Followers

Isnin, 21 Jun 2010

Warna pink boleh membuatkan manusia kemalangan

Kalau bahasa melayunya Merah Jambu, Bahasa melayu Sarawak Kater Warna Kalas, Kalau nak bunyi gedik Kite sebut pink.Selalunya pink di kaitkan dengan girlish and cute. Masalahnya kalau pakai pink pun bleh buat orang pandang you as bajet girlish dan perasan cute.

Ada dua je naluri manusia kat warna ni, samada manusia tu akan suka sangat-sangat ataupun akan benci sangat sangat tahap ada seorang artis tu siap state "I anti kaler pink". Tak pun perempuan - perempuan bajet tak ayu, perasan rock cakap "Ew... Pink? Please la". Sampai sekarang I tak faham kenapa ada manusia bermasalah sangat dengan pink sampai tahap macam tu sekali.Tak pernah pulak I dengar orang cakap "Ew hijau" ataupun "Ew!biru?". Yang ada cuma pink je. Cuma pink ok. Pink!(Sambil menjerit kuat sebut pink dengan nada macam ish tak puas hati :P)

I ketegori manusia yang agak obses dengan pink. Kalau merajuk, you sogokkan dengan cotton candy colour pink pun I dah boleh senyum balek walaupun I tak makan benda tu. Kadang kala, di kala stress, dapat tengok air bandung pun I rasa lega, walaupun I tak suka dengan air bandung sebab manis. Heh.


Beliau ni dibeli sebab rasa stress dan mahukan pink. Habis RM 25 macam tu je. -.-'

Mulanya I tak la obses sangat dengan pink. Semuanya start bila di tingkatan 5. Mak selalu bagi and pilih barangan pink. Mulanya tak pernah hiraupun sampai la suatu hari waktu tusyen malam, Mak sediakan baju pink, tudung pink dan beg pink. Kena pula pekakasan alat tulis dan fail addmath berwarna pink. Bila masuk ke kelas, Encik cikgu ingat I sampai sekarang hanya kerana pakaian pada hari tersebut. I masok kelas dia dah cakap " Eh, pink". Lepas tu dok panggil I pink sampai la sekarang kalau terserempak di ceruk dunia ni. Heh, Cuba kalau I pakai warna hijau semua, ke Hitam semua ke, jarang orang nak tegur.


zaman matrix. Sangat pink.

I pelik jugak, sebab sekali ni, waktu temankan Mak membayar bil, i pakai dress pink, tudung hitam , jeans hitam,handbeg hitam dan kasut pun hitam. Maksudnya yang pink cuma dress I. Secara logiknya orang boleh tafsir
 " oh, dia ni suka warna hitam" Sebab hitam warna majoriti di hari kejadian. Tapikan di kaunter pembayaran, Cik Kaunter tu tegur " He eh , Pink. Ni mesti sebab suka pink". I cuma mengukir senyuman di sebalik lipstick warna peach.


 Oh pink! (sambil tersenyum dan geleng-geleng kepala)




Kalau di UTM, member I ingat I sebab pink jugak, sampaikan seorang kawan ni cakap " Ala, di fakulti ni, kalau tengok  ko dari belakang dah boleh agak da sapa sebab ko ni pink."
Pernah sekali tu, kawan I panggel "Iera.." kat perempuan yang BUKAN IERA just because perempuan tu berbaju pink. Senang cerita pink memang trademark I.




I pernah pakai baju warna biru dan hamba allah yang baru di kenali boleh cakap macam ni " erk, ni baju you ke? You nampak tak sesuai dengan warna ni". Bila sekali lagi jumpa hamba Allah tu, I pakai baju warna pink and dia cakap "Eh, ni baru betul warna you." Sedangkan sebelum ni dia tak pernah kenal I pun. 
separoh dari koleksi pink kot.hehe


Bila berjalan-jalan dengan kawan-kawan, bila tengok pink je dorang akan tersengeh-sengeh tengok I.. Dorang boleh tuduh i suka coolblog sebab stall dia kaler pink. Tapi betul la. Kali pertama i ke coolblog pun sebab stall dia cantik, warna pink. Tapi kalau tak sebab coolblog tu memang best, i tak kan datang untuk kali ke seterusnya kan? Rasa suka pada pink membuatkan member I pernah cakap macam ni


 "Tadi I tengok selipar warna pink, terus I teringat kat you".

Hebatkan warna pink?

Tapi I rasa pink ni sangat merbahaya. Suatu hari, sebab bosan dengan 5 minit incey abah dengan adik yang dah sampai setengah jam, makanya I sarapan sorang-sorang kat sebuah hotel ni. Hari tu I pakai selendang hitam, dress, cardigan dan handbag pink, jeans dark blue dan kasut peach . Macam biasa la I kemana-mana bawak muka buruk dan sememey tanpa make up. Bila masuk ke pintu restoran hotel ni, encey waiter tegur, sweet, pink. I senyum je la sebab cara dia tegur bersopan, bukan dengan gaya gatal. I duduk ambil tempat. On the way I ambil tempat, I selisih dengan seorang lelaki. Berlagak formal, i senyum sekilas dan ambil tempat. Tak sangka pulak si lelaki tu notice dan toleh kembali. 


"Pink" dengan mata kepala pandang I kat belakang sedangkan dia tengah berjalan ke hadapan. I nak tegur,
"A table in front" tapi tak sempat sebab dia dah langgar. heh. Lepas tu dia angkat dan cakap kat I,


"Pink, you look so preety"


I garu kepala yang tak gatal.Baru sedar, pink boleh membuatkan manusia kemalangan :|


nota bulu kaki macam meggie: Raya tahun ni pun nak pakai pink. heh. K ni last gambar pink.Naik pink mata I dah T_T





14 komen indah:

cik panadol berkata...

berjaya bace sampai habis...tp tak berjaya membuatkan sy jatuh cinta dgn pink!

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

:( ala.... hahahaha

DiNa-DiaNa berkata...

time matrix dulu...
dina pun ada kawan yg minat pink gak tau..

tp die mmg fanatik pink giler r..
everyday g lecture..pakai pink..
arini pink cair,esk pink pekat,luse pink striking..mcm2 r...

kalo masuk bilik die..
everything is pink..
sgt2 susah nak cari warna lain...
just gabungan warna dia pink+putih..

Lala Lulu berkata...

pink pink pink . . . cool !

Nadia Hani berkata...

dulu minat pink jugak! hee.. tp skrg ni minat colourful + polka dot. :)

azzah zainal berkata...

mek suka pinkk...hahaa org swak kah??

<b>IERA HAJERAH AZMAN</b> berkata...

azzah : aok deng :)

zati berkata...

hihi..pink mmg febret I tapi most febret purple

purple + pink = i like hihi =)
jom ke blog pink i

tips kuku cantik

DuniakuAbstrak berkata...

kalo ade kucing warna pink ko nak bela x? haha

cik panadol berkata...

cik iera, meh datang amik award dr sy...!

.::WaNiE::. berkata...

pink buat mood saya baik !!

Cik Sara berkata...

Blog saya bertema pink.. Tapi saya bukan seorang yang obses pink.. Gedik pun bukan..simple and biasa je..

bArdbOO berkata...

dl masa sek men xsuka kaler pink..tp bila dh masuk U, terminta plak..sampailah skrg...huhu..

Cylia Chel berkata...

sy xsuka pink..tp suka tgk org len pkai brg2 yg kaler pink.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...