! xD Nauzubillah.
Baju Kahwin??? Erk!!!!!
Nota bulu kaki macam meggie: Borak geli-geli dengan Sarah. Kita tak perlukan lelaki yang hensem untuk di jadikan laki. Cukup sekadar seorang yang ada masa depan dan berwawasan. Jangan risau rupa paras keturunan sebab kita kan lawa. Maka anak-anak di jamin tak kan jadi buruk sebab akan inherit genetik cantik kita. Amacam, geli tak dengan statement tu? :P






8 komen indah:
Bukan Kisah Cinderella... Comel! Pakai la jeans.. jeans ala2 gown gitu.. hiiii....
Miak swk meh? Hahahha... bok pasan...
knape gmbr ct tu mcm photoshop letak atas bdn org lain?
nampak weird pic tu
haha
btw, best qpe pakai wedding gown
jeans tu hari2 pakai
time wedding pakai rase mcm hari2 biase
xde rase special nanti
huhu
hehhehhehe... geli3...
papewpown setuju ngan miera... mase kawen kene la nampak lain.. xkn nak same ngan hari biasa.. hari tu kan sepesel... :)
Amni : Aok dek. swakian. Hahaha.. molah kebaya dari jeans :P
miera and aque: Nak kata manusia ni suka tgk lain dari yang lain. kan? Yang lain tu nampak cantik. Sebab tu org kata pakai baju pengantin nampak cantik :D
tak kisah lah nak pakai apa pon .. tapi bila nak kawinya hahaha
bagus ni buat lain drp yang lain, pakai kain sarung pun ok aja
ad stgh2 org tu,wlpn lpas pkai gaun pngntin+make up tbal2,ttap buruk jgak..kdg2 org nk amik hati je ckp dia lawa..mcm aku..aku pasrah je..hahahaha
Catat Ulasan