Followers

Sabtu, 31 Julai 2010

Abang, Isteri Tu Teman Dunia Akhirat, Bukan Hamba Cuci Boxer Tau!

Cuti sakit mata di hari ke 8 minggu kuliah adalah cuti yang paling membosankan. Kalau kena demam di tengah – tengah semester, dapat cuti sehari berehat dan tidur seharian adalah perkara yang paling indah. Senang cerita, kadangkala sakit tu macam nikmat. Kalau tak aku serupa dengan robot, Cuma tahu duduk di depan laptop dan mengarang code graphics library walaupun most of the time aku bermain dengan facebook dan baca belog kamu tu.

Bosan sakit macam ni, aku terbaca status seseorang di muka buku. Status owner berjantina lelaki ni lebih kurang:

“Alangkah indah kalau ada bini. Sorang buatkan air, sorang urutkan badan”.

Statement lebih kurang tu aku rasa semua lelaki selalu bayangkan. Bila tinggal di asrama dan kena cuci baju sendiri, mula la kepala pikey,

“Alangkah bagus kalau ada bini, tak payah aku susah-susah cuci baju sendiri”

Teringat aku zaman kecik-kecik dulu bila adik lelaki mak aku yang bekerja as manager bank tu tak kahwin-kahwin lagi. Mak keep saying something like

Bukannya apa nak suroh dia tu bebini. Sekurang-kurangnya nanti bila lapar ada orang yang tolong masakkan.”

Itu ayat orang bujang. Ni pulak ayat kalau ko tu anak dara.

“Kalau ko tak reti masak, lipat baju, tukar lampin anak, macam mana ko nak belaki?

He eh, statement derita kat telinga anak dara pemalas. Sebab aku sangat culas dan suka memberi alasan, kepala tak center aku selalu kata

“Kahwin ni nak buat perempuan jadi hamba apa?”

Ko imagine, sebab sekarang mosty perempuan belajar tinggi sampai tingkat 5 FSKSM ataupun terbang jauh sampai ke Paris, takkan la senang- senang nak give up education level tu untuk Cuma duduk di rumah dan jaga anak serta suami semata. Kalau laki financialnya mantap, mampu bagi nafkah bini sama dengan gaji bulanan kira ok la lagi. Ni laki paling advance pun tua 3 tahun, kononnya senior zaman sekolah yang suka baca blog dia dan kemudian jatuh cinta. Banyak mana la financial yang dia mampu sediakan. Bukan nak demand tapi sapa tahu usia laki tak panjang lepas tu mati keracunan. Kan jadi mak janda. Bukan senang nak carik kerja zaman sekarang dan besarkan anak sendiri .Sekarang ni everything use money. Even nak ke jamban pun guna duit. Sebab tu aku selalu menentang kalau perempuan yang dah kahwin harus duduk di rumah jaga anak semata.

Ok, balik pada cerita yang terbabas sekejap tu. Since now a day mostly perempuan bekerja, lepas tu ko bayangkan penat-penat balik dari kerja, ambil anak di nursery, lepas tu sampai ke rumah nak memasak, lipat pakaian, mandikan anak, cuci pinggan mangkuk, kemas rumah dan lain-lain seorang diri dan laki Cuma tahu duduk dan mintak kopi. Ada yang kalau boleh kopi tu nak bini yang suapkan ke mulut. Tak ke gila penat namanya macam tu? Kahwin tu bagi aku berkongsi hidup. Kalau pandai kongsi katil dan buat anak, aku tak rasa satu dosa kalau kongsi buat kerja rumah kan? Ececececeh, ayat macam 21 tahun menjanda, padahal aku baru 21 membujang. Aku masih belom berumah tangga. Cuma pointnya di sini sila jangan bermimpi untuk menjadikan bini kau sebagai seorang hamba cuci boxer kau.

Nota bulu kaki macam meggie:
 Eh, kalau aku nak berangan...
“Alangkah indah kalau ada laki. Boleh tolong buatkan air dan picitkan belakang”
Agak-agaknya kalau orang tu baca belog aku sebelom masok meminang aku, dia akan cancelkan tak?
XD

10 komen indah:

Fiffy berkata...

hahaha, ayat kt atas skali ya, kmk rasa kmk kenal la sapa mbiak laki ya. ekeke

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

hahaha.... tauk sik hal. maka lahirnya entry tok! :)

I n n z berkata...

mmg tak ah lelaki nk wat keje pompuan.
dok goyang kaki jeh .
hahaa.

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

innz: tak kire tak kire, nak jugak! haha

Tarmizi Abd Rahim berkata...

silalah menerima hakikat..bukan susah pun..
tapi kadang2 mmg menyampah jugak..kata blaja tinggi2, kata nak persamaan hak..alih2 in some certain situation mcm nak nek bus sambil berebut2 nanti adalah suara sumbang 'lady first, lady first'..ini berlaku di UTM..

-just bagi pendapat-

Arra JaSmY berkata...

haha..gud point la dear..

but not all lelaki macam to juz most of them je.hoho.Pmpuan kena pandai2 lah manipulate keadaan so that lelaki tu tak pijak kepala sangat.

Woman power,its an inner strength which can turn da world upside down.=p

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

Tarmizi: hakikat ape ntah yg nak di terima? X rasulullah sendiri tolong bini die kat rumah ke? :|

Arra jasmay: tak leh la mantality perempuan kene wat semua kerja. Kata kongsi hidup. Laen la ppuan tu housewife semata :|

Yorke Kun berkata...

dah2..xyah bebel byk..bljar rajin2,dpt gaji tggi,ble dh kawen bleh upah bibik..urut bdan suami..hahahaha

Tarmizi Abd Rahim berkata...

yup..itu adalah Rasulullah..skang ni zaman org nak ikot yg sunnah saja..

suma betol...solution yang paling bail adalah cari bibik sorang...huhu

Hezan Aurora berkata...

hi...m new to ur blog...sukenye bace blog ni...keep on writing ye...may be 1 of ur follower nnt...heheh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...